Friday, 16 August 2013

ANTARA SEMALAM DAN HARI INI

Nak tulis ke tak? Hmm. Tulis jela.

Dilema. Entah. Kadang-kadang terfikir, berapa banyak perkataan yang dah diseru selama ini tidak dipraktikkan, hanya terpateri kaku di sebalik tulisan. Amal-amal yang dah dirancang bertebaran ditiup angin. Banyak plan-plan yang terbengkalai. Tapi saya cuba gagahi diri untuk sekurang-kurangnya menulis sesuatu. Setidak-tidaknya saya tidak statik di sini.

Antara semalam dan hari ini. Cereka dan ceritera yang berbeza. Mungkin sama di mata orang lain, tapi setidak-tidaknya berbeza di mata kita sendiri.


Sehingga ke hari ini, jujur saya akui saya masih lagi dalam proses transformasi diri sendiri. Masih lagi tercari-cari rentak untuk terus menapak di atas jalan ini. Kadang-kadang jatuh, kadang-kadang tumbang. Manusia. Cuma saya kira, saya pada hari ini lebih baik dari saya yang semalam. Tidak. Bukan untuk membangga diri apatah lagi untuk menunjuk-nunjuk. Malah saya sendiri tidak tahu atas asas apakah saya beranggapan seperti itu. Mungkin lebih kepada cara saya berfikir dan pandangan saya tentang kehidupan. Sekurang-kurangnya.

Mungkin ramai yang sudah merasainya, ada yang sedang merasainya, ada juga yang langsung tidak berpeluang untuk merasainya. Rasa apa ni? Rasa yang pandangan hidup kita dah berubah. Pandangan kita tentang hidup dah tak sama dengan orang lain. Rumit. Kompleks. Tak realistik. Katakan apa sahaja. Hanya yang memiliki pola pemikiran yang serupa bisa memahami apa yang kita cita-cita kan itu.

Antara semalam dan hari ini.

Aneh. Bahkan pelik. Kalau semalam kita lah yang terlebih concern  soal study. Siap ada jadual study harian yang ditampal di dinding bilik. Cita-cita kita tinggi melangit. Doktor, jurutera, akauntan, doktor falsafah, ahli uji kaji haiwan, sebutkan semuanya. Kita berimpian untuk mengaut kekayaan dunia sebanyak-banyaknya. Tetapi hari ini semua itu telah berubah. Study itu bukan lagi prioriti utama. Kontroversi bagi sesetengah orang. Tetapi tidak bagi kita. Study hanya alat untuk mencapai matlamat yang pada kita jauh lebih besar dari menjadi segala figura-figura di atas. Gagal exam, tak lepas cut-off point ke luar negara, tak capai minimum requirement nak sambung ke bidang perubatan, tak dapat jadi doktor, kita anggap itu semua ujian dan itu yang terbaik untuk dakwah. Eh dah gila ke apa?  

Lagi jika semalam ibu bapa kita yang menduduki ranking teratas dalam carta hati kita. Dekat asrama kalau boleh setiap hari nak call parents. Pesanan-pesanan ibu bapa kita tampal di meja study. Pencetus semangat. Pembangkit inspirasi. Tetapi hari ini, lain pula ceritanya. Allah dan Rasul menjadi cinta utama hati kita. Ibu bapa pula kita anggap sebagai ujian di jalan dakwah. Eh, nak jadi anak derhaka ke? Entah. Saya sendiri tak reti nak menjelaskan ini semua. Tetapi itu bukan bererti kita menolak ibu bapa ke tepi. Bahkan ada keinginan dalam hati untuk mengajak ibu bapa sekali ke jalan ini. Namun pertembungan prinsip-prinsip kehidupan yang berbeza seakan-akan menyukarkan impian ini. Buntu.

Jika semalam puasa dan raya sesuatu yang tidak bermakna apa-apa kepada kita. Jika ada sekalipun cuma sekadar bazar ramadhan, kuih raya, baju raya dan segala ketupat rendang.
Tak pernah terfikir pun bulan ramadhan bulan untuk menambah amalan. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa hari raya adalah hari untuk meraikan kemenangan. Tetapi hari ini skrip sudah berbeza. Aneh. Tiba-tiba je boleh keluar perkataan tarbiah ramadhan. Peh. Entah dari mana datang perkataan tarbiah itu. Tadabbur Al Quran. Jika dulu tadabbur kita lebih berkisar soal-soal yang remeh temeh, tetapi sekarang sudah berani menyentuh perihal ummah, perihal dakwah. Pelik.

