Ajarkan aku
untuk mencintai bidadari..
Agar dunia tidak
ku cintai, jauh dalam hati..
Dunia yang penuh,
penuh dengan tipu daya yang keji..
Yang memenatkan
aku dalam kembara spiritual menuju ilahi..
Yang menghauskan
nafasku, yang mengoyak ketenangan dalam sanubari..
Yang membunuh hatiku,
hingga mati…
Ajarkan aku
untuk mencintai bidadari..
Agar mataku
cerah lihat ke sana..
Supaya aku rindu
untuk menatap indahnya sungai syurga..
Agar telingaku
jelas dengar ke sana..
Supaya aku jatuh
hati dengan kicauan burung syurga..
Agar hidungku
tajam hidu ke sana..
Supaya aku ghairah
dengan nikmatnya hembusan angin syurga..
Ajarkan aku
untuk mencintai bidadari..
Agar aku tak
terbuai dengan keakhawatan seorang ukhti..
Yang cantiknya, bisa
mencairkan hati..
Yang lembutnya,
bisa menggoncang sanubari..
Yang zahirnya,
layak dijadikan suri..
Namun semua itu
menenggelamkan aku, ke dalam lautan nafsu sendiri..
Ah..maafkan aku
duhai ukhti..
Tiada ku
bermaksud merendahkan yang empunya diri..
Sama-samalah
kita menjaga diri..
Ajarkan aku
untuk mencintai bidadari..
Agar aku bisa
menjadi seperti Musa
Gigih berdakwah,
meski dibatasi kekurangan yang mega..
Supaya aku bisa
meneladani Muhammad habibullah…
Tak kenal putus
asa menyebar risalah, walau dihambat berjuta mehnah…
Kerna aku insan
yang lemah, sering berputus asa..
Ajarkan aku
untuk mencintai bidadari..
Agar aku hayati tiap
bait istighfarku, moga terampun dosa-dosaku..
Agar aku ikhlas
dalam ratib zikirku, moga dilembutkan hati nuraniku..
Agar aku tegar
di sepertiga malamku, moga Tuhan dengar rintihan batinku..
Ajari aku supaya
aku tahu, dan supaya aku mahu..
Ajarkan aku
untuk mencintai bidadari..
Agar hilang
sedih resah hatiku..
Agar sembuh luka
pilu sanubariku..
Agar terubat
hampa kecewa sukmaku...
Juga supaya aku
tahu, yang bidadariku tak pernah jemu..
Menanti dengan
sepenuh cinta, hadirnya aku..
Ajarkan aku
untuk mencintai bidadari…
Sehingga redha
Allah ku jamah..
Sehingga khusnul khatimah menjadi anugerah..
Musab, 21/12/13
Musab, 21/12/13

Ajarkan aku untuk mencintai wildan boleh tak???hehe
ReplyDeleteWildan ni kanak-kanak kecil kan..?
DeleteLelaki syurga.
DeleteOhh really? Macam menarik je. Ada hadis atau dalil tak pasal ni?
Deletesalam.
ReplyDeletemungkin boleh rujuk surah al-insan ayat 19, yang bermaksud :
" Dan mereka dikelilingi oleh para pemuda-pemuda yang tetap muda.Apakah bila kamu melihatnya,akan kamu kira mereka, mutiara yang bertaburan."
Dalam ayat ini ada menyebut tentang 'wildan'..
Yang mana kalau menurut tafsir al-Azhar, wildan diumpamakan 'mutiara yang bertaburan' kalau kita pandangnya. -dimana saja mereka berjalan,melayani kesana kemari, menyelenggarakan dan menghormati 'ibaad Allah'.
Tapi, kat sini bercakap tentang orang yang mendapat ganjaran masuk syurga tu, mereka dilayani, dihormati oleh pelayan2 yg muda tu. Tandanya dlam syurga bukan sahaja ada bidadari, tapi 'bidadara' pun. Cuma kat dalam ayat ni, x cakap pun pelayan yang muda tu ditugaskan untuk mengubat hati gadis2 yg x sempat bersuami then meninggal dunia...
Mohon yang lebih 'arif jawab....
Maaf,
Hanya dapat kongsi ilmu sedikit..
Ilmu ciput jer... :)