Tuesday, 15 October 2013

ISTIMEWA AIDILADHA : TADABBUR

Sambutan Hari Raya Eidul Adha seringkali dikaitkan dengan semangat pengorbanan. Saya kira kefahaman ini bukan sahaja diimani oleh masyarakat Islam di Malaysia yang masih aman ini bahkan masyarakat Islam seluruh dunia. Malahan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anaknya Ismail A.S diceritakan di mana-mana sepertu di forum-forum telebisyen, konti-konti radio, kedai-kedai kopi dan pejabat-pejabat kerajaan.

Saya masih ingat lagi dulu di waktu sekolah rendah, tiap kali menjelang sambutan Eidul Adha, kisah ini lah yang selalu didendangkan oleh ustazah saya. Ya benar. Kisah yang memberi seribu lima pengajaran. Takde siapa yang boleh menafikan.

Kali ini saya juga ingin menceritakan kisah yang sama. Kisah antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Cuma mungkin huraiannya dilihat dari perspektif yang berbeza. Berbeza camne tu?

Kalau dah namanya tadabbur, agak kurang berseri la kalau tiada ayat Al-Quran. For this time, ayat yang mencuri perhatian pancaindera saya ialah ayat 102 surah As Saffat. Eh..sila sila lah amek Al-Quran anda cepat.

Ok. In case kalau malas, saya tulis ayatnya di sini. Heh -_-

Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata,

Wahai anakku!

Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu.

Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu?

Dia (Ismail) menjawab : Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. In sha Allah, engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.

As Saffat, 102

So basically ini ialah dialog antara Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S seperti yang dipaparkan dalam Al-Quran. Apa yang menariknya di sini?

Cuba lihat, dalam ayat di atas, Ibrahim A.S bertanya pendapat anaknya Ismail A.S tentang mimpi yang dialaminya. Agak menarik kerana seperti apa yang kita ketahui mimpi seorang nabi itu adalah mimpi yang benar. Maka at the first stage, Ibrahim A.S boleh je melaksanakan seperti mana yang dilihatnya dalam mimpi tanpa perlu bertanya pendapat Ismail A.S.

Perintah Allah kot! Takkan nak nego-nego lagi. Kan?

Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu?

Di sini lah kisah agung dua orang nabi ini mengajar kita erti persepakatan. Lihatlah bagaimana Ibrahim A.S dan anaknya mengajar kita apa itu SYURA. Jika pada perkara jelas seperti ini pun, Ibrahim A.S meng”syura”kannya bersama anaknya, apatah lagi pada perkara-perkara yang kurang jelas hujung pangkalnya.

Dari perspektif para du’at pula, syura (mesyuarat) ini tersangatlah penting kerana kebanyakan dari gerak kerja dan tindak tanduk kita adalah hasil dari ijtihad diri sendiri. Contohnya nak bawak hadek-hadek yang telah ditajmik berjalan-jalan ke mana, nak bagi pengisian apa dalam usrah, nak pilih siapa jadi penyampai dalam program-program yang diatur. Kesemuanya ini memerlukan kepada syura.

Begitu juga dengan urusan-urusan yang melibatkan diri sendiri seperti perkahwinan contohnya. Nak pinang akhawat mana pun perlu disyura bersama ikhwah dan murabbi. Sesuai ke tidak akhawat itu dengan kita, satu level ke tidak, satu fikrah ke tidak dan yang paling penting adakah perkahwinan itu memberi manfaat kepada dakwah.

Bagi para du'at yang masih belajar, sepatutnya nak pilih universiti mana pun perlu di"syura"kan. Bukan main pilih je ikut minat zaman sekolah rendah. Kena lihat adakah bi'ah di universiti itu baik untuk kita? Bagaimana pula dengan takungan mad'u. Ramai ke tidak? Boleh ke kita beramal di universiti itu. Heh, cakap pasal pilih universiti ni, saya headshot diri sendiri sebenarnya T.T 

Akhi, kambing mana nak sembelih ni?
Jom syura sheikh!!

Tapi nampak tak kepentingan syura? 

Everything goes back to SYURA.

Kerana pada majlis syura itu ada keberkatan.

Kerana pada majlis syura ada rahmat Allah.

Rasulullah S.A.W bersabda,

Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendaklah bermesyuarat, nescaya Allah memberikan taufiq bagi memperelokkan urusan mereka (HR : At Tabrani)

Maka wahai para du’at, mantapkan majlis syura anda!!!

