Saturday, 20 July 2013

DIA PUN MANUSIA JUGA

Bersyukur memberi makna positif terhadap masa lalu, membawa ketenangan untuk hari ini dan menciptakan visi untuk masa depan
-Quoted-

Hmm.

Tetiba je kan.

Sebenarnya post kali ini nak cerita soal bersyukur. Again. Cliché right? Sebenarnya tulisan ini terinspirasi dari sebuah video ceramah Dr MAZA yang telah saya dengari dan perhalusi, cewah. Ceramah yang membuat saya terduduk sejenak, tertunduk perlahan-lahan, mencuba memaknai semula erti sebuah kesyukuran.

Percayakah anda jika saya katakan orang-orang yang bersyukur itu jumlahnya sedikit cuma? Yeke? Macam ramai je orang yang ucap Alhamdulillah setiap hari. Berlambak-lambak di alam realiti, status mukabuku, twittah. Dapat anak sebut Alhamdulillah, dapat isteri sebut Alhamdulillah, harga ayam naik pun sebut Alhamdulillah. Eh. Kan ramai tu.

“Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur”
Saba’ : 13

Sekarang dah percaya?  


Sebenarnya kalau difikirkan lewat kehidupan kita, betapa banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Bermula sejak kita lahir sehingga ke hari ini, saya pasti jika ditulis sehingga kering dakwat pen stabilo liner retractable ball sekalipun, tak akan tertulis nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan dek terlalu banyak. Sebenarnya perihal nikmat ini telahpun Allah rakamkan dalam Al Quran, saya tulis ayatnya di sini in case kalau terlupa.

“Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya”
Ibrahim : 34

Cuba kita berhenti sejenak di sini, kita koreksi diri betapa banyaknya permohonan kita kepada Allah yang telahpun Allah kabulkan? Allah beri nikmat dapat duduk lepak-lepak atas kerusi urut ogawa, dapat merasai kelazatan air katira yang menyejukkan saluran makanan, dapat merasa baring-baring atas tilam empuk yang dibeli dari court mamoth dan banyak lagi kalau nak dicatatkan di sini.

And yet, sebab satu permohonan kita yang Allah tak kabulkan, kita berubah menjadi hamba yang tak bersyukur, berubah menjadi hamba yang menjauh dari Allah. Cuba kita refresh balik momen-momen di mana pada ketika kita kuat berdoa kepada Allah, usai solat wajib dan sunat, memohon kepada Allah sesuatu yang kita cita-cita kan, and then setelah kita menemukan jawaban kepada doa kita itu, adakah masih sama manifestasi doa kita? Adakah masih sama kesungguhan kita?

Sebab itu sesetengah sarjana mengungkapkan, terkadang syukur itu lebih tinggi maqamnya dari sabar.

Ramai orang boleh bersungguh dalam bersabar, tetapi berapa ramai yang bersungguh dalam bersyukur? Ramai yang berdoa siang, malam, pagi, petang, senja dan segala waktu yang ada untuk mendapat result hekzem yang bagus, dengan penuh kesabaran, tetapi berapa ramai yang boleh menunjukkan kesungguhan yang sama berdoa melafazkan rasa kesyukuran? Mungkin anda bisa, tetapi jujur saya katakan, saya selalu gagal part yang ini. Paling-paling pun sebut Alhamdulillah, sujud syukur and then update status Alhamdulillah dekat facebook. Lepas dua tiga hari terus lupa. Hanya sekadar itu.

 Dan Allah sambung lagi ayat 34, surah Ibrahim itu dengan ayat yang sangat pedas,

“Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)”
Ibrahim : 34

Siapakah yang lebih zalim dari orang yang zalim di sisi Allah? Ouch di situ. Sekadar soalan retorik, tidak memerlukan jawapan. Sebenarnya jawapannya sudah ada pada diri setiap masing-masing, diri saya dan juga diri anda, cuma tak terluahkan. Tidak mampu.

Lantas, bagaimana manifestasi syukur yang sebenar?

“Bahawa Rasulullah S.A.W bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda, mengapa Rasulullah S.A.W lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian? Baginda menjawab, salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”
(Muttafaq’ Alaih)

Jika mahu dilihat manifestasi syukur yang sebenar, maka lihatlah bagaimana orang yang telah dijanjikan syurga bersyukur. Dan nikmat apakah yang lebih besar dari nikmat syurga? Dan ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah itu manusia seperti kita juga. Maka?

Saya serahkan kepada anda semua untuk conduct sesi muhasabah dalam diri masing-masing.

2 comments: