Sambutan Hari
Raya Eidul Adha seringkali dikaitkan dengan semangat pengorbanan. Saya kira
kefahaman ini bukan sahaja diimani oleh masyarakat Islam di Malaysia yang masih
aman ini bahkan masyarakat Islam seluruh dunia. Malahan kisah pengorbanan Nabi
Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anaknya Ismail A.S diceritakan di
mana-mana sepertu di forum-forum telebisyen, konti-konti radio, kedai-kedai
kopi dan pejabat-pejabat kerajaan.
Saya masih ingat
lagi dulu di waktu sekolah rendah, tiap kali menjelang sambutan Eidul Adha,
kisah ini lah yang selalu didendangkan oleh ustazah saya. Ya benar. Kisah yang
memberi seribu lima pengajaran. Takde siapa yang boleh menafikan.
Kali ini saya
juga ingin menceritakan kisah yang sama. Kisah antara Nabi Ibrahim dan anaknya
Nabi Ismail. Cuma mungkin huraiannya dilihat dari perspektif yang berbeza.
Berbeza camne tu?
Kalau dah
namanya tadabbur, agak kurang berseri la kalau tiada ayat Al-Quran. For this
time, ayat yang mencuri perhatian pancaindera saya ialah ayat 102 surah As Saffat.
Eh..sila sila lah amek Al-Quran anda cepat.
Ok. In case
kalau malas, saya tulis ayatnya di sini. Heh -_-
Maka ketika anak
itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata,
Wahai anakku!
Sesungguhnya aku
bermimpi bahawa aku menyembelihmu.
Maka fikirkanlah
bagaimana pendapatmu?
Dia (Ismail)
menjawab : Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan oleh Allah kepada
kamu. In sha Allah, engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.
As Saffat, 102
So basically ini
ialah dialog antara Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S seperti yang dipaparkan
dalam Al-Quran. Apa yang menariknya di sini?
Cuba lihat,
dalam ayat di atas, Ibrahim A.S bertanya pendapat anaknya Ismail A.S tentang
mimpi yang dialaminya. Agak menarik kerana seperti apa yang kita ketahui mimpi
seorang nabi itu adalah mimpi yang benar. Maka at the first stage, Ibrahim A.S
boleh je melaksanakan seperti mana yang dilihatnya dalam mimpi tanpa perlu
bertanya pendapat Ismail A.S.
Perintah Allah
kot! Takkan nak nego-nego lagi. Kan?
Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu?
Di sini lah
kisah agung dua orang nabi ini mengajar kita erti persepakatan. Lihatlah
bagaimana Ibrahim A.S dan anaknya mengajar kita apa itu SYURA. Jika pada
perkara jelas seperti ini pun, Ibrahim A.S meng”syura”kannya bersama anaknya,
apatah lagi pada perkara-perkara yang kurang jelas hujung pangkalnya.
Dari perspektif
para du’at pula, syura (mesyuarat) ini tersangatlah penting kerana kebanyakan
dari gerak kerja dan tindak tanduk kita adalah hasil dari ijtihad diri sendiri.
Contohnya nak bawak hadek-hadek yang telah ditajmik berjalan-jalan ke mana, nak
bagi pengisian apa dalam usrah, nak pilih siapa jadi penyampai dalam
program-program yang diatur. Kesemuanya ini memerlukan kepada syura.
Begitu juga
dengan urusan-urusan yang melibatkan diri sendiri seperti perkahwinan
contohnya. Nak pinang akhawat mana pun perlu disyura bersama ikhwah dan
murabbi. Sesuai ke tidak akhawat itu dengan kita, satu level ke tidak, satu
fikrah ke tidak dan yang paling penting adakah perkahwinan itu memberi manfaat
kepada dakwah.
Bagi para du'at yang masih belajar, sepatutnya nak pilih universiti mana pun perlu di"syura"kan. Bukan main pilih je ikut minat zaman sekolah rendah. Kena lihat adakah bi'ah di universiti itu baik untuk kita? Bagaimana pula dengan takungan mad'u. Ramai ke tidak? Boleh ke kita beramal di universiti itu. Heh, cakap pasal pilih universiti ni, saya headshot diri sendiri sebenarnya T.T
Bagi para du'at yang masih belajar, sepatutnya nak pilih universiti mana pun perlu di"syura"kan. Bukan main pilih je ikut minat zaman sekolah rendah. Kena lihat adakah bi'ah di universiti itu baik untuk kita? Bagaimana pula dengan takungan mad'u. Ramai ke tidak? Boleh ke kita beramal di universiti itu. Heh, cakap pasal pilih universiti ni, saya headshot diri sendiri sebenarnya T.T
| Akhi, kambing mana nak sembelih ni? Jom syura sheikh!! |
Tapi nampak tak kepentingan syura?
Everything goes back to SYURA.
Everything goes back to SYURA.
Kerana pada majlis
syura itu ada keberkatan.
Kerana pada majlis
syura ada rahmat Allah.
Rasulullah S.A.W
bersabda,
Sesiapa yang
hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendaklah bermesyuarat, nescaya
Allah memberikan taufiq bagi memperelokkan urusan mereka (HR : At Tabrani)
Maka wahai para du’at, mantapkan majlis syura anda!!!
apa pendapat akhi tentang syura-belakang-tirai antara akhwat dan ikhwah? *ni betul2 syura, keperluan/darurah* jazakallah khair in advance.
ReplyDeleteSyura belakang tirai tu bagus, ya mmg benar ayat al quran yg merujuk kpd suruhan bertirai tu khusus utk isteri-isteri nabi, tapi tengok, isteri nabi pun perlu bertirai apatah lgi kita yg marhaen ni..
DeleteTapi in case kalau darurat, kalau bertirai maklumat kurang smpai, boleh je nak buat open meeting..