Friday, 8 November 2013

Kembara Tarbiah #6 : Ini Rahsia Besar

Apa cita-cita kita? Bagaimana kita membayangkan perjalanan hidup kita?

Saya pasti jika ditanya soalan ini kepada kita semua, rata-rata akan menjawab dengan jawapan template yang sama. Jawapan yang telahpun dijawab oleh bapa, atuk, moyang, puyuh dan seterusnya dari keturunan kita ke atas. Jawapan yang sama dari genarasi berganti generasi kecuali bagi mereka yang faham dengan hati.

Mula-mula masuk tadika, lepas tu sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya universiti. Peluang bergelar pelajar universiti pula sudah tentu tidak dilepaskan untuk mencari jodoh. Sambil menyelam minum air kata orang. Kemudian setelah graduate , bermulalah pengembaraan kita di dunia pekerjaan, pengembaraan mengumpul harta kekayaan. Bila ekonomi dah stabil, inilah momen yang paling perfect untuk berkeluarga. Setelah itu, kehidupan diteruskan sehinggalah pencen, tua, sakit dan akhirnya mati.

Mungkin berbeza sedikit bagi sesetengah orang. Tapi rata-ratanya sama..

Hidup seperti robot. Sia-sia yang terlalu
Dan percayakah anda, template inilah yang akan digunakan oleh anak cucu cicit kita sekiranya mereka tidak diberitahu tentang rahsia besar yang saya mahu sampaikan di post ini. Rahsia apa tu? Aha..saspen seketika.

Pernah tak terdetik di fikiran kalian persoalan mengapa Allah ciptakan kita di atas muka bumi?

Pernah tak sepanjang kalian hidup atas muka bumi ini, kalian persoalkan kepada diri masing-masing, untuk apa kehidupan aku ini?

Jika pernah, inilah detik yang terbaik untuk mendapatkan jawapan.

Jika tidak pernah, inilah masa paling perfect untuk koreksi diri.

Kerana kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang diancam oleh Allah dalam ayat di bawah ini..

“Dan sungguh, akan kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki HATI, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)..”
(Al A’raf : 179)

Saya justeru mahu mengkhabarkan kepada kalian satu rahsia besar. Tidak ramai yang tahu akan rahsia ini. Ada yang tahu tapi dibuat-buat tidak tahu. Ada juga yang sudah diberitahu, tapi dilupakan begitu sahaja. Sungguh sadis sekali.

Yang sebenarnya, kehidupan ini ada tujuannya. Dan tujuan bagi kehidupan ini sudahpun diberitahu dalam Al Quran semenjak sekian lama. Ya. Al Quran yang tersimpan kemas di rak-rak buku kat rumah kita. Al Quran yang selalu dibuat barang hantaran. Al Quran yang banyak digantung di dinding-dinding rumah dan masjid. Al Quran yang itu.

Mari kita kembali semula kepada Al Quran, biarkan Al Quran berinteraksi dengan hati kita, lantas memberitahu apa sebenarnya tujuan kehidupan kita yang tidak selama mana ini. Biar Al Quran memberi kita suatu pencerahan. In sha Allah.

Back to Quran :)
 “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”
(Az Zariyat : 56)

Kebanyakan orang time susah baru nak beribadah, baru nak cari Tuhan. Kalau dalam konteks student, time nak exam baru nak pulun beribadah, pulun berdoa. Ni saya cerita dalam kerangka ibadah khusus. Biasa orang buat macam ni. Time ditimpa ujian, baru nak kembali pada Tuhan. Sedangkan beribadah ataupun menjadi seorang abid (hamba) itu adalah bidang pengkhususan kita. Tujuan hidup kita.

Kalau ibadah khusus kita pun ibarat hidup segan mati tak mahu, saya rasa tak perlulah cerita bab ibadah umum. Mungkin sudah tiada lagi ibadah umum buat kita. Yela, solat kita pun entah ke mana, relevankah kita mendakwa main bola tu ibadah?

Sedangkan beribadah yang kedengarannya seperti cliché itupun sering dilupakan oleh manusia, apatah lagi tujuan hidup yang lagi satu ini. Percayalah, saya sendiri ternganga mulut saat kali pertama diberitahu tentangnya. Justeru saya juga mahu kalian yang baru kali pertama tahu pasal ni ternganga juga macam saya. Haha.

Soalnya, apa dia tujuan hidup yang satu lagi tu?

