“Hani!! Saya ada
surprise untuk awak!! Cuba teka!!” Aisyah bersuara kegirangan sambil memeluk
leher Hani dari belakang.
“Hey!! Tercekik
la saya nanti..” Hani memukul lembut lengan teman serumahnya itu. Aisyah
tertawa.
Sudah hampir
setahun Hani berada di bumi Anbiya’. Banyak perkara yang telah dipelajarinya di
sini. Suka-duka dan pahit-manis semuanya dikongsi bersama sahabat-sahabat
rapatnya di Mesir seperti Aisyah, Faizah dan teman-teman serumah yang lain.
“Haa..surprise
apa awak nak tunjuk kat saya ni??” Hani menyoal manja.
“Tadaaa!!” Aisyah
menunjukkan dua helai resit berwarna putih kepada Hani.
“Resit apa tu
Aisyah..?” Hani kehairanan.
“Haa..ni la
surprisenya. Saya dah beli dua keping tiket ke Australia untuk kita berdua!!”
Aisyah menerangkan sambil tersenyum lebar.
“Emm…Aisyah…”
Hani kelihatan
serba salah. Bukan dia tidak mahu menemani sahabatnya itu. Tapi…Australia? Sebolehnya
dia tidak mahu berada berdekatan dengan seseorang yang sangat dibencinya.
Benci? Perempuan mana yang tidak membenci setelah diperlakukan seperti itu?
Hati kecilnya sedikit membara bila terkenang kembali peristiwa itu.
“Ala Hanii…pleaseee…”
Aisyah cuba merayu. Dia berharap sangat Hani dapat mengikuti trip kali ini.
“Emm..nanti la
ye saya fikir dulu..”
Hani memberikan
jawapan selamat. Namun perasaan serba salah membelenggu hatinya.
“Okey, tapi awak
jangan lupa tanya pada Dia dulu ye sebelum buat keputusan.”
Aisyah cuba
menenangkan Hani. Dan dia juga mahu melakukan perkara yang sama. Meminta
bantuan dari si Dia agar dilembutkan hati sahabatnya itu untuk mengikutinya ke
Australia. Bukankah hati-hati manusia itu dipegang oleh Dia? Begitulah fikir
Aisyah.
“Okey
awak..awak..terima kasih ye sebab baaaaikk sangat dengan saya!” Hani membalas
sambil tersenyum.
“Sama-sama awak.
Mestilah! Kan saya saaayang awak kerana Allah,” balas Aisyah sambil memeluk
Hani.
Hani dapat
merasakan perasaan bahagia yang begitu mendalam di dalam hatinya. Dia bersyukur
dipertemukan dengan insan sebaik dan semulia Aisyah di bumi anbiya’ ini. Perasaan
bahagia ini sebenarnya sudahpun dirasai oleh Hani semenjak mereka bertemu buat
kali pertama lagi. Terbayang di ingatannya bagaimana Aisyah dan sahabat-sahabat
yang lain menerima kehadirannya dengan hati yang senang dang gembira. Dalam
diam-diam, Hani menguatkan hatinya untuk menerima pelawaan Aisyah ke Australia
sebagai tanda menghargai keihlasan Aisyah dalam persahabatan mereka.
……………………………………………………………………………………………………………………………
“So..kalau takde
apa-apa lagi..rasanya sampai sini jela usrah kita”
“In sha Allah,
jumpa lagi next week”
Irfan mengakhiri
sesi usrah yang diadakan di rumahnya pada malam itu dengan doa rabithah. Ahli-ahli
usrah yang lain khusyuk mengaminkan doa tersebut. Setelah itu mereka berpelukan
sesama sendiri. Kehangatan ukhuwwah mula menyelaputi setiap inci dari tubuh
badan para pencinta agama Allah itu. Buat seketika mereka tenggelam dalam
dekapan ukhuwwah.
“Fan..thanks..thanks
a lot..”
Imran memulakan
bicara setelah semua ahli usrah mereka pulang ke rumah masing-masing.
“Thanks for
what..?” Irfan menyoal. Sedikit kehairanan.
“Thanks sebab
dah banyak mengubah diri aku..,” Imran bersuara mendatar.
“Allah yang ubah
kau Im, Dia yang sentuh hati kau..aku cuma perantara je..”
Irfan menjawab
sambil tersenyum. Jawapan template. Namun tak dapat dinafikan kebenarannya.
Sememangnya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya. Manusia hanya mampu berusaha. Begitu juga dengan Irfan. Dia
hanya berusaha.
“Fan..aku masih
lagi terganggu dengan kisah hitam aku tu..aku rasa bersalah..” suara Imran
kedengaran sayu.
Irfan menghela
nafas panjang tatkala mendengar luahan hati teman serumahnya itu. Dia
mendiamkan diri sambil memikirkan jawapan yang paling sesuai untuk diberitahu
kepada Imran.
Akhirnya dia
bersuara..
“Im…aku janji
aku akan tolong kau..aku janji!”
…………..................................................................................................................................................................
3 bulan kemudian..
Sudah dua hari
Hani dan Aisyah berada di bumi kanggaru atau lebih tepat lagi di Melbourne,
Australia. Mereka tinggal bersama-sama dengan ibu mertua Aisyah, Dr. Murshidah
yang turut sekali ke percutian itu di sebuah hotel yang telah disewa oleh Dr.
Murshidah sendiri. Mereka turut tidak melepaskan kesempatan untuk beramah mesra
serta menjalinkan ukhuwwah dengan pelajar-pelajar muslimah di Australia.
“Awak..macam
mana so far? Rasa seronok tak?”
Aisyah bertanya
lembut kepada Hani pada suatu petang ketika mereka sedang bersiar-siar di
tepian Sungai Yarra.
“Alhamdulillah!
Kalau bukan kerana awak, tak sampai saya ke sini. Syukran Aisyah!” balas Hani
dengan wajah yang berseri-seri.
“Allah yang
gerakkan hati saya untuk ajak awak temankan saya ke sini, dan Allah juga yang
gerakkan hati awak untuk setuju ikut saya ke sini. Mesti ada hikmah kenapa
Allah aturkan semua ni” terang Aisyah sambil menggenggam erat telapak tangan
Hani.
“Dan tugas kita
sebagai hamba-Nya untuk mengutip hikmah itu kan?” sambung Hani sambil tersenyum
manja.
“Wah! Pandainya
dia!” Aisyah turut tersenyum. Bahagia.
“Mestilah! Dah
awak yang selalu ulang ayat tu dalam usrah,” balas Hani lagi. Manja.
Cuaca petang itu
sungguh indah. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Kelihatan rakyat
tempatan dan juga pelancong asing yang turut bersiar-siar di tebing Sungai Yarra.
Sememangnya di situ terdapat pemandangan
cantik yang boleh menyejukkan mata bagi setiap yang memandang. Indah. Nikmat
kurniaan Tuhan.
“Hani..malam ni
awak ikut saya ye?” Aisyah mengenyitkan matanya. Hani saspen.
“Pergi mana..?”
……………………………………………………………………………………………………………………………………
“Im..are you
ready?”
Irfan duduk di
atas sofa bersebelahan dengan Imran sambil memicit lembut bahu sahabatnya itu.
Kelihatan ibu Irfan, Dr. Murshidah turut berada di apartment sederhana besar
itu. Apartment itu dimiliki oleh sahabat baik Dr. Murshidah di Australia.
“Nervous..I’m
afraid..is it right? I mean this thing?” Imran membalas sambil menatap bebola
mata Irfan.
“In sha Allah,
let us pray for the blessing of Allah, yang penting ikhlaskan niat..” Dr.
Murshidah melegakan keresahan Imran.
