Sunday, 3 November 2013

Kembara Tarbiah #3 : Mari Mengenalpasti Logam

Kembara tarbiah belayar penuh bergaya
Untuk berlabuh pada keredhaan Allah
Agar terang jalan menuju syurga
                                    
Ewah! Sekali sekala kita bergurindam apa salahnya kan?

Eh. Tapi ada bentuk gurindam ke? Haha

Ah. Ikutlah mana-mana yang dirasakan sesuai. Puisi, syair, pantun tiga kerat ke. Semua boleh.

Terima kasih Madmie :)
So setelah menghayati kisah yang tak berapa nak romantis antara Jep dan Lan di sini, apa yang menjentik minda kalian? Ke tak rasa apa-apa? Atau rasa nak kahwin je dengan Lan tu. Dah la cool, hensem pulak tu. Err..

Eh saya serius ni. Kena check jugak kefahaman kalian tentang cerita tu. Sebab at the end of the day, apa yang kita perdagangkan adalah ibrah dan kefahaman. Bukan plot cerita, sweet ending apatah lagi kekacakan watak utamanya. Ibrah dan kefahaman. Itulah yang paling terpenting dan teramat penting.

Baiklah.

Seperti yang anda lihat, di penghujung cerita itu, saya telah menyertakan sekali sebuah hadis yang agak popular juga darsawarsa ini. Kalau dalam kalangan kami, kami menggelarkan hadis tu sebagai Hadis Logam. Eh kejap. Siapa “kami” tu? Haa. Jeng jeng jeng. In sha Allah, anda ialah kami. Tersenyum sejenak.

Ok. Sekarang kita akan berbicara secara panjang lebar mengenai Hadis Logam. Cewah.

"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka FAHAM" 
(Sahih Bukhari)

Logam. Kalau dalam bahasa Inggeris, logam ni dipanggil metal. Dulu waktu sekolah menengah, disebabkan saya ni pelajar beraliran sains, maka tidak dapat tidak kenalah belajar pasal logam ni. Banyak jugalah nama-nama logam yang pelik lagi exotic yang saya dengar. Magnesium, platinum, strontium dan macam-macam lah lagi. Calcium pun ada bak hang.

Eh. Saya bukan nak ajar subjek kimia ye. Tapi in sha Allah, adalah sikit-sikit unsur kimia di sini. So kalau kita cuba fikir-fikirkan, apa sebenarnya sifat-sifat yang ada pada logam? Ada sesiapa mahu mencuba?

Keras, susah nak jumpa sebab kena gali, mahal, berkilat, reactive, senang terbakar, senang meletup. Berwarna-warni. Kamcing dengan oxygen. Ada macam-macam bentuk. 

Ok dah. Cukup cukup lah tu.

Maka di sini kita dapat simpulkan ye wahai sidang pembaca sekalian bahawasanya logam sememangnya sesuatu yang sangat berharga, priceless, bernilai dan mahal. Secara umumnya, logam ni memang benda yang dicari oleh semua pihak. Kontraktor nak bina bangunan, dia perlukan logam. Kaca-kaca yang ada kat rumah anda tu pun asal-usulnya dari logam juga sebenarnya.  Dan menariknya, sejak zaman-berzaman, logam kekal sebagai sesuatu yang sangat berguna dan bernilai.

Eh. Jadi apa kejadahnya pulak manusia seperti logam?

Haa. Ni la soalan yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama..

Begini. Maksud manusia seperti logam sebenarnya adalah pada nilai-nilai yang ada pada manusia tu. Nilai-nilai tu secara mudahnya bererti bakat atau kebolehan yang ada pada kita la. Bakat-bakat kita tu tak akan berubah dan akan kekal sebagai kelebihan kita walaupun kita telah mengtransformasikan diri daripada dunia yang penuh kejahilan kepada Islam yang syumul. Ewah.

Contohnya lah…

Dulu waktu zaman kegelapan kita ni suka usha orang. Usha bukan sebarang usha ye. Sekali je usha perempuan, dah boleh tahu 36 ke 40. Eh eh. Apa yang 36 apa yang 40 ni? Heh. Umur ler. Nak cerita bab pengushaan ni memang kepakaran kita yang tiada tolok bandingnya la.

Bila dah kenal Islam, dah faham Islam janganlah gi usha perempuan lagi. Gunalah kepakaran kita ni nak mengusha kawan-kawan sejenis dengan kita. Usha hobi dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Tujuannya nak kenal lagi rapat dengan dia dan senang nak ajak dia kepada Islam.

Camtuhaa..

Lagi jika dulu kita ni seorang pemain bola sepak yang paling terer la kat tempat kita. Kalau kita sepak bola, kelajuan bola tu kalah sikit je dengan kereta BMW Sauber. Eh. Melampau sangat tu. Tapi konklusinya, kita ni memang terer la main bola. 

But once kita dah faham Islam, bukan bererti kita dah tak boleh main bola. Dah kena duduk masjid je tunggu masuk waktu sembahyang, tolong bentang sejadah. Tidak. Sama sekali tidak. Cewah. Bakat kita bermain bola tu pun boleh digunakan untuk Islam sebenarnya. Macam mana tu? Pandai-pandai ler. Misalnya la. Bila kita main bola, kita tutup aurat, pakai seluar panjang. Bila orang tengok, orang pun jadi kagum. Wah. Tutup aurat pun boleh terer main bola. Aiwah.

So nampak tak korelasi bagaikan pinang dibelah dua antara contoh di atas dengan hadis yang sedang kita bincangkan ni? Pointnya jelas. Apa-apa je bakat dan anugerah yang telah Allah kurniakan kepada kita, walaupun kita selalu gunakan  bakat tu ke jalan yang gelap, bila kita dah faham Islam, bakat tu still boleh dimanfaatkan untuk Islam. Asalkan halalan toiyyiba.

Jadi, sila sila lah mengenalpasti kelogaman yang ada pada diri kita. Mantapkan kefahaman kita terhadap Islam melalui sistem tarbiah dan tetaplah setia membaca blog EncikMusab. Eh. Agak tidak relevan di situ. Sila abaikan part membaca blog tu.

Justeru, apa logam anda?

Saya tinggalkan kalian dengan persoalan itu.

Sehingga kita bertemu kembali dalam siri Kembara Tarbiah yang seterusnya.

2 comments:

  1. Bila saya baca balik, saya pun tak berapa nak puas hati dengan penerangan saya. Heh

    Eh. Kalau anda rasa tak faham ke, tak clear kat mana-mana, boleh terus bertanya kat sini ye. In sha Allah saya cuba jawab.

    ReplyDelete
  2. Saya cuma tak setuju bab kaca dari logam, kaca daripada pasir. :P

    ReplyDelete