![]() |
Usai tahiyyat
akhir, Jat mengusap muka dengan kedua tapak tangan. Seperti biasa, pakcik bilal
akan melaungkan kalimah-kalimah yang biasa dilaungkan setiap kali dua rakaat
solat tarawih. Jat dan jemaah lain menyambutnya ala kadar. Tidak bersemangat seperti
awal-awal ramadhan.
Jat memandang ke
arah ayahnya yang duduk di hujung sebelan kanan saff yang pertama. Ayahnya memberi isyarat untuk
pulang. Sudah lapan rakaat rupanya. Terasa cepat pula tarawih malam ini. Jat
perlahan-lahan bangun untuk keluar dari saf.
“Nak pergi mana?
Buat dua puluh jom”
Kim menarik
tangan Jat. Jat terduduk kembali.
“Aku kena ikut
ayah aku la Kim, kalau tak aku nak balik camne”
“Aku hantar”
“Serius? Jap aku
nego dengan ayah aku dulu”
Setelah selesai
proses negosiasi yang mengambil masa kira-kira sepuluh saat itu, Jat masuk
kembali ke dalam ruangan solat. Tapi tempatnya telah diambil oleh orang lain.
Jat pantas menuju ke saff yang kosong, sempat juga dia berdiri beberapa saat
selepas takbir sebelum imam rukuk.
Habis solat
witir, Jat melihat Kim beredar keluar dari masjid. Jat memilih untuk stay kejap
dalam masjid, ikut sikit-sikit imam berwirid. Kalau hari-hari biasa, selalunya
dia buat kerja sendiri dekat belakang masjid selepas tok imam beri salam.
Selesai proses
berselawat dan bersalaman dengan para jemaah, Jat keluar dari masjid menuju ke
kereta Kim. Kereta Viva. Kim bersandar di bahagian depan kereta itu, menunggu
Jat.
“Lama kau tunggu
Kim?”
“Tak la, aku
pergi tandas jap tadi”
“Oh..aku ingat
kau tunggu aku dari tadi”
“Jat,
lepak-lepak jom, lama tak jumpa kau”
“Jom, aku on je”
Kereta Viva
milik Kim terus menderu laju meninggalkan masjid. Gaya pemanduan orang muda
yang ditonjolkan oleh Kim menerujakan Jat. Sedikit sebanyak menghiburkan
hatinya. Falsafah biar lambat asal selamat sudah selamat dikebumikan.
“Jat, untung kau
dah nak fly, nanti bagitau la aku, boleh aku ikut hantar kau sekali”
“Aku tak lepas
Kim”
“Tak lepas
maksud kau?”
“Tak lepas tu
tak fly la..haha”
“Tapi bukan kau
power ke dulu Jat?”
“Tu dulu Kim,
sekarang kau lagi power”
Kim pandang Jat,
seakan-akan tak percaya, nasib baik jalan raya lurus, kalau tidak dah lama
kereta mereka terbabas. Jat pula khusyuk menatap skrin henponnya. Melayan
twitter.
Kereta Viva Kim
membelok ke kanan, berhenti di tepi jalan, di hadapan jalan itu ada kedai
makan. Jat pun tak berapa kenal pemilik kedai itu, tetapi masa bercuti panjang
lepas SPM dulu selalu juga dia ke situ, lepak-lepak sambil tengok bola.
“Teh Ais”
“Sama dengan dia”
“Tak makan?”
“Takpe
la..kenyang lagi”
Kim keluarkan
sebatang rokok dari kotak winston warna merah, berkepul-kepul asap memenuhi
ruang udara tatkala rokok itu dibakar. Jat masih lagi dengan henponnya. Suasana
sunyi seketika.
“Kau smoke lagi
ke Kim, tak terasa nak stop?”
“Aku dah try
Jat, susah, kau pun tahu kan”
“Cuba lagi Kim,
Allah tengok usaha tu”
Jat menghirup Teh
Ais yang baru dihidangkan oleh pelayan kedai, Kim pun begitu.
“Kau tu sibuk
dengan henpon, kau layan lagi ke Jat perempuan tu?”
“Lama dah Kim
aku lost contact dengan dia..ni layan twitter”
…………………………………
Tulis sebuah
karangan ringkas merangkumi aspek pemikiran pengarang, nilai-nilai murni serta
pengajaran yang berkaitan dengan petikan di atas. Anda sangat digalakkan
menyertakan sekali rujukan yang diambil daripada petikan dalam karangan anda.
Karangan hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
Syafiq membaca
arahan ringkas di kertas soalan Bahasa Melayu itu. Dia menekan punat pen biru
yang sedang dipegangnya dan bersedia untuk membuat draft jawapan di atas
sekeping kertas kotor yang disediakan.