Monday, 14 October 2013

DARI MELBOURNE KE MESIR ADA CINTA ANTARA KEDUANYA - EPISOD AKHIR

“Hani!! Saya ada surprise untuk awak!! Cuba teka!!” Aisyah bersuara kegirangan sambil memeluk leher Hani dari belakang.

“Hey!! Tercekik la saya nanti..” Hani memukul lembut lengan teman serumahnya itu. Aisyah tertawa.

Sudah hampir setahun Hani berada di bumi Anbiya’. Banyak perkara yang telah dipelajarinya di sini. Suka-duka dan pahit-manis semuanya dikongsi bersama sahabat-sahabat rapatnya di Mesir seperti Aisyah, Faizah dan teman-teman serumah yang lain.

“Haa..surprise apa awak nak tunjuk kat saya ni??” Hani menyoal manja.

“Tadaaa!!” Aisyah menunjukkan dua helai resit berwarna putih kepada Hani.

“Resit apa tu Aisyah..?” Hani kehairanan.

“Haa..ni la surprisenya. Saya dah beli dua keping tiket ke Australia untuk kita berdua!!” Aisyah menerangkan sambil tersenyum lebar.

“Emm…Aisyah…”

Hani kelihatan serba salah. Bukan dia tidak mahu menemani sahabatnya itu. Tapi…Australia? Sebolehnya dia tidak mahu berada berdekatan dengan seseorang yang sangat dibencinya. Benci? Perempuan mana yang tidak membenci setelah diperlakukan seperti itu? Hati kecilnya sedikit membara bila terkenang kembali peristiwa itu.

“Ala Hanii…pleaseee…” Aisyah cuba merayu. Dia berharap sangat Hani dapat mengikuti trip kali ini.

“Emm..nanti la ye saya fikir dulu..”

Hani memberikan jawapan selamat. Namun perasaan serba salah membelenggu hatinya.

“Okey, tapi awak jangan lupa tanya pada Dia dulu ye sebelum buat keputusan.”

Aisyah cuba menenangkan Hani. Dan dia juga mahu melakukan perkara yang sama. Meminta bantuan dari si Dia agar dilembutkan hati sahabatnya itu untuk mengikutinya ke Australia. Bukankah hati-hati manusia itu dipegang oleh Dia? Begitulah fikir Aisyah.

“Okey awak..awak..terima kasih ye sebab baaaaikk sangat dengan saya!” Hani membalas sambil tersenyum.

“Sama-sama awak. Mestilah! Kan saya saaayang awak kerana Allah,” balas Aisyah sambil memeluk Hani.

Hani dapat merasakan perasaan bahagia yang begitu mendalam di dalam hatinya. Dia bersyukur dipertemukan dengan insan sebaik dan semulia Aisyah di bumi anbiya’ ini. Perasaan bahagia ini sebenarnya sudahpun dirasai oleh Hani semenjak mereka bertemu buat kali pertama lagi. Terbayang di ingatannya bagaimana Aisyah dan sahabat-sahabat yang lain menerima kehadirannya dengan hati yang senang dang gembira. Dalam diam-diam, Hani menguatkan hatinya untuk menerima pelawaan Aisyah ke Australia sebagai tanda menghargai keihlasan Aisyah dalam persahabatan mereka.

……………………………………………………………………………………………………………………………

“So..kalau takde apa-apa lagi..rasanya sampai sini jela usrah kita”

“In sha Allah, jumpa lagi next week”

Irfan mengakhiri sesi usrah yang diadakan di rumahnya pada malam itu dengan doa rabithah. Ahli-ahli usrah yang lain khusyuk mengaminkan doa tersebut. Setelah itu mereka berpelukan sesama sendiri. Kehangatan ukhuwwah mula menyelaputi setiap inci dari tubuh badan para pencinta agama Allah itu. Buat seketika mereka tenggelam dalam dekapan ukhuwwah.

“Fan..thanks..thanks a lot..”

Imran memulakan bicara setelah semua ahli usrah mereka pulang ke rumah masing-masing.

“Thanks for what..?” Irfan menyoal. Sedikit kehairanan.  

“Thanks sebab dah banyak mengubah diri aku..,” Imran bersuara mendatar.

“Allah yang ubah kau Im, Dia yang sentuh hati kau..aku cuma perantara je..”

Irfan menjawab sambil tersenyum. Jawapan template. Namun tak dapat dinafikan kebenarannya. Sememangnya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Manusia hanya mampu berusaha. Begitu juga dengan Irfan. Dia hanya berusaha.

“Fan..aku masih lagi terganggu dengan kisah hitam aku tu..aku rasa bersalah..” suara Imran kedengaran sayu.

