Saturday, 13 April 2013

PAS

Saya ada ternampak sebuah gambar di mukabuku yang tertulis,

"Semua orang nak mati dalam Islam, tapi tak ramai yang nak hidup cara Islam"

To some extent, saya bersetuju dengan quote ini but in different perspective, saya kurang bersetuju. Konklusinya saya bersetuju untuk tidak bersetuju. Eh makin pening pulak.

Hujah saya, cewah, dah macam debat pulak. First thing first, mana kita tahu orang-orang tu tak nak hidup cara Islam? Boleh jadi mereka tidak memiliki kefahaman lagi tentang Islam yang sebenar. Boleh jadi jugak mereka masih lagi teraba-raba mencari cahaya pencerahan. Boleh jadi jugak mereka jauh dari Islam sebab keculasan dan kemalasan kita dalam menyempurnakan tuntutan Syahadatul Haq. Uhuk. Kita duk jadi baik sorang-sorang, makan sorang, semua benda nak buat sorang-sorang. Pastu kita bajet nak masuk syurga. Pffttt. Tahukah anda yang mereka-mereka ini boleh menuntut daripada anda di hari pembalasan kelak?

“Hang join usrah kenapa tak ajak aku?”

“Kau pergi surau dulu selalu je lalu depan bilik aku, kenapa tak ajak aku?”

Gulp. Anda ada jawapannya?

Ini cuma muqaddimah. Muqaddimah kali ni agak psiko sikit. Asyik sedih-sedih je kan.

Kali ini saya nak cerita tentang sebuah penyakit hati yang popular dalam kalangan ahli-ahli ibadah, para du’at mahupun Perdana Menteri. Eh.

Penyakit ini dinamakan SUM’AH.

Anda tidak boleh bersetuju lebih jika saya katakan penyakit ini bukan calang-calang penyakit. Dikisahkan bahawa ketinggian tahap radiasi penyakit ini mampu membuatkan amal-amal yang kita lakukan menjadi seperti debu-debu yang berterbangan di hari akhirat kelak. Nauzubillah.

Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagai debu yang berterbangan

25: 23

Secara ilmiahnya, sum’ah ni bermaksud kita mengkhabarkan amalan-amalan yang kita buat kepada orang lain yang sebelumnya amalan tersebut tidak diketahui dengan sebab untuk mendapatkan pujian atau penghargaan dari mereka.

Pahe dop?

Secara mudahnya, bila mana kita melakukan sesuatu amalan dengan niat untuk mendapatkan pujian, maka itulah sum’ah. Sebagai contoh, kita bangun untuk qiamullail. Macam-macam kita buat. Solat sunat taubat, solat sunat hajat, baca quran, berzikir. Kalah ibadah ahli sufi. Fuh. Tapi esoknya kita gi cerita pulak semua benda yang kita buat malam tu kat semua orang dengan harapan nak dapatkan pujian. Dah rugi kat situ.

Ok. Mungkin contoh di atas agak extreme dan tidak relevan untuk kita yang tak selalu bangun qiam ni. Koff3. Contoh lain bila kita tulis blog, lepas dah publish, ada sekelumit rasa di hati kita nak orang puji hasil karya kita. Bila tak de orang puji mulalah kita menjaja entry blog kita tu kat semua orang. Sum’ah la namanya tu. Uhuk *kena panah petir.

*Hangus*
Anda mungkin tertanya-tanya apakah hubung kait antara sum’ah dan riya’?

Baiklah. Sekali lagi secara ilmiahnya, cewah, riya’ ni maksudnya sikap beramal bukan kerana Allah, manakala sum’ah bermaksud beramal kerana Allah tetapi mengkhabarkan amalan itu kepada orang lain. Dalam kitab Fathul Bari, dinyatakan bahawa, sum’ah ini merupakan amal yang terpuji sekiranya ia melakukannya untuk Allah dan memperoleh redha-Nya, dan tercela sekiranya dia membicarakan amalnya di hadapan manusia.

Maka pada hemat saya yang serba marhaen ini, adalah lebih baik kita merahsiakan amal-amal kita sebab kita tak mahu terjerumus dalam lembah perangkap penyakit sum’ah. Biasa la kan, iman umat akhir zaman ni senipis kulit bawang. So better play safe. Eheh.

