Monday, 14 October 2013

DARI MELBOURNE KE MESIR ADA CINTA ANTARA KEDUANYA - EPISOD AKHIR

“Hani!! Saya ada surprise untuk awak!! Cuba teka!!” Aisyah bersuara kegirangan sambil memeluk leher Hani dari belakang.

“Hey!! Tercekik la saya nanti..” Hani memukul lembut lengan teman serumahnya itu. Aisyah tertawa.

Sudah hampir setahun Hani berada di bumi Anbiya’. Banyak perkara yang telah dipelajarinya di sini. Suka-duka dan pahit-manis semuanya dikongsi bersama sahabat-sahabat rapatnya di Mesir seperti Aisyah, Faizah dan teman-teman serumah yang lain.

“Haa..surprise apa awak nak tunjuk kat saya ni??” Hani menyoal manja.

“Tadaaa!!” Aisyah menunjukkan dua helai resit berwarna putih kepada Hani.

“Resit apa tu Aisyah..?” Hani kehairanan.

“Haa..ni la surprisenya. Saya dah beli dua keping tiket ke Australia untuk kita berdua!!” Aisyah menerangkan sambil tersenyum lebar.

“Emm…Aisyah…”

Hani kelihatan serba salah. Bukan dia tidak mahu menemani sahabatnya itu. Tapi…Australia? Sebolehnya dia tidak mahu berada berdekatan dengan seseorang yang sangat dibencinya. Benci? Perempuan mana yang tidak membenci setelah diperlakukan seperti itu? Hati kecilnya sedikit membara bila terkenang kembali peristiwa itu.

“Ala Hanii…pleaseee…” Aisyah cuba merayu. Dia berharap sangat Hani dapat mengikuti trip kali ini.

“Emm..nanti la ye saya fikir dulu..”

Hani memberikan jawapan selamat. Namun perasaan serba salah membelenggu hatinya.

“Okey, tapi awak jangan lupa tanya pada Dia dulu ye sebelum buat keputusan.”

Aisyah cuba menenangkan Hani. Dan dia juga mahu melakukan perkara yang sama. Meminta bantuan dari si Dia agar dilembutkan hati sahabatnya itu untuk mengikutinya ke Australia. Bukankah hati-hati manusia itu dipegang oleh Dia? Begitulah fikir Aisyah.

“Okey awak..awak..terima kasih ye sebab baaaaikk sangat dengan saya!” Hani membalas sambil tersenyum.

“Sama-sama awak. Mestilah! Kan saya saaayang awak kerana Allah,” balas Aisyah sambil memeluk Hani.

Hani dapat merasakan perasaan bahagia yang begitu mendalam di dalam hatinya. Dia bersyukur dipertemukan dengan insan sebaik dan semulia Aisyah di bumi anbiya’ ini. Perasaan bahagia ini sebenarnya sudahpun dirasai oleh Hani semenjak mereka bertemu buat kali pertama lagi. Terbayang di ingatannya bagaimana Aisyah dan sahabat-sahabat yang lain menerima kehadirannya dengan hati yang senang dang gembira. Dalam diam-diam, Hani menguatkan hatinya untuk menerima pelawaan Aisyah ke Australia sebagai tanda menghargai keihlasan Aisyah dalam persahabatan mereka.

……………………………………………………………………………………………………………………………

“So..kalau takde apa-apa lagi..rasanya sampai sini jela usrah kita”

“In sha Allah, jumpa lagi next week”

Irfan mengakhiri sesi usrah yang diadakan di rumahnya pada malam itu dengan doa rabithah. Ahli-ahli usrah yang lain khusyuk mengaminkan doa tersebut. Setelah itu mereka berpelukan sesama sendiri. Kehangatan ukhuwwah mula menyelaputi setiap inci dari tubuh badan para pencinta agama Allah itu. Buat seketika mereka tenggelam dalam dekapan ukhuwwah.

“Fan..thanks..thanks a lot..”

Imran memulakan bicara setelah semua ahli usrah mereka pulang ke rumah masing-masing.

“Thanks for what..?” Irfan menyoal. Sedikit kehairanan.  

