Ada sesiapa
boleh beritahu kepada saya apa definisi untuk manis? Rasa yang boleh
mengerutkan dahi dan mengecutkan perut? Belum tentu lagi. Ada orang yang
berkerut dahi sebab tertelan benda yang pahit, saya pernah kecut perut makan
buah mangga yang masam rasanya.
Jadi bagaimana?
Tak dapat
dinafikan jawapan terbaik kepada persoalan ini ialah dengan merasai sendiri
sesuatu itu dengan menggunakan lidah masing-masing. Kemudian barulah kita boleh
mengatakan sesuatu itu manis, masam, pahit dan sebagainya. Untuk
mendefinisikannya adalah sesuatu yang sukar. Payah. Mungkin ada dalam kalangan
para biotechnologist dan pakar makanan yang mahu menempelak statement saya ini
dari sudut saintifik, dipersilakan.
Namun itu
belakang kira.
Point sebenar
saya, untuk menghayati sesuatu, kita perlu merasainya sendiri.
Jika makanan
dirasai dengan lidah. Bagaimana dengan iman?
“Dialah yang
telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah
keimanan atas keimanan mereka. Dan milik Allah bala tentera langit dan bumi,
dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana”
Al Fath : 4
Secara on the
surface, apa yang kita faham daripada ayat di atas? Saya bukan nak mengajak
anda untuk mentafsir ayat Al Quran sesuka-suki, tapi ini lebih kepada tadabbur,
sesiapa yang tak tahu apa itu tadabbur, dipersilakan untuk gugel dalam masa
lima saat. Tadabbur ni macam apa yang kita nampak dari sesuatu ayat at the
first glance la.
Dalam ayat di
atas, Allah menjelaskan bahawa Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati
orang-orang beriman, untuk apa? Untuk menambahkan keimanan orang-orang yang
telah beriman.
Anda nampak
permainan di situ?
Mula-mula Allah
sebut Dia yang berkuasa memberi ketenangan kepada orang-orang beriman.
Ketenangan itu di mana? Di hati. Tujuannya? Untuk menambahkan keimanan
orang-orang beriman. So kat sini nampak tak ada hubungan sulit antara iman,
hati dan ketenangan?
Jadi dah
terjawablah persoalan di atas. Iman itu dirasai oleh hati dan perasaan itu
berbentuk sebuah ketenangan. Dan sememangnya fitrah manusia mencari ketenangan,
Mungkin ada yang tak bersetuju, terpulanglah pada kaca mata masing-masing.
Tetapi secara peribadi saya begitu yakin dengan formula yang telah diderive
itu.
Masakan tidak.
Ahli-ahli sihir
Firaun begitu tenang menyatakan keimanan mereka kepada Allah dihadapan Firaun
walaupun diugut untuk dibunuh oleh Firaun. Ini tidak lain dan tidak bukan
kerana iman telah menyelaputi hati mereka, telah meresap sedalam-dalamnya ke dalam
hati mereka, menjadikan mereka tidak takut kepada siapapun kecuali Allah.
“Pasti aku akan
memotong tangan dan kaki kamu secara bersilang, kemudian aku akan menyalib kamu
semua”
“Mereka (para
pesihir) menjawab, “Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami”
Al A’raf : 125-126
![]() |
Rasa. Susah nak
jelaskan. Kadang-kadang ada orang bersungguh buat sesuatu benda yang pada mata
orang lain benda itu terlalu insignificant, tapi kenapa dia boleh commit dan
istiqamah buat benda itu. Sebab rasa. Rasa yang memberi ketenangan kepada
dirinya. Yang akhirnya membuat dia berasa bahagia. Fitrah.
Contoh yang
mungkin dekat dengan kita, dakwah.
Sejujurnya saya
belum pernah diuji dengan ujian yang begitu menyesakkan dada di jalan dakwah. Belum
pernah peruntukan kewangan bulanan dipotong. Tak pernah lagi kena halau dari
rumah. Tak pernah masuk penjara. Tak pernah lagi didera, disebat dan dicungkil
biji mata dengan garpu.
Tetapi ada yang
pernah diuji seperti itu, malah lebih teruk lagi. Tetapi mengapa mereka boleh
thabat di jalan dakwah? Mengapa mereka istiqamah di jalan dakwah. Mereka punyai
banyak sebab untuk berhenti, malah ditawar dengan ganjaran dunia. Persoalannya
mengapa tahan diuji? Sebab rasa dalam hati. Walau di luar kelihatan teruk
dihambat, mereka tenang di dalam sebenarnya. Itulah iman. Itulah ketenangan.
At the end of the day, kita semua nak jumpa Tuhan dengan jiwa yang tenang. Maka?
Saya berhenti dulu di sini.
At the end of the day, kita semua nak jumpa Tuhan dengan jiwa yang tenang. Maka?
Saya berhenti dulu di sini.

dan ketenangan itu hanya diperolehi sesudah kita beriman, betul kan encik musab? ^.^
ReplyDelete