Lagi semalam kita seorang yang tidak begitu mengambil tahu hal ehwal dunia luar. Selalu bersyukur Malaysia masih aman. Setakat tiga empat kes tembak apa lah sangat. Paling jauh kita ambil tahu pun sekadar isu Palestin. Itu pun sekadar isu kemanusiaan. Langsung tidak pernah terfikir tentang kebangkitan Islam. Aneh hari ini kita lantang membicarakan soal pembebasan ummah, soal kemenangan Islam, soal kehancuran taghut dan jahiliah. Kita bercita-cita mendirikan khilafah. Pelik. Bahkan tidak realistik di mata yang lain. Apakah kita sudah hilang akal?

Terlalu banyak jika mahu dibicarakan. Susunan Tuhan. Indah. Penuh rahsia. Tak tertaksir dek akal yang sempit.

“Dia mengeluarkan mereka (orang beriman) dari kegelapan dan kepada cahaya”
Al Baqarah : 257

Antara semalam dan hari ini.

Aku memilih hari ini, meski sebahagian dari diriku masih lagi yang semalam itu.

Wednesday, 14 August 2013

PENGALAMAN DI HARI RAYA

First impression. Tajuk dah macam karangan bebudak UPSR -__-

Dan saya baru teringat, raya tahun ini ialah raya yang pertama buat diri saya selaku penulis blog. Cewah. Poyo dan bajet retis. Sungguh.

Dan saya kira masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya kepada anda semua. Taqaballahuminna waminkum. Semoga Allah menerima amal-amal saya dan juga amal-amal anda semua.

Gambar lawa ofkos la bukan saya punya :)
Sejujurnya bagi saya, tiada apa yang istimewanya raya tahun ini nak dibandingkan dengan raya-raya yang lepas. Sebabnya sejak setahun yang lalu, saya secara rasminya telah diisytiharkan sebagai seorang cucu yatim piatu. Haha. Sedih kan? Namun begitulah. Tiada siapa yang akan kekal di dunia ini. Bukankah itu kepastian dari Tuhan?

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan”
Al Ankabut : 57

Maka mahu tidak mahu, hidup tetap perlu diteruskan. Eh. Tetibe je cerita pasal mati. Bagus la kot. Ingat mati. Kan?

Dipendekkan cerita, raya tahun ni kami sekeluarga tetap pulang ke kampung yang terletak di salah sebuah daerah kelapa sawit di selatan tanah air. Alamat sebenar terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan publisiti yang terlampau. Oh terlupa pula nak bagitahu, kampung tersebut merupakan kampung halaman belah emak saya. Emak saya pula mempunyai adik beradik yang agak ramai, berapa ramai tu? Kalau lebih dari dua tu dah kira ramai la kan? Eheh.

Kalau diteruskan gaya penceritaan part by part macam ni, alamatnya sampai raya ke dua puluh satu la tak habis lagi post ni. So untuk memendekkan post ini, saya hanya akan menceritakan peristiwa yang signifikan dan pentin sahaja. Dan ofkos cerita-cerita yang telah ditapis oleh Lembaga Penapisan Industri Blog Negara. Haha.

Anda sudah bersedia? Cewah. Sekali lagi cuba berlagak retis.

Straigt to the point, pada raya kali ini, saya telah belajar sesuatu dari kanak-kanak kecil. Tidak, ini bukan sindrom sel-sel darah merah menderu laju ataupun bulu-bulu ditangan meremang setelah mendengar berita tentang begitu banyak Baitul Muslim didirikan di seluruh tanah air. In sha Allah, saya masih lagi belum termasuk dalam kategori wajib kahwin. Muehehe. Tetapi kanak-kanak kecil ini mengajar saya tentang erti sebuah kehidupan.

Peristiwa yang cukup bersejarah dan saya kira lebih bersejarah dari peristiwa Perdana Menteri mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke 14 adalah ketika saya menyaksikan seorang kanak-kanak yang berusia kurang dari lima tahun membakar mercun bola dihadapan mata saya. Mungkin ada dalam kalangan anda yang sudahpun menganggap mercun bola itu sebaris dengan mercun pop pop. Maklumlah pembuat meriam paip professional. Tapi peristiwa ini ternyata membuatkan saya tersentak. Peh. Budak lima tahun tu bhaii.

Justeru, apa yang saya dapat? Ternyata dia mengajar saya untuk berani mendengar suara hati sendiri. Masakan tidak. Saya cukup pasti telinganya sudah acap kali dihidangkan dengan bebelan dan leteran dari ibunya tentang bahaya mercun yang boleh menghancurkan halkum dan beberapa anggota dalaman yang lain. Namun dengan penuh keyakinan, dia membakar mercun itu dengan selambanya menggunakan pelita yang tertancap di halaman rumah itu. Dan ofkos dia berseorangan waktu itu, jika dilihat dek ibunya, saya pasti, tidak cukup leteran, paling kurang satu cubitan pasti hinggap di atas badannya. Standard ibu-ibu la kan mencubit anak-anak. Herher. Namun saya kagumi keberaniannya. Sungguh, saya berharap keberaniannya akan digunakan di jalan dakwah satu hari nanti, pada ketika dia sudah bergelar ar-rijal, seorang pemuda. Oh ya. Perlu diketengahkan, sebagai seorang yang mencintai undang-undang negara, cinta la sangat, saya juga ada titipkan sepatah dua kata nasihat buat dia dengan penuh kasih sayang. Cewah. Dipersilakan untuk muntah sekarang.

