Baru-baru ini
berlangsung sebuah temasya yang gilang-gemilang buat semua pencinta sukan bola
sepak seluruh dunia. Jika anda merupakan penggemar bola sepak yang sejati,
sudah tentu anda boleh mengagak apa yang sedang saya maksudkan ini.
Dahulu saya juga
PERNAH menjadi pencinta sukan bola sepak. Iaitu sejak di sekolah rendah
sehinggalah ketika fasa awal berada dalam sistem tarbiah. Yang ni bukan minat main
bola kat padang tu ye. Kalau yang tu, sampai sekarang, inshaAllah saya minat
lagi. Tapi minat kat sini macam sanggup stay up sampai subuh semata-mata nak
tengok bola, status mukabuku memanjang pasal bola dan gambar profil mukabuku
pun gambar player bola kegemaran. Minat yang macam tu.
Dan kerana itu,
boleh dikatakan agak banyak jugaklah page-page bola yang saya like di mukabuku.
Dan sehingga ke hari ini, melalui page-page itulah saya mengetahui perkembangan
dunia bola sepak terkini. Termasuk temasya yang saya katakan di atas tadi.
Kalau ada yang
tak tahu, temasya itu dikenali sebagai undian kumpulan Piala Dunia 2014.
Di platform ini
saya merasakan tidak perlu untuk saya menganalisa keputusan undian tersebut
kerana jika saya berbuat demikian, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk
unfollow blog ini ataupun memaksa saya untuk terjun ke sungai yang berdekatan.
Namun saya merasakan
ada beberapa perkara yang agak menarik untuk kita renung-renungkan dan ambil
pelajaran. Terutamanya kepada mereka yang mengaku diri sebagai agen penyebaran
dakwah ataupun lebih mesra disapa sebagai para du’at.
Untuk
pengetahuan kalian, Piala Dunia 2014 dijangka membuka tirainya pada bulan Jun
tahun hadapan. Secara matematiknya, enam bulan daripada sekarang. Enam bulan ni
bolehlah dikatakan agak lama jugak sebenarnya. Kalau tak percaya, cuba tanya
orang yang lagi enam bulan nak kahwin. So many things can be done in six
months. So many things can happen.
Arakian di
timeline mukabuku saya sudahpun dibanjiri dengan ulasan-ulasan mengenai
kejohanan itu. Lelaki dan perempuan tidak ketinggalan menzahirkan harapan
mereka kepada pasukan kegemaran masing-masing. Yang page-page bola tu tak payah
cakap lah. Dah tu memang tugas rasmi mereka.
Di kaca
televisyen juga tidak kurang hebatnya. Bahkan jauh lebih hebat promosinya.
Iklan-iklan berkenaan dengan kejohanan empat tahun sekali itu mula ditayangkan.
Maklumlah, kejohanan paling berprestij dalam sukan bola sepak kot. Tak kan nak
promot biasa-biasa je.
Lantas, apa
kaitannya semua ini dengan para du’at?
Saya
membayangkan terlalu banyak perkaitannya sebenarnya.
Tugas para du’at
adalah menjadi promoter kepada Islam. Kalau dah namanya promoter, haruslah mempromote
produk yang kita mahu tawarkan kepada pelanggan dengan begitu
bersungguh-sungguh sekali. Maka dalam konteks ini, produknya adalah Islam.
Pelanggannya pula ialah muslim yang belum berasa izzah dengan Islam dan juga
ofkoslah orang bukan Islam.
Di sini cuba
kita bandingkan..
Adakah kita
sudah mempromosikan Islam sehebat para promoter World Cup 2014 mempromosikan
kejohanan tersebut? Kalau nak tahu hebat tak hebat lah mereka mempromosikan
piala keagungan bola sepak itu, pergilah try usha page rasmi mukabuku penganjur
kejohanan itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja status, gambar dan
post yang diupdate. Itu baru di mukabuku, belum lagi tengok di televisyen,
sidang-sidang akhbar dan banyak lagi.
Pokoknya mereka
all-out dengan promosi mereka.
Nah. Tanya diri
kita sendiri. Adakah kita sudah all out mempromosikan Islam kepada roommate,
classmate, jiran tetangga, cikgu-cikgi dan even ahli keluarga kita sendiri?
Jika belum, di manakah silapnya? Yang itu kena tanya diri masing-masing.
Kadang-kadang kita sendiri tahu sama ada kita dah cukup izzah atau belum dengan
agama yang kita anuti ini.
Status-status
mukabuku kita adakah berkisar dalam konteks ingin mempromosikan Islam ataupun
hanya sekadar berbaur peribadi? Begitu juga dengan twitter, instagram dan
segala tok nenek medium sosial yang ada. Adakah kita sudahpun menjadi “excellent
promoter” kepada Islam?
Kadang-kadang
kita sering menggunakan alasan tidak cukup ilmu untuk melepaskan diri daripada
tugas mempromosikan Islam ini. Sekarang saya nak bagitahu yang alasan tu
sebenarnya tak valid dan takde cop halal JAKIM. Nak tahu kenapa? Anda cuba
beritahu saya waktu awal-awal Rasulullah menyebarkan Islam, apa je ilmu yang
Rasulullah sampaikan? Begitu juga dengan Abu Bakar As- Siddiq. Setelah
keislamannya, beliau berjaya mengislamkan sepuluh sahabat yang lain. Ilmu apa
yang beliau sampaikan? Waktu tu syariat solat pun belum turun lagi.
Sebab itulah
kena faham yang dakwah ini bukan secara totalnya berpusat pada penyebaran ilmu.
Yang sebenarnya, dakwah ialah kita mengajak orang kepada Allah. Mengajak
manusia untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Memberitahu manusia
bahawasanya hanya Allah yang layak disembah. Itulah dakwah. Orang yang tak
cukup ilmu pun boleh buat.
Kemudian ada
yang beralasan tidak mahu menyeru kerana bimbang tidak beramal dengan apa yang
telah diseru. Saya faham kondisi itu. Bahkan saya juga berhadapan dengan
masalah yang serupa ketika mula-mula menulis di blog ini. Namun saya menjadikan
hadis Rasulullah ini sebagai azimat dan penguat semangat setiap kali diserang
dengan alasan tersebut.
Dari Anas bin Malik
r.a dia berkata, kami bertanya:
"Ya Rasulullah,
kami tidak mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran
sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran."
Maka Nabi S.A.W
bersabda:
"Tidak, bahkan
serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah
dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."
(Hadis riwayat
Thabrani)
Maka mari mulakan dakwah ini. Mari
mulakan tugas promoter kepada Islam ini. Biarpun dengan sekecil-kecil perkara
seperti menghapdet status di mukabuku, in sha Allah, ada nilainya di sisi
Allah.
Dengan yang
demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman,
maka tidaklah disia-siakan amal usahanya, dan sesungguhnya Kami tetap
menulisnya.
(Anbiya' : 94)
Shall we?

No comments:
Post a Comment