Mak Cik aku
seorang pejuang. Ya. Dia benar-benar seorang pejuang. Kadang-kadang aku terasa
seperti darah perjuangannya mengalir ke dalam salur-salur darah ku. Dari kecil
telingaku sudah terisi dengan coletah-coletahnya. Semuanya berkisar tentang
perjuangan. Izinkan aku tuk perkenalkan namanya..
Asma’ binti Abu
Bakar..
Namanya persis
seorang wanita hebat yang pernah hidup di zaman Rasulullah. Bahkan aku berani
mengatakan peribadinya juga hampir sama dengan sosok itu. Cerdik, cerdas,
lincah, pemurah dan berani.
![]() |
| Mak Cik aku.. |
Aku tinggal
bersama Mak Cik dan keluarganya semenjak aku kecil lagi. Ya. Aku seorang yatim
piatu. Bagaimana aku menjadi seorang yatim piatu itu tidak perlulah aku
ceritakan. Ia bisa mengalirkan air mataku. Bahkan aku juga tidak bercadang
untuk perkenalkan diriku..
Kerna sekarang
kita sedang bercerita tentang Mak Cik aku..
Kerna sekarang
kita sedang berbicara tentang seorang wanita pejuang!!
Keluarga Mak Cik
aku bukan keluarga yang senang. Mereka tiada harta benda yang boleh diwariskan.
Mereka tiada empayar perniagaan yang memberi keuntungan. Mak Cik aku sendiri
tidak pernah ada peluang untuk merasai seronoknya memiliki perhiasan-perhiasan
seperti wanita-wanita kebanyakan.
Mereka juga
bukan keluarga yang sederhana. Bahkan ada satu ketika kami tiada satu apapun
untuk dimakan. Yang ada hanyalah beberapa ketul roti keras yang pastinya tidak
cukup untuk kami yang ramai ketika itu.
Pada waktu itulah
aku melihat sosok itu mencubit sedikit demi sedikit roti keras itu, lalu
dilumatkannya dengan jari-jemarinya sebelum disuapkannya ke mulut seorang demi
seorang anak-anaknya termasuk diriku. Sedangkan tiada sebutir serbuk roti pun
yang masuk ke dalam mulutnya.
Kami juga bukan
keluarga yang susah. Kami tidak pernah menangis kelaparan. Walaupun
kadang-kadang perut aku terseksa juga menahan kelaparan, namun aku kuatkan juga
semangatku, lagi-lagi bila melihat anak-anak Mak Cik yang tidak merungut apatah
lagi menangis melalak. Ah. Kenangan di waktu kecilku. Kini semua sudah besar. Dan
keadaan mula berubah sedikit demi sedikit.
Mak Cik seorang
yang qanaah. Berpada-pada. Cukup dengan apa yang ada. Bila ada, di terima dengan
syukur. Bila tiada, diusahakan dengan sabar. Dari situlah aku belajar
nilai-nilai kehidupan.
Ya. Memang aku
akan ceritakan segalanya di sini. Cerita tentang Mak Cik aku. Cerita tentang
seorang wanita pejuang yang telah mengajari aku erti sebuah perjuangan.
Nak dengar kisah
perkahwinan Mak Cik aku?
Mestilah kalian
mahu. Bukankah perkahwinan selalu menerujakan kita semua? Kalian dan aku..
Mak Cik aku berkahwin
dengan pemuda pilihan bapanya pada usia 18 tahun. Bapa Mak Cik aku tu datuk
kandung aku. Mak Cik aku pulak kakak kandung kepada ayah aku. Begitulah
pertalian antara kami.
Aku tidak tahu
bagaimana dengan kalian. Tetapi bagi aku perkahwinan antara Mak Cik dan
suaminya tidak ubah seperti perkahwinan paksa. Kerana di mataku, cukuplah perkahwinan
itu dikatakan paksaan pabila persetujuan untuk melangsungkan ikatan pernikahan
dimaterai tanpa langsung merujuk kepada
si perempuan. Apa pendapat kalian?
Namun aku kagum
dengan penerimaan Mak Cik. Dia redha.
Kerna redha
seorang perempuan itu bukan sebarang redha. Bukan sahaja dia perlu menyerahkan
mahkota kewanitaan yang sekian lama dipeliharanya kepada lelaki yang
menikahinya, bahkan dia juga harus menyerahkan sesuatu yang lebih berharga dari
itu kepada suaminya. Itulah ketaatan yang tidak berbelah bagi, selagi mana
suaminya itu mentaati Allah dan Rasul.
Dan berkat redha
itu, perkahwinan Mak Cik dan Pak Cik bahagia. Mereka dikurniakan sepuluh cahaya
mata yang hebat. Lima orang lelaki dan lima orang perempuan. Kesemua dari
mereka adalah pejuang. Persis ibu dan ayah mereka.
Dan salah seorangnya bernama Ammar. Yang kini dikurung di dalam sel yang sama dengan diriku bersama beberapa teman seperjuangan yang lain. Menanti perbicaraan kami di mahkamah pada keesokan hari...
Nanti aku sambung lagi cerita ni..

No comments:
Post a Comment