Sunday, 7 July 2013

TRAVELOG JALAN CINTA PARA PEJUANG II


Hidup dibawah bayangan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.

Aku telah hidup dibawah bayangan Al Quran dan di sana aku melihat jahiliah berkecamuk di muka bumi dan aku melihat cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kerdil dan kecil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak, sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.

Manakah syaitan yang jahat yang telah memimpin umat manusia ke neraka ini?

Alangkah ruginya manusia!

-Fi Zilalil Quran, Sayyid Qutb-

Post kali ini adalah curhat. Namun saya memberi amaran kepada anda yang membaca supaya tidak menangis, kerana saya sendiri tidak menangis membacanya, curhat yang agak fail, herher.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, result IB sudahpun diterima, dan Allah mentakdirkan untuk saya menjaga agama-Nya dan meneruskan kelangsungan dakwah ini di bumi Malaysia. Harap anda faham maksud tersirat disebaliknya kerana sebarang permintaan untuk penerangan lanjut tidak akan dilayan.

Jika saya katakan saya tidak bersedih, dibimbangi fenomena taksub kepada penulis blog ini akan membuak-buak dengan mendadaknya, maka saya katakan saya agak bersedih juga sebenarnya. Perkara ini telah memberi saya tamparan yang agak kuat juga, namun inilah yang saya katakan betapa ajaibnya tarbiah. Di saat ada sahabat yang menangis bergolek-golek hingga ke kampung sebelah, ada yang sudah berkurung diri dalam bilik hingga tiga purnama lamanya, ada yang mengambil keputusan untuk terjun ke Sungai Lui, Alhamdulillah, saya di sini masih mampu bersabar dan redha menerima ketentuan Allah. Tidak, bukan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi riak. Namun saya yakin inilah kesan tarbiah yang haraki, di mana kita mampu meyakini perancangan Allah tidak pernah silap dan perancangan Allah itulah yang terbaik buat diri kita dan seluruhnya.

Hampir dua dekad kehidupan ini diselusuri, Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada saya untuk  merasai berbagai-bagai erti dalam hidup ini. Saya pernah merasa untuk berada di kedudukan yang tinggi sewaktu zaman kegemilangan pasca SPM dahulu, zaman di mana masa depan seakan-akan begitu cerah, di saat orang lain buntu memikirkan layakkah diri mereka untuk ke tempat tertentu, saya pula memikirkan layakkah tempat-tempat tersebut buat diri saya. Dan kali ini Allah beri peluang kepada saya untuk sekali-sekala turun ke bawah untuk belajar mendepani tekanan. Mungkin saya sahaja yang redha dan bersedia untuk move forward, tetapi bagaimana dengan ibu ayah, saudara-mara, sepupu-sepapat, jiran tetangga, orang kampung dan menteri-menteri kabinet?

Tetapi saya yakin, inilah mehnah yang Allah turunkan, dan pada saat ini, koreksi diri, muhasabah dan akhirnya redha, itulah yang terpenting sekali. Walaupun terdapat pelbagai kemungkinan yang menanti, seperti perubahan polisi, rayuan dan kemungkinan untuk twinning dan sebagainya, namun entah mengapa hati saya kuat dan tetap untuk terus berada di Malaysia. Saya rasa saya ada dua sebab untuk menjelaskan hal ini.

Yang pertama, saya masih ingat lagi saya pernah melontarkan satu persoalan kepada murabbi saya jika tidak silap. Persoalan yang berbunyi lebih kurang,

“Akhi, kenapa tarbiah dekat IPT tempatan tidak selaju seperti tarbiah di kolper dan oversea?”

Dan Allah telah menjawab persoalan ini dengan jawapan yang cukup cantik. Allah mahu saya menjalankan apa yang telah saya katakan. Jika saya mahu tarbiah di IPT tempatan kencang seperti mana tarbiah di kolper dan oversea, maka saya lah yang perlu menggerakkannya. Dan Allah memilih saya. Jadi kenapa harus bersedih?

Dan keduanya, saya meyakini bahawa masih banyak lagi kerja-kerja terbengkalai yang saya perlu lakukan di Malaysia. Bukan bererti sebaik sahaja habis pengajian di Kolej Maha Busy, maka saya pun terkinja-kinja dan terlompat-lompat tanda tugas dakwah di Kolej Maha Busy sudahpun diselesaikan dengan jayanya. Kerja-kerja terbengkalai ini terlalu banyak, malah melangkaui skop dakwah itu sendiri. Hubungan suam-suam kuku dengan ibu ayah, sanak saudara, sahabat-handai, rakan taulan dan sebagainya perlu diperbaiki, jika mahu diceritakan tentang tugas-tugas terbengkalai ini, alamatnya sampai raya tahun depan la tak habis lagi.