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ‘Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi’…”
(Al Baqarah : 30)

Eh, kita ni khalifah rupanya. Ni bukan saya suka suki cakap ye. Allah yang mention dalam ayat di atas. So nak tak nak, suka tak suka, benci tak benci, kita kena terima hakikat bahawasanya kita ni seorang KHALIFAH. Bunyi khalifah tu pun dah gempak, semestinya tugasnya pun kena gempak jugak.

Justeru apa tugas seorang khalifah bumi?

Sebelum itu sila jangan salah faham. Khalifah di sini bukan bermaksud seorang raja yang memerintah dari atas singgahsana, memakai tengkolok sambil keris tersisip di sisi. Bukan dan tidak sama sekali. Lantas, apakah maksudnya?

Khalifah ni maksudnya pentadbir. Dalam konteks ini, khalifah bertanggungjawab mentadbir dan memakmurkan muka bumi. Secara umumnya. Dan di sini ingin saya mengingatkan kalian, bumi ini tidak akan makmur dengan hanya terbinanya bangunan-bangunan pencakar langit, lahirnya cendekiawan-cendekiawan ulung, terciptanya gajet-gajet canggih. Tidak sekadar itu.

Bumi ini hanya akan makmur tatkala Islam sudahpun berada di tempat yang sepatutnya iaitu yang tertinggi dan termulia. Hingga keindahan Islam itu dapat dirasai hatta oleh mereka yang tinggal di ceruk gua. Hanya ketika itu kita boleh katakan bumi ini sudah makmur.

Itulah tugas khalifah. Itulah tugas kita.

Sekarang bagaimana? Terasa seperti sudah mendapat pencerahan?

Tapi itu baru anda seorang…

Sedangkan ibu kita yang sedang menggaul kari di dapur masih lagi belum didedahkan dengan rahsia besar ini. Begitu juga dengan sang ayah yang sedang membaca surat khabar metro di ruang tamu, dia juga masih belum mengerti akan rahsia besar ini.

Maka dengan ini, saya ingin berfatwa. Cewah.

Wajib bagi anda untuk mendedahkan rahsia besar ini kepada sesiapa sahaja yang anda temui kecuali mereka yang telah berada di dalam kubur. Rakan di office, mak cik cleaner di toilet, baby comel di buaian, atuk di kampung dan…(the list goes on)…

Kerna ini memang sepatutnya bukan satu rahsia. Hah.

Thursday, 7 November 2013

Kembara Tarbiah #5 : Aku Logam & Aku Faham

Madmie punya kebaikan :)
Bertemu lagi kita dalam Kembara Tarbiah.

Wah, pejam celik pejam celik Kembara Tarbiah kita sudahpun masuk ke edisi yang ke lima. Pantas sungguh masa berlalu. Terlalu. Entah kenapa saya terasa bersemangat untuk meneruskan ekspedisi Kembara Tarbiah ini.

Dalam siri-siri sebelum ini, kalian sudah diperkenalkan dengan Hadis Logam bukan? Mari kita lihat semula hadis tersebut. Lagi better kalau boleh hafal sekali hadis tu beserta sanadnya. Hoho.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka FAHAM”
(Sahih Bukhari & Muslim)

Sebenarnya perkataan FAHAM dihujung hadis itu memberi satu makna yang jelas bagaimana logam yang telah wujud pada setiap dari kita hanya akan benar-benar berfungsi untuk Islam sekiranya kita FAHAM Islam itu sendiri. Seolah-olah FAHAM menjadi garis pemisah antara Islam dan Jahiliah dalam kerangka bagaimana logam itu dieksploitasi

Pada bahagian akhir hadis logam ini, ada dua sebutan yang boleh menjadi lafaz kepada perkataan FAHAM ini. Pertama, “Iza Faquhu”. Kedua pula, “Iza Faqihu”.

Justeru, apa perbezaanya?

Saya dulu pernahlah sikit sikit belajar Bahasa Arab. Arakian disebabkan waktu itu saya masih lagi belum “faham Islam”, maka ilmu itu telah pun selamat disia-siakan. Sobs. Dan kini baru mahu berjinak-jinak semula.

Maka di sini saya ingin berkongsilah sedikit sebanyak yang saya tahu. Kepada anda yang membaca blog ini, sekiranya anda terer dalam Bahasa Arab ataupun syarah hadis, mohon tempelak saya sekiranya huraian saya kelihatan sesat lagi menyesatkan.

Kembali kepada persoalan kita di atas..

Apa berbezaan “Iza Faquhu” dan “Iza Faqihu”?

Berdasarkan kefahaman saya, perkataan “Iza Faqihu” itu lebih menjurus kepada makna memahami ilmu Fiqh atau segala yang berkaitan dengan Fiqh. Antaranya Fiqh Muamalat, Fiqh Munakahat, Fiqh Jinayat dan sebaginya. Contoh yang paling relevan ofkos la Imam Syafie. Tak perlu dipersoalkan ketereran beliau dalam ilmu Fiqh ini.

