Saturday, 2 November 2013

Kembara Tarbiah #3 : Dia Seorang Logam

:)
“Buat apa tu Jep?” Masuk-masuk bilik je Lan terus landing atas katil. Penat.

Jep diam. Takde respon. Mata dia khusyuk menatap skrin laptop empat segi tu.

“Cam biasa la Lan...” Baru dia jawab. Itupun lepas beberapa jenak. Ringkas.

Lan bingkas bangun menuju bilik air. Berkeriut pintu bilik air tu bila Lan bukak. Berkeriut lagi kuat bila Lan tutup. Entah dah berapa tahun engsel pintu tu tak minum minyak pelincir.

Jep masih lagi khusyuk depan laptop. Hobi sejak sekolah rendah.

Lepas beberapa minit, berkesimbah bunyi air dari dalam bilik air. Terganggu seketika fokus Jep. Entah apa yang dibuat Lan kat dalam tu. Sakan kemain bunyinya.

Pintu bilik air berkeriut lagi.

Lan keluar dengan kaki seluarnya dah tergulung ke paras lutut. Habis basah bulu kaki dia.

“Buat apa Lan?” Jep menyoal. Matanya masih memanah laptop.

“Kencing..ambik wudhuk..” Lan menjawab. Bersahaja.

“Eh..amek wudhuk?” Jep pantas capai jam tangan di sisi laptop.

“Laa..dah pukul 7 rupanya..” jam itu diletakkan kembali.

“Lagi 10 minit nak maghrib..” Lan bukak almari. Cari baju melayu nak dipakai ke surau.

Kepala laptop diturunkan perlahan-lahan. Jep berdiri kemudian mengeliat. Ahh lega. Urat-urat terasa lurus kembali. Dari lepas asar dia tercongok depan laptop tu.

“Bila final date dia Jep??” Lan kamcing butang baju melayunya. Satu demi satu.

“Final date?” Jep buat muka pelik.

“Pertandingan Gambar Tarbiah Untuk Ummah tu la”

Lan capai salah satu minyak attar dari almari dia. Minyak kasturi putih. Dicalitnya dekat pergelangan tangan kanan. Dicalitnya lagi dekat pergelangan tangan kiri. Digosoknya kedua-dua pergelangan tangan tu. Last sekali dia kesat dua-dua pergelangan tangan tu kat baju melayu yang dipakainya. Wangi semerbak.

“Ohh…malam ni pukul sebelas..”

“Aku baru siapkan yang last..”

“Tahun ni aku hantar tiga gambar je..”

“Tak larat ah banyak-banyak..”

Jep bukak pintu bilik air. Dah tak berkeriut. Eh main-main pulak pintu ni. Jep baru plan nak beli minyak pelincir balik dari surau nanti.

Slow-slow dia masuk ke dalam bilik air. Pili air ditolaknya ke kanan. Air mencurah-curah keluar. Dia basuh mukanya. Fuhh. Segar.

“Jep, nak aku tunggu kau tak?” suara Lan berteriak dari luar bilik air.

“Ko gerak dulu lah..” Jep mulakan wudhu’nya.

Setahun tiga bulan sebelumnya

“Uuuu…sapa pompuan tu Jep? Akak kau ke?” Lan menjengah ke skrin laptop Jep.

“Aku mana ada akak. Awek aku la. Kau rasa dia lawa tak Lan?” Jep sengih. Macam kerang.

“Terer giller Jep kau edit gambar..” Lan tak menjawab soalan.

“Terer ke? Biasa je kot..” Jep cover bangga. Padahal dalam hati dah macam apa dah.

“Biasa kebendanya. Kat fesbuk, asal kau post gambar je, mesti lima puluh like paling kurang. Peh!"

Lan tumbuk bahu Jep. Jep cuit perut Lan. Kemudian mereka gelak bersama-sama.

-Tamat-

"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka FAHAM" 
(Sahih Bukhari)

No comments:

Post a Comment