Tuesday, 26 February 2013

Taksub, Obses dan Kemaruk

Suatu hari saya terlambat keluar kelas untuk makan tengahari. Boleh dikatakan agak lambat la sebab bila saya sampai ke tempat makan tu rakan-rakan sekelas saya dah takde. Maka, mahu tak mahu, saya pun duduk lah dengan budak-budak kelas lain. Budak-budak medic pulak tu. Hewhew. Ada unsur-unsur assabiyah di situ. Lagipun saya ni bukan dari jenis-jenis yang masuk je dengan semua orang. Maklumlah, pemalu orangnya. Kof3.

Dan sepanjang waktu makan tu saya agak senyap lah. Bukannya tak pernah borak-borak dengan mereka. Tapi mungkin sebab penat kot. Baru habis kelas kan. Ok. Panjang pulak intro.

Nak dipendekkan cerita, masa tu mereka borak-borak pasal PLKN. Bercerita tentang keseronokan mereka di alam PLKN. Macam-macam lah yang diceritakan.

“Kitorang ada buat pertunjukan kawad senyap….”

“Rasa sekejap je PLKN..”

“Menyampah la dengan ketua jurulatih kat situ…”

ENCIK MUSAB tu comel kan..” (krik krik krik)

Sedang mereka bercerita, saya terfikir betapa best dan indahnya kalau drama sebegitu berlaku di syurga nanti. Bersama-sama dengan ahli keluarga dan rakan seperjuangan terchenta menikmati haruman bunga-bungaan di syurga, bersama-sama bergelak-tawa dan bertepuk tampar sambil menikmati buah-buahan yang lazat lagi berkhasiat. Kita sama-sama berbaring sambil menghirup udara syurga yang segar-bugar, sama-sama bercerita kisah-kisah lama di dunia dahulu.

“Man, ingat tak dulu kita pernah sama-sama tadabbur Al Quran pasal kisah-kisah syurga, masyaALLAH, bestnya syurga ni..!!”

“Kak Hani, ingat tak dulu waktu-waktu macam ni kan kita selalu usrah sama-sama, jom sambung usrah kat sini..:)”

“Akhi, ingat tak dulu kita selalu jalan kaki sama-sama pergi daurah,sekarang kita sama-sama jalan kaki kat syurga pulak..:)”

Dan bermacam-macam ayat yang dimulakan dengan frasa “ingat tak dulu” akan kedengaran.

Best kan..?

Anda dapat rasai keindahannya..?

Jom kita tadabbur surah Al Waqiah ayat 27 hingga ayat 38. Bagi saya, ayat-ayat ni sangat best sebab ia menceritakan tentang nikmat-nikmat yang disediakan untuk penghuni-penghuni syurga. Lagi-lagi bila dihayati sedalam-dalamnya. Perghhh..!

Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu (27)

Mereka bersenang-lenang di antara pohon bidara yang tidak berduri (28)

Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya (29)

Dan naungan yang tetap terbentang (30)

Dan air yang sentiasa mengalir (31)

Serta buah-buahan yang banyak (32)

Yang tidak putus-putus serta tidak pula terlarang mendapatkannya (33)

Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya (34)

Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa (35)

Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (36)

Yang tetap mencintai jodohnya serta sebaya umurnya (37)

Semuanya itu disediakan untuk golongan kanan (38)

Allah..Allah..Allah..

Rasailah, hayatilah, tadabburilah ayat-ayat di atas sedalam-dalam hati kita. Alangkah indahnya nikmat syurga itu. Alangkah bahagianya menjadi penghuni syurga itu. Keindahannya tak terlihat dek mata, tak terdengar dek telinga, tak terbayang dek fikiran.

Anda tahu perkataan obses? Macam peminat-peminat tegar bola obses dengan kelab-kelab bola kegemaran mereka, macam tu lah juga kita patut obses pada syurga. Malah sepatutnya lebih dari itu. Kerana percayalah syurga itu Allah sediakan memang untuk kita.

Namun bak kata omputih, everything has its own price tag. Begitu juga syurga. Ada bayaran yang perlu kita bayar untuk mendapatkan syurga Allah yang sumpah best tu.

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang beriman baik diri mereka mahupun harta mereka, dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang dijalan Allah sehingga mereka membunuh dan terbunuh sebagai janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain dari Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikianlah kemenangan yang agung.
(At Taubah : 111)

Itulah harganya. Perjuangan. Rasulullah dan para sahabat bersusah payah berjuang sehingga Deen ini tertegak di atas tempatnya yang Haq. Silap besar jika kita anggap kita mampu ke syurga tanpa berbuat apa-apa untuk agama ini. Jom kita sama-sama tanya diri kita sendiri. Sebesar mana sumbangan kita untuk Islam? Banyak mana kita dah berkorban untuk Islam? Kadang-kadang kita hanyut dan leka dengan dunia, pastu berangan nak masuk syurga. Pfffttt.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berkerja untuk Deen ini. Berusaha dan terus berusaha sehinggalah Allah menetapkan saat kemenangan. Andai kita gugur sebelum tibanya saat itu, percayalah kita mati sebagai perwira. Sebagai rijal agama. Namun demikian, jangan sampai kita berpenat lelah di sini, tapi tak dapat apa-apa kat sana. Sebab apa? Sebab awal-awal lagi niat dah salah. Berjuang kerana nama, harta, pengkat, kemasyhuran, wanita dan apa-apa selain Allah.

Tak ada apa penat kat dunia nak dibandingkan nikmat di syurga.

Jom sama-sama jerit..

Aku nak SORGA..!!!!

Taksub syurga :)

Dengan Sepenuh Cinta

Aku kagum dengan dia..
Dia bukan pelajar lepasan sekolah agama..
Bukan juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Syariah..
Namun tinggi izzahnya pada agama..
Anugerah hidayah yang dikecapinya..
Dipeluk, didakap dan disimpan kemas rapi dalam sanubari..
                                         
Aku kagum dengan dia..
Ilmu agamanya tidak setara mana..
Namun hamasahnya tiada terkira..
Gigih bekerja demi agama terchenta..
Mana mungkin aku tidak jatuh chenta..
Pada orang yang sebegitu rupa..

Aku kagum dengan dia..
Kesibukannya bukan kepalang..
Arus gelojak duniawi sentiasa memburunya..
Namun sentiasa kelihatan wajahnya pada setiap bulatan gembira..
Ikhwah-ikhwah disantuni dengan penuh mesra..
Dengan sepenuh chenta..
Hanya demi redha-Nya

Aku kagum dengan dia..
Dia tidak pernah bertemu dengan junjungan mulia..
Namun cintanya mengalahkan cinta kekasih tiga purnama..
Aku juga ingin sepertinya..
Bersama mencintai kekasih yang sama..

Aku kagum dengan dia..
Raut wajah yang bercahaya..
Senyuman yang menawan..
Bisa membuatkan si gadis menyapa manja..
Namun dipilihnya jalan mujahadah..
Kerana hanya syurga matlamatnya..

Aku kagum dengan dia..
Gelaran Da’ie menjadi erti baginya..
Syahadatul Haq dijunjung penuh amanah..
Meski jernuh hidup dipukul dan dipalu..
Ujian datang tanpa henti..
Namun hati tetap untuk Tuhan..
Tidak pernah lekang dengan senyuman..

-Dedikasi khas buat ikhwah tersayang-

Dengan sepenuh cinta

Percayalah, saya tidak berimaginasi tatkala mengarang bait-bait puisi ini. Mereka-mereka ini memang benar-benar wujud dan saya sendiri telah melihat insan sebegini rupa di hadapan mata saya. Terkadang saya berasa cemburu. Saya juga mahu menjadi hebat seperti mereka. Bersama-sama menelusuri jalan dakwah yang sumpah panjang ini. Bersama-sama merasai pahit dan manis perjuangan ini. Bersama-sama berpimpinan tangan menuju ke syurga. Bersama-sama bermandi-manda di sungai susu sambil menikmati kopi coppucino disyurga nanti. MasyaALLAH. Oh indahnya.

Jom tadabbur surah Al Anfal ayat 63

Akhi..nak ikut..

Wednesday, 20 February 2013

Anda ada jawapannya?

Salam 1 Ummah…Dakwah didahulukan, Tarbiyyah diutamakan..

Dengan assignment yg bertimbun (dah nak habis sebenarnya, Alhamdulillah J), dan banyak yg perlu di cover untuk study kerana exam sudah mengintai-ngintai di celahan-celahan lubang pintu, saya kira secara Aulawiyyat nya, tidak sepatutnya saya duduk di atas kerusi sambil menaip-naip penulisan ini, tetapi, apakah yang lebih aula dari masalah ummat..? cheewaahh..

Sebenarnya, hati saya meronta-ronta untuk menulis, manakan tidak, anda dapat melihat sendiri bilakah entry terakhir saya, Limau untuk Syuhrabil #2 ditulis, dan insyaAllah, sambungan cerita itu akan ditulis dalam masa yang terdekat, saya pun tak pasti bila, haha.

Pada kali ini saya ingin memfokuskan tentang sesuatu isu yang saya rasa agak cliché jugak sebenarnya. Maklumlah, begitu banyak sekali blog-blog pelajar lepasan sekolah agama yang menulis tentang perkara ini. Hewhew. Tetapi saya merasakan penting untuk perkara ini diketengahkan.

Mutakhir ini, acap kali kita melihat di dada-dada akhbar arus perdana yang memaparkan tentang ancaman-ancaman baru terhadap umat Islam seperti liberalisme, pluralisme dan sebagainya. Walaupun ada suara-suara yang mendakwa bahawa laungan-laungan ini bernada politik, maklumlah ada satu parti yang didakwa membawa ideologi-ideologi tersebut, malah lebih teruk lagi, ada satu parti Islam yang digambarkan sebagai parti yang tipah tertipu dengan parti ini disebabkan kuasa politik dan sebagainya, tetapi saya memilih untuk bersangka baik terhadap amaran-amaran ini, dan saya secara peribadi bersetuju bahawa memang wujud ancaman-ancaman seperti ini di Malaysia. Perkaitannya dengan politik? I rest my case..senyum..

Akan tetapi..

Dalam kita sibuk bicara tentang liberalime dan pluralisme, kita terlupa akan sesuatu hakikat bahawa di negara ini, ancaman sekularisme sudah lama bertapak kukuh, mereka sudah ada kilang memproses ayam dan sudah ada pengedar yang mengedarkan ayam-ayam ini hatta di bilik tidur anda sekalipun.  Eh!

Anda tahu apa itu sekularisme?

Untuk definisi yang lebih ilmiah, anda dipersilakan untuk merujuk kepada Sheikh Google. Izinkan saya untuk menyampai definisi sekularisme secara relax, santai dan  mudah difahami.

Secara mudahnya, sekularisme bererti kita memisahkan kehidupan dunia daripada akhirat. Lebih kurang macam ni lah. Study tu dunia, solat tu akhirat. Sedangkan study itu juga sebanarnya adalah ibadah yang membawa kepada akhirat. Inilah antara symptom pemikiran sekular yang semakin membarah dalam kalangan umat islam maracapada ini. Ini baru hal kecil macam study. Belum cerita lagi bab-bab yang lebih besar lagi macam pemerintahan, perundangan dan sebagainya.

Kenapa saya katakan ancaman sekularisme ini lebih besar dan lebih aula daripada ancaman-ancaman yang lain? Sifirnya mudah. Liberalisme dan Pluralisme adalah musuh yang dikenali. Mereka umpama penceroboh-penceroboh yang terintai-intai di celahan-celahan pintu dan tingkap rumah kita. Boleh je kalau kita nak baling batu kepada mereka. Akan tetapi, ancaman sekularisme ini sudah lama lagi sejak dahulu mengetuk pintu utama rumah kita. Malah sekularisme ini sudah pun menjadi tetamu di rumah kita, tidur sekatil dengan kita, dan juga mandi sebilik air dengan kita. Sekiranya sekularisme ini sejantina dengan kita, maka kita dan sekularisme sudah layak mendapat anugerah pasangan sejenis paling ideal abad ini. Malah, lebih teruk lagi, sekularisme ini juga telah diangkat menjadi tetamu kehormat (VVIP) dalam rumah kita. Siapa lagi yang mengangkat kalau bukan tuan rumah? Err..Faham baguslah, tak faham sudah..haha.

Buktinya apa? Anda saksikan sendiri betapa ramai kawan-kawan sekelas, sekantor, serumah dan sebagainya yang mempunyai pemikiran study tu dunia, aolat tu akhirat. Sangat licik kan ancaman sekularisme ni?

Maka apakah solusinya kepada permasalahan ini?

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.

Al Quran itu diturunkan bukan untuk menjadi perhiasan di dinding, bukan juga sebagai hantaran perkahwinan, bukan untuk sekadar dibaca dan dihembus pada air. Tetapi Al Quran diturunkan sebagai panduan untuk kita semua.

Kita sering melaungkan “AL QURAN DUSTURUNA”

Tetapi sejauh mana kita berpegang teguh kepada kata-kata itu?

Saya ingin mengajak diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua untuk bersama-sama kita sedari bahawa bukan saja-saja Allah ciptakan kita atas muka bumi.

Bukan sengaja Allah ciptakan anda wahai akak yang bertudung kelabu itu..

Abang yang pakai T-Shirt kuning tu juga..

Hehe.

Kelak di sana kita akan ditanya..

Di mana tugas ubudiah kita? (Az Zariyyat : 56 )

Di mana tugas khilafah kita? (Al-Baqarah : 30 )

Anda ada jawapannya? Tepuk dada, tanya iman..

Assalamualaikum.. 

Tadabbur surah Al Kafiruun

Friday, 25 January 2013

Cinta, Nafsu dan Akhawat

Di atas sebuah katil bujang yang tidaklah empuk nak dibandingkan dengan katil-katil jualan murah promosi Court Mamoth, kelihatan sebuah laptop berjenama DELL berwarna hitam.Laptop itu terbuka dengan Microsoft Word 2010 menghiasi ruangan skrinnya.

Di atas katil bujang itu juga lah Mukhlis sedang berbaring dengan gaya kuak lentang. Di tangan kirinya menggenggam sebuah henset Sony Ericsson W201. Henset model lama. Tetapi banyak khazanah rahsia didalamnya.

“Dia tengah bawa usrah kot..sebab tu lambat..” getus hati Mukhlis.

Sementelahan itu, hujan terus turun dengan lebatnya di luar sana. Jam berbentuk empat segi bewarna hijau di atas rak di tepi katil bujang itu menunjukkan telah pukul 12 malam.

“Wah..lamanya dia usrah…apa lah agaknya yang dibincangkan..,” bisik Mukhlis.

Tiba-tiba…

Henset di tangan kirinya itu bergegar. Dalam bahasa teknologinya, vibrate. Memang sengaja Mukhlis mengsilentkan hensetnya itu. Privacy.

Setelah menjalankan process penguraian yang susah nak dihuraikan disini, maka isi message itu dapat juga diuraikan..

“Maaf ye ana lambat, ade usrah tadi, enta dah tidur ke..?”

Berderau darah teruna melayu terakhir Mukhlis mendapat mesej dari pujaan hatinya itu.

Ukhti Annyss Raudhah Sophilea. Manis orangnya. Semanis namanya.

“Eh tak lah, ana tengah buat esaimen ni, wah lamanya enti berusrah..”

Debaran bermula sebaik sahaja menekan button “send message”. Lebih mendebarkan lagi apabila terpapar di skrin empar segi kecil itu “Message sent”

Beberapa minit kemudian, Sony Ericsson W201 itu bergegar lagi.

“Banyak benda kami bincangkan tadi. Masalah ukhuwwah dalam kalangan akhawat, masalah dalaman usrah, penyusunan program-program akan datang...”

Malam semakin kelam.

Mukhlis dan Annyss Raudhah Sophilea terus rancak berbalas mesej. Rancak seperti Dato’ LCW bertarung pukulan shuttle dengan Lin Dan.

“Mukhlis, boleh ana tanya something..?”

Berdegup kencang jantung Mukhlis membaca mesej yang dihantar Ukhti Annyss yang diterima pada pukul 2.15 pagi itu.

“What is it..?” balas Mukhlis ringkas. Cuba berlagak tenang.

“Kenapa enta baik dengan ana sorang je..? Banyak lagi akhawat yang lagi cantik, lagi ayu dari ana..?”

Teng teng teng teng teng tenge teng

Hampir tersembur air liur Mukhlis membaca mesej dari Ukhti Annyss.  Perlukah dia berterus terang?

Atau perlu dibalas begini.

“Ana mahu menikahi enti..”

Ah…! Gila. Dia baru pelajar tahun satu bidang architecture kot. Ukhti Anyyss Raudha Sophilea juga baru pelajar tahun satu. Tapi kos perubatan la. Nak nikah..? Kat Siam boleh la kot. Sudah pasti mendapat tentangan dari ayah bonda.

Sony Ericsson W201 bergegar lagi.

Mukhlis kehairanan. Siapakah yang akan menghantar mesej lewat malam begini..? Mesej Ukhti Annyss tadi belum lagi dibalasnya.

Tanpa membuang masa, Mukhlis menekan button “Open Message”

“Tak rasa apa yang kita buat ni salah ke..?”

Sender : Anyyss Raudhah Sophilea

Sedang Adam dan Hawa tertewas.
Apatah lagi kita manusia hina.

Takwa itu indah maknanya
Apabila melalui jalan berduri
Dilalui dengan penuh berhati-hati

Berpisah kita di gerbang kehinaan
Semoga bertemu di taman kemuliaan
Dengan izin dan chenta-Nya jua
Jagalah hatimu
Dan aku
Akan menjaga hatiku

janji dengan Allah camne..?

BERCHENTA DI ATAS RANTING UKHUWWAH

Ketika usai menunaikan solat asar..

“Akhi, kalau nak kami tolong apa-apa, bagitahu je, insyaAllah kami akan tolong apa yang kami mampu..”

“InsyaAllah, setakat ni ana boleh handle lagi, syukran akhi atas keprihatinan enta..”

“Kalau nak mintak tolong, jangan segan-segan ye..”

“MasyaAllah akhi, segan ana..”

“Haish, apa pulak nak segan, ini lah gunanya ikhwah, susah senang sama-sama..”

“Entah lah akhi, ana macam segan, enta dah banyak tolong ana..Enta ambil berat pasal ana pun ana dah rasa cukup…”

Ikhwah..
Saat getaran chenta mula dirasai,
Saat manisan chenta mula bersemi,
Saat cahaya chenta mula menyinari,
Saat kuntum-kuntum chenta mula mekar mewangi,

Ikhwah..
Hadirmu walau sekelip cuma,
Kesannya membekas di hati selamanya,
Menerobos awan membelah langit atas sana,
Tika chenta mekar menujah angkasa,

“Akhi, enta macam ada simpan sesuatu je. Tengok riak muka enta ana dah tahu..”

“Ish enta ni. Mana ada. Ana biasa-biasa je.”

“Akhi, kita ikhwah kan..say it..”

“Entahlah. Ana dah buntu pasal masalah ana ni..”

“Kenapa akhi..?”

“Hmm..Entahlah..”

“Akhi, Allah ada kan..mintak pada Dia..Dia boleh buat apa yang Dia nak..”

“Syukran akhi, enta banyak dah tolong ana, ana tak tahu macam mana hidup ana tanpa enta..”

“Allah yang tolong enta sebenarnya, ana perantara je..”

“Allahu Allah..Alhamdulillah..”

Ikhwah..
Coretan sejuta bahasa
Luahan sejuta suara
Tulisan sejuta warna
Tak akan mampu menjadi saksi
Chenta yang telah bersemi

Ikhwah..
Moga debunga chenta yang telah berputik
Terus mekar mewangi
Menujah langit tujuh petala
Lantas menuju ke sorga

Ikhwah..
Ana ukhibbukum fillah..

Inilah kehidupan..
Menuntut kesungguhan..
Tak semudah indahnya khayalan
Sillaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya
InsyaAllah

Terasa getaran chenta
Seperti ada yang sedang mendoakan...

Ukhuwah fillah abadan abada

cahaya yang hilang

“Akhi, ana susah la nak faham apa yang ana study, kadang-kadang tu ana hafal je, tapi masalah bila hafal, ana cepat lupa…”

Saya teringat masa sekolah dulu cikgu saya pernah cerita kisah Imam Syafie RA bersama gurunya.

Aku mengadu perihal keburukan hafalanku kepada guruku, Imam Waki’ bin Jarrah. Guruku lalu berwasiat agar aku menjauhi maksiat dan dosa.Guruku juga berkata,

“Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya itu tak akan menyimbah di hati orang-orang yang melakukan maksiat”

Juga diceritakan bahawa pernah suatu ketika Imam Syafie membaca ayat Al Quran namun sampai pada suatu ayat beliau terlupa sambungannya. Beliaupun memperbanyakkan istighfar. Melihat keadaan beliau yang demikian, sahabatnya lalu bertanya.

Lalu Imam Syafie RA menerangkan bahawa ingatan atau hafalannya terganggu lantaran ia terlihat tumit seorang wanita yang terkoyak sarung kakinya sebesar ibu jari.

Ada satu lagi kisah yang boleh membuat hati kita menangis if and only if hati kita hidup lagi la.
(Terbakar)…kan..??

Suatu ketika, Imam Syafie RA berjalan dan lalu seorang wanita di hadapannya. Angin bertiup lalu terselak kainnya menampakkan betis. Imam Syafie terpandang. Lalu beliau menangis semahu-mahunya memohon keampunan dari Allah walaupun melihat aurat wanita secara tidak sengaja.

Boh..

Tengok betis perempuan..

TAK SENGAJA…

Menangis Imam Syafie..

Bertaubat semahu-mahunya..

Kita ni..

Agak-agak bahagian mana yang kita dah tengok? Pergi shopping complex…

Rambut..

Lengan..

Betis..

Telinga..

Leher..

Kalau pergi shopping complex yang higher level sikit, silap-silap peha pun boleh nampak.

Tu belum lagi kes selalu bukak channel HBO, FOX Movies, tengok Women Tennis Grand Slam.

Allahu Allah..

Setelah semua itu, berapa banyak kali kita dah menangis?

Terkadang kita menyalahkan guru andai tidak faham ilmu yang disampaikan.

“Ah, Puan Siti tu ajar laju la, dia ingat aku ni genius ke hape..”

“Cikgu Dolah tu macam tak reti jadi cikgu je, ajar pakai slide je, bek tak yah datang kelas macam tuh..”

Tetapi..

Pernah tak kita refleks ketidakfahaman kita itu dengan keadaan diri kita…?

Iman kita..

Dosa kita…

Pernah tak..?

Belum kira kes-kes jenayah di muka buku yang sama teruk dengan kes juvana bahkan lebih teruk lagi.

Bukak muka buku, bukak profile orang perempuan, clik pada “see all photos”, stalk gambar-gambar mangsa, berpindah dari satu gambar ke gambar yang lain, like mana yang directly proportional dengan nafsu.

Tidak cukup dengan itu, siap comment lagi.

“Eh, lawa la awak ni..”

“Wah, dah berubah dah awak sekarang ni, dah boleh jadi bini orang, Eh!..”

Pastu bermulalah adegan-adegan membalas komen. Rancak persis Lee Chong Wei dan Lin Dan berbalas pukulan shuttle.

Masuk kes ikhtilat pulak. Ah sudah..

Pernah tak kita sedar benda-benda camni lah yang boleh menggelapkan hati kita. Menambah dosa kita. Dosa tu lah yang menjadi hijab untuk kita faham ilmu yang kita belajar. Orang lain belajar 1 jam je dah boleh skor exam. Kita punyalah stay up sampai pagi pun tak lulus jugak. Makanya, siapakah yang harus dipersalahkan?

“Sudahkah engkau memperhatikan orang yang menjadikan keinginan nafsunya sebagai Tuhan? Apakah engkau akan menjadi pelindungnya? Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat jalannya. (Al Furqan : 43-44)

“Tolong..tolong..saya terbakar…”

Study boh...

Thursday, 24 January 2013

It is just an another day if....

“One message received”

Amir mencapai henfon Samsung Galaxy S3 pemberian ibunya yang terchenta.

Sambil berbaring dia membaca mesej yang diterima itu.

“Amir, kat mana? Jom berarak..!! Maulid nabi boh..!!

Nak balas ke tak nak?

“Ah, balas je lah..”, gumam Amir dalam hati.

“Aku banyak kerja la..”

Entah mengapa. Terasa malas untuk keluar pada hari itu. Seingat Amir, kali terakhir dia berarak untuk maulid nabi ketika dia di tingkatan lima. Masa tu ada pertandingan berarak antara kelas di sekolahnya sempena maulid nabi.

Berkumpul, berarak, berselawat, balik rumah, tengok tv, tertidur, tak solat. Ironi kan? Pathetic.

Namun dia tidak menafikan, ada juga yang ikhlas untuk berarak. Mengexpresikan kecintaan terhadap Ar Rasul S.A.W . Berarak sambil berselawat, meninggikan kesatuan Islam, bersama memartabatkan ummah. Hebat.

Amir tidak tahu apa yang sedang difikirkannya. Hari ini maulid nabi. Tetapi tiada langsung rasa keterujaan, semangat atau seronok di hatinya.

“Aku tidak menghargai kelahiran nabi kah?”

“Aku tidak mensyukuri kerasulan Muhammad ke?”

Persoalan-persoalan tersebut terus berlari-lari di dalam kepala otaknya.

Amir tidak puas hati. Dia bangun dari katil dan terus mencapai beg laptopnya. Dibukanya laptop ASUS berwarna emas. Amir mengklik pada web browser kegemarannya, Google Chrome. Dia menaip perkataan “cinta Rasul” pada ruangan search. Amir menekan right button pada mouse nya dan mengklik “open link in new tab” pada setiap link yang dipaparkan di screen empat segi bercahaya itu.

Dengan sabar, dia membaca setiap apa yang ditulis di link2 yang telah dibuka tadi. Berpindah dari satu tab ke tab yang lain.

Tiba-tiba…

Dia terbaca sepotong ayat al Quran di blog yang sedang dibacanya. Cair hatinya. Terharu. Rasa ingin menangis. Ya. Inilah manifestasi kepada sebuah chenta yang abadi. Chenta yang lahir tulus dari sebuah hati. Inilah bukti kepada kechentaan sejati terhadap Rasulullah S.A.W. Inilah chenta yang dicarinya. Inilah yang melahirkan rasa keseronokan dan keterujaan dalam hatinya.

““Katakanlah (wahai Muhammad),

‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(Surah Ali Imran ayat 31)

Teringat lirik lagu Dia Kekasih Allah nyanyian Hijjaz,

“Kerana chenta kepada ALLAH, bererti chenta kepada Rasulullah”

Kekasihku Rasulullah