Ya. Dia nekad
untuk menikahi Hani dengan jalan yang halal. Bukan dengan cara yang haram lagi
dilaknat Tuhan. Dia nekad untuk menebus kembali dosanya di zaman silam. Dia
juga berharap agar pertemuan pada malam ini dipermudahkan. Dalam diam-diam
Imran berterima kasih kepada Irfan yang bersusah-payah mengatur pertemuan ini
setelah mendengar luahan hatinya pada suatu malam lama dahulu.
“Assalamualaikum..”
kedengaran suara wanita memberi salam dari luar apartment berselang-seli dengan
bunyi loceng pintu yang ditekan.
“Waalaikumussalam..”
Irfan, Imran dan Dr. Murshidah menjawab serentak.
Dr. Murshidah membuka
pintu dan serentak dengan itu satu pelukan mesra diberikannya kepada menantu
kesayangannya, Aisyah.
“Kenapa lambat
sangat menantu ummi ni sampai?” Dr. Murshidah memimpin Aisyah dan Hani masuk
menuju ke ruang tamu.
“Aseef ummi,
taxi tak banyak malam-malam ni,” Aisyah menjawab sambil tersenyum.
Sementara itu
Hani berperang dengan perasaannya sendiri. Sejak dari petang tadi, Aisyah
berahsia dengannya. Dan kini segala persoalan yang bermain di mindanya sudah
terjawab. Melihat sosok tubuh yang sebolehnya tak mahu dilihatnya lagi di ruang
tamu apartment itu menyebabkan hati kecilnya memberontak. Jika bukan kerana
kehadiran Dr. Murshidah di situ, sudah lama dia meninggalkan apartment itu.
Menyedari
ketegangan yang mungkin akan berlaku, Dr. Murshidah pantas berusaha untuk
mengawal keadaan. Dia berharap agar pertemuan yang diatur pada malam itu dapat
berjalan dengan baik dan yang paling penting diredhai oleh Allah.
“Aisyah..Aisyah
buat air kat dapur ye sayang,”
Dr. Mursidah
bersedia untuk memulakan pertemuan itu. Imran kelihatan tenang di sebelah Irfan
namun hanya Tuhan sahaja yang tahu gelora yang melanda di hatinya pada waktu
itu. Pada masa yang sama, Hani juga berdebar-debar. Dia dapat merasakan
jari-jemarinya menggigil menahan kemarahan. Marah kerana berasa tertipu. Marah
kerana berasa dipermainkan.
Pada mulanya
pertemuan itu seakan-akan berlangsung dengan baik di bawah kelolaan Dr.
Murshidah. Namun suasana mula tegang apabila Imran mula meluahkan hasrat sebenar
hatinya. Dia sendiri tidak pasti entah dari mana datangnya kekuatan itu.
Imran menarik nafas
panjang..sedalam-dalamnya..
“Emm..sebenarnya..saya..saya….berniat
nak jadikan awak isteri yang sah..”
Dan serta merta
wajah Hani berubah. Bara amarah yang selama ini terpendam jauh ke dalam lubuk
hatinya kini menyala kembali. Hampir-hampir dia menangis di situ. Namun
dikuatkan kembali hatinya. Setidak-tidaknya untuk menjaga hati Dr. Murshidah.
“Maafkan saya.
Saya rasa saya tak boleh teruskan pertemuan ini. Saya balik dulu."
"Assalamualaikum!”
Hani membalas.
Ringkas tapi tegas.
“Hani…” Aisyah
cuba menahan sahabatnya itu. Namun Hani mempercepatkan langkahnya sehingga dia
benar-benar sudah keluar dari pintu apartment itu.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“Ulya..kan ummi
dah cakap jangan lari-lari kat rumah sayang..,”
Hani tersenyum
melihat telatah anaknya yang baru berusia 3 tahun itu. Manja dan lincah.
Kehadiran Ulya Humaira’ menambah sinar dalam hidupnya di samping suami
tersayang Imran.
“Abang..terima
kasih sebab tak pernah berputus asa..”
Dia tersenyum
lagi. Bahagia.
![]() |
| .. |
**TAMAT**