Itulah sedikit sebanyak yang saya belajar dari seorang kanak-kanak kecil. Banyak lagi kalau nak diikutkan sebenarnya. Tetapi kalau mahu diceritakan semua, saya jamin sampai raya haji nanti pun belum tentu akan habis.

Kemudian, jujur saya akui, iman yang sedia ada senipis kulit bawang ni semakin menipis gamaknya di musim perayaan ini. Dengan ketupat, rendang, lemang, nasi impit campur kuah kacang, nasi tomato, nasi belimbing, nasi tembikai dan berbagai aneka juadah raya berlumba-lumba masuk ke dalam perut, harapan untuk puasa enam hanya tinggal harapan. Itu belum dikira lagi dengan movie hidangan anugerah syawal di telebisyen. Peh. Futur bak hang. Sobs.

Dan harus saya akui raya tahun ini agak mencabar keimanan juga. Dengan ikhtilatnya, pergaulan tanpa sebab-musabab yang munasabah, maklumlah, bertahun-tahun tidak ketemu sama teman-teman sesekolah dulu. Allahu. Isu aurat juga tidak kurang hebatnya.

Dipendekkan cerita pada hari isnin yang lalu, saya telah jatuh sakit. Entah mengapa, mungkin sebab terlebih makan, mungkin juga kerana salah makan. Apa pun, yang pasti ianya adalah kifarah untuk segala dosa yang telah saya lakukan sepanjang syawal ini. Astaghfirullah. Jika diimbas kembali agak teruk juga lah keadaan saya waktu itu. Terjaga pada jam 5 pagi dan muntah sebanyak dua pusingan di tandas ketika sedang melaksanakan operasi pelaburan saham secara besar-besaran. Hambek kau, dua dalam satu. Haha. Dan pada hari tersebut, saya hanya mampu terbaring lesu di atas katil.

Begitulah. Namun saya bersyukur, sekurang-kurangnya Allah masih memberi peringatan kepada saya. Tidak dicabutnya nyawa saya pada ketika saya sedang lalai. Allahu. What more can I say? Alhamdulillah. Dan sekali lagi Alhamdulillah, setelah diberinya kita sakit, Allah anugerahkan pula nikmat sihat, untuk kita hargai betapa bernilainya nikmat sihat itu. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan?

Inilah sedikit sebanyak ceritera raya yang sempat saya nukilkan. Semoga memberi manfaat kepada semua, kalau tidak banyak, sedikit pun jadilah, cewah. Ini cerita saya. Cerita anda bagaimana pula?

Friday, 2 August 2013

BILA HATI DAH SAYANG


Kereta Satria Neo warna hitam diparking ditepi jalan. Jai berjalan kaki menuju ke kedai Adame Seafood. Iftar bersama member-member lama, teman sepermainan dahulu kala.

“Tudiaa..taiko dah sampai” sapa Ijam, rakan-rakan yang lain bersorak.  

“Taiko puasa ke tak ni?” giliran Alan pula bersuara diiringi gelak tawa Saiful, Nami dan Lat. Yang lain hanya tersenyum. Lapar barangkali.

Jai senyum. Sudah masak dengan perangai mereka. Lebih setahun tak bersua muka, perangai masing-masing masih sama. Kerusi sebelah Nami ditarik keluar, Jai duduk di atas kerusi itu, betul-betul berhadapan dengan Alan.
                                                                                                                                                         
“So tentatif kita cemana ni? Makan dulu ke semayang dulu?” Jai bertanya sambil meletakkan henset, dompet dan kunci kereta di atas meja. Habit.

“Kena tanya mastermind, cemana Alan?” Nami membalas sambil bergendang dengan meja. Pun habit.

“Ikut majoriti la, makanan dah order, boleh je nak suruh dia hold dulu, korang nak cemana?”

“Makan dulu, orite?” Jai menunjukkan isyarat ibu jari

“Ok set” Alan menyambung. Yang lain mengangguk.

Henset Jai vibrate. One message received.

Jai ambil henset. Masukkan pin number. Phone unlocked.  

“Jai, lepas buka and solat nanti, nak jumpa jap, I need to talk to you”
Sender : Iman

……………………………………………..

“Mana yang lain?” Jai pandang Iman. Iman duduk di sebelah Jai.

“Ok tak kedai Adame tu? Sorry ah, aku tak pandai pilih tempat” suara Iman mendatar. Tak menjawab soalan.

“Eh..ok je..ala chill jela..asal ada rasa aku ok je” Jai senyum. Tenang.

“Yang lain lepas imam bagi salam terus lesap, macam biasa la, pesta asap dekat luar surau” Iman membalas. Baru menjawab soalan.

“Semua?”

“Tak la, mana yang biasa buat jela, ada yang still kat dalam surau”

“Kau tak join?” Jai sengaja menduga. Resah.

Aku tengah cuba stop, tapi susah Jai, dari Form 2 aku buat benda tu” Iman bersuara rendah. Tiada senyuman.

Jai diam. Mata Iman ditatap. Dalam. Iman tertunduk. Suasana hening seketika.

“Aku kagum dengan kau Jai” Iman memecah hening suasana

“Sebab?” Jai kaget. Ingin tahu.

“Kau dah lain sekarang” Iman menjawab. Ringkas. Penuh tanda tanya.

Jai tergelak. Bahu iman dipeluk.

“Aku still Jai yang dulu Man, jom lepak luar”

Iman menurut. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta Jai lalu duduk di atas bangku bersebelahan kereta itu. Jai mengesat-ngesat skrin hensetnya. Takde idea nak cakap apa.

“Takde la Jai, dulu kau masuk air gak, sekali ngan kiteorang, tapi sekarang, you know better right” Iman tumbuk bahu Jai.

“Kau tak join pun waktu kiteorang sembang pasal gosip, pasal awek” Iman sambung lagi.

Jai senyum. Dah tahu nak cakap apa.

“Man..kau tahu kenapa aku stop smoke masa akhir tahun Form 4 dulu?” Jai bersuara tenang.

“Kenapa?” Iman memeluk diri sendiri. Sejuk.

“Sebab Elisa”

“Elisa? Bukan korang dah break ke waktu tu?” Iman cuba refresh balik momen-momen dahulu.

“Nope..waktu tu belum lagi..dia cakap nak break kalau aku still smoke..nangis juga dia masa tu..sebab tu aku stop..sebab dia” Jai ambil nafas. Iman diam.

“Aku sanggup stop sebab aku sayang dia..really..masa tu..”

“And sampai satu masa aku pilih untuk lupakan Elisa..sebab aku dah sayang yang lain”

“Siapa?” Iman bertanya.

“Dia..” Jai tunjuk ke langit.

Iman membongkokkan badan ke bawah..menutup muka dengan kedua tapak tangan.

“Hmm..entah bila aku boleh jadi macam kau Jai” Iman mengeluh.

“Sayang tu boleh jadi motivasi Man..kita sanggup buat apa je bila hati dah sayang..” Jai sambung lagi.

“Yang penting..kena sayang pada yang betul..” Jai pegang peha Iman. Kuat. Mencengkam.

Jai menaip sesuatu di hensetnya. Henset Iman berbunyi. Mesej dari Jai.

“29:69, 12:53, 16:97, 3:171”

“Man, janji tau tengok ayat-ayat tu balik nanti..”

Tuesday, 30 July 2013

SUJUD PEMBEBASAN

Hari demi hari dilalui, semakin banyak hari, semakin panjang perjalanan. Banyak peristiwa suka-duka sudah ditempuhi. Kadang-kadang terjatuh, cuba bangun kembali, kemudian terjatuh lagi. Lumrah. Semakin lama berjalan, semakin penat, semakin lelah, semakin letih. Terkadang terfikir juga ingin berhenti di sini, tetapi mahu ke mana? Memandang jauh ke hadapan, tiada tanda-tanda perjalanan akan berakhir, ingin berpatah balik titik mula pula sudah tidak lagi kelihatan.

Keinginan itu datang dan pergi. Sesekali ia datang menderu, menerobos, memusnahkan kesemua hadangan yang membentangi. Pada ketika yang lain, hanya sepi mengisi ruang-ruang kosong antara impian dan realiti. Inisiatif sudah mula luntur. Slogan-slogan yang dicanang-canang dahulu tidak lagi membangkitkan semangat ini.   

Maka curhat menjadi pilihan hati


Orang kata ujian itu lumrah kehidupan. Saya setuju. Sesekali kita akan berhadapan dengan momen-momen kejatuhan yang menyakitkan. Hampir sesak nafas kita dibuatnya. Hampir juga berpinar-pinar bebola mata. Mungkin exaggerate bagi sesetengah orang, namun tidak bagi sesetengah yang lain. Saya sendiri tidak pasti saya di golongan yang mana.

Orang kata lagi, ketenangan itu satu kembara, bukan destinasi. Saya setuju. Kita tidak akan mampu mendapatkan ketenangan selagi mana kita statik di situ. Bergerak. Itu kata kuncinya. Ketenangan. Adakah ia satu entiti atau sifat? Tidak pasti. Yang pasti ia adalah sebuah anugerah yang semua orang berjuang mendapatkannya. Hanya yang mampu melihat dunia dengan kaca mata yang luhur berhasil memperolehnya.

Kemudian kata mereka lagi, tiada pandangan mata yang luhur melainkan jika kita sudah bergelumang dengan Al Quran. Sekali lagi saya setuju. Orang-orang yang bersatu hati mereka dengan Al Quran, darjat mereka diangkat tinggi oleh Allah. Mereka mampu melihat dunia ini dengan pandangan yang holistik. Seolah-olah mereka berada di satu tempat yang tinggi dan melihat segala apa yang berlaku dari atas. Hebat. Kurnia Allah.

Jujur. Saya masih belum sampai ke tahap itu. Bahkan jauh lagi. Hampir setiap masa, wujud drama dalam diri. Drama dengan family, drama dengan rakan-rakan. Drama macam mana tu? Susah nak jelaskan di sini. Mungkinlah tidak seteruk bahana kefuturan. Tapi drama tetap wujud di situ.

Jawapan skema sudah terbentang didepan mata. Kurangnya mujahadah, kurang juga koreksi diri, kurang muhasabah sendiri. Penat menyeru di alam nyata, bersambung pula di dunia maya, tetapi terlupa untuk menyeru diri sendiri. Aneh. Bahkan pelik. Bagaimana boleh terjadi seperti itu? Bukankah telinga yang menyeru itu lebih dekat daripada telinga yang diseru? Namun begitulah yang terjadi.

Maka tidak hairanlah andai diri sendiri kerap jatuh. Baru diasak dengan angin lintang barat daya sudah terumbang-ambing. Entah bagaimana nanti bila diserang dari segenap penjuru oleh panah-panah beracun bahkan peluru-peluru besi? Pondasi masih tidak utuh. Langkah kaki masih tidak teguh. Asas yang kuat, itu kod rahsianya.

Namun bila difikirkan semula, inilah lumrah orang-orang yang memilih jalan yang dagang itu. Sekuat dan seteguh mana pun langkahan kaki, pasti akan diuji, bahkan lebih berat lagi. Kerana di saat Tuhan berfirman,

“Dan bersabarlah engkau bersama orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata..”
Al Kahfi : 28

Bukankan perkataan bersabarlah itu terlalu dekat dengan ujian? Maka tidak hairanlah jika memang selalu diuji, kerana kita memang disuruh untuk bersabar. Bersabar, bersabar dan terus bersabar. Sehingga tiba saat dan waktu kita pergi menemui Tuhan dengan syahadah yang benar.

Tetapi isunya di sini bagaimana untuk terus bersabar dan terus menapak di jalan yang panjang ini?

Sujud pembebasan. Ya. Itulah jalannya.

Selagi mana tidak melakukan sujud pembebasan, selagi itulah ujian yang menimpa terasa menyakitkan dan terasa melemahkan. Walhal orang-orang yang sudah melakukan sujud pembebasan, ujian itu dirasakan sebagai medium untuk Allah mencabut rasa cinta kepada dunia dalam hati mereka, membuat mereka lebih tajarud.

Tetapi awas. Sujud pembebasan ini tidak sesekali sama dengan tiga puluh empat kali sujud yang wajib itu. Akan tetapi kesemua tiga puluh empat kali sujud yang wajib itu boleh menjadi sujud pembebasan jika dilakukan dengan ikhlas dan luhur.

Wahai diri..

Merendahlah..

Bersujudlah..

Thursday, 25 July 2013

TUHAN KAMI ADALAH ALLAH

Amaran. Post ini panjang. Sila tabahkan hati dan ikhlaskan diri untuk membaca. Hmm


Assalamualaikum.

Fuh lama dah tak start tulis blog dengan beri salam. It is a good thing to practice by the way. Tetibe je cakap omputeh kan.

Seperti biasa, di bulan ramadhan yang mulia ini, agak rugi pula jika setiap post tak dikaitkan secara atas talian ataupun di bawah talian dengan ayat-ayat Al Quran. Makanya, dengan keizinan pemegang cap mohor diraja industri blog cawangan kecil-kecilan, saya berminat untuk berkongsi dapatan daripada tadabbur saya. Bunyi seperti bajet di situ.

Sebelum itu, seperti biasa, sesiapa yang tak tahu apa itu tadabbur, sila gugel dalam masa tiga saat. Dan perlu diketengahkan juga, tadabbur ni cuma untuk refleksi diri masing-masing. Arakian anda tidak boleh menggunakan sebarang dapatan perbincangan untuk menyesatkan mana-mana pihak baik di belah kerajaan mahupun pembangkang.

Panjang pulak disklemer. So bagi yang ada mushaf Al Quran tu cepat-cepat bukak mukasurat lima ratus tiga, surah ke empat puluh enam ayat ke tiga belas. Oh lupa pulak, it would be nice kalau anda berwudhuk dahulu, jangan lupa baca doa penerang hati.

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka, dan mereka tidak pula bersedih hati”
Al-Ahqaf : 13

Dengan aqidah yang in sha Allah sejahtera, jom kita perhalusi dan teliti ayat diatas bahagian demi bahagian.

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, “Tuhan kami adalah Allah”..”

Ramai. Saya kira setiap manusia yang memegang kad pengenalan berwarna biru yang tertera “Islam” di bahagian agama pasti akan mengiyakan statement di atas. Hari ini kita melihat umat Islam di mana-mana. Pergi sekolah ada orang Islam, pergi bazar ramadhan lagi la ramai orang Islam, pergi masjid ofkos la semua orang Islam, pergi disko pun ada orang Islam, acano tu?

Apa-apa pun kita teruskan dahulu.

“….kemudian mereka tetap ISTIQAMAH..”

Mungkin anda tidak, tetapi frankly speaking, saya seringkali gagal part yang ini. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan istiqamah itu? Secara literalnya, tentulah kita memahami istiqamah yang dimaksudkan ialah istiqamah mengatakan “Tuhan kami adalah Allah”.

Namun kita perlu melihat perkaitannya di sebalik tabir, iaitu apa yang dimaksudkan dalam ayat itu secara tersiratnya.

Statement “Tuhan kami adalah Allah” itu bukan sebarang statement. Bahkan ia adalah statement agung yang sekaligus mengangkat tinggi kedudukan Allah mengatasi segala-galanya dalam hidup kita. Bererti kita memprioritaskan Allah lebih dari segalanya, lebih dari kedua ibu bapa kita, lebih dari harta benda yang telah kita kumpulkan, lebih dari kucing kesayangan kita.

Dengan memperakui statement “Tuhan kami adalah Allah” secara tidak langsung bererti kita bersetuju untuk mematuhi segala apa yang ditetapkan oleh Allah, undang-undang Allah, hukum-hakam Allah, titah-perintah Allah. Dan semua yang telah ditetapkan oleh Allah ini sudah termaktub dalam Al Quran dan ia menguncup dari pecahan yang besar kepada dua tujuan utama kita dihidupkan di dunia ini iaitu menjadi abid (hamba) dan khalifah.

Inilah istiqamah yang dmaksudkan. Istiqamah menjalankan tugas sebagai abid (hamba) kepada Allah dan khalifah di muka bumi. Persoalannya berapa ramai yang istiqamah?

Jom teruskan lagi

“..tidak ada rasa khuatir bagi mereka..”

Nah. Allah sebut orang-orang yang istiqamah ini tidak ada rasa khuatir dalam diri mereka. Mereka tidak terkesan dengan mehnah permainan dunia, tipu daya dunia. Risau, cemas, gelisah, berpeluh-peluh seolah-olah bukan sebahagian dari mereka. Dan bagaimana dengan kita? Saya rasa hampir setiap hari kita risau dan gelisah oleh sebab yang pelbagai. Risau dengan keputusan hekzem, risau memikirkan bonus hari raya, gelisah kalau duit hilang, cemas bila kekasih gelap mintak putus. And the list goes on.

Apakah sebabnya?

Jawapannya mudah. Kerana kita tidak istiqamah mengatakan “Tuhan kami adalah Allah”. Dan ofkos secara tidak langsung kita juga tidak istiqamah menjalankan tugas sebagai abid (hamba) dan khalifah. Mungkin kita terlalu kerap tergelincir ke lembah kefuturan. Mungkin juga kita terlalu lembik dalam bermujahadah.

“…dan mereka tidak pula bersedih hati..”

Perasaan sedih. Fitrah seorang manusia yang normal tidak kira berapa jumlah chromosome yang dia ada. Semua orang pernah dan akan berasa sedih. Sedih kerana kehilangan orang yang tersayang, sedih dengan ujian yang terlalu berat ditimpakan, sedih setelah apa yang diimpikan tidak kesampaian.

Tetapi dalam ayat di atas, Allah menegaskan orang-orang yang istiqamah ini tidak bersedih hati. Mereka meyakini kebenaran janji-janji Allah dan sudah tentu janji-janji Allah itu benar. Kuasa Allah. Kurniaan Allah. Hati itu milik Allah. Bukankah Allah pernah mengatakan bahawa Dia yang menurunkan ketenangan dalam hati orang-orang yang beriman?

Dan kita di sini terus-menerus berasa gelisah. Terus menerus bersedih hati. Walaupun disebabkan ujian seberat kaki semut. Mungkinkah kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang istiqamah itu?