Manakala perkataan “Iza Faquhu” pula lebih kepada memahami Islam itu sendiri. Atau dalam erti kata yang lain, memahami Islam secara keseluruhan. Ataupun memahami makna Islam yang sebenar. Pendek kata memahami ruh Islam.

Contohnya? Anda la. Siapa lagi. Aha..In sha Allah..

Hari ini ramai yang memahami ilmu Fiqh. Saya dulupun pernah diberi peluang untuk belajar ilmu Fiqh. Dan harus dimention di sini, markah saya untuk subjek itu agak memberangsangkan jugak. Ni bukan untuk takbur ye. Tapi sebagai bukti bahawa memahami ilmu Fiqh tidak bererti sudah memahami Islam. Sebab saya yang dahulu agak masuk air jugak orangnya. Heh.

Justeru jadilah kita orang yang memahami Islam. Orang yang “Iza Faquhu”. Bukan sekadar “Iza Faqihu”.

Adakah ini bermaksud saya mengatakan ilmu Fiqh dan segala cabang ilmu dalam Islam itu tidak penting?

Tidak. Sama sekali tidak. Cewah.

Tiada siapa menafikan kepentingan ilmu. Tetapi kefahaman tentang ruh Islam itu yang perlu datang dahulu melalui proses tarbiah. Ilmu pula akan terus ditopup dari semasa ke semasa menerusi proses pembelajaran, perguruan, telahan dan macam-macam kaedah lagi. 

Dan seperti yang telah saya bebel di sini, ingin saya tekankan sekali lagi, kefahaman dalam Islam itu hanya boleh diperoleh melalui proses tarbiah. Tarbiah inilah yang telah melahirkan individu seperti Umar Al Khatab, Muadz ibn Jabal, Bilal bin Rabbah dan ramai lagi.

Justeru mari kita sertai Kembara Tarbiah!

Sehingga bertemu lagi dalam episod Kembara Tarbiah yang seterusnya.

Wednesday, 6 November 2013

Mak Cik [1]

Mak Cik aku seorang pejuang. Ya. Dia benar-benar seorang pejuang. Kadang-kadang aku terasa seperti darah perjuangannya mengalir ke dalam salur-salur darah ku. Dari kecil telingaku sudah terisi dengan coletah-coletahnya. Semuanya berkisar tentang perjuangan. Izinkan aku tuk perkenalkan namanya..

Asma’ binti Abu Bakar..

Namanya persis seorang wanita hebat yang pernah hidup di zaman Rasulullah. Bahkan aku berani mengatakan peribadinya juga hampir sama dengan sosok itu. Cerdik, cerdas, lincah, pemurah dan berani.

Mak Cik aku..
Aku tinggal bersama Mak Cik dan keluarganya semenjak aku kecil lagi. Ya. Aku seorang yatim piatu. Bagaimana aku menjadi seorang yatim piatu itu tidak perlulah aku ceritakan. Ia bisa mengalirkan air mataku. Bahkan aku juga tidak bercadang untuk perkenalkan diriku..

Kerna sekarang kita sedang bercerita tentang Mak Cik aku..

Kerna sekarang kita sedang berbicara tentang seorang wanita pejuang!!

Keluarga Mak Cik aku bukan keluarga yang senang. Mereka tiada harta benda yang boleh diwariskan. Mereka tiada empayar perniagaan yang memberi keuntungan. Mak Cik aku sendiri tidak pernah ada peluang untuk merasai seronoknya memiliki perhiasan-perhiasan seperti wanita-wanita kebanyakan.

Mereka juga bukan keluarga yang sederhana. Bahkan ada satu ketika kami tiada satu apapun untuk dimakan. Yang ada hanyalah beberapa ketul roti keras yang pastinya tidak cukup untuk kami yang ramai ketika itu.

Pada waktu itulah aku melihat sosok itu mencubit sedikit demi sedikit roti keras itu, lalu dilumatkannya dengan jari-jemarinya sebelum disuapkannya ke mulut seorang demi seorang anak-anaknya termasuk diriku. Sedangkan tiada sebutir serbuk roti pun yang masuk ke dalam mulutnya.

Kami juga bukan keluarga yang susah. Kami tidak pernah menangis kelaparan. Walaupun kadang-kadang perut aku terseksa juga menahan kelaparan, namun aku kuatkan juga semangatku, lagi-lagi bila melihat anak-anak Mak Cik yang tidak merungut apatah lagi menangis melalak. Ah. Kenangan di waktu kecilku. Kini semua sudah besar. Dan keadaan mula berubah sedikit demi sedikit.