Irfan menghela nafas panjang tatkala mendengar luahan hati teman serumahnya itu. Dia mendiamkan diri sambil memikirkan jawapan yang paling sesuai untuk diberitahu kepada Imran.

Akhirnya dia bersuara..

“Im…aku janji aku akan tolong kau..aku janji!”

…………..................................................................................................................................................................

3 bulan kemudian..

Sudah dua hari Hani dan Aisyah berada di bumi kanggaru atau lebih tepat lagi di Melbourne, Australia. Mereka tinggal bersama-sama dengan ibu mertua Aisyah, Dr. Murshidah yang turut sekali ke percutian itu di sebuah hotel yang telah disewa oleh Dr. Murshidah sendiri. Mereka turut tidak melepaskan kesempatan untuk beramah mesra serta menjalinkan ukhuwwah dengan pelajar-pelajar muslimah di Australia.  

“Awak..macam mana so far? Rasa seronok tak?”

Aisyah bertanya lembut kepada Hani pada suatu petang ketika mereka sedang bersiar-siar di tepian Sungai Yarra.

“Alhamdulillah! Kalau bukan kerana awak, tak sampai saya ke sini. Syukran Aisyah!” balas Hani dengan wajah yang berseri-seri.

“Allah yang gerakkan hati saya untuk ajak awak temankan saya ke sini, dan Allah juga yang gerakkan hati awak untuk setuju ikut saya ke sini. Mesti ada hikmah kenapa Allah aturkan semua ni” terang Aisyah sambil menggenggam erat telapak tangan Hani.

“Dan tugas kita sebagai hamba-Nya untuk mengutip hikmah itu kan?” sambung Hani sambil tersenyum manja.

“Wah! Pandainya dia!” Aisyah turut tersenyum. Bahagia.

“Mestilah! Dah awak yang selalu ulang ayat tu dalam usrah,” balas Hani lagi. Manja.

Cuaca petang itu sungguh indah. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Kelihatan rakyat tempatan dan juga pelancong asing yang turut bersiar-siar di tebing Sungai Yarra. 

Sememangnya di situ terdapat pemandangan cantik yang boleh menyejukkan mata bagi setiap yang memandang. Indah. Nikmat kurniaan Tuhan.

“Hani..malam ni awak ikut saya ye?” Aisyah mengenyitkan matanya. Hani saspen.

“Pergi mana..?”

……………………………………………………………………………………………………………………………………

“Im..are you ready?”

Irfan duduk di atas sofa bersebelahan dengan Imran sambil memicit lembut bahu sahabatnya itu. Kelihatan ibu Irfan, Dr. Murshidah turut berada di apartment sederhana besar itu. Apartment itu dimiliki oleh sahabat baik Dr. Murshidah di Australia.

“Nervous..I’m afraid..is it right? I mean this thing?” Imran membalas sambil menatap bebola mata Irfan.

“In sha Allah, let us pray for the blessing of Allah, yang penting ikhlaskan niat..” Dr. Murshidah melegakan keresahan Imran.

Ya. Dia nekad untuk menikahi Hani dengan jalan yang halal. Bukan dengan cara yang haram lagi dilaknat Tuhan. Dia nekad untuk menebus kembali dosanya di zaman silam. Dia juga berharap agar pertemuan pada malam ini dipermudahkan. Dalam diam-diam Imran berterima kasih kepada Irfan yang bersusah-payah mengatur pertemuan ini setelah mendengar luahan hatinya pada suatu malam lama dahulu.

“Assalamualaikum..” kedengaran suara wanita memberi salam dari luar apartment berselang-seli dengan bunyi loceng pintu yang ditekan.

“Waalaikumussalam..” Irfan, Imran dan Dr. Murshidah menjawab serentak.

Dr. Murshidah membuka pintu dan serentak dengan itu satu pelukan mesra diberikannya kepada menantu kesayangannya, Aisyah.

“Kenapa lambat sangat menantu ummi ni sampai?” Dr. Murshidah memimpin Aisyah dan Hani masuk menuju ke ruang tamu.

“Aseef ummi, taxi tak banyak malam-malam ni,” Aisyah menjawab sambil tersenyum.

Sementara itu Hani berperang dengan perasaannya sendiri. Sejak dari petang tadi, Aisyah berahsia dengannya. Dan kini segala persoalan yang bermain di mindanya sudah terjawab. Melihat sosok tubuh yang sebolehnya tak mahu dilihatnya lagi di ruang tamu apartment itu menyebabkan hati kecilnya memberontak. Jika bukan kerana kehadiran Dr. Murshidah di situ, sudah lama dia meninggalkan apartment itu.

Menyedari ketegangan yang mungkin akan berlaku, Dr. Murshidah pantas berusaha untuk mengawal keadaan. Dia berharap agar pertemuan yang diatur pada malam itu dapat berjalan dengan baik dan yang paling penting diredhai oleh Allah.

“Aisyah..Aisyah buat air kat dapur ye sayang,”

Dr. Mursidah bersedia untuk memulakan pertemuan itu. Imran kelihatan tenang di sebelah Irfan namun hanya Tuhan sahaja yang tahu gelora yang melanda di hatinya pada waktu itu. Pada masa yang sama, Hani juga berdebar-debar. Dia dapat merasakan jari-jemarinya menggigil menahan kemarahan. Marah kerana berasa tertipu. Marah kerana berasa dipermainkan.

Pada mulanya pertemuan itu seakan-akan berlangsung dengan baik di bawah kelolaan Dr. Murshidah. Namun suasana mula tegang apabila Imran mula meluahkan hasrat sebenar hatinya. Dia sendiri tidak pasti entah dari mana datangnya kekuatan itu.

Imran menarik nafas panjang..sedalam-dalamnya..

“Emm..sebenarnya..saya..saya….berniat nak jadikan awak isteri yang sah..”

Dan serta merta wajah Hani berubah. Bara amarah yang selama ini terpendam jauh ke dalam lubuk hatinya kini menyala kembali. Hampir-hampir dia menangis di situ. Namun dikuatkan kembali hatinya. Setidak-tidaknya untuk menjaga hati Dr. Murshidah.

“Maafkan saya. Saya rasa saya tak boleh teruskan pertemuan ini. Saya balik dulu."  

"Assalamualaikum!”

Hani membalas. Ringkas tapi tegas.

“Hani…” Aisyah cuba menahan sahabatnya itu. Namun Hani mempercepatkan langkahnya sehingga dia benar-benar sudah keluar dari pintu apartment itu.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………..

“Ulya..kan ummi dah cakap jangan lari-lari kat rumah sayang..,”

Hani tersenyum melihat telatah anaknya yang baru berusia 3 tahun itu. Manja dan lincah. Kehadiran Ulya Humaira’ menambah sinar dalam hidupnya di samping suami tersayang Imran.

“Abang..terima kasih sebab tak pernah berputus asa..”

Dia tersenyum lagi. Bahagia.

..
 **TAMAT**

Friday, 11 October 2013

SEBENING PERSAHABATAN AL-KAHFI

Aku cemburu dengan pemuda kahfi..

Jika sesetengah orang mengimpikan persahabatan umpama Muhammad dan Abu Bakar, Musa dan Harun ataupun Salman Al-Farisi dan Abu Darda’, lain pula dengan diriku.

Aku merindukan persahabatan seperti persahabatan pemuda kahfi. Terlalu merindukan. Kerana itu aku cemburu dengan mereka.

Berkumpulan, bergerombolan meriah mencari redha Tuhan.

Courtesy of Madmie China
Pemuda kahfi bukan sekadar sekumpulan sahabat, bahkan mereka sekumpulan sahabat yang beriman. Malah, keimanan mereka diiktiraf Tuhan. Begitu besar perbezaannya. Dari segi ruh mahupun pengertian.

“Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka.” 
(Al Kahfi, 10)

Tidak cukup dengan itu, Allah tambahkan kurniaan buat sekumpulan sahabat ini dengan petunjuk. Nikmat apakah yang lebih besar dari mendapat petunjuk daripada Tuhan?

“…dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka” 
(Al kahfi, 10)

Sungguh beruntung pemuda kahfi. Mereka diselamatkan Tuhan dari rencamnya fitnah tatkala melihat manusia semakin tidak tentu arah. Diselimuti dengan rahmat Tuhan dalam lena yang panjang menjangkau tiga ratus tahun lamanya.

Ingin sekali aku seperti mereka. Mengasingkan diri dari dunia yang penuh mehnah dan fitnah. Namun aku terlupa bahawa perintah Tuhan untuk kami berbeza.

Mereka diperintahkan untuk bersembunyi di dalam gua.

“..maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu..” 
(Al Kahfi, 16)

Dan mereka dirahmati kerana mematuhi perintah itu.

“..nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepadamu..” 
(Al Kahfi, 16)

Sedangkan perintah untuk diriku jelas terpateri dalam surah Az-Zariyat ayat ke lima puluh lima.

