Dengan assignment yg bertimbun (dah nak habis sebenarnya,
Alhamdulillah J),
dan banyak yg perlu di cover untuk study kerana exam sudah mengintai-ngintai di
celahan-celahan lubang pintu, saya kira secara Aulawiyyat nya, tidak sepatutnya
saya duduk di atas kerusi sambil menaip-naip penulisan ini, tetapi, apakah yang
lebih aula dari masalah ummat..? cheewaahh..
Sebenarnya, hati saya meronta-ronta untuk menulis, manakan
tidak, anda dapat melihat sendiri bilakah entry terakhir saya, Limau
untuk Syuhrabil #2 ditulis, dan insyaAllah, sambungan cerita itu akan
ditulis dalam masa yang terdekat, saya pun tak pasti bila, haha.
Pada kali ini saya ingin memfokuskan tentang sesuatu isu
yang saya rasa agak cliché jugak sebenarnya. Maklumlah, begitu banyak sekali
blog-blog pelajar lepasan sekolah agama yang menulis tentang perkara ini.
Hewhew. Tetapi saya merasakan penting untuk perkara ini diketengahkan.
Mutakhir ini, acap kali kita melihat di dada-dada akhbar arus
perdana yang memaparkan tentang ancaman-ancaman baru terhadap umat Islam
seperti liberalisme, pluralisme dan sebagainya. Walaupun ada suara-suara yang
mendakwa bahawa laungan-laungan ini bernada politik, maklumlah ada satu parti
yang didakwa membawa ideologi-ideologi tersebut, malah lebih teruk lagi, ada
satu parti Islam yang digambarkan sebagai parti yang tipah tertipu dengan parti
ini disebabkan kuasa politik dan sebagainya, tetapi saya memilih untuk
bersangka baik terhadap amaran-amaran ini, dan saya secara peribadi bersetuju bahawa
memang wujud ancaman-ancaman seperti ini di Malaysia. Perkaitannya dengan
politik? I rest my case..senyum..
Akan tetapi..
Dalam kita sibuk bicara tentang liberalime dan pluralisme,
kita terlupa akan sesuatu hakikat bahawa di negara ini, ancaman sekularisme
sudah lama bertapak kukuh, mereka sudah ada kilang memproses ayam dan sudah ada
pengedar yang mengedarkan ayam-ayam ini hatta di bilik tidur anda sekalipun. Eh!
Anda tahu apa itu sekularisme?
Untuk definisi yang lebih ilmiah, anda dipersilakan untuk
merujuk kepada Sheikh Google. Izinkan saya untuk menyampai definisi sekularisme
secara relax, santai dan mudah difahami.
Secara mudahnya, sekularisme bererti kita memisahkan
kehidupan dunia daripada akhirat. Lebih kurang macam ni lah. Study tu dunia,
solat tu akhirat. Sedangkan study itu juga sebanarnya adalah ibadah yang membawa
kepada akhirat. Inilah antara symptom pemikiran sekular yang semakin membarah
dalam kalangan umat islam maracapada ini. Ini baru hal kecil macam study. Belum
cerita lagi bab-bab yang lebih besar lagi macam pemerintahan, perundangan dan
sebagainya.
Kenapa saya katakan ancaman sekularisme ini lebih besar dan
lebih aula daripada ancaman-ancaman yang lain? Sifirnya mudah. Liberalisme dan
Pluralisme adalah musuh yang dikenali. Mereka umpama penceroboh-penceroboh yang
terintai-intai di celahan-celahan pintu dan tingkap rumah kita. Boleh je kalau
kita nak baling batu kepada mereka. Akan tetapi, ancaman sekularisme ini sudah
lama lagi sejak dahulu mengetuk pintu utama rumah kita. Malah sekularisme ini
sudah pun menjadi tetamu di rumah kita, tidur sekatil dengan kita, dan juga
mandi sebilik air dengan kita. Sekiranya sekularisme ini sejantina dengan kita,
maka kita dan sekularisme sudah layak mendapat anugerah pasangan sejenis paling
ideal abad ini. Malah, lebih teruk lagi, sekularisme ini juga telah diangkat
menjadi tetamu kehormat (VVIP) dalam rumah kita. Siapa lagi yang mengangkat
kalau bukan tuan rumah? Err..Faham baguslah, tak faham sudah..haha.
Buktinya apa? Anda saksikan sendiri betapa ramai kawan-kawan
sekelas, sekantor, serumah dan sebagainya yang mempunyai pemikiran study tu
dunia, aolat tu akhirat. Sangat licik kan ancaman sekularisme ni?
Maka apakah solusinya kepada permasalahan ini?
Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu
tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu
Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.
Al Quran itu diturunkan bukan untuk menjadi perhiasan di
dinding, bukan juga sebagai hantaran perkahwinan, bukan untuk sekadar dibaca
dan dihembus pada air. Tetapi Al Quran diturunkan sebagai panduan untuk kita
semua.
Kita sering melaungkan “AL QURAN DUSTURUNA”
Tetapi sejauh mana kita berpegang teguh kepada kata-kata
itu?
Saya ingin mengajak diri saya sendiri dan sahabat-sahabat
semua untuk bersama-sama kita sedari bahawa bukan saja-saja Allah ciptakan kita
atas muka bumi.
Bukan sengaja Allah ciptakan anda wahai akak yang bertudung
kelabu itu..
Abang yang pakai T-Shirt kuning tu juga..
Hehe.
Kelak di sana kita akan ditanya..
Di mana tugas ubudiah kita? (Az Zariyyat : 56 )
Di mana tugas khilafah kita? (Al-Baqarah : 30 )
Anda ada jawapannya? Tepuk dada, tanya iman..
Assalamualaikum..
![]() |
| Tadabbur surah Al Kafiruun |