Mak Cik seorang yang qanaah. Berpada-pada. Cukup dengan  apa yang ada. Bila ada, di terima dengan syukur. Bila tiada, diusahakan dengan sabar. Dari situlah aku belajar nilai-nilai kehidupan.

Ya. Memang aku akan ceritakan segalanya di sini. Cerita tentang Mak Cik aku. Cerita tentang seorang wanita pejuang yang telah mengajari aku erti sebuah perjuangan.

Nak dengar kisah perkahwinan Mak Cik aku?

Mestilah kalian mahu. Bukankah perkahwinan selalu menerujakan kita semua? Kalian dan aku..

Mak Cik aku berkahwin dengan pemuda pilihan bapanya pada usia 18 tahun. Bapa Mak Cik aku tu datuk kandung aku. Mak Cik aku pulak kakak kandung kepada ayah aku. Begitulah pertalian antara kami.

Aku tidak tahu bagaimana dengan kalian. Tetapi bagi aku perkahwinan antara Mak Cik dan suaminya tidak ubah seperti perkahwinan paksa. Kerana di mataku, cukuplah perkahwinan itu dikatakan paksaan pabila persetujuan untuk melangsungkan ikatan pernikahan dimaterai tanpa  langsung merujuk kepada si perempuan. Apa pendapat kalian?   

Namun aku kagum dengan penerimaan Mak Cik. Dia redha.

Kerna redha seorang perempuan itu bukan sebarang redha. Bukan sahaja dia perlu menyerahkan mahkota kewanitaan yang sekian lama dipeliharanya kepada lelaki yang menikahinya, bahkan dia juga harus menyerahkan sesuatu yang lebih berharga dari itu kepada suaminya. Itulah ketaatan yang tidak berbelah bagi, selagi mana suaminya itu mentaati Allah dan Rasul.

Dan berkat redha itu, perkahwinan Mak Cik dan Pak Cik bahagia. Mereka dikurniakan sepuluh cahaya mata yang hebat. Lima orang lelaki dan lima orang perempuan. Kesemua dari mereka adalah pejuang. Persis ibu dan ayah mereka.

Dan salah seorangnya bernama Ammar. Yang kini dikurung di dalam sel yang sama dengan diriku bersama beberapa teman seperjuangan yang lain. Menanti perbicaraan kami di mahkamah pada keesokan hari...

Nanti aku sambung lagi cerita ni..

Tuesday, 5 November 2013

Kembara Tarbiah #4 : Kefahaman Yang Kita Impikan

Dulu semasa saya di tingkatan satu, ayah telah mendaftarkan saya untuk mengikuti kelas agama pada setiap hari sabtu. Kalau di negeri JDT, kelas ni sangat popular dengan gelaran Darjah Khas. Saya tidak pasti sama ada kelas ni boleh didapati di negeri-negeri lain ataupun hanya di JDT sahaja. Yang pasti, selalunya saya akan pergi ke kelas ini dengan mata yang hampir tertutup dan hati yang separuh rela. Hoho. 

Dalam Darjah Khas ini, kami diajar dengan ilmu-ilmu agama yang selangkah di hadapan daripada apa yang diajar di sekolah-sekolah agama rakyat yang lain. Contohnya, kami belajar tentang muamalat dalam Islam, munakahat, ilmu faraid, jenayat, bahasa arab, sirah, fiqh dan berbagai-bagai lagi. Dengar macam haibat. Macam jela..

Arakian daripada apa yang saya dengar, produk Darjah Khas ni memang dipandang tinggi oleh masyarakat. Sehingga ada yang beranggapan pelajar-pelajar lepasan Darjah Khas yang lulus dengan pencapaian tertinggi yakni Pangkat Satu dah layak untuk mengajar agama di sekolah-sekolah agama rakyat seluruh negara. Wah.

Dan pada setiap tahun, jumlah pelajar yang menyertai kelas Darjah Khas ni memang memberangsangkan di seluruh negeri JDT. Mengikut perkiraan saya, dengan ketinggian level ilmu agama yang diberi, sepatutnya JDT dah menjadi negeri pengeluar modal insan terbanyak seluruh Malaysia. Dan sepatutnya semua pelajar lepasan Darjah Khas dah boleh setaraf ataupun kurang sedikit daripada para sahabat Rasulullah dan para mujahid. Sepatutnya. Eh yela. Tinggi kot belajar ilmu agama.

Namun ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya tersalah tengok ramalan cuaca.

