Semasa di
kolej..
“Haa..kau tengah
type apa tu?”
Begitu riang
nada suaranya. Dan kini aku merindukan. Rindu kepada akh yang benar.
“Mana ada type
apa-apa…”
Aku cuba
berdalih. Entah apa yang aku nak selindungkan sangat, aku sendiri tak pasti.
“Eleh..kau tulis
blog kan? Aku nak baca!”
Akh ini memang
ceria orangnya. Ataupun aku lebih suka menggelarnya akh yang manja. Tidak!
Bukan manja yang tidak tahan mehnah dakwah. Tetapi sifatnya manja. Dan kami
semua menyenanginya. Kami semua mencintainya. Cinta seorang akh.
Suatu hari dia
meluahkan rasa kepada diriku..
“Kau rasa patut
ke aku ubah perwatakan aku?”
Aku sedikit
terkesima. Pada aku dia adalah qudwah di dalam barisan kami.
“Eh. Kenapa
pulak? Aku rasa kau ok je…”
Dia
perlahan-lahan menundukkan kepalanya..
“Aku takut aku
jadi fitnah pada dakwah ni…”
“Aku takut
adik-adik jauhkan diri daripada aku..”
Subhanallah. Ma
sha Allah.
Untuk
pengetahuan kalian, perbualan di atas berlangsung usai solat zohor. Pada saat warga
kolej kami sedang di asak kesibukan duniawi. Berkejaran ke sana-sini. Dan akh
ini masih lagi punyai waktu untuk memikirkan urusan dakwahnya. Tidak syak lagi
dia adalah al-akh yang benar.
Dalam diam aku
mengaguminya. Dalam senyap aku mencintainya. Dan kini aku merindukannya.
Dan sungguh aku katakan
bahawa al-akh ini adalah qudwah dalam barisan kami. Namun dia masih lagi
menaruh bimbang terhadap prestasi dakwahnya. Jauh berbeza dengan diriku.
Kerana dirinya
adalah al-akh yang benar.
Baru-baru ini,
aku dan beberapa ikhwah yang lain pergi menziarahinya di bumi kelahirannya,
bumi lima pendekar bersaudara.
Di situ aku
dapat menyaksikan kehidupannya bersama keluarganya yang tercinta. Dan sungguh
aku kagum. Dan aku cemburu. Begini kisahnya. Keluarga akh ini membuka bisnes
kantin di sebuah sekolah memandu. Dan akh ini menghabiskan masa cutinya dengan
berbakti kepada orang tuanya. Menolong sedaya yang termampu di kantin itu.
Dan kedua ibu
bapanya menyantuni kami dengan baik sekali. Bahkan layanan yang terbaik. Kerana
al-akh ini telah menunjukkan contoh bahawa tarbiah telah meresap dalam jiwanya.
Akhlak yang baik pasti mencairkan hati kedua orang tua. Pasti..
Kenapa aku
kagum? Kerana aku juga mahu menjadi seperti itu. Menjadi anak yang taat.
Meringankan beban orang tua. Dan bukankah sepatutnya orang yang telah di
tarbiah itu bermanfaat kepada manusia sekelilingnya?
Dan akh ini
berjaya membuktikannya.
Kerana dia
seorang al-akh yang benar.
Begitulah kisah
seorang al-akh. Yang aku coretkan di sini. Agar kita bisa mengambil pelajaran.
Agar kita boleh mencontohi. Kerana dalam meniti di atas jalan dakwah, sungguh kita
menagih contoh.
Contoh dari seorang al-akh yang benar
No comments:
Post a Comment