“Dan TETAPLAH memberi peringatan..” 
(Az Zariyat, 55)

Jika aku mahukan diriku dirahmati sebagaimana para pemuda kahfi itu, perintah itu harus bahkan wajib untuk aku ikuti dan patuhi. Begitulah sifirnya.

Kerana aku umat Muhammad. Di hadapanku tiada lagi Rasul untuk tersyariatnya sebuah uzlah.

Begitulah sebening persahabatan mengajar kita mentaati perintah Tuhan demi menggapai rahmat-Nya. Dan sudah tentu untuk meraih syurga-Nya.

Duhai sekumpulan sahabat, tunggu aku di syurga. Aku ingin menyertai kalian.   

Thursday, 10 October 2013

REALITY AND INSPIRATION

Al-Jihad sabiluna..!
The reality is..

When we listen about the heroes of Islam, they should be a source of inspiration for me and you.

Me and you! They would motivate us!

Because we are living in times of Fitnah. In times of Fitnah, you need people of motivation.

When Ali R.A gave his first khutbah, what did he say?

It was an amazing time because it was a time of great fitnah and difficulty. After the demise of Prophet Muhammad S.A.W, no other difficulty was greater than the assassination of Uthman R.A. Ali R.A was appointed as the caliph and what did he do?

What did he say in his first khutbah?

“Oh believers! You are in need of a man of actions and not of a person who just talks!”

Why?

Because if revolutions and changes came through talking, me and you would have a revolution every hour because we are very good at talking.

But the help of Allah does not come through talking. It comes through the action of individuals.

If you want the help of Allah to descend, you have to do actions!

If you want the mercy of Allah to descend, you have to translate your talking into actions!

How often do you hear Muslims complaining?

“Oh! Why isn’t the help of Allah descending?”

How often do you hear them grumbling?

“Oh! Where is the help of Allah?”

But how many actions that we have done?

Has this ummah prioritized their prayers?

Has this ummah strived with all of their strength to fight against jahiliah?

Has this ummah performed their qiamullail every night?

Has this ummah performed their dawn prayer in its time?

Has this ummah made the prophets as their role model in life?

Worse, we have this “warped” perception that somehow Allah is obliged to help us. Somehow (na’uzubillah), as though we are Allah and Allah is our slave.

Please understand! We are the slaves! Allah is the Lord! Allah is the God!

We have to fulfill the conditions and then the help of Allah descends. That is when the help of Allah descends. Not when you do nothing and you go on lackadaisically in your lives. Dunya (world) is your “maqsad”. You don’t learn anything about your religion and somehow Allah is obliged to help you?

Remember this!

Allah is the Lord! Allah is Khaliq (The Creator)! Allah is Malik (The King)!

Monday, 7 October 2013

MEMORANDUM UNTUK SEMUA PELAJAR UNIVERSITI / KOLEJ / IPTA / IPTS

Tajuk macam serius. Macam je la. In sha Allah, saya akan mencuba dengan sedaya upaya untuk memastikan apa yang bakal saya bebelkan di bawah ini tidak membosankan apatah lagi menyebabkan anda yang membaca kekejangan otot. Saya cuba..

Let’s start!

Hari demi hari kita dapat melihat dunia mengalami perubahan. Daripada sekecil-kecil perubahan kepada sebesar-besar perubahan. Contohnya telefon. Jika dahulu, telefon yang ada jika dibaling ke arah anjing, in sha Allah, anjing tu meninggal dunia. Sekarang? Macam-macam fesyen telefon dah ada. See how world is evolutionizing?

Impressive!
Straight to the point…begitu juga dengan Islam.

Agama Islam yang telah disebarkan dengan keringat Rasulullah dan para sahabat juga mengalami perubahan. Perubahan yang saya maksudkan di sini bukanlah perubahan dari segi ruh atau intipati Islam. Tetapi perubahan dari segi bagaimana umat Islam memandang Islam itu sendiri. Perubahan yang macam mana tu?

Let us see.

Sekarang terdapat macam-macam jenama Islam. Ada yang Islam separuh-separuh, Islam suku-suku dan sebagainya. Tidak! Saya tidak bermaksud untuk melabel sesiapa. Namun ini adalah hasil daripada pemerhatian saya. Boleh dikatakan hampir keseluruhan umat Islam zaman ini tidak lagi memandang Islam sebagai Ad-Deen sebagaimana yang dipandang oleh Rasulullah dan para sahabat.

Apa maksudnya?

