Irfan memandu
kereta Inspira R3 miliknya. Sesekali kereta itu meluncur laju memotong
kereta-kereta dihadapan. Ummi dan ayahnya beserta dengan kedua-dua mertuanya
turut serta dalam perjalanan itu namun mereka memandu kereta yang berbeza.
Sengaja ingin memberi peluang kepada Irfan untuk berdua-duaan bersama isteri
yang baru dinikahinya itu sebelum Irfan berlepas pulang ke Australia pada malam
itu juga.
Suasana dalam
kereta Inspira R3 itu sungguh ceria. Perjalanan malam itu dihiasi dengan gelak
dan tawa mereka berdua. Sesekali Aisyah menghulurkan cubitan manja ke pinggang
suaminya jika dirasakan gurauan Irfan terlalu nakal.
“Yang..agak-agak
kan, kita nak berapa orang anak?”
“Erm..nak
seratus bulih? hiks”
“Eeeii..main-main
pulak dia ni, ingat orang ni ibu kucheng ke?”
Serentak dengan
itu, satu cubitan singgah di paha kiri Irfan.
“Auww..sakitlah..ish,
awak ni, suka sangat mencubit, habislah anak kita nanti, hehe”
“Anak-anak okay”
“Ops..hee”
“Huhu..”
Ceria. Bahagia.
Gembira. Tidak tergambar perasaan mereka ketika itu. Dan kereta Inspira R3
terus meluncur melangkah masuk ke perkarangan masuk Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur diikuti dengan Honda CR-V dan Proton Perdana berwarna
hitam.
Mereka
sekeluarga berkumpul di ruang legar KLIA untuk menikmati momen-momen
bahagia sebelum Irfan masuk ke balai
pelepasan. Aisyah yang merupakan pelajar perubatan di Mesir akan pulang sedikit
lewat iaitu dua minggu setelah kepulangan Irfan.
“Menantu ummi
tak sedih ke suami nak pergi ni,” Dr Murshidah menggenggam tangan Aisyah.
Senyuman nipis terpancar dari raut wajahnya.
“Ish ummi ni, my
wife is a masculine woman okay, betul tak sayang?,” Irfan mengenyitkan mata ke
arah isterinya. Sedikit manja.
Perbualan terus
berjalan dengan rancak sehingga tibanya saat untuk Irfan bergerak ke balai
pelepasan. Setelah berpeluk-pelukan dan bersalam-salaman bersama-sama ahli
keluarga tersayang, Irfan menarik tangan isterinya ke satu sudut yang agak jauh
dari kedudukan ahli keluarga yang lain.
“B..betul ni tak
sedih?” Bahu Aisyah dipegang. Anak mata mereka bertemu.
“Kenapa nak
sedih yang..kan awak pergi menuntut ilmu,” Aisyah tersenyum. Wajah suaminya
ditatap penuh kasih dan sayang.
“That’s my baby,”
Irfan mencuit hidung isterinya.
Pipi Aisyah
kemerah-merahan. Malu. Terasa seperti semua mata memandang ke arah mereka
ketika itu.
“B..this is for
you..”
Irfan
menghulurkan sebuah buku setebal satu inchi bertajuk “Buat Zaujati” karya Encik Musab kepada
Aisyah. Aisyah menerimanya dengan senang hati. Dia menatap muka depan buku itu
yang indah berlatarbelakangkan gambar
bahagian belakang seorang muslimah bertudung labuh berwarna merah yang sedang
memandang ke arah laut.
“Janji ye
habiskan buku ni before B balik ke Mesir,” Irfan berpesan sebelum melangkah
pergi untuk ke balai pelepasan.
………………………………………………………………………………………………………………………………
Imran tekun menghadap
ke arah computer sambil menaip sesuatu. Dia bertekad untuk menghabiskan
assignmentnya petang itu juga. Kali ini dia tidak mahu menangguhkannya sehingga
ke hujung minggu. Syaukat terlebih dahulu telah mengajaknya untuk pergi ke
sebuah program yang akan diadakan di Canberra pada hujung minggu itu. Kata
Syaukat program itu berkenaan dengan sejarah, ISK nama glamornya. Sebenarnya
ketika mula-mula tiba di Australia, Irfan selalu mengajaknya untuk pergi ke
program atau seminar yang dianjurkan pada setiap minggu, namun dia sering
menolaknya dengan alasan mahu menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.