Dan akhir sekali, sungguh saya merasai Allah benar-benar mahu saya merasakan kemanisan tarbiah itu sendiri. Seperti mana para Rasul merasai manisnya dakwah dan tarbiah pada saat mereka diuji, dikeji bahkan dibunuh, seperti mana para mujahid seperti Imam Al Banna, Sayyid Qutb dan yang seangkatan dengan mereka merasakan betapa jalan dakwah dan tarbiah ini begitu manis pada saat mereka dikurung, didera dan digantung, begitulah saya merasakan tarbiah ini sungguh manis pada saat ujian seberat sayap nyamuk ini Allah timpakan atas saya.

“Ahh..surga..masih jauh..terlalu jauh..”

Moga Allah redha saya dan juga kalian. Satu sahaja yang saya pinta kepada kalian, titipkan doa buat langkah saya selepas ini sehingga saya benar-benar menjejakkan kaki ke dalam syurga. Moga Allah kekalkan nikmat terbesar yang Dia kurniakan buat diri saya, nikmat berada di atas jalan cinta para pejuang.

Saturday, 6 July 2013

TRAVELOG JALAN CINTA PARA PEJUANG


Di sana, ada cita dan tujuan
Yang membuatmu menatap jauh ke depan
Di kala malam begitu pekat
Dan mata sebaiknya dipejam saja
Cintamu masih lincah melesat
Jauh melampaui ruang dan masa
Kelananya menjejakkan mimpi-mimpi

Lalu di sepertiga malam terakhir
Engkau terjaga, sadar, dan memilih menyalakan lampu
Melanjutkan mimpi indah yang belum selesai
Dengan cita yang besar, tinggi dan bening
Dengan ghairah untuk menerjemahkan cinta sebagai kerja
Dengan nurani, tempatmu berkaca tiap kali
Dan cinta yang selalu mendengarkan suara hati

Teruslah melanglang di jalan cinta para pejuang
Menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban
Menyeru pada iman
Walau duri merantaskan kaki
Walau kerikil mencacah telapak
Sampai engkau lelah, sampai engkau payah
Sampai keringat dan darah tumpah

Tetapi yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum
di jalan cinta para pejuang

……………………

Tidak sampai dua jam pada masa entry ini dipost, penantian selama hampir dua tahun bakal berakhir. Namun bukan keputusannya yang mahu saya ceritakan, tetapi cukup saya katakan saya tidak pernah menyesal untuk melalui jalan itu, memilih tempat itu, tempat yang telah mencampakkan saya di atas jalan cinta para pejuang.

Sehingga hari ini, sudah setahun lebih Encik Musab berada di atas jalan cinta para pejuang. Batang masih belum utuh, akar masih tidak kukuh, tunas masih belum tumbuh. Dan sepanjang tempoh itu masih belajar untuk mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya.

Mohon titipkan doa kalian buat perjalananku seterusnya, hingga khusnul khatimah.

Thursday, 4 July 2013

MESIR : ADA SINAR DI HUJUNG TEROWONG

Bangkitlah wahai Mesir, seperti ketika kekeringan dan kelaparan dahsyat mencengkam di zaman Khalifah Umar, engkaulah lumbung bumi nan dermawan

Bangkitlah wahai Mesir, seperti datang darimu wanita agung yang kami hayati iman teguhnya dalam tegukan zam-zam dan sa’ie dari Safa ke Marwa

Bangkitlah wahai Mesir, yang dari rahim salah seorang perempuanmu, lahir Ibrahim Ibn Muhammad, air mata Rasulullah berderai untuknya

Bangkitlah wahai Mesir, sebab bahkan budak-budak yang kau rajakan, Quthuz memapas penjajahan Monggol, Baybars mencerai-berai tentera salib

Bangkitlah wahai Mesir, seperti ‘Amr ibn Al ‘Ash kalahkan Arthabun, As Syafi’ie pindah padamu dan Salahuddin Al Ayubbi memulai peran darimu