Islam kini hanya dianggap tidak lebih dari sekadar sebuah agama. Maknanya pengertian Islam kini hanya difahami melalui ibadat-ibadat ritual seperti solat, puasa, mengaji dan lain-lain. Dalam erti kata lain, Islam hanya berlegar sekadar di ruang lingkup perkara-perkara ukhrawi (akhirat). Ruh Islam sudah tidak wujud lagi dalam aspek keduniaan seperti jual-beli, pemerintahan, apatah lagi perkara kecil seperti buang air kecil sekalipun.

Sedangkan pada hakikatnya Islam itu merupakan sebuah Ad-Deen yang bererti cara hidup. Cara hidup kita adalah cara hidup Islam. Cara kita makan melambangkan kita adalah orang Islam. Cara kita berniaga melambangkan kita adalah seorang muslim. Hatta cara kita buang air sekalipun menunjukkan kita adalah orang Islam.

Namun masalahnya hari ini, mengapa agak sukar untuk menentukan status keislaman seseorang berdasarkan kehidupan sehariannya? Bahkan orang yang bukan Islam pula yang tertonjol ciri-ciri keislaman mereka. Lebih teruk lagi orang Islam sendiri memberikan imej buruk kepada agama Islam. Bila sebut sahaja tentang Islam, mula terbayang kemunduran, kemiskinan, keganasan dan sebagainya.

Ia perit untuk diterima namun tetap perlu ditelan jua. Islam kini sudah terfitnah. Agama yang disebarkan dengan jerih-perih Rasulullah dan sahabat kini terpalit dengan persepsi buruk dek kurangnya kefahaman umat Islam zaman ini terhadap ruh Islam yang sebenar.

Saya tidak bermaksud untuk mendabik dada seolah-olah saya seorang sahaja yang memahami agama ini. Bahkan saya juga seperti anda, masih lagi belajar dan akan terus belajar. Cuma di platform ini saya ingin berkongsi formula untuk mengembalikan semula Islam ke tempat yang tertinggi. Tempat yang sepatutnya bagi agama yang mulia ini. Sebuah kefahaman yang saya kira telah banyak mengubah diri dan kehidupan saya secara keseluruhannya.

Itulah kefahaman yang diperoleh dari sebuah TARBIAH

Tarbiah? Apa tu? Yang pasti ia bukan sejenih kuih.

Tarbiah ertinya pendidikan. Melalui tarbiah, individu-individu muslim yang mempunyai kefahaman yang benar terhadap Islam akan dibina dengan begitu pesat sekali. Umpama kilang kasut Bata yang menghasilkan ribuan kasut setiap hari. Cool bukan?  

Persoalannya di sini, bagaimana untuk melibatkan diri dalam proses tarbiah ini?

Jika anda bertanya kepada saya, ofkos saya akan mengesyorkan kepada anda untuk mendapatkan tarbiah melalui sistem usrah. Eh tetapi sebelum itu sila jangan salah faham. Usrah yang dimaksudkan di sini bukan seperti usrah yang anda dipaksa untuk join sewaktu di sekolah berasrama penuh dahulu.

Akan tetapi usrah yang saya ingin syorkan di sini merupakan usrah yang dibentuk hasil dari kesatuan hati dan kekuatan ukhuwah. Usrah yang diikat dengan kesatuan akidah dan iman. Cewah.

Perlu ke join usrah?

Kalau tanya saya..gerenti lah saya cakap perlu. Dah saya pun join usrah. Harhar.

Tetapi itulah..

Cubalah dahulu. Anda tidak boleh merasai kelazatan aiskrim coklat bersalut vanilla yang dihiasi dengan buah strawberry selagi ia tidak masuk ke dalam mulut anda. Begitu juga dengan usrah. Percayalah..Anda tidak boleh merasai kenikmatan berusrah selagi mana anda tidak join usrah terlebih dahulu. Hehe.

So what do you think?

So macam mana nak join usrah?

Nak senang anda taip sahaja status..”Macam mana nak join usrah?” di group rasmi universiti atau mana-mana tempat anda belajar. Saya yakin, in sha Allah ada hamba Allah yang akan muncul di inbox facebook anda tidak beberapa lama kemudian. Hihi.

Gurau..gurau...

Kalau anda lelaki, boleh kontek abam Inche Gabbana kita, kalau anda perempuan, jangan segan-segan nak kontek akak Muharikah kita. 

Eh, suka suki saya je nak suruh kontek mereka. Takpe. In sha Allah, saya yakin lagi percaya mereka akan berusaha sedaya upaya dan semampu mungkin untuk mengusrahkan anda. Haha. 

Hmm..

Namun jika bukan keseronokan dan kebahagiaan yang anda temui dalam usrah, saya pohon tetaplah istiqamah. Kerana yang kita buru hanyalah redha Allah.