“Thanks sebab dah banyak mengubah diri aku..,” Imran bersuara mendatar.

“Allah yang ubah kau Im, Dia yang sentuh hati kau..aku cuma perantara je..”

Irfan menjawab sambil tersenyum. Jawapan template. Namun tak dapat dinafikan kebenarannya. Sememangnya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Manusia hanya mampu berusaha. Begitu juga dengan Irfan. Dia hanya berusaha.

“Fan..aku masih lagi terganggu dengan kisah hitam aku tu..aku rasa bersalah..” suara Imran kedengaran sayu.

Irfan menghela nafas panjang tatkala mendengar luahan hati teman serumahnya itu. Dia mendiamkan diri sambil memikirkan jawapan yang paling sesuai untuk diberitahu kepada Imran.

Akhirnya dia bersuara..

“Im…aku janji aku akan tolong kau..aku janji!”

…………..................................................................................................................................................................

3 bulan kemudian..

Sudah dua hari Hani dan Aisyah berada di bumi kanggaru atau lebih tepat lagi di Melbourne, Australia. Mereka tinggal bersama-sama dengan ibu mertua Aisyah, Dr. Murshidah yang turut sekali ke percutian itu di sebuah hotel yang telah disewa oleh Dr. Murshidah sendiri. Mereka turut tidak melepaskan kesempatan untuk beramah mesra serta menjalinkan ukhuwwah dengan pelajar-pelajar muslimah di Australia.  

“Awak..macam mana so far? Rasa seronok tak?”

Aisyah bertanya lembut kepada Hani pada suatu petang ketika mereka sedang bersiar-siar di tepian Sungai Yarra.

“Alhamdulillah! Kalau bukan kerana awak, tak sampai saya ke sini. Syukran Aisyah!” balas Hani dengan wajah yang berseri-seri.

“Allah yang gerakkan hati saya untuk ajak awak temankan saya ke sini, dan Allah juga yang gerakkan hati awak untuk setuju ikut saya ke sini. Mesti ada hikmah kenapa Allah aturkan semua ni” terang Aisyah sambil menggenggam erat telapak tangan Hani.

“Dan tugas kita sebagai hamba-Nya untuk mengutip hikmah itu kan?” sambung Hani sambil tersenyum manja.

“Wah! Pandainya dia!” Aisyah turut tersenyum. Bahagia.

“Mestilah! Dah awak yang selalu ulang ayat tu dalam usrah,” balas Hani lagi. Manja.

Cuaca petang itu sungguh indah. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Kelihatan rakyat tempatan dan juga pelancong asing yang turut bersiar-siar di tebing Sungai Yarra. 

Sememangnya di situ terdapat pemandangan cantik yang boleh menyejukkan mata bagi setiap yang memandang. Indah. Nikmat kurniaan Tuhan.

“Hani..malam ni awak ikut saya ye?” Aisyah mengenyitkan matanya. Hani saspen.

“Pergi mana..?”

……………………………………………………………………………………………………………………………………

“Im..are you ready?”

Irfan duduk di atas sofa bersebelahan dengan Imran sambil memicit lembut bahu sahabatnya itu. Kelihatan ibu Irfan, Dr. Murshidah turut berada di apartment sederhana besar itu. Apartment itu dimiliki oleh sahabat baik Dr. Murshidah di Australia.

“Nervous..I’m afraid..is it right? I mean this thing?” Imran membalas sambil menatap bebola mata Irfan.

“In sha Allah, let us pray for the blessing of Allah, yang penting ikhlaskan niat..” Dr. Murshidah melegakan keresahan Imran.

Ya. Dia nekad untuk menikahi Hani dengan jalan yang halal. Bukan dengan cara yang haram lagi dilaknat Tuhan. Dia nekad untuk menebus kembali dosanya di zaman silam. Dia juga berharap agar pertemuan pada malam ini dipermudahkan. Dalam diam-diam Imran berterima kasih kepada Irfan yang bersusah-payah mengatur pertemuan ini setelah mendengar luahan hatinya pada suatu malam lama dahulu.