Jom kita sama-sama sertai PAS. Persatuan Anti Sum’ah. Eheh.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya’ kepada manusia.

(2 : 264)

Semoga istiqamah. Semoga baraqah, Semoga khusnul khatimah.

Sunday, 7 April 2013

AKHI, IKHLASKAN HATIMU

Akhi, ku baca firman Tuhan,

Wahai anak cucu Adam, janganlah sampai kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya dia telah mengeluarkan ibu bapamu dari syurga dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia dan tenteranya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman

7 : 27

Lantas aku terfikir sesaat. Apakah barangkali ada di atara kita sudah pun tertipu dengan kelicikan syaitan-syaitan ini? Apakah ada di antara kita telah pun bernaungkan syaitan-syaitan ini? Apakah ada di antara kita yang namanya sudah pun tercatat sebagai pendamping kepada syaitan-syaitan ini? Apakah ada di antara kita wahai akhi sayang?

Sesungguhnya aku terlalu bimbang. Apakah nasib kita di sana nanti? Di manakah pengakhiran kita? Ke manakah akan kita tuju? Berpeluangkah kita untuk menatap wajah zat yang sering kita sebut nama-Nya dalam solat kita seharian? Hatiku gelisah saat membaca amaran yang sudah termaktub dalam kitab agung itu.

Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagai debu yang berterbangan

25: 23

Akhi, sering aku mendengar akan hakikat ikhlas itu yang tidak bisa dilihat. Umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di tengah malam yang kelam. Lalu aku bertanya dengan diriku, apakah ikhlas itu sudah bertunas di hatiku? Dan aku juga ingin bertanya padamu wahai akhi sayang, apakah ikhlas sudah pun di hatimu?

Sesungguhnya akhi, pertanyaanku ini bukanlah bermaksud untuk meragui amal-amalmu. Bahkan aku berharap untuk beramal sepertimu. Namun aku tak mahu amal-amal kita seperti debu-debu yang berterbangan. Hangus terbakar dek hilangnya sebuah mutiara bernama keikhlasan. Dan sesungguhnya wahai akhi sayang, kerana sebuah cinta, aku ingin mengajakmu merenung kembali pesanan junjungan mulia dalam khutbahnya yang terkahir kalinya.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkanmu dalam perkara-perkara besar, maka bejaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil

Khutbah Wada'

Akhi sayang, sungguh solatmu terjaga. Fardhu dan sunat saling beriringan. Dakwah sebagai keutamaanmu di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sekalipun. Kesungguhanmu dalam menyebarkan risalah-Nya di atas muka bumi tidak perlu diragui lagi. Sesungguhnya aku juga mengerti perbatasan ikhtilatmu yang dipagar rapi dengan iman. Aku mengetahui ketegasanmu terhadap perkara-perkara jahiliyyah yang menyekat dirimu di arena ini.

Akan tetapi ketahuilah wahai akhi sayang. Kesemua itu termasuklah dalam perkara-perkara besar yang syaitan telahpun berputus asa terhadapnya. Masih ada lagi musuh dalam selimut yang berniat menjatuhkanmu. Yang bersedia untuk menyerangmu pada saat-saat kamu terleka. Yang menanti masa untuk merobek keteguhan benteng imanmu lantas menjerumuskan dirimu menjadi sehina-hina manusia. Itulah yang dinamakan takabbur, riya’, ujub dan sum’ah. Ketahuilah wahai akhi sayang kesemua ini adalah permainan syaitan. Pintaku agar kamu berhati-hati dalam setiap langkahmu wahai yang ku cintai kerana-Nya.

Sesungguhnya kerana sebuah janji wahai akhi sayang. Aku mahu mengingatkanmu akan janji-janji kita untuk bersenda gurau di taman-taman syurga. Untuk saling berpimpinan tangan menghirup udara bahagia di syurga. Untuk saling tersenyum riang menghayati saat-saat penuh cinta di syurga. Masihkah kau ingat wahai akhi yang ku cintai? Kerana aku ingin bersama-sama denganmu termasuk seperti yang difirmankan Tuhan dalam al quran yang mulia,

Mereka berada di atas dipan-dipan yang bertakhtakan emas dan permata. Mereka bersandar di atasnya berhadap-hadapan.

56 : 15-16

Lantas wahai akhi sayang, bagaimanakah kita bisa menjejakkan kaki ke syurga andai amal-amal kita hangus terbakar? Bagaimana? Mampukah kita menngapai syurga tatkala melihat amal-amal kita bagai debu-debu yang berterbangan di hadapan mata? Akan tertunaikah janji-janji itu andai kita di neraka? Bisakah? Jawablah akhi dengan sepenuh cinta di hatimu.

Akhi, sesungguhnya nasihat ini tiadalah yang lain melainkan untuk diriku. Untukmu jua wahai sang kekasih. Bantulah aku. Tariklah aku untuk ke syurga bersamamu. Aku butuh sokonganmu wahai akhi sayang.

Akhi, semoga istiqamah. Semoga barakah. Semoga khusnul khatimah.

Ukhuwwah fillah abadan abada
Dan diriku di sini masih lagi berjuang mencari secebis keikhlasan. Semoga sampai di sisi-Nya.

pssssttt..akhi, mari la sini kejap

Hari demi hari berlalu. Minit demi minit terus bergerak. Detik demi detik pergi meninggalkan kita. Persoalannya di sini adalah diri kita. Adakah iman dan amal kita terus meningkat dengan berlalunya makhluk-makhluk tadi ataupun masih di takuk lama? Anda nilailah diri anda sendiri.

Ini muqaddimah.

Sebenarnya saya selalu ada perasaan aneh terhadap ikhwah. Err. Sila jangan salah faham ye. Maksud saya di sini ialah cemburu. Ya. Perasaan cemburu. Especially ikhwah-ikhwah yang mantap amal da’wi dan amal fardi mereka.

Ikhwah-ikhwah ini ada di antara mereka yang saya baru kenal. Yang tak pernah kenal pun ada. Tapi mendengar cerita-cerita legenda tentang diri mereka dari sumber-sumber yang terpercaya lagi sahih, saya meyakini bahawa mereka ini memang benar-benar super saiya di atas jalan dakwah.

Begitu juga dengan ikhwah-ikhwah yang sepenjuru dengan saya. Bersama-sama membina penjuru kami. Mata, telinga, hidung hatta bulu kening saya menjadi saksi betapa komitednya mereka dengan dakwah ini. Dengan amalan fardi yang cukup dijaga bagai menatang air ribena di atas dulang untuk dihidang kepada tetamu, dakwah fardiyyah yang cukup bersinar-sinar dan begitu juga hubungan hati dengan hadek-hadek bulatan gembira mereka.

Anda cemburu juga ke?

Dan ada di antara ikhwah-ikhwah ini yang menjadi pengusaha industri blog kecil-kecilan. Selalu jugalah saya meng’usha’ blog-blog mereka. Walau macam mana sibuk pun diri ini, saya tetap akan cuba untuk meluangkan masa untuk membaca setiap entry-entry baru dari blog mereka dengan harapan untuk mendapatkan secebis hikmah daripada penulisan-penulisan yang ditulis dengan titisan-titisan peluh mereka sendiri. Kadang-kadang saya saja meninggalkan jejak setelah membaca blog-blog mereka. Kepingin benar berukhuwwah dengan mereka. Begitu juga dengan page-page mukabuku yg dikendalikan oleh ikhwah-ikhwah untuk tujuan dakwah umum. Saya konpem tanpa segan silu dan tanpa malu-malu kucing akan menge’like’ page mereka sebab saya tahu pasti ada sesuatu yg bermanfaat yang ingin di kongsi oleh mereka sama ada melalui kuot-kuot osem mereka, hadis-hadis yang mereka baca mahupun ayat-ayat al-quran agung yang menyentuh hati mereka.

Anda nak tahu kenapa saya tersangatlah cemburu dengan ikhwah-ikhwah super saiya ini?

Mana tidaknya.

Jika dahulu sebelum mengenal tarbiyyah, mereka dah layak dipanggil kasanova. Melayan perempuan sana sini. Tetapi sekarang mereka melayan banyak usrah. Ada ikhwah yang menjadi murabbi kepada berbelas-belas anak usrah. Subhanallah. Osem kan?

Jika dahulu sebelum menyertai dakwah, mereka dan game dah macam isi dengan kuku. Tapi sekarang dah jadi bespren dengan al quran. Pergi mana-mana mesti ada al quran. Saya paling suka tengok ikhwah-ikhwah baca al quran dalam tren. Osem!

Jika dahulu sebelum bersama usrah, mereka ni gangster kaki lima yang entah datang dari mana. Belasah orang. Bunuh orang. Err, ade ke? Tapi sekarang mereka menjadi kader-kader dakwah yang gangster. Pantang ada unsur-unsur jahiliyyah dalam dakwah pasti akan ditentang habis-habisan. Lawan tetap lawan! Ini kalilah! Arus baru! Eh.

Dan anda tahu apa?

Saya kepingin benar ingin bertemu dengan ikhwah-ikhwah ini terutama yang saya belum pernah kenal lagi untuk menuntut hikmah dari mereka. Cewah! Jika anda yang sedang membaca tu kenal mana-mana ikhwah yang super osem ini, sampaikan salam ukhuwwah dari saya buat mereka ye.Wink wink. Kenyit mata.

Saya kepingin benar ingin bercipiki-cipika dengan ikhwah-ikhwah ini dengan penuh kemesraan dan saling berkasih sayang hanya kerana-Nya. Oh ye anda yang tadi tu. Kalau ada kenal mana-mana ikhwah-ikhwah super saiya ini, sampaikan juga cipiki cipika saya kepada mereka ye. Kekeke.

Saya kepingin benar ingin berqadhaya dengan mereka. Mendengar taujihat yang basah dari mereka. Merelakan diri yang penuh dengan sisa-sisa dosa dan karat-karat jahiliyyah ini di bakar oleh mereka dengan darjah kepanasan lima ratus enam puluh lapan.

Sungguh, saya kepingin benar.

aku ingat pertemuan pertama kita, akhi sayang
dalam dua detik, dua detik saja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
itulah ruh-ruh kita yang saling sapa dan berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah muafakat
meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

Dalam Dekapan Ukhuwwah, Salim A Fillah

Sesungguhnya, dalam dekapan ukhuwwah, aku mencintai kalian kerana Allah.

Ana uhibbukum fillah

*jatuh kerusi*

Hoyeaahh!!

Saturday, 6 April 2013

AKU PUN NAK HIDUP JUGAK

Pada suatu petang yang tidak terlalu cerah dan tidak pula terlalu kelam, kelihatan Julasmad sedang duduk di atas sebuah bangku batu yang berpasangan dengan meja batu yang bulat. Keluarga batu. Heh. Jari-jemari Julasmad sedang menari-nari lincah di atas papan kekunci laptop miliknya. Menari ala-ala tarian gimnastik berirama dengan darjah kesukaran tiga perpuluhan lima.

“Hoi Mad! Kau buat ape hah?”

Kelihatan Hashim sedang berlari-lari anak sambil menjerit memanggil Julasmad. Peluh-peluh jantan merembes keluar dengan rakusnya dari dahi Hashim yang lebar itu. Kepenatan. Sudah lama dia mencari Julasmad sebenarnya.

“Aku tengah lepaskan ghairah kat Facebook ni. Hang awat cari aku?”

Tanpa mempedulikan Hashim yang kepenatan, Julasmad terus menumpukan perhatiannya seratus dua puluh percent kepada aktiviti laman maya yang di gemarinya itu. Geram dengan kepoyoan Julasmad yang tidak mempedulikannya, Hashim dengan selamba badak duduk di atas bangku batu bersebelahan dengan bangku batu yang di duduki oleh Julasmad sambil membuat muka seposen. Namun begitu, Julasmad masih lagi membatu di hadapan laptop empat seginya itu.

Kali ini Hashim tidak mahu berkompromi lagi. Ini kalilah! Eh. Dengan sepantas kilat, Hashim menyambar air kotak laici susu milik Julasmad yang terletak di atas meja batu itu dengan membuat muka lima puluh sen. Hampir separuh jugak la air kotak itu yang ditelannya.

“Weyh, hang ni apsal? Mahal kot air kotak tu.”

Hashim tersenyum apabila melihat Julasmad mula menundukkan skrin laptopnya ke bawah tanda dirinya diberi perhatian. Akhirnya rancangannya untuk mendapatkan perhatian Julasmad berhasil walaupun tanpa manifesto yang dibentangkan. Eh.

“Aku tanya hang elok-elok, hang buat muka Hang Lekiu.”

Hashim membalas kata-kata Julasmad dengan bersahaja. Dahulu kala dia pernah melakukan sesuatu yang lebih teruk lagi ke atas Julasmad iaitu dengan menarik rambut Julasmad apabila Julasmad tidak mempedulikan kata-katanya. Kejam gila.

“Okey2, aku saja lepak2 sini. Main Facebook jap,” balas Julasmad sambil menggosok-gosok saluran nasal cavitynya yang kegatalan.

“Uisshh, sini dapat pulak wifi? Hang guna Tok Bomoh Siam ke?”

“Oit2! Sorry sikit. Syirik ah bomoh-bomoh ni. Aku guna antenna untuk tarik wifi la. Zaman IT kan. Come on la.”

Julasmad lalu mencapai air kotak laici susu yang dibelinya itu. Tinggal satu perempat saja. Mujurlah Hashim ini sahabat sekapal seperahu dengan dia. Kalau tidak memang sudah terbang tubuh badan Hashim ke Planet Pluto. Lebih kejam lagi ke tempat yang jaraknya tujuh ratus tahun cahaya dari bumi. Atau sejauh dua ratus empat belas perpuluhan tujuh dua parsec mengikut kiraan astrophysics. Heh.

“Mak aih..canggih gila gadget-gadget yang kau ade. Siap boleh tarik wifi. Patut ah asyik online je memanjang.”

Hashim mengomel sendirian sambil membuat muka kejakunan. Sebijik macam muka Tarzan masa jumpa telefon bimbit. Kehkehkeh.

“Aku pun nak hidup jugak. HAHA”

Julasmad membalas kata-kata Hashim sambil diiringi evil laugh ala-ala Fliza dalam cerita Dragon Ball Z. Err.

“Assalamulaikum. Amboi-amboi seronok nampak borak-borak. Nak join sekali bulih?”

Tiba-tiba muncul Abdullah Yussuff Mubarak dari arah belakang menyapa Julasmad dan Hashim. Abdullah Yussuff Mubarak kelihatan segak berjubah hiaju dan berkopiah putih. Dalam perjalanan ke surau untuk solat asar agaknya.

“Waalaikumussalam. Uih. Awat tak bulihnya abang aji. Sila-sila. Buat macam rumah sendiri.”

Julasmad membalas sapaan Abdullah Yussuff Mubarak dengan penuh bertatasusila dan penuh dengan adab ketimuran bangsa Melayu. Chewah!

“Kitorang tak buat apa-apa pun abang aji. Saja je lepak-lepak sini bertadabbur dengan alam” kehkehkeh.

Hashim pula menyambung dengan wajah penuh berseri-seri. Kali ini mahal sikit. Dua ringgit setengah.

“Woi Hashim. Hang tengok abang aji ni. Rilex je tarik orang join usrah. Tarik orang pergi surau. Tarik orang dengar tazkirah. Tak guna gadget apa-apa pun. Aku baru tarik wifi hang dah jakun. Betul tak abang aji?

Julasmad mengutarakan hujahnya dengan penuh konfiden dan berketerampilan. Kalah Pak Anis Matta. Heh. 

Abdullah Yussuff Mubarak tersenyum melihat telatah dua orang classmatenya itu.

“Saya pun nak hidup jugak. Nak hidup kat ‘sana’ nanti.”

Eh. Jom solat! Senyum.

Solat la sebelum kamu disolatkan :)
Macam tak de point je cerita ni. Heh. Apa-apa jalan, yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan. Chewah! Moga Allah redha. Semoga barakah. Semoga khusnul khatimah. :)

Saturday, 30 March 2013

TAK FAHAM

Ini bukan cerita rekaan. Bukan mainan huruf dan perkataan. Anda nilailah sendiri mengikut tahap keimanan masing-masing. Dah lama tak buat curahan hati. Biasa orang panggil curhat.

Bila disingkapi tirai perjalanan hidup kita, macam-macam benda kita dah lalui. Bermula dari kehidupan di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti. Cerita hidup kita berwarna-warni. Kelabu, hitam, pink, putih, indigo dan sebagainya. Semua ada. Bergabung menjadi satu.

Bila fikir balik, pernah tak kita rasa yang kita dah lain sekarang? Bukan untuk show off. Tapi memang dah lain kan?

Kalau dulu bila cuti kat rumah, kita lah raksasa gorgon. TV tu memang kita control habis. Kalau tak HBO, kita tengok bola. Kadang-kadang layan jugak Astro Prima. Bila ayah ajak gi masjid, macam-macam alasan kita bagi. Penat lah. Banyak omwek lah.

Tapi sekarang..

Dah rajin teman ayah gi masjid. Kadang-kadang stay masjid sampai isyak. TV tu macam orang asing bagi kita. Sampai nak record cerita guna Astro Beyond pun kita tak taw. Nak tengok HBO apatah lagi. Tengok gambar Megan Fox je terus istighfar.

Kadang-kadang lagi pelik. Tiba-tiba je boleh bukak Al Quran kat rumah. Sebelum ni tak pernah pun. Al Quran zip pulak tu. Siap tadabbur lagi.

Kalau dulu kita ni dah boleh masuk dalam kategori kasanova peringkat super saiya ke 9. Kita tak tidur satu malam. Bukan buat apa pun. Baring-baring atas katil sambil pegang henset kat tangan. Entah dengan anak dara mana kita mesej. Mesej pulak entah apa-apa je. Keji dan menjijikkan. Bukan dengan seorang. Kadang-kadang sampai tiga orang kita sapu. Yang peliknya semua satu kelas. Tak kantoi langsung. Begitu hebat kita berdrama. Tak cukup mesej siap call lagi. Bila dah call taw-taw jela apa yang berlaku lepas tu. Hina. Jijik. Keji.

Tapi sekarang..

Henset kita dah jadi henset yang soleh. Inbox penuh dengan mesej-mesej ikhwah. Ada pesanan-pesanan tugas, kata-kata nasihat. Mesej dari akhawat pun ada sikit-sikit. Tapi semua yang berkaitan dengan DnT la. Mesej pulak tak de smiley-smiley. Ringkas habis.

Yang paling mendominasi ruangan inbox ofkos la mesej dengan adik-adik usrah. Tanya khabar. Iman sihat ke tak. Study semua camne.

Berbeza. Sangat berbeza.

Kalau dulu kita mana layan lagu-lagu nasyid ni. Layan lagu KRU, Ungu, Hijau Daun, Linkin Park, Samsons. Nasyid ada la sikit-sikit. Tu pun nasyid yang tak tarbawi langsung. Kat phone kita memang berlambak la lagu-lagu lagha tu. Asal nak tidur je letak earphone kat telinga. Tak cukup dengan lagu, koleksi video pun kita ada.Gambar-gambar pujaan hati tak payah cakap la. Berlambak-lambak. Asal dating je snap photo.

Tapi sekarang..

Lagu Shoutul Harakah dan Izzatul Islam dah jadi halwa telinga kita. Rasa best dengar lagu-lagu jihad. Alunan zikir terapi dan selawat pun apa kurangnya. Video-video tarbiyyah menghiasi bebola mata kita. Video ISK, video everything begins with tarbiyyah, video pengisian. Henset pulak penuh dengan gambar-gambar ikhwah. Sampai tak ingat amek gambar time bila.

Lain sangat..

Bila terbaca firman Tuhan rasa nak menangis sangat..

”..dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang api neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk dan hidayah-Nya..”  

Ali Imran : 103

Tapi kan..

Lama selepas itu, setelah diuji dengan pelbagai ujian, kita start rasa penat. Kita start lupakan nikmat hidayah tu. Kita start nak jadi macam kita yang dulu. Kat mukabuku dah start berbalas-balas komen dengan perempuan. Macam-macam justifikasi kita bagi. Member lama la. Dia tanya pasal benda penting la. Status-status mukabuku pun dah start nak merepek. Tunggu masa je nak jadi kerepek. Twitter apatah lagi.

Semakin lama semakin hati kita jadi kering. Usrah dah macam rutin. Dah tak rasa lagi kebasahan usrah. Buku-buku fikrah dah makin menjauh. Kita biarkan diri kita diratah dunia. Kita relakan hati kita ditiduri noda.

Kenapa boleh jadi macam tu? Kenapa ikhwah? Kenapa akhawat? Entah kenapa kita ni.

Kehidupan bagaikan roda
Beribu zaman terus berputar
Namun satu tak akan pudar
Cahaya Allah tetap membahana

Cita kita tetap satu jua
Moga Allah redha. Dari dunia sampai akhirat.

Mukabuku yang tak mesra Iman

Meja study berselerakan. Pen dan highlighter di mana-mana. Tidak ketinggalan liquid juga. Calculator canggih sudahpun terpisah dari penutupnya. Seakan-akan baru di langgar taufan catrina di lembangan amazon. Kononnya pada malam sebelumnya study sakan. Study la sangat kan.
                               
Itulah realiti dipagi hari. Hari-hari dimulakan dengan cemerlang. Mukabuku dan pengicau menjadi santapan. Budak zaman sekarang.

Buka mukabuku, berlambak-lambak notifikasi-notifikasi yang perlu dilayan. Retis gitu. Pelik jugak. Mereka ni tak study ke? Uhuk.

Intro.

Di mukabuku ini aku bercoretan. Meluahkan isi hati ingin memetik bunga di taman. Ewah. Heh. Kemudian bermulalah adegan meng”scroll” newsfeed hingga ke lapisan paling bawah sekali. Scroll dan scroll hinggalah matahari tegak di atas bumbung rumah.

Mukabuku ni banyak ceritanya. Tapi saya hanya akan ceritakan yang ada level U sahaja. Heh.

Alkisah sang gadis jelita mengupload gambarnya ke mukabuku. Seperti yang diramalkan puluhan like diterima. Tidak ketinggalan juga comment yang berbentuk pujian. Mentang-mentang lah gadis sunti lagi anak dara gitu. Mulalah si jantan tak keruan. Yang si gadis pula betah melayan. Dipendekkan cerita lebih kurang 70 komen dipaparkan. Heh. Dunia akhir zaman.

Kemudian dipaparkan pula kisah politik jadian. Orang Melayu memang suka bab2 politik ni. Dipertontonkan gambar-gambar separa edit. Troll politik kata mereka. Heh. Komen-komen yang diterima penuh dengan cacian dan makian. Terselit juga pujian ditengah-tengah. Jumlah like yang diterima tidak kurang hebatnya. Menunjukkan mentaliti orang kita. Komen-komen berbentuk teguran terus hilang ditelan zaman.

Kisah cinta tiga purnama abad ini turut mengambil tempatnya. Sang teruna mengupdate status cintan. Jiwang tahap radiasi ke sembilan puluh lapan. Sang pujaan hati di tag tanpa segan silu. Ikhlas katanya. Maka berlompat-lompat kegirangan si dara membaca luahan putera hatinya itu. Di karangnya sebuah puisi pendek sebagai balasan. Lalu bermulalah adegan balas-membalas komen. Rancak persis Barcelona dan Real Madrid saling berbalas serangan. Setelah di hitung, lebih sepuluh helai bulu mataku gugur ke bumi.

Itu kisah cinta konvensional. Tidak ketinggalan juga kisah cinta Islamik. Dipetiknya hadis-hadis nabi sebagai sandaran. Di mana imamku. Di mana makmumku. Di mana Tok Bilalku. Di mana Tok Siakku. Heh. Yang ni tak mampu saya diskeraip. Tahap radiasi yang diterima tak mampu dibaca alat pengesan.

Walaubagaimanapun perjalanan perlu diteruskan. Kali ini diperlihatkan pula dengan sketsa sukan. Maklumlah pasukan kegemaran baru menjulang gelaran. Maka inilah masanya untuk bermaharajalela. Kritikan dan kutukan dilemparkan sesuka hati kepada pasukan yang kalah. Kutukan itu diindahkan lagi dengan carutan-carutan versi moden. Pelajar obesi katanya. Pihak yang kalah pula tidak mahu berdiam diri. Berpantang surut sebelum hujan. Maka drama diteruskan. Selebihnya lapan belas tahun ke atas.

Seterusnya bertemu pula dengan manusia di bawah paras kematangan sebenar. Tak mampu nak mentafsir apa yang berlegar di fikiran mereka. Status pra matang terus di update secara konsisten. Pakai baju warna apa pun ingin diberitahu kepada seluruh dunia. Lebih parah lagi aktiviti tag-meng’tag’ dilakukan dengan penuh bergaya andai status tadi diishtiharkan gagal.

Setelah kebosanan maka laman home ditinggalkan tidak bertali tanpa simpati. Berpindah pula ke laman profile. Terkejut bukan kepalang. Kenapa kau punya profile pun lebih kurang?

Mari like page Encik Musab di mukabuku anda. Promote baik punya ;)

Friday, 29 March 2013

Subuh Yang Terakhir

Dakwah seorang Engineer. Chewah.
Di pagi yang hening. Kedengaran sayup-sayup kokokan ayam-ayam kampung yang sedang  menyanyikan lagu kebangsaan mereka. Pagi itu cuaca indah sekali. Suria pagi menghiasi langit ilahi disertai dengan bayu pagi yang mendamaikan lapisan-lapisan epidermis dan juga dermis.  

Cuma intro.

Megat berdiri di hadapan sebuah cermin empat segi yang terletak di sebuah tempat bernama bilik air. Menyikat rambutnya dengan penuh berhati-hati. Bimbang side effect penggunaan shampoo berlebihan yang sudah mula kelihatan. Heh. Cerita-cerita dalam bilik air ni tak boleh bukak lebih-lebih. Nanti tak dapat sijil kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem Negara.

Usai menghiasi diri, Megat pun memulakan rutin hariannya dengan cemerlang. Melayari mukabuku, berpindah ke twitter, tak ketinggalan juga instagram.

*Bunyi kicauan burung merak*

Lalu Megat pun mencapai henset nokianya. Dia menekan button “open message” . Entah bagaimana tiba-tiba saja skrin henset itu dipenuhi dengan huruf-huruf dan abjad-abjad. Ada sedikit nombor-nombor.

“Weyh, aku lambat subuh dowh hari ni”

“Awat? Hang tidoq pkuih berapa semalam?”

“Awal je..cuma..ada problem sikit ah..”

“Problem apa dowh..?”

“Entahlah. Bapak aku kejut hari ni. Cuma aku tak berapa suka cara dia kejut la. Tu yang aku malas nak bangun.”

“Astagfirullah, dia buat apa kat hang? Dia tarik tilam hang ke?”

“Teruk lagi..”

Heh. Masalah anak muda remaja zaman sekarang. Ego. Tak dinafikan saya pun pernah menghadapi masalah ni dulu. Macam-macam alasan bagi. Cara kejut tak sesuai la. Cara kejut salah la. Cara kejut annoying la. Benda-benda cenggitu la. Tapi yang peliknya bila orang lain kejut ok plak. Nampak tak permainan di situ?

Agak-agak la kan, kat padang mahsyar nanti, Allah terima tak alasan-alasan cenggitu? Gulp. Ofkos la tak kan. Mana mujahadah kita? Siapa ghayah kita? Orang ni kejut tak nak bangun. Orang tu kejut boleh pulak bangun. Ni semua masalah ego semata-mata. Heh.

Tak dapat dinafikan kadang-kadang cara kejut tu memang menyakitkan hati kita. Yela. Tengah syok2 tidur tiba-tiba tilam kena tarik. Heh. Pastu muka kena pancit dengan air pancut gosok baju. Nak lagi hardcore, letak jari telunjuk kat gusi pastu letak dekat hidung orang yang tengah tidur tu. Peh. Pak Pandir pun boleh marah cenggitu. Heh.

Arakian. Chewah. Teruk macam mana pun cara kejut tu, kewajipan solat tetap tak gugur kan. So, mujahadah is the best answer ever. Bangun je walau dalam keadaan marah. Nanti dah amek wudhuk tenang la tu. Kot. Haha. Kalau tak tenang jugak, istighfar la dulu sebelum solat. Heh.

Another alternative way is bangunlah sebelum dikejut. Lagi bagus kalau boleh pergi masjid atau surau yang berdekatan. So tak de lah isu annoying-annoying dengan cara kejut en? Kalau annoying dengan Tok Imam tak taw nak cakap apa -_-

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuannya dan Allah telah mengunci pendengarannya dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”(45 : 23)

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”(29 : 69)