Bangkitlah wahai
Mesir, seperti ketika kekeringan dan kelaparan dahsyat mencengkam di zaman
Khalifah Umar, engkaulah lumbung bumi nan dermawan
Bangkitlah wahai
Mesir, seperti datang darimu wanita agung yang kami hayati iman teguhnya dalam
tegukan zam-zam dan sa’ie dari Safa ke Marwa
Bangkitlah wahai
Mesir, yang dari rahim salah seorang perempuanmu, lahir Ibrahim Ibn Muhammad,
air mata Rasulullah berderai untuknya
Bangkitlah wahai
Mesir, sebab bahkan budak-budak yang kau rajakan, Quthuz memapas penjajahan
Monggol, Baybars mencerai-berai tentera salib
Bangkitlah wahai
Mesir, seperti ‘Amr ibn Al ‘Ash kalahkan Arthabun, As Syafi’ie pindah padamu
dan Salahuddin Al Ayubbi memulai peran darimu
Bangkitlah wahai
Mesir, seperti kau jadi saksi Fathul Bari ditulis ibn Hajar, Al ‘Itqan ditulis
As Suyuthi dan Al Azhar menjadi mercu ilmu
Bangkitlah wahai
Mesir, seperti Allah titipkan padamu Al Banna dan jamaah Ikhwan yang diuji
dalam besi dan api, beku dan bakar,
kurung dan bunuh
Dengan Sepenuh
Cinta
Salim A Fillah
Bila melihat
ujian yang Allah timpakan kepada pejuang Islam di Mesir, Ikhwanul Muslimin
khususnya, aku terjadi malu dengan diri sendiri. Ratusan ahli ditangkap,
pejabat-pejabat dibakar, ada sebahagian antara mereka dibunuh, difitnah
media-media pro barat, tiada keadilan, tiada pembelaan. Aku meyakini,
ujian-ujian ini menjadi bukti akan kesungguhan dan keikhlasan mereka bekerja
demi agama Allah. Sekurang-kurangnya mereka punyai jawapan dihadapan Allah
kelak.
Mesir mengajar
kita pelbagai erti. Betapa tidak mudah untuk membawa kembali agama ini di saat
Islam sudah kembali dagang. Betapa tidak mudah untuk meninggikan agama ini
ketika diasak bertali arus, bertubi-tubi, dari pelbagai arah oleh tentera thaghut
dan jahiliah. Betapa jalan dakwah dan tarbiah ini masih panjang, tidak pernah
dijanjikan mudah dan senang, tidak pernah terjamin.
Mesir memberi
kita seribu satu pelajaran. Betapa ujian Allah akan sentiasa menanti di atas
jalan cinta para pejuang. Mehnah yang diberi sesuai dengan tahap keseriusan
kita dalam arena dakwah ini. Malulah kita sebab masih lagi diuji dengan kekasih
zaman silam. Malulah kita andai ujian meninggalkan keseronokan itu yang paling
berat dirasa. Malulah kita sebab tidak mampu lagi berangkat baik di waktu
senang mahupun susah. Malulah kita andai masih tidak kuat untuk tajarrud dalam
memikul amanah ini.
Betapa aku
cemburu padamu. Kau merelakan dirimu menjadi perisai untuk menghalang trak
tentera. Kau merelakan nyawamu melayang saat dirimu nekad turun di jalanan bagi
mempertahankan Islam. Kau merelakan anak-anakmu menjadi yatim, isteri-isterimu
menjadi janda, suami-suamimu menjadi duda, untuk mempertahankan kebenaran yang
kau yakini dan percaya. Tarbiah apakah yang kau terima? Sedang kami di sini
masih lagi sayang sayang untuk menginfakkan harta, masih lagi mengeluh pada
subuh kami yang kian hari kian gajah, masih lagi sedih mengenangkan amal-amal
kami yang makin hari makin pudar.
Wahai ansarullah, ketahuilah hari ini hanya gerhana. Kelak suria pasti menjelma. Pertolongan Allah pasti akan datang. Kemenangan Islam pasti menjelang. Sungguh, aku yakin kemenangan adalah hak Allah, yang akan diberi pada saat kita sudah benar-benar bersedia untuk meraikan kemenangan itu. Dan aku pasti lagi percaya, Fi Zilalil Quran dan Ma'alim Fit Toriq sedang membina generasinya. Biar masa yang menentukan.
Walaupun kalian tidak mengenaliku, aku tidak mengenali kalian, tetapi yakinlah hati-hati kita bertaut kerana-Nya, kerana kita hidup dengan ruh dan nadi yang sama. Ruh dakwah dan tarbiah. Semangat kalian menjadi aspirasi buat kami di sini. Ruh-ruh kalian menjalar dalam hati kami.
Wahai ansarullah, ketahuilah hari ini hanya gerhana. Kelak suria pasti menjelma. Pertolongan Allah pasti akan datang. Kemenangan Islam pasti menjelang. Sungguh, aku yakin kemenangan adalah hak Allah, yang akan diberi pada saat kita sudah benar-benar bersedia untuk meraikan kemenangan itu. Dan aku pasti lagi percaya, Fi Zilalil Quran dan Ma'alim Fit Toriq sedang membina generasinya. Biar masa yang menentukan.
Walaupun kalian tidak mengenaliku, aku tidak mengenali kalian, tetapi yakinlah hati-hati kita bertaut kerana-Nya, kerana kita hidup dengan ruh dan nadi yang sama. Ruh dakwah dan tarbiah. Semangat kalian menjadi aspirasi buat kami di sini. Ruh-ruh kalian menjalar dalam hati kami.
Kami di sini
masih lagi menantikan kokokan ayam. Ah, terlalu lama rasanya untuk fajar
menjelang. Apatah lagi suria mengembang.
![]() |
| Dr Morsi, kami bersamamu |

Semoga Allah merahmati umat islam yg ditindas di bumi Mesir,Syria,Palestin,Rohingya,juga di seluruh dunia am nya .
ReplyDeleteMesir pernah menggegar dunia dgn Asiah,Masyitah,Musa,dan Harun (alaihissalam) .
Moga bumi mesir akan bersinar kembali..
Nur : Biidznillah, in sha Allah (Y)
ReplyDelete