Hari ini kita melihat sekolah-sekolah agama rancak didirikan laksana cendawan tumbuh selepas hujan. Begitu juga dengan sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara. Bilangan perlajar yang mendapat A untuk subjek Pendidikan Islam dalam SPM juga meningkat saban tahun. Para ustaz ustazah yang dihantar oleh kerajaan ke luar negara untuk belajar ilmu agama di peringkat tertinggi pun boleh tahan jumlahnya.

Tetapi realiti di Malaysia masih lagi di tahap yang menyedihkan. Dengan anak-anak mudanya yang berpeleseran seolah-olah dunia ini tak akan kiamat. Orang-orang tua pun tidak terkecuali. Yang makcik-makcik, asal ada kenduri je, hamboi sakan mengumpat. Padahal tengah buat kenduri kesyukuran. Ironi terlalu. Pakcik-pakcik pun sama jugak. Keluar-keluar je dari masjid, mulut terus berasap. Walhal kat masjid tadi baru dengar ceramah Maal Hijrah.

Tu belum kita cerita lagi pasal isu-isu semasa yang melanda rakyat Malaysia. Kes tembak-menembak yang rancak macam tengah main polis and thief, dadah, zina, rogol,  korupsi, penyelewengan, masalah sosial dan banyak lagi. Kalau nak diceritakan semuanya, sampai maal hijrah tahun depan pun belum tentu habis.

Justeru apa lagi rakyat Malaysia mahu? Tak cukup lagi ke ilmu agama yang diberi? 

Beautiful..
Mari kita renung sejenak hadis Ar-Rasul S.A.W

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam agama”
(Sahih Bukhari & Muslim)

Ada orang ilmu agama tinggi menggunung, tapi tak reti-reti nak beramal. Ada orang setiap kali exam Pendidikan Islam, mesti dapat markah penuh. Yela. Dah satu buku dihafalnya. Tapi still tak tutup aurat. Bahana tidak faham agama. Acano tu?

Sebab itulah ada orang cakap, faham ilmu agama tak bererti kita faham agama. Cuba tengok Sumaiyyah. Apa je yang Sumaiyyah tahu? Dia cuma tahu syahadah je, tapi dah sanggup mati untuk Islam. Tengok pula Bilal, apa je ilmu yang dia ada?Tapi sanggup menahan seksaan demi pertahankan akidah. Ni la contoh orang-orang yang faham agama. Kita yang dah tahu macam-macam ilmu ni, agak-agak boleh macam tu tak? Ouch sedikit di situ.

Seterusnya bagaimana nak dapatkan kefahaman dalam agama?

“Dan sungguh, akan kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki HATI, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah)...
(Al A’raf : 179)

Nak faham agama, kita perlukan hati, bukan akal semata-mata. Hati tu yang akan menentukan darjah kefahaman kita. Contohnya, ada orang dia boleh menangis bila tengok cerita Mohabbatein. Kenapa ye? Sebab hati dia boleh faham kesedihan yang ditanggung Raj Aryan setelah kematian kekasih hatinya, Megha. Pointnya di sini ialah hati. Hati yang digunakan untuk merasai dan akhirnya memahami.

Begitu juga dalam memahami Islam. Kita perlu dan mesti gunakan hati. Soalnya di sini bagaimana untuk menggunakan hati? Yela. Dah hati pun asyik berbolak-balik je. Sekejap macam tu. Sekejap macam ni. 

Bagi saya satu sahaja caranya. Tidak syak lagi hati kita perlu dididik. Dan bukankah pendidikan itu satu tarbiah? Itulah nanti yang akan menatijahkan kefahaman dari sebuah tarbiah.

Justeru mari kita hidup dalam Kembara Tarbiah.

Sehingga bertemu lagi dalam Kembara Tarbiah yang seterusnya.

Sunday, 3 November 2013

Kembara Tarbiah #3 : Mari Mengenalpasti Logam

Kembara tarbiah belayar penuh bergaya
Untuk berlabuh pada keredhaan Allah
Agar terang jalan menuju syurga
                                    
Ewah! Sekali sekala kita bergurindam apa salahnya kan?

Eh. Tapi ada bentuk gurindam ke? Haha

Ah. Ikutlah mana-mana yang dirasakan sesuai. Puisi, syair, pantun tiga kerat ke. Semua boleh.

Terima kasih Madmie :)
So setelah menghayati kisah yang tak berapa nak romantis antara Jep dan Lan di sini, apa yang menjentik minda kalian? Ke tak rasa apa-apa? Atau rasa nak kahwin je dengan Lan tu. Dah la cool, hensem pulak tu. Err..