“Assalamualaikum..” kedengaran suara wanita memberi salam dari luar apartment berselang-seli dengan bunyi loceng pintu yang ditekan.

“Waalaikumussalam..” Irfan, Imran dan Dr. Murshidah menjawab serentak.

Dr. Murshidah membuka pintu dan serentak dengan itu satu pelukan mesra diberikannya kepada menantu kesayangannya, Aisyah.

“Kenapa lambat sangat menantu ummi ni sampai?” Dr. Murshidah memimpin Aisyah dan Hani masuk menuju ke ruang tamu.

“Aseef ummi, taxi tak banyak malam-malam ni,” Aisyah menjawab sambil tersenyum.

Sementara itu Hani berperang dengan perasaannya sendiri. Sejak dari petang tadi, Aisyah berahsia dengannya. Dan kini segala persoalan yang bermain di mindanya sudah terjawab. Melihat sosok tubuh yang sebolehnya tak mahu dilihatnya lagi di ruang tamu apartment itu menyebabkan hati kecilnya memberontak. Jika bukan kerana kehadiran Dr. Murshidah di situ, sudah lama dia meninggalkan apartment itu.

Menyedari ketegangan yang mungkin akan berlaku, Dr. Murshidah pantas berusaha untuk mengawal keadaan. Dia berharap agar pertemuan yang diatur pada malam itu dapat berjalan dengan baik dan yang paling penting diredhai oleh Allah.

“Aisyah..Aisyah buat air kat dapur ye sayang,”

Dr. Mursidah bersedia untuk memulakan pertemuan itu. Imran kelihatan tenang di sebelah Irfan namun hanya Tuhan sahaja yang tahu gelora yang melanda di hatinya pada waktu itu. Pada masa yang sama, Hani juga berdebar-debar. Dia dapat merasakan jari-jemarinya menggigil menahan kemarahan. Marah kerana berasa tertipu. Marah kerana berasa dipermainkan.

Pada mulanya pertemuan itu seakan-akan berlangsung dengan baik di bawah kelolaan Dr. Murshidah. Namun suasana mula tegang apabila Imran mula meluahkan hasrat sebenar hatinya. Dia sendiri tidak pasti entah dari mana datangnya kekuatan itu.

Imran menarik nafas panjang..sedalam-dalamnya..

“Emm..sebenarnya..saya..saya….berniat nak jadikan awak isteri yang sah..”

Dan serta merta wajah Hani berubah. Bara amarah yang selama ini terpendam jauh ke dalam lubuk hatinya kini menyala kembali. Hampir-hampir dia menangis di situ. Namun dikuatkan kembali hatinya. Setidak-tidaknya untuk menjaga hati Dr. Murshidah.

“Maafkan saya. Saya rasa saya tak boleh teruskan pertemuan ini. Saya balik dulu."  

"Assalamualaikum!”

Hani membalas. Ringkas tapi tegas.

“Hani…” Aisyah cuba menahan sahabatnya itu. Namun Hani mempercepatkan langkahnya sehingga dia benar-benar sudah keluar dari pintu apartment itu.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

“Ulya..kan ummi dah cakap jangan lari-lari kat rumah sayang..,”

Hani tersenyum melihat telatah anaknya yang baru berusia 3 tahun itu. Manja dan lincah. Kehadiran Ulya Humaira’ menambah sinar dalam hidupnya di samping suami tersayang Imran.

“Abang..terima kasih sebab tak pernah berputus asa..”

Dia tersenyum lagi. Bahagia.

..
 **TAMAT**

8 comments:

  1. Nice ending. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,,dapat mesejnya :)

    ReplyDelete
  3. Wah! Dah ada satu complete cerpen. Next time boleh karang sebuah lagi ye dak? ^^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... tumpang singgah sini sat..ternampak post ni, so, singgah baca sat.. ..nice.. but, kalau panjangkan sikit explaination, lagi best... good job.. teruskan berkarya.. =)

    ReplyDelete
  5. ALLAH.knpa dia rogol org :'(

    ReplyDelete
  6. walaupun happy ending, but tk blh trima la yg pat kena rgl sbb 2 prkara yg sgt trktuk

    ReplyDelete