Bangkitlah wahai Mesir, seperti kau jadi saksi Fathul Bari ditulis ibn Hajar, Al ‘Itqan ditulis As Suyuthi dan Al Azhar menjadi mercu ilmu

Bangkitlah wahai Mesir, seperti Allah titipkan padamu Al Banna dan jamaah Ikhwan yang diuji dalam besi dan api,  beku dan bakar, kurung dan bunuh

Dengan Sepenuh Cinta
Salim A Fillah

Bila melihat ujian yang Allah timpakan kepada pejuang Islam di Mesir, Ikhwanul Muslimin khususnya, aku terjadi malu dengan diri sendiri. Ratusan ahli ditangkap, pejabat-pejabat dibakar, ada sebahagian antara mereka dibunuh, difitnah media-media pro barat, tiada keadilan, tiada pembelaan. Aku meyakini, ujian-ujian ini menjadi bukti akan kesungguhan dan keikhlasan mereka bekerja demi agama Allah. Sekurang-kurangnya mereka punyai jawapan dihadapan Allah kelak.

Mesir mengajar kita pelbagai erti. Betapa tidak mudah untuk membawa kembali agama ini di saat Islam sudah kembali dagang. Betapa tidak mudah untuk meninggikan agama ini ketika diasak bertali arus, bertubi-tubi, dari pelbagai arah oleh tentera thaghut dan jahiliah. Betapa jalan dakwah dan tarbiah ini masih panjang, tidak pernah dijanjikan mudah dan senang, tidak pernah terjamin.

Mesir memberi kita seribu satu pelajaran. Betapa ujian Allah akan sentiasa menanti di atas jalan cinta para pejuang. Mehnah yang diberi sesuai dengan tahap keseriusan kita dalam arena dakwah ini. Malulah kita sebab masih lagi diuji dengan kekasih zaman silam. Malulah kita andai ujian meninggalkan keseronokan itu yang paling berat dirasa. Malulah kita sebab tidak mampu lagi berangkat baik di waktu senang mahupun susah. Malulah kita andai masih tidak kuat untuk tajarrud dalam memikul amanah ini.

Betapa aku cemburu padamu. Kau merelakan dirimu menjadi perisai untuk menghalang trak tentera. Kau merelakan nyawamu melayang saat dirimu nekad turun di jalanan bagi mempertahankan Islam. Kau merelakan anak-anakmu menjadi yatim, isteri-isterimu menjadi janda, suami-suamimu menjadi duda, untuk mempertahankan kebenaran yang kau yakini dan percaya. Tarbiah apakah yang kau terima? Sedang kami di sini masih lagi sayang sayang untuk menginfakkan harta, masih lagi mengeluh pada subuh kami yang kian hari kian gajah, masih lagi sedih mengenangkan amal-amal kami yang makin hari makin pudar.

Wahai ansarullah, ketahuilah hari ini hanya gerhana. Kelak suria pasti menjelma. Pertolongan Allah pasti akan datang. Kemenangan Islam pasti menjelang. Sungguh, aku yakin kemenangan adalah hak Allah, yang akan diberi pada saat kita sudah benar-benar bersedia untuk meraikan kemenangan itu. Dan aku pasti lagi percaya, Fi Zilalil Quran dan Ma'alim Fit Toriq sedang membina generasinya. Biar masa yang menentukan. 

Walaupun kalian tidak mengenaliku, aku tidak mengenali kalian, tetapi yakinlah hati-hati kita bertaut kerana-Nya, kerana kita hidup dengan ruh dan nadi yang sama. Ruh dakwah dan tarbiah. Semangat kalian menjadi aspirasi buat kami di sini. Ruh-ruh kalian menjalar dalam hati kami.

Kami di sini masih lagi menantikan kokokan ayam. Ah, terlalu lama rasanya untuk fajar menjelang. Apatah lagi suria mengembang.   

Dr  Morsi, kami bersamamu

Tuesday, 2 July 2013

DAN AKU MASIH GAGAL


Dulu aku bertanya, mengapa namamu yang berulangkali disebut-Nya
Dan kisahmu yang bertebar merambah hampir setiap surah
Bahkan Allah menetapkan, kau terkisah untuk menguatkan jiwa
Hati dan rasa seorang Nabi penutup masa

Ya, kini aku tahu..betapa tak mudah menjadimu hai Musa
Mengemban risalah dalam keadaan yang serba tak sempurna
Kau tak fasih bicara, sulit berkata-kata
Dan sebab khilaf masa lalu, kau tersalah membunuh

Maka saat wahyu turun, air matamu menitik, tubuhmu berpeluh,
Dalam kesedaran akan beratnya beban, kau mengeluh
“Bicaraku gagap, lidahku kelu, aku takut mereka akan mendustakanku..
dan pada mereka aku berdosa sungguh, aku takut akan dibunuh

Ya, kini aku tahu, sungguh tak mudah menjadimu,
Sebab dalam keterbatasan itu, Allah berikan untukmu lawan penuh kuasa
Perbendaharaannya kaya, kerajaannya luas, tenteranya perkasa
Punggawanya setia, lagi taat buta
Mengaku tuhan tertinggi, dia merasa berkuasa atas hidup dan mati
Dan kau..kau terhutang budi masa kecil padanya

Dan tahukah kau duhai Musa, kelak kaum yang kau pimpin
Yang kau bimbing bebas dari perbudakan tiran
Yang menyaksikan sejuta kuasa Allah menaungi mereka
Akan berlomba membangkangi Allah dan mendurhakaimu?

Malam ini ku susuri kisahmu, dan aku takjub
Atas takdir-Nya, masa lalumu tak sempurna
Kau terpilih memikul risalah suci, dan kau didustakan
Sedang Muhammad dipilih-Nya dari pribadi yang terjaga sempurna
Dia memikul risalah dengan gelar Al Amin yang masyhur sudah
Tapi diapun tetap didustakan

Mungkin sebab itulah kisahmu selalu menjadi penguat hatinya
Di saat-saat berat, Muhammad mengenangmu dan melirihkan gumam
“Semoga Allah menyayangi saudaraku Musa,
sungguh ia dicobai lebih menyakitkan dari ini”

Malam ini duhai Musa, ku susuri kisahmu
Aku tersenyum, Alhamdulillah, kau membuatku merasa
Beban-beban da’wah ini hanyalah seberkas kapas
Tapi disisi lain, menelisik ceritamu, mataku basah

“Ahh, surga, rasanya masih jauh, sangat jauh..”

Salim A Fillah
Namamu, Sang Rasul

*Dan aku masih gagal, untuk kuat memikul risalah ini, masih belajar untuk mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya

DALAM DEKAPAN UKHUWAH

Karena beda antara kau dan aku sering jadi sengketa
Karena kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
Karena satu kesalahanmu padaku seolah menghapus
Sejuta kebaikan yang lalu

Wasiat Sang Nabi itu rasanya berat sekali:
“Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara”

Mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
Menjadi kepompong dan menyendiri
Berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
Bertafakkur bersama iman yang menerangi hati
Hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
Melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia

Lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dekapan ukhuwah
Mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di bumi
Dengan persaudaraan suci; sebening prasangka, selembut nurani,
Sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekokoh janji

Dalam Dekapan Ukhuwwah
Salim A Fillah


Puisi nukilan indah, akh mahbub Salim A Fillah ini terlalu menyentuh hati saya. Entah kenapa. Mungkin kerana sekarang saya berada di fasa perpindahan. Menanti masa untuk terjun ke medan yang baru. Terlalu merindukan kenangan lalu. Saya tahu tidak wujud istilah perpisahan di jalan Allah. Kerna pada akhirnya, kita akan bertemu di syurga.

Namun..
Semua ke syurga kecuali dia. Ku bimbang dialah diriku.

IZINKAN AKU PERGI


Saat ku baca pesan-pesanmu,
Aku tersenyum kegirangan,
Kerana aku tahu namaku masih meniti dibibirmu,
Dan aku juga mahu kau tahu,
Namamu juga sering dihatiku

Aku baca sabda persaudaraan,
Bukankah tidak sempurna iman seorang mukmin itu,
Andai tidak mencintai saudaranya,
Seperti mana ia mencintai dirinya sendiri

Akhi, aku merindukan saat ketika dulu,
Lenggok jalan kita pernah seirama,
Nyanyian lagu merdu kita pernah senada,
Pipi kita pernah saling berlaga, 
Belum sempat tangan berjabat, jatuh kita dalam pelukan                            

Tapi akhi
Aku bukan aku yang kau kenal dahulu,
Aku tidak selincah dahulu,
Bahkan ada satu ketika,
Aku menerima tetamu di lorong gelap dahulu,
Yang tika dulu kau pimpin tanganku pergi meninggalkannya,
Maafkan aku akhi sayang,
Telah ku cemari ukhuwwah ini,
Dengan setitis nila di atas jalan cinta para pejuang

Bahkan aku malu untuk manatap matamu,
Apatah lagi mendengar lunak suaramu,

Lalu akhi,

Relakan aku pergi sebentar,
Mencari diri yang hilang,
Aku juga mahu seperti dirimu,
Terbang tinggi mengutip cinta di langit,
Lalu pulang menebar rindu di bumi.

Akhi,

Andai tidak ketemu lagi,
Kirimkan rindumu di angin lalu,
Moga sampai di telingaku hikmat cintamu,
Moga sunyi malam hadirkan aku di mimpimu,
Moga indah pagi membawa aku dalam ingatanmu,

Akhi

Ku doa kita dapat ketemu,

Tidak di sini moga di sana

-Si Cacat-

Monday, 1 July 2013

DARI MELBOURNE KE MESIR, ADA CINTA ANTARA KEDUANYA VI

Irfan memandu kereta Inspira R3 miliknya. Sesekali kereta itu meluncur laju memotong kereta-kereta dihadapan. Ummi dan ayahnya beserta dengan kedua-dua mertuanya turut serta dalam perjalanan itu namun mereka memandu kereta yang berbeza. Sengaja ingin memberi peluang kepada Irfan untuk berdua-duaan bersama isteri yang baru dinikahinya itu sebelum Irfan berlepas pulang ke Australia pada malam itu juga.
                                 
Suasana dalam kereta Inspira R3 itu sungguh ceria. Perjalanan malam itu dihiasi dengan gelak dan tawa mereka berdua. Sesekali Aisyah menghulurkan cubitan manja ke pinggang suaminya jika dirasakan gurauan Irfan terlalu nakal.

“Yang..agak-agak kan, kita nak berapa orang anak?”

“Erm..nak seratus bulih? hiks”

“Eeeii..main-main pulak dia ni, ingat orang ni ibu kucheng ke?”

Serentak dengan itu, satu cubitan singgah di paha kiri Irfan.

“Auww..sakitlah..ish, awak ni, suka sangat mencubit, habislah anak kita nanti, hehe”

“Anak-anak okay”

“Ops..hee”

“Huhu..”

Ceria. Bahagia. Gembira. Tidak tergambar perasaan mereka ketika itu. Dan kereta Inspira R3 terus meluncur melangkah masuk ke perkarangan masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur diikuti dengan Honda CR-V dan Proton Perdana berwarna hitam.

Mereka sekeluarga berkumpul di ruang legar KLIA untuk menikmati momen-momen bahagia  sebelum Irfan masuk ke balai pelepasan. Aisyah yang merupakan pelajar perubatan di Mesir akan pulang sedikit lewat iaitu dua minggu setelah kepulangan Irfan.

“Menantu ummi tak sedih ke suami nak pergi ni,” Dr Murshidah menggenggam tangan Aisyah. Senyuman nipis terpancar dari raut wajahnya.

“Ish ummi ni, my wife is a masculine woman okay, betul tak sayang?,” Irfan mengenyitkan mata ke arah isterinya. Sedikit manja.

Perbualan terus berjalan dengan rancak sehingga tibanya saat untuk Irfan bergerak ke balai pelepasan. Setelah berpeluk-pelukan dan bersalam-salaman bersama-sama ahli keluarga tersayang, Irfan menarik tangan isterinya ke satu sudut yang agak jauh dari kedudukan ahli keluarga yang lain.

“B..betul ni tak sedih?” Bahu Aisyah dipegang. Anak mata mereka bertemu.

“Kenapa nak sedih yang..kan awak pergi menuntut ilmu,” Aisyah tersenyum. Wajah suaminya ditatap penuh kasih dan sayang.

“That’s my baby,” Irfan mencuit hidung isterinya.

Pipi Aisyah kemerah-merahan. Malu. Terasa seperti semua mata memandang ke arah mereka ketika itu.

“B..this is for you..”

Irfan menghulurkan sebuah buku setebal satu inchi bertajuk “Buat Zaujati” karya Encik Musab kepada Aisyah. Aisyah menerimanya dengan senang hati. Dia menatap muka depan buku itu yang indah  berlatarbelakangkan gambar bahagian belakang seorang muslimah bertudung labuh berwarna merah yang sedang memandang ke arah laut.

“Janji ye habiskan buku ni before B balik ke Mesir,” Irfan berpesan sebelum melangkah pergi untuk ke balai pelepasan.