Senyum.

Saturday, 5 October 2013

SEBUAH GARIS MASA

Post pertama setelah blog berubah wajah. Cewah.

Dan saya kira teramatlah wajar saya memulakan apa yang bakal saya coretkan dibawah dengan lafaz Alhamdulillah. Bunyinya macam skema. Skema pun skema lah.

Ok sebenarnya ceritanya macam ni.

Alhamdulillah, setelah penantian selama beberapa purnama, melalui fasa-fasa yang agak sukar, akhirnya saya berjaya mendapatkan tawaran daripada sebuah universiti yang namanya terpaksa dirahsiakan. Dan untuk pergi ke sana, saya perlu menggunakan kapal terbang, jika tidak saya perlu berenang merentasi laut. Ok, cukup sekadar itu.

Courtesy of LangitIlahi
Yang akan saya highlight di sini adalah keadaan saya sebelum menerima tawaran itu. Saya tak boleh menipu diri sendiri bahawa terdapat sekelumit bimbang dan cemas yang membelenggu hati saya. Bimbang akan masa depan saya. Resah memikirkan ke mana akan saya tuju selepas ini. Begitulah dan begitulah. Eh jap. Bukan ke orang-orang yang beriman itu hatinya tenang dengan mengingati Allah? Ouch.

Resah, bimbang, gelisah, cemas, risau dan yang sama waktu dengannya.

Ya. Saya tidak menafikan bahawa perasaan-perasaan seperti ini tidak dapat dipisahkan dengan diri seorang manusia. Apatah lagi manusia yang penuh dengan kekurangan. Bahkan ia juga berlaku ke atas diri saya. Involuntarily.

Saya ingin mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk berhenti sejenak, pandang ke dalam hati, koreksi diri. Pinjamkan sejenak sahaja dari masamu. Mana tahu pinjaman ini berguna buat dirimu di hari muka.

Risau pasal masa depan itu normal untuk manusia biasa. Saya setuju. Cuma kali ini saya mahu anda mengimaginasikan hidup ini umpama sebuah garis masa. Sebuah garis masa yang memaparkan perjalanan hidup kita. Bermula sejak kita keluar dari rahim ibu, masuk tadika, terjatuh sewaktu kali pertama menunggang basikal, dapat result SPM dan seterusnya.

Cuba kita fikirkan sedalam-dalamnya.

Kita hanya risau kepada perkara-perkara yang dekat dari kita di atas garis masa itu. Mula-mula risau nak masuk universiti mana. Setelah itu resah memikirkan tentang pekerjaan setelah tamat pengajian dari universiti, gelisah memikirkan hendak kahwin dengan siapa and the list goes on. Cuba kita perhatikan, kerisauan kita hanya sekadar berpusat kepada perkara-perkara yang materialistik, yang sepatutnya tidak signifikan kepada seseorang yang telah meletakkan setinggi-tinggi kepercayaan kepada Allah.

Dalam erti kata yang lain, kita tidak berpandangan jauh dalam memandang garis masa kehidupan kita. Jika sekalipun ada pemuda-pemudi yang sudahpun berasa risau tentang univeristi mana cucu-cicit mereka akan pergi, saya berani mengatakan mereka masih belum cukup berpandangan jauh lagi.

Mengapa?

Kerana kita masih lagi gagal untuk memandang sesuatu yang jauh tetapi dekat sebenarnya dengan kita. Itulah dia kehidupan setelah mati. Mengapa ia sesuatu yang jauh dari kita? Kerana kita tak mampu memandangnya dengan menggunakan mata kasar apatah lagi menggapainya dengan tangan. Mengapa pula ia sebenarnya dekat dengan kita? Kerana maut bila-bila masa boleh menjemput kita.

Yet, the fact yang kematian sentiasa memburu kita langsung tidak merisaukan kita untuk memikirkan kehidupan kita setelah mati. Bagaimana nasib kita di sana? Apakah kesudahan kita? Di syurga atau di neraka?  Semua itu sama sekali tidak merisaukan kita. Seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya.

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”. (As Sajadah : 12)

“Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan” (Az Zumar : 58)

Ini antara ayat Al Quran yang menceritakan tentang penyesalan manusia yang sewaktu di dunia mereka tidak beriman dengan janji-janji Allah. Dan setelah mereka menyaksikan akan kebenaran ayat-ayat Allah dengan menggunakan mata kepala mereka sendiri, barulah mereka menyesal dan merayu untuk kembali semula ke dunia.