Jika nikmat tidak berasa khuatir dan tidak bersedih hati tidak bisa kita dapatkan, layakkah kita untuk mendapat nikmat seterusnya yang dijanjikan untuk orang-orang yang istiqamah ini dalam ayat yang seterusnya?

“Mereka itulah para penghuni syurga, kekal di dalamnya, sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan”
Al Ahqaf : 14

Layakkah kita?

Tuesday, 23 July 2013

USAI TARAWIH YANG HENING


Usai tahiyyat akhir, Jat mengusap muka dengan kedua tapak tangan. Seperti biasa, pakcik bilal akan melaungkan kalimah-kalimah yang biasa dilaungkan setiap kali dua rakaat solat tarawih. Jat dan jemaah lain menyambutnya ala kadar. Tidak bersemangat seperti awal-awal ramadhan. 

Jat memandang ke arah ayahnya yang duduk di hujung sebelan kanan saff yang pertama. Ayahnya memberi isyarat untuk pulang. Sudah lapan rakaat rupanya. Terasa cepat pula tarawih malam ini. Jat perlahan-lahan bangun untuk keluar dari saf.

“Nak pergi mana? Buat dua puluh jom”

Kim menarik tangan Jat. Jat terduduk kembali.

“Aku kena ikut ayah aku la Kim, kalau tak aku nak balik camne”

“Aku hantar”

“Serius? Jap aku nego dengan ayah aku dulu”

Setelah selesai proses negosiasi yang mengambil masa kira-kira sepuluh saat itu, Jat masuk kembali ke dalam ruangan solat. Tapi tempatnya telah diambil oleh orang lain. Jat pantas menuju ke saff yang kosong, sempat juga dia berdiri beberapa saat selepas takbir sebelum imam rukuk.

Habis solat witir, Jat melihat Kim beredar keluar dari masjid. Jat memilih untuk stay kejap dalam masjid, ikut sikit-sikit imam berwirid. Kalau hari-hari biasa, selalunya dia buat kerja sendiri dekat belakang masjid selepas tok imam beri salam.

Selesai proses berselawat dan bersalaman dengan para jemaah, Jat keluar dari masjid menuju ke kereta Kim. Kereta Viva. Kim bersandar di bahagian depan kereta itu, menunggu Jat.

“Lama kau tunggu Kim?”

“Tak la, aku pergi tandas jap tadi”

“Oh..aku ingat kau tunggu aku dari tadi”

“Jat, lepak-lepak jom, lama tak jumpa kau”

“Jom, aku on je”

Kereta Viva milik Kim terus menderu laju meninggalkan masjid. Gaya pemanduan orang muda yang ditonjolkan oleh Kim menerujakan Jat. Sedikit sebanyak menghiburkan hatinya. Falsafah biar lambat asal selamat sudah selamat dikebumikan.

“Jat, untung kau dah nak fly, nanti bagitau la aku, boleh aku ikut hantar kau sekali”

“Aku tak lepas Kim”

“Tak lepas maksud kau?”

“Tak lepas tu tak fly la..haha”

“Tapi bukan kau power ke dulu Jat?”

“Tu dulu Kim, sekarang kau lagi power”

Kim pandang Jat, seakan-akan tak percaya, nasib baik jalan raya lurus, kalau tidak dah lama kereta mereka terbabas. Jat pula khusyuk menatap skrin henponnya. Melayan twitter.

Kereta Viva Kim membelok ke kanan, berhenti di tepi jalan, di hadapan jalan itu ada kedai makan. Jat pun tak berapa kenal pemilik kedai itu, tetapi masa bercuti panjang lepas SPM dulu selalu juga dia ke situ, lepak-lepak sambil tengok bola.

“Teh Ais”

“Sama dengan dia”

“Tak makan?”

“Takpe la..kenyang lagi”

Kim keluarkan sebatang rokok dari kotak winston warna merah, berkepul-kepul asap memenuhi ruang udara tatkala rokok itu dibakar. Jat masih lagi dengan henponnya. Suasana sunyi seketika.

“Kau smoke lagi ke Kim, tak terasa nak stop?”

“Aku dah try Jat, susah, kau pun tahu kan”

“Cuba lagi Kim, Allah tengok usaha tu”

Jat menghirup Teh Ais yang baru dihidangkan oleh pelayan kedai, Kim pun begitu.

“Kau tu sibuk dengan henpon, kau layan lagi ke Jat perempuan tu?”  

“Lama dah Kim aku lost contact dengan dia..ni layan twitter”

…………………………………

Tulis sebuah karangan ringkas merangkumi aspek pemikiran pengarang, nilai-nilai murni serta pengajaran yang berkaitan dengan petikan di atas. Anda sangat digalakkan menyertakan sekali rujukan yang diambil daripada petikan dalam karangan anda. Karangan hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

Syafiq membaca arahan ringkas di kertas soalan Bahasa Melayu itu. Dia menekan punat pen biru yang sedang dipegangnya dan bersedia untuk membuat draft jawapan di atas sekeping kertas kotor yang disediakan. 