………………………………………………………………………………………………………………………………

Imran tekun menghadap ke arah computer sambil menaip sesuatu. Dia bertekad untuk menghabiskan assignmentnya petang itu juga. Kali ini dia tidak mahu menangguhkannya sehingga ke hujung minggu. Syaukat terlebih dahulu telah mengajaknya untuk pergi ke sebuah program yang akan diadakan di Canberra pada hujung minggu itu. Kata Syaukat program itu berkenaan dengan sejarah, ISK nama glamornya. Sebenarnya ketika mula-mula tiba di Australia, Irfan selalu mengajaknya untuk pergi ke program atau seminar yang dianjurkan pada setiap minggu, namun dia sering menolaknya dengan alasan mahu menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Namun tatkala melihat result peperiksaan Irfan yang sering cemerlang pada setiap semester walaupun sibuk menyertai pelbagai program, hatinya terdetik untuk terlibat sekali.

“Im..aku dah siap masak, jom makan,” Muaz menjengah ke dalam bilik Imran.

“Az, kau makan dulu eh, aku nak siapkan benda ni, ada sikit lagi,” balas Imran sambil memandang ke arah Muaz.

“Okeh, tapi kalau dah habis makanan tu aku kerjakan, jangan menyesal, hehe”

Jawapan Muaz itu diiringi hilai tawa. Imran turut tertawa. Geli hati melihat telatah sahabatnya yang sememangnya lucu itu.

Malam itu Imran dan Irfan bersiar-siar di Flagstaff Garden yang terletak berdekatan dengan pusat Bandar di Kota Melbourne. Hanya mereka berdua. Menikmati suasana tenang dan udara segar yang terdapat di situ sememangnya mampu memberi kelegaan kepada sesiapa sahaja yang bertandang ke situ.

“Fan, mesti best kan dah jadi suami orang?,” Imran memulakan bicara. Ketika itu mereka sudahpun duduk di atas sebuah kerusi panjang yang disediakan di situ.

“Haha..pelik je cara kau tanya ni Im, kenapa? Teringin nak jadi suami orang ke?,” Irfan membalas. Penuh bersahaja.

“Aku tak layak jadi suami sesiapa pun Fan”

Sedikit terkesima Irfan tatkala mendengar jawapan Imran. Kedengaran agak serius. Namun Irfan menghalau sejauh-jauhnya fikiran-fikiran negatif yang singgah di kepalanya. Suasana sunyi seketika. Masing-masing tenggelam dalam dunia sendiri.

“Eh, kau pergi kan program ISK minggu ni?,” Irfan cuba mengubah mood.

“InsyaAllah pergi, lagipun aku dah siapkan assignment petang tadi, sebenarnya tu program apa Fan?,” Imran bertanya. Ingin tahu.

“Ada lah..tak surprise lah bagitahu awal-awal. Tapi yang pasti, best!,” Irfan menjawab. Penuh yakin.

“Eleh, Syaukat cakap pasal sejarah, sejarah apa? Sejarah Malaysia?,”

Kata-kata Imran membuatkan Irfan sedikit tergelak.

“Apa lah kau ni Im, kalau sejarah Malaysia, tak payah buat program kot, sejarah agama kita,” balas Irfan. Ringkas.

Jawapan Irfan membuatkan suasana kembali sunyi. Imran menghantar pandangan jauh ke hadapan. Menerobos pepohon hijau yang terdapat di Flagstaff Garden itu. Seakan-akan ada sesuatu yang difkirkannya.

“Hmm, entah Tuhan ampunkan dosa aku ke tak,” Imran kembali bersuara.

Irfan yang ketika itu sedang menatap sesuatu di skrin Samsung Galaxy Note 3 miliknya sedikit tersentak mendengar kata-kata Imran itu. Namun dia cuba berlagak tenang.

“Im..Allah itu Maha Pengampun, Dia akan ampunkan semua dosa kita, asalkan kita ikhlas bertaubat pada Dia,” Irfan membalas lembut. Tangan kanannya diletakkan diatas paha kiri Imran.

“Tapi Fan…”

“Tapi apa Im? Tak baik Im kita meragui rahmat dan kasih sayang Allah,” Irfan memintas kata-kata Imran.

“Tapi aku pernah rogol orang Fan!”

Imran bersuara sedikir emosi. Dan Irfan terus terkesima.


 -[Part VI] – Bersambung