![]() |
| Madmie punya kebaikan :) |
Bertemu lagi
kita dalam Kembara Tarbiah.
Wah, pejam celik
pejam celik Kembara Tarbiah kita sudahpun masuk ke edisi yang ke lima. Pantas
sungguh masa berlalu. Terlalu. Entah kenapa saya terasa bersemangat untuk meneruskan
ekspedisi Kembara Tarbiah ini.
Dalam siri-siri
sebelum ini, kalian sudah diperkenalkan dengan Hadis Logam bukan? Mari kita
lihat semula hadis tersebut. Lagi better kalau boleh hafal sekali hadis tu
beserta sanadnya. Hoho.
“Manusia seperti
logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah, terpilih juga mereka semasa Islam,
sekiranya mereka FAHAM”
(Sahih Bukhari
& Muslim)
Sebenarnya perkataan
FAHAM dihujung hadis itu memberi satu makna yang jelas bagaimana logam yang
telah wujud pada setiap dari kita hanya akan benar-benar berfungsi untuk Islam
sekiranya kita FAHAM Islam itu sendiri. Seolah-olah FAHAM menjadi garis pemisah
antara Islam dan Jahiliah dalam kerangka bagaimana logam itu dieksploitasi
Pada bahagian
akhir hadis logam ini, ada dua sebutan yang boleh menjadi lafaz kepada perkataan
FAHAM ini. Pertama, “Iza Faquhu”. Kedua pula, “Iza Faqihu”.
Justeru, apa
perbezaanya?
Saya dulu
pernahlah sikit sikit belajar Bahasa Arab. Arakian disebabkan waktu itu saya
masih lagi belum “faham Islam”, maka ilmu itu telah pun selamat disia-siakan.
Sobs. Dan kini baru mahu berjinak-jinak semula.
Maka di sini
saya ingin berkongsilah sedikit sebanyak yang saya tahu. Kepada anda yang membaca
blog ini, sekiranya anda terer dalam Bahasa Arab ataupun syarah hadis, mohon
tempelak saya sekiranya huraian saya kelihatan sesat lagi menyesatkan.
Kembali kepada
persoalan kita di atas..
Apa berbezaan “Iza
Faquhu” dan “Iza Faqihu”?
Berdasarkan
kefahaman saya, perkataan “Iza Faqihu” itu lebih menjurus kepada makna memahami
ilmu Fiqh atau segala yang berkaitan dengan Fiqh. Antaranya Fiqh Muamalat, Fiqh
Munakahat, Fiqh Jinayat dan sebaginya. Contoh yang paling relevan ofkos la Imam
Syafie. Tak perlu dipersoalkan ketereran beliau dalam ilmu Fiqh ini.
Manakala
perkataan “Iza Faquhu” pula lebih kepada memahami Islam itu sendiri. Atau dalam
erti kata yang lain, memahami Islam secara keseluruhan. Ataupun memahami makna
Islam yang sebenar. Pendek kata memahami ruh Islam.
Contohnya? Anda
la. Siapa lagi. Aha..In sha Allah..
Hari ini ramai yang
memahami ilmu Fiqh. Saya dulupun pernah diberi peluang untuk belajar ilmu Fiqh.
Dan harus dimention di sini, markah saya untuk subjek itu agak memberangsangkan
jugak. Ni bukan untuk takbur ye. Tapi sebagai bukti bahawa memahami ilmu Fiqh tidak
bererti sudah memahami Islam. Sebab saya yang dahulu agak masuk air jugak
orangnya. Heh.
Justeru jadilah
kita orang yang memahami Islam. Orang yang “Iza Faquhu”. Bukan sekadar “Iza
Faqihu”.
Adakah ini
bermaksud saya mengatakan ilmu Fiqh dan segala cabang ilmu dalam Islam itu
tidak penting?
Tidak. Sama
sekali tidak. Cewah.
Tiada siapa
menafikan kepentingan ilmu. Tetapi kefahaman tentang ruh Islam itu yang perlu
datang dahulu melalui proses tarbiah. Ilmu pula akan terus ditopup dari semasa
ke semasa menerusi proses pembelajaran, perguruan, telahan dan macam-macam kaedah lagi.
Dan seperti yang telah saya bebel di sini, ingin saya tekankan
sekali lagi, kefahaman dalam Islam itu hanya boleh diperoleh melalui proses tarbiah. Tarbiah inilah yang telah melahirkan individu seperti Umar Al Khatab, Muadz ibn Jabal, Bilal bin Rabbah dan ramai lagi.
Justeru mari
kita sertai Kembara Tarbiah!
Sehingga bertemu lagi dalam episod Kembara Tarbiah yang seterusnya.

No comments:
Post a Comment