Sahaja aku naik saksi
bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan sahaja aku naik
saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Mengikut percaturan
matematik saya, sekurang-kurangnya sembilan kