Assalamualaikum
cinta
Waalaikumussalam
rindu
Dialog sebegini yang
boleh menyumbang kepada peningkatan kadar penyakit diabetes dalam negara sah-sah
bukan dipelopori oleh ikhwah. Sebenarnya saya terjumpa dialog ni dalam
conversation antara akhawat. Tapi sila jangan salah faham. Yang pasti saya
bukan stalker. Saya dah lama meninggalkan aktiviti keji lagi khurafat itu. Jadi
bagaimana? Biarlah rahsia. Herher
Kadang-kadang
saya kagum juga dengan akhawat ni. Cara mereka berukhuwwah jika dipraktikkan
oleh ikhwah, saya meyakini kadar penghasilan glukosa dalam badan boleh naik
dengan begitu mendadak sekali. Terlalu manis dan tidak baik untuk kesihatan.
Tapi mereka masih sihat waalfiat gitu. Mungkin terdapat perbezaan fitrah di
situ. Agaknya la.
Anda : Woih
Encik Musab!!!! Yang hang dok gatai cakap pasal akhawat ni pasai apa??!!
Saya : Entah Encik Musab ni. Gatai! Dah cakap dah.
Lelaki semua sama je!!!
Encik Musab :
Chill chill. Heheh
Ok. Drama
semata-mata.
Dan sekali lagi
post kali ini berkisar soal cinta. As expected, berbagai-bagai reaksi boleh
dilihat tatkala soal cinta ini diangkasakan. Ada yang tiba-tiba berubah menjadi
tak keruan. Saluran-saluran darah dipenuhi dengan darah-darah merah yang
mempunyai tenaga kinetik yang cukup tinggi. Perlu diketengahkan juga ruam-ruam
merah yang timbul dek kesan radiasi yang telah melepasi paras berjaga-jaga.
Tidak ketinggalan juga, ada yang buat-buat kool, muka maintain macho tapi hati
dah berbunga-bunga. Saya dah masak sangat strategi-strategi macam ni.
Apa sebenarnya
saya nak kerepekkan ni?
Baiklah baiklah.
Straight to the
main point, orang-orang yang ditarik ke dalam dunia tarbiah ini terdiri
daripada orang yang pelbagai. Dan setiap orang punyai cereka lampau yang tersendiri.
Ada yang dahulunya menjadi geng fanatik bola, geng ultras, geng 21 line dan bermacam-macam
geng lagi. Belum masuk point lagi.
Dan saya pasti,
walaupun tiada statistik rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak baik pro
kerajaan mahupun pro pembangkang, ramai sebenarnya orang-orang yang ditarbiah
ini especially ikhwah yang masih lagi terperangkap dengan percintaan zaman
silam. Ada yang terlibat secara suam-suam kopi iaitu hanya sekadar
berbalas-balas sapaan di mukabuku, like status, berkomentar sekali sekala. Ada
juga yang sudahpun melepasi paras kritikal dan hampir-hampir mengalahkan kisah
percintaan Romeo dan Juliet. Bertukar-tukar hadiah ketika hari lahir,
menghantar mesej selamat malam setiap hari dan perlu diketengahkan juga sesi
berutus surat untuk menggambarkan betapa klasik dan epik nya kisah percintaan
mereka.
Belum masuk
point lagi.
Saya memahami
betapa sukarnya membebaskan diri secara total daripada belenggu jahiliah
seperti itu. Eh, macam mana boleh rahu? Haa..kantoi. Krik3
Sebenarnya saya
cukup meyakini hal seperti ini bersangkut-paut dengan kondisi hati. Secara
fitrahnya, hati ini tidak boleh tidak perlu diisi. Sekiranya ia tidak diisi
dengan perkara-perkara kebaikan, maka perkara-perkara kejahatan yang akan
mengambil tempat. Our heart do not deal well with emptiness. Tudiaa. Cakap kelate sikit.
Eh. Ni bukan
point yang saya nak. Ok. Baru nak masuk point sebenar.
Kadang-kadang
ada di antara kita yang memandang dengan penuh kejelikan ikhwah dan akhawat
yang terpalit dengan skandal ini. Macam tohmahan kita lemparkan. Gatal, miang,
menggelepar, tak sedar diri dan sebagainya. Selalunya ramai yang futur akibat
kes-kes seperti ini. Tiada tangan yang mencuba untuk menarik mereka dari lorong
yang gelap itu, menuntun dengan penuh kasih sayang dan paling penting mengisi
hati mereka dengan ukhuwwah dan kasih sayang kita.
Kali ini saya
nak fokus pada ikhwah.
Saya faham
ikhwah ni lelaki. Eh memang lah. As lelaki, kadang-kadang kita terpengaruh
dengan stigma-stigma kurang matang. Contohnya, lelaki mesej lelaki? Euwww.
Lelaki duduk berdua dengan lelaki? Ada apa-apa ke? Kita terpalit dengan
pandangan-pandangan negatif mengikut acuan jahiliah. Kita terlupa Rasulullah
pernah berhijrah berdua bersama Abu Bakar. Kita terlupa ada sahabat pernah
menitiskan air mata di hadapan Rasulullah.
Lantas mengapa
malu-malu untuk menghulurkan tangan kepada ikhwah? Sekali-sekala kenapa tak
boleh laburkan kredit phone untuk berbalas mesej sesama ikhwah, kalau di
mukabuku lagi best, perasan je ikhwah di atas talian, tapi buat-buat tak nampak
je, kita tak tahu pun apa yang ikhwah tu tengah buat di mukabuku, entah-entah
dia dah tertewas dengan bisikan syaitan dan bala tenteranya. Kita pula
syok-syok baca blog sorang-sorang. Eh. Bila saya tulis camni sebenarnya saya
tengah headshot kepala sendiri sebab saya sendiri suam-suam kuku dalam part
menjalinkan ukhuwwah ni.
Tetapi ikhwah.
Ayuh. Mulakan dari sekarang. Hulurkan tangan. Bersama-sama kita berpimpinan
tangan menuju ke syurga. Tolong each other, kan sweet tu. Frasa ni saya kopipes
bulat-bulat. Semoga tidak didakwa di mana-mana mahkamah tempatan mahupun
antarabangsa. Herher.
Dari Abu
Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda, sesungguhnya Allah S.W.T berfirman
pada hari kiamat, “Manakah mereka yang berkasih sayang kerana keagungan-Ku?
Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari tiada naungan melainkan
naungan-Ku sendiri”
HR : Muslim
Ana uhibbuka
fillah. Saya sayang anda kerana Allah. Saya cinta anda kerana Allah. Katakan
kepada ikhwah seikhlas hati. Sebab kita tak nak ke syurga sorang-sorang.
Peh Encik Musab. Anda memang gatal!!!!!!!
ReplyDeleteHihi. Gurau2. Semoga terus menerus thabat menaip ye.
Ingat post pasal apa td. Hehe.
ReplyDeleteAgree.
Kita selalu terlepas pandang benda-benda macam ni.
Semoga para anonymous lebih menghargai nama yang telah diberikan kepada mereka. Heheh :)
ReplyDeleteOkeh..Komen ini buat saya tersenyum lalu gelak sorang-sorang..Hahah.. xD
Deletekeh3 lawakla intro hahaha mengekeh ketawa sensoram hahar
ReplyDeletebermanfaat. :)
ReplyDelete"Tolong each other, kan sweet tu."
ReplyDeletemacam pernah baca sebelum ni. kat mana yea (?)
Salam. Berikutan dgn cerita ni, saya pernah ada niat utk tegur rakan saya yg buat dosa tp kekadang saya tak mampu sbb saya takut mereka tak terima saya dan saya tak nak melukakan hari mereka. Saya hanya boleh menegur dalam hati saja dan saya tahu ini adalah selemah lemah iman.
ReplyDeleteErm,,,,,tegur jela,,itulah maksud sayang kerana Allah kan? Kita nak bawa dia kepada Allah
ReplyDelete