Namun tatkala melihat result peperiksaan Irfan yang sering cemerlang pada
setiap semester walaupun sibuk menyertai pelbagai program, hatinya terdetik
untuk terlibat sekali.
“Im..aku dah
siap masak, jom makan,” Muaz menjengah ke dalam bilik Imran.
“Az, kau makan
dulu eh, aku nak siapkan benda ni, ada sikit lagi,” balas Imran sambil
memandang ke arah Muaz.
“Okeh, tapi
kalau dah habis makanan tu aku kerjakan, jangan menyesal, hehe”
Jawapan Muaz itu
diiringi hilai tawa. Imran turut tertawa. Geli hati melihat telatah sahabatnya
yang sememangnya lucu itu.
Malam itu Imran
dan Irfan bersiar-siar di Flagstaff Garden yang terletak berdekatan dengan
pusat Bandar di Kota Melbourne. Hanya mereka berdua. Menikmati suasana tenang
dan udara segar yang terdapat di situ sememangnya mampu memberi kelegaan kepada
sesiapa sahaja yang bertandang ke situ.
“Fan, mesti best
kan dah jadi suami orang?,” Imran memulakan bicara. Ketika itu mereka sudahpun
duduk di atas sebuah kerusi panjang yang disediakan di situ.
“Haha..pelik je
cara kau tanya ni Im, kenapa? Teringin nak jadi suami orang ke?,” Irfan
membalas. Penuh bersahaja.
“Aku tak layak
jadi suami sesiapa pun Fan”
Sedikit terkesima
Irfan tatkala mendengar jawapan Imran. Kedengaran agak serius. Namun Irfan
menghalau sejauh-jauhnya fikiran-fikiran negatif yang singgah di kepalanya.
Suasana sunyi seketika. Masing-masing tenggelam dalam dunia sendiri.
“Eh, kau pergi
kan program ISK minggu ni?,” Irfan cuba mengubah mood.
“InsyaAllah
pergi, lagipun aku dah siapkan assignment petang tadi, sebenarnya tu program
apa Fan?,” Imran bertanya. Ingin tahu.
“Ada lah..tak
surprise lah bagitahu awal-awal. Tapi yang pasti, best!,” Irfan menjawab. Penuh
yakin.
“Eleh, Syaukat
cakap pasal sejarah, sejarah apa? Sejarah Malaysia?,”
Kata-kata Imran
membuatkan Irfan sedikit tergelak.
“Apa lah kau ni
Im, kalau sejarah Malaysia, tak payah buat program kot, sejarah agama kita,”
balas Irfan. Ringkas.
Jawapan Irfan
membuatkan suasana kembali sunyi. Imran menghantar pandangan jauh ke hadapan.
Menerobos pepohon hijau yang terdapat di Flagstaff Garden itu. Seakan-akan ada
sesuatu yang difkirkannya.
“Hmm, entah
Tuhan ampunkan dosa aku ke tak,” Imran kembali bersuara.
Irfan yang
ketika itu sedang menatap sesuatu di skrin Samsung Galaxy Note 3 miliknya sedikit
tersentak mendengar kata-kata Imran itu. Namun dia cuba berlagak tenang.
“Im..Allah itu
Maha Pengampun, Dia akan ampunkan semua dosa kita, asalkan kita ikhlas
bertaubat pada Dia,” Irfan membalas lembut. Tangan kanannya diletakkan diatas
paha kiri Imran.
“Tapi Fan…”
“Tapi apa Im?
Tak baik Im kita meragui rahmat dan kasih sayang Allah,” Irfan memintas
kata-kata Imran.
“Tapi aku pernah
rogol orang Fan!”
Imran bersuara
sedikir emosi. Dan Irfan terus terkesima.
![]() |
-[Part VI] –
Bersambung

Muntah hijau baca dialog Aisyah dan Irfan, kih kih kih
ReplyDeleteimran tu sbnrya baik ke jht
ReplyDeleteinche engineering...cpat smbg....den buat buku...jual....
ReplyDeletenak naik tangga BM bukan senangggg, IM kena mantapp sgt2 dlu. kalau IM sendiri pn ada compang camping, nk berangan naik tangga pun rasa malu. ni yg jadi kat ana la. just sharing.
ReplyDeleteAku : -__-
ReplyDeleteEnonimus pertama : Tunggu...hehe
Enonimus kedua : In Sha Allah, saya tunggu buku anda dulu, :D
Enonimus ketiga : Komentar terbaik minggu ini (Y)
inche .. nak sambungan crt ni..
ReplyDelete