Post ini tdak bermaksud sama sekali untuk menyeru kalian menjadi ahli ibadah yang melupakan terus dunia ini. Tidak bermaksud untuk mengajak seorang suami dan ayah meninggalkan terus isteri dan anak-anaknya untuk beribadah di masjid. Tidak juga bermaksud untuk menghasut pelajar-pelajar universiti meninggalkan terus bidang pengajian kalian lantas menjadi ahli masjid sepenuh masa.

Tidak. Sama sekali tidak.

Namun pengajaran terpenting di sini ialah mengingati mati dan melakukan persediaan ke arahnya. Itulah ciri orang-orang yang bijaksana.

Maka di mana kita?

Thursday, 3 October 2013

AKU BUKAN SELEBRITI

Anda tahu anda bukan artis pujaan rakyat Malaysia yang masih aman ini bila mana status mukabuku yang di update hanya menerima kurang dari sepuluh like.

Anda tahu anda bukan selebriti terkenal seantero nusantara ketika bilangan pengikut pada akaun twitter anda statik ataupun bertambah pada kadar pertumbuhan perlahan sejak tiga bulan yang lepas walaupun anda tweet hampir setiap hari.

Hang percaya tak kalau aku cakap matluhfi yang tulih belog nih..?
 Selebriti alam maya.

Ramai figura yang saya kenali kini sudahpun bergelar selebriti di dunia yang dipenuhi dengan kod, wayar dan electron ini. Ada yang mengenakan topeng, ada juga yang mendedahkan sahaja identiti mereka kepada umum. Sudah pasti mereka punyai sebab serta alasan yang tersendiri.

Jujur bagi diri saya, dunia maya ini punyai cerita dan cereka yang tersendiri. Perjuangan di dunia serba putih ini memerlukan mujahadah yang bukan calang-calang. Di sini kita bebas menulis dan mempersembahkan apa sahaja yang kita sukai. Apatah lagi jika kita memilih watak yang berselindung di sebalik topeng. Cabarannya terletak di fasa pelaksanaan dimana kita perlu  menterjemahkan segala huruf dan perkataan kepada bentuk amal.

Di fasa ini saya kerap gagal. Bahkan berkali-kali gagal. Tidak dapat dinafikan kadangkala saya berperang dengan hati sendiri. Saya acap kali gagal dalam percubaan untuk menulis post yang baru kesan daripada peperangan ini. Terasa berat untuk melaksanakan apa yang mahu diseru, sedangkan perkara itu perlu diseru. Namun saya memilih untuk tidak menekan butang berhenti. Saya percaya perkara sama turut dihadapi oleh mereka yang memilih wadah lain. Melalui lisan misalnya ataupun pembikinan video animasi. Semuanya memerlukan mujahadah tika mana untuk melaksanakan apa yang telah mereka seru. Jangan sesekali berhenti menyeru. Itu kata kuncinya.

Itu baru cabaran yang pertama.

Walaupun bilangan likers dan followers tidak boleh dijadikan indicator sebenar berjayanya seruan alam maya yang kita lakukan, tidak boleh dinafikan perkara itu mampu menjadi catalyst ataupun lastik pelancar untuk kita terus bersemangat menyeru dari sini. Justeru tiadanya catalyst dan lastik pelancar ini mampu memberi kesan kepada prestasi kita sebagai da’ie alam siber.

Saya akui perkara itu.

Namun saya tidak bersetuju andai perkara itu menyebabkan kita terus patah semangat lantas berhenti menyeru. Di timeline mukabuku sebenar saya, saya terjumpa sebuah status yang saya kira menyentuh hati saya.

“I don’t care how many likes a status can get, but the benefits that others can get from it that counts.”

Maka saya dapat menyimpulkan..

No like? No problem.
No share? No problem.
No follower? No problem.

If your blogpost, tweet or status do not benefit others, at least they benefit you. That matters the most.

Namun dari sudut pandangan yang lain, saya menyeru diri saya sendiri dan seluruh pejuang alam maya yang dikenali mahupun tidak, usah terlalu taksub dengan dakwah alam maya sehingga kita melupakan kerja kita yang sebenar.

Dakwah yang sebenar adalah bila mana kita berkonfrontasi dengan orang yang diseru secara berhadapan, bukan bertiraikan huruf dan perkataan. Itulah medan kita yang sebenar. Itulah sunnah dakwah Rasulullah. Dunia realiti. Kerana itu saya beranggapan pekerjaan di alam maya ini tidak lebih dari sekadar pekerjaan sambilan.

Akhir kata..

Ikhlaslah..

Istiqamahlah..