“Doctor..is it
hurt..?
Kanak-kanak
perempuan itu bersuara perlahan. Seolah-olah menagih sebuah simpati. Haidhar
memandangnya dengan pandangan yang sayu. Perlahan-lahan, dia mengukir senyuman.
“There’s nothing
to worry dear..I’m just checking on you…”
Haidhar membalas
lembut. Cuba menenangkan. Tangan kirinya mengusap ubun-ubun budak perempuan
berusia tujuh tahun itu. Dia terlalu kecil untuk menanggung sebuah penderitaan.
“Doctor..is it
hurt..?
Anak kecil itu
bertanya lagi. Semakin sayu. Dari riak wajahnya, seperti dia benar-benar
mengharapkan sebuah jawapan. Barangkali untuk menenangkan hati sendiri.
“What is it
sayang..?
Haidhar
melabuhkan punggungnya di birai katil. Wajah kecil mulus itu ditatapnya
dalam-dalam. Wajah suci murni itu, wajah insan yang tidak berdosa meski secubit cuma.
“Death…is it
hurt..?”
Pertanyaan itu
menyentak sanubari Haidhar. Hatinya rasa dipukul. Serentak dengan itu, bebola
matanya mula menampakkan kaca-kaca jernih. Tanpa disedarinya, titisan-titisan
jernih itu jatuh dari hujung matanya. Dengan pantas disekanya air mata itu
dengan jari-jemarinya.
“Dhiya,
inshaAllah you are going to live. You can go to school. You can play with your
friends. You can eat a lot of foods. Trust me. You are going to live a good and
long life sayang..”
Entah mengapa hatinya
berkobar-kobar memberikan harapan kepada Dhiya. Sedangkan dia sendiri tidak
mampu memberikan jawapan yang pasti. Sungguh dia menyedari ajal dan maut bukan
di tangannya. Tapi entah. Mungkin hatinya sudah mula menyayangi pesakit
kanak-kanak yang sudah sebulan lamanya di bawah seliaannya itu.
**********
Di kafe hospital
pada suatu petang…
“Haidhar, are
you sure for not conducting the operation..?”
Mustakim
memulakan bicara. Wajah sahabatnya itu ditatap sedalam-dalamnya. Haidhar
seorang doktor yang professional. Namun kali ini seakan-akan dia hilang keyakinan
diri. Haidhar seolah-olah sedang dikuasai emosi sendiri.
“It’s not that I
don’t want..but I can’t…I can’t Mus…”
Haidhar meraut
wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Fikirannya kusut dan serabut.
Dia sendiri tidak pasti apa yang patut dilakukannya. Otaknya tepu dan kini dia
benar-benar buntu..
“The chance is
50-50…”
“Aku takut aku
gagal….”
Akhirnya dia
meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Mustakim
menghela nafas panjang tatkala mendengar luahan sahabatnya itu. Dan dia sengaja
membiarkan suasana sunyi untuk beberapa ketika, membiarkan Haidhar tenggelam
dalam dilemanya. Lalu perlahan-lahan dia menyusun kata..
“Haidhar..you
know the procedure right..?”
“Kita jalankan
pembedahan tu ikut prosedur..”
“Hasilnya kita
serahkan pada Allah…”
Mustakim cuba
mengembalikan nilai-nilai rasional ke dalam diri Haidhar. Dia berharap cara itu
dapat mengembalikan semula keyakinan diri Haidhar. Mengembalikan Haidhar ke
dalam dirinya semula.
“You don’t
understand Mus…”
“The situation
now is completely different…”
“I don’t know…”
“Aku nak dia
terus hidup..nak sangat…”
Haidhar semakin
tenggelam dalam emosi sendiri. Kenangannya bersama Dhiya menerjah satu per satu
ke dalam kotak ingatannya. Terlalu banyak kenangan manis antara dirinya dan
kanak-kanak perempuan itu walaupun baru sebulan bersama. Dan selama sebulan
itu, fikirannya, tenaganya dan fokusnya hanya tertumpu kepada Dhiya.
“Sampai kau tak
yakin dengan ketentuan Allah..?” suara Mustakim sedkit meninggi.
Haidhar
tersentak. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya.
“Mus..kau ganti
aku..?”
“Kau conduct
operation tu untuk aku..?”
Mustakim
menghirup kopi panasnya seteguk demi seteguk. Anak matanya memanah bebola mata
Haidhar. Perlahan-lahan Haidhar menundukkan pandangannya.
“Hmm..”
**********
“Haidhar, I am
sorry but we have tried our best. Now inshaAllah, she is in the heaven. Waiting
for us. And waiting for YOU to join her. Be strong..please..”
Sender : Dr.
Mustakim
Haidhar terduduk
sebaik sahaja membaca pesanan ringkas itu. Air matanya mengalir deras. Dia
menangis semahu-mahunya. Perasaannya bercampur baur antara sedih dan terkilan.
Sedih kerana hayat kanak-kanak itu terlalu pendek. Terkilan kerana dia tiada
kekuatan untuk menunjukkan wajahnya buat kali yang terakhir untuk ditatap oleh
Dhiya.
“Dhiya…”
“Ya Allah…”
-End-
Kematian, tazkirah yang paling baik untuk jiwa-jiwa yang kelemasan. Beruntunglah bagi manusia yang jiwa-jiwanya terus hidup dengan kematian insan di sekeliling mereka. Sehinggalah kematian menjemput mereka, lalu kematian mereka menghidupkan jiwa-jiwa insan lain yang sedang kelemasan.

Walaupun jalan ceritanya tidak seberapa, susunan kata tak seindah mana, moga mesejnya sampai.
ReplyDeleteAt the end of the daya, hanya ibrah yang kita perdagangkan...
Moga Allah redha...