Monday, 22 July 2013

IMAN, HATI DAN KETENANGAN

Ada sesiapa boleh beritahu kepada saya apa definisi untuk manis? Rasa yang boleh mengerutkan dahi dan mengecutkan perut? Belum tentu lagi. Ada orang yang berkerut dahi sebab tertelan benda yang pahit, saya pernah kecut perut makan buah mangga yang masam rasanya.

Jadi bagaimana?

Tak dapat dinafikan jawapan terbaik kepada persoalan ini ialah dengan merasai sendiri sesuatu itu dengan menggunakan lidah masing-masing. Kemudian barulah kita boleh mengatakan sesuatu itu manis, masam, pahit dan sebagainya. Untuk mendefinisikannya adalah sesuatu yang sukar. Payah. Mungkin ada dalam kalangan para biotechnologist dan pakar makanan yang mahu menempelak statement saya ini dari sudut saintifik, dipersilakan.

Namun itu belakang kira.

Point sebenar saya, untuk menghayati sesuatu, kita perlu merasainya sendiri.

Jika makanan dirasai dengan lidah. Bagaimana dengan iman?

“Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka. Dan milik Allah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana”
Al Fath : 4

Secara on the surface, apa yang kita faham daripada ayat di atas? Saya bukan nak mengajak anda untuk mentafsir ayat Al Quran sesuka-suki, tapi ini lebih kepada tadabbur, sesiapa yang tak tahu apa itu tadabbur, dipersilakan untuk gugel dalam masa lima saat. Tadabbur ni macam apa yang kita nampak dari sesuatu ayat at the first glance la.

Dalam ayat di atas, Allah menjelaskan bahawa Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang beriman, untuk apa? Untuk menambahkan keimanan orang-orang yang telah beriman.

Anda nampak permainan di situ?

Mula-mula Allah sebut Dia yang berkuasa memberi ketenangan kepada orang-orang beriman. Ketenangan itu di mana? Di hati. Tujuannya? Untuk menambahkan keimanan orang-orang beriman. So kat sini nampak tak ada hubungan sulit antara iman, hati dan ketenangan?

Jadi dah terjawablah persoalan di atas. Iman itu dirasai oleh hati dan perasaan itu berbentuk sebuah ketenangan. Dan sememangnya fitrah manusia mencari ketenangan, Mungkin ada yang tak bersetuju, terpulanglah pada kaca mata masing-masing. Tetapi secara peribadi saya begitu yakin dengan formula yang telah diderive itu.

Masakan tidak.

Ahli-ahli sihir Firaun begitu tenang menyatakan keimanan mereka kepada Allah dihadapan Firaun walaupun diugut untuk dibunuh oleh Firaun. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana iman telah menyelaputi hati mereka, telah meresap sedalam-dalamnya ke dalam hati mereka, menjadikan mereka tidak takut kepada siapapun kecuali Allah.

“Pasti aku akan memotong tangan dan kaki kamu secara bersilang, kemudian aku akan menyalib kamu semua”

“Mereka (para pesihir) menjawab, “Sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami”

Al A’raf : 125-126


Rasa. Susah nak jelaskan. Kadang-kadang ada orang bersungguh buat sesuatu benda yang pada mata orang lain benda itu terlalu insignificant, tapi kenapa dia boleh commit dan istiqamah buat benda itu. Sebab rasa. Rasa yang memberi ketenangan kepada dirinya. Yang akhirnya membuat dia berasa bahagia. Fitrah.

Contoh yang mungkin dekat dengan kita, dakwah.

Sejujurnya saya belum pernah diuji dengan ujian yang begitu menyesakkan dada di jalan dakwah. Belum pernah peruntukan kewangan bulanan dipotong. Tak pernah lagi kena halau dari rumah. Tak pernah masuk penjara. Tak pernah lagi didera, disebat dan dicungkil biji mata dengan garpu.

Tetapi ada yang pernah diuji seperti itu, malah lebih teruk lagi. Tetapi mengapa mereka boleh thabat di jalan dakwah? Mengapa mereka istiqamah di jalan dakwah. Mereka punyai banyak sebab untuk berhenti, malah ditawar dengan ganjaran dunia. Persoalannya mengapa tahan diuji? Sebab rasa dalam hati. Walau di luar kelihatan teruk dihambat, mereka tenang di dalam sebenarnya. Itulah iman. Itulah ketenangan.

At the end of the day, kita semua nak jumpa Tuhan dengan jiwa yang tenang. Maka?

Saya berhenti dulu di sini.