Eh saya serius ni. Kena check jugak kefahaman kalian tentang cerita tu. Sebab at the end of the day, apa yang kita perdagangkan adalah ibrah dan kefahaman. Bukan plot cerita, sweet ending apatah lagi kekacakan watak utamanya. Ibrah dan kefahaman. Itulah yang paling terpenting dan teramat penting.

Baiklah.

Seperti yang anda lihat, di penghujung cerita itu, saya telah menyertakan sekali sebuah hadis yang agak popular juga darsawarsa ini. Kalau dalam kalangan kami, kami menggelarkan hadis tu sebagai Hadis Logam. Eh kejap. Siapa “kami” tu? Haa. Jeng jeng jeng. In sha Allah, anda ialah kami. Tersenyum sejenak.

Ok. Sekarang kita akan berbicara secara panjang lebar mengenai Hadis Logam. Cewah.

"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka FAHAM" 
(Sahih Bukhari)

Logam. Kalau dalam bahasa Inggeris, logam ni dipanggil metal. Dulu waktu sekolah menengah, disebabkan saya ni pelajar beraliran sains, maka tidak dapat tidak kenalah belajar pasal logam ni. Banyak jugalah nama-nama logam yang pelik lagi exotic yang saya dengar. Magnesium, platinum, strontium dan macam-macam lah lagi. Calcium pun ada bak hang.

Eh. Saya bukan nak ajar subjek kimia ye. Tapi in sha Allah, adalah sikit-sikit unsur kimia di sini. So kalau kita cuba fikir-fikirkan, apa sebenarnya sifat-sifat yang ada pada logam? Ada sesiapa mahu mencuba?

Keras, susah nak jumpa sebab kena gali, mahal, berkilat, reactive, senang terbakar, senang meletup. Berwarna-warni. Kamcing dengan oxygen. Ada macam-macam bentuk. 

Ok dah. Cukup cukup lah tu.

Maka di sini kita dapat simpulkan ye wahai sidang pembaca sekalian bahawasanya logam sememangnya sesuatu yang sangat berharga, priceless, bernilai dan mahal. Secara umumnya, logam ni memang benda yang dicari oleh semua pihak. Kontraktor nak bina bangunan, dia perlukan logam. Kaca-kaca yang ada kat rumah anda tu pun asal-usulnya dari logam juga sebenarnya.  Dan menariknya, sejak zaman-berzaman, logam kekal sebagai sesuatu yang sangat berguna dan bernilai.

Eh. Jadi apa kejadahnya pulak manusia seperti logam?

Haa. Ni la soalan yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama..

Begini. Maksud manusia seperti logam sebenarnya adalah pada nilai-nilai yang ada pada manusia tu. Nilai-nilai tu secara mudahnya bererti bakat atau kebolehan yang ada pada kita la. Bakat-bakat kita tu tak akan berubah dan akan kekal sebagai kelebihan kita walaupun kita telah mengtransformasikan diri daripada dunia yang penuh kejahilan kepada Islam yang syumul. Ewah.

Contohnya lah…

Dulu waktu zaman kegelapan kita ni suka usha orang. Usha bukan sebarang usha ye. Sekali je usha perempuan, dah boleh tahu 36 ke 40. Eh eh. Apa yang 36 apa yang 40 ni? Heh. Umur ler. Nak cerita bab pengushaan ni memang kepakaran kita yang tiada tolok bandingnya la.

Bila dah kenal Islam, dah faham Islam janganlah gi usha perempuan lagi. Gunalah kepakaran kita ni nak mengusha kawan-kawan sejenis dengan kita. Usha hobi dia, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Tujuannya nak kenal lagi rapat dengan dia dan senang nak ajak dia kepada Islam.

Camtuhaa..

Lagi jika dulu kita ni seorang pemain bola sepak yang paling terer la kat tempat kita. Kalau kita sepak bola, kelajuan bola tu kalah sikit je dengan kereta BMW Sauber. Eh. Melampau sangat tu. Tapi konklusinya, kita ni memang terer la main bola. 

But once kita dah faham Islam, bukan bererti kita dah tak boleh main bola. Dah kena duduk masjid je tunggu masuk waktu sembahyang, tolong bentang sejadah. Tidak. Sama sekali tidak. Cewah. Bakat kita bermain bola tu pun boleh digunakan untuk Islam sebenarnya. Macam mana tu? Pandai-pandai ler. Misalnya la. Bila kita main bola, kita tutup aurat, pakai seluar panjang. Bila orang tengok, orang pun jadi kagum. Wah. Tutup aurat pun boleh terer main bola. Aiwah.

So nampak tak korelasi bagaikan pinang dibelah dua antara contoh di atas dengan hadis yang sedang kita bincangkan ni? Pointnya jelas. Apa-apa je bakat dan anugerah yang telah Allah kurniakan kepada kita, walaupun kita selalu gunakan  bakat tu ke jalan yang gelap, bila kita dah faham Islam, bakat tu still boleh dimanfaatkan untuk Islam. Asalkan halalan toiyyiba.

Jadi, sila sila lah mengenalpasti kelogaman yang ada pada diri kita. Mantapkan kefahaman kita terhadap Islam melalui sistem tarbiah dan tetaplah setia membaca blog EncikMusab. Eh. Agak tidak relevan di situ. Sila abaikan part membaca blog tu.

Justeru, apa logam anda?

Saya tinggalkan kalian dengan persoalan itu.

Sehingga kita bertemu kembali dalam siri Kembara Tarbiah yang seterusnya.

Saturday, 2 November 2013

Kembara Tarbiah #3 : Dia Seorang Logam

:)
“Buat apa tu Jep?” Masuk-masuk bilik je Lan terus landing atas katil. Penat.

Jep diam. Takde respon. Mata dia khusyuk menatap skrin laptop empat segi tu.

“Cam biasa la Lan...” Baru dia jawab. Itupun lepas beberapa jenak. Ringkas.

Lan bingkas bangun menuju bilik air. Berkeriut pintu bilik air tu bila Lan bukak. Berkeriut lagi kuat bila Lan tutup. Entah dah berapa tahun engsel pintu tu tak minum minyak pelincir.

Jep masih lagi khusyuk depan laptop. Hobi sejak sekolah rendah.

Lepas beberapa minit, berkesimbah bunyi air dari dalam bilik air. Terganggu seketika fokus Jep. Entah apa yang dibuat Lan kat dalam tu. Sakan kemain bunyinya.

Pintu bilik air berkeriut lagi.

Lan keluar dengan kaki seluarnya dah tergulung ke paras lutut. Habis basah bulu kaki dia.

“Buat apa Lan?” Jep menyoal. Matanya masih memanah laptop.

“Kencing..ambik wudhuk..” Lan menjawab. Bersahaja.

“Eh..amek wudhuk?” Jep pantas capai jam tangan di sisi laptop.

“Laa..dah pukul 7 rupanya..” jam itu diletakkan kembali.

“Lagi 10 minit nak maghrib..” Lan bukak almari. Cari baju melayu nak dipakai ke surau.

Kepala laptop diturunkan perlahan-lahan. Jep berdiri kemudian mengeliat. Ahh lega. Urat-urat terasa lurus kembali. Dari lepas asar dia tercongok depan laptop tu.

“Bila final date dia Jep??” Lan kamcing butang baju melayunya. Satu demi satu.

“Final date?” Jep buat muka pelik.

“Pertandingan Gambar Tarbiah Untuk Ummah tu la”

Lan capai salah satu minyak attar dari almari dia. Minyak kasturi putih. Dicalitnya dekat pergelangan tangan kanan. Dicalitnya lagi dekat pergelangan tangan kiri. Digosoknya kedua-dua pergelangan tangan tu. Last sekali dia kesat dua-dua pergelangan tangan tu kat baju melayu yang dipakainya. Wangi semerbak.

“Ohh…malam ni pukul sebelas..”

“Aku baru siapkan yang last..”

“Tahun ni aku hantar tiga gambar je..”

“Tak larat ah banyak-banyak..”

Jep bukak pintu bilik air. Dah tak berkeriut. Eh main-main pulak pintu ni. Jep baru plan nak beli minyak pelincir balik dari surau nanti.

Slow-slow dia masuk ke dalam bilik air. Pili air ditolaknya ke kanan. Air mencurah-curah keluar. Dia basuh mukanya. Fuhh. Segar.

“Jep, nak aku tunggu kau tak?” suara Lan berteriak dari luar bilik air.

“Ko gerak dulu lah..” Jep mulakan wudhu’nya.

Setahun tiga bulan sebelumnya

“Uuuu…sapa pompuan tu Jep? Akak kau ke?” Lan menjengah ke skrin laptop Jep.

“Aku mana ada akak. Awek aku la. Kau rasa dia lawa tak Lan?” Jep sengih. Macam kerang.

“Terer giller Jep kau edit gambar..” Lan tak menjawab soalan.

“Terer ke? Biasa je kot..” Jep cover bangga. Padahal dalam hati dah macam apa dah.

“Biasa kebendanya. Kat fesbuk, asal kau post gambar je, mesti lima puluh like paling kurang. Peh!"

Lan tumbuk bahu Jep. Jep cuit perut Lan. Kemudian mereka gelak bersama-sama.

-Tamat-

"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka FAHAM" 
(Sahih Bukhari)

Friday, 1 November 2013

Kembara Tarbiah #2 : Leave Them Alone!!

Salamullahialaikum….

Hoyeah!! Err..

Ya, bertemu lagi kita dalam siri penulisan “Kembara Tarbiah”. So camne perspektif kalian setakat penulisan yang pertama dulu? Ceh dulu. Macam la lama sangat. Sudah jelas akan pengertian tarbiah? Sudah mengerti akan kepentingan tarbiah? Sudah masak dengan permainan tarbiah? Eh. Banyak pulak tanya.

Baiklah. Untuk memulakan siri penulisan yang kedua ini, saya berminat untuk berkongsi dengan anda semua, sidang pembaca yang budiman, sebuah video yang sangat best, menggugah jiwa, membakar semangat dan mengexcitedkan sel-sel darah merah kita untuk kita terus kekal dalam dunia tarbiah. Peh! Eh. Saya serius ni..

Ni haaa videonya…Jom tengok!!!


Ok dah habis. So cane? Betul tak apa yang saya cakap? Best kan video ni?

Ok. So basically apa yang kalian faham tentang video ni?

Takde orang jawab pun...

Ok lupa ni blog. Haha.

Dalam video ni diceritakan bahawa Umar Al Khatab telah memberi sahabat-sahabatnya satu pelajaran yang sungguh bermakna dengan begitu kool dan bergaya sekali. Bila tengok video ni pun saya dah rasa meremang segala bulu yang ada, tak terbayang reaksi para sahabat yang sedang duduk bersama beliau ketika itu.

“Tamannau!!”

“Make a wish!!”

“Impikan apa yang kamu mahu!!”

Relax Umar Al Khattab melontarkan arahan. Bijak. Ada karisma.

And as expected para sahabat yang ada di situ mengimpikan sesuatu yang bersifat materialistik seperti harta. Dan yang menariknya di sini, walaupun mereka semua mengimpikan harta dan kekayaan, tetapi tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyumbangkan harta dan kekayaan itu di jalan Allah. Subanallah. Hebatnya produk tarbiah Rasulullah. Fuhh.

Jujur. Kalau saya ada kat situ, saya sendiri tak tahu apa yang akan saya impikan. Harta, emas, perempuan, kereta Nissan Skyline, jersi Real Madrid dan entah apa-apa lagi. Nak infakkan ke jalan Allah tu…err…

Siapa tak nak Nissan Skyline bhaii!! 
Tapi Umar Al Khatab kool. Dengan penuh setail dia menjawab…

“I wish this room is full of men like Abu ‘Ubaidah (or in another narration Abu ‘Ubaidah and Muadz ibn Jabal) so that I can send them in the path of Allah”

So nampak tak? Tatkala para sahabat memilih untuk mengimpikan harta untuk disumbangkan ke jalan Allah, Umar Al Khatab relax je mengimpikan pemuda-pemuda seperti Muadz ibn Jabal dan Abu ‘Ubaidah untuk dihantar berjihad di jalan Allah.

But wait my brothers and sisters…

Sumpah kalian semua silap kalau kalian fikir Muadz ibn Jabal dan Abu ‘Ubaidah tu sekadar pemuda-pemuda biasa ataupun seperti pemuda-pemuda kebanyakan yang lain. Serius kalian silap besar. Ya. Mereka bukan malaikat yang ada sayap ataupun raksasa gorgon yang makan orang. Tapi mereka ini adalah para pemuda luar biasa, yang sanggup berkorban harta bahkan nyawa untuk mempertahankan Islam.

“You could just throw them anywhere in this world..”

“Anywhere…”

“And leave them alone…”

“Alone…”

“They will take care of this religion..”

Fuhhh. Subhanallah. Kau mampu jang?

So tak syak lagi pemuda-pemuda osem gaban macam tu dihasilkan melalui tarbiah oleh Rasulullah. Tarbiah my brothers. Tarbiah my sisters. Tarbiah wahai encik, puan, datuk, datin dan sidang pembaca sekalian. Tarbiah! Dan kita pun sebenarnya mampu untuk jadi seperti itu. Dengan syarat, kita perlu mendisiplinkan diri masing-masing untuk konsisten mencelupkan diri ke dalam larutan tarbiah.

Jadi tunggu apa lagi?

Baiklah saya stop dulu di sini, hingga kita bertemu dalam penulisan “Kembara Tarbiah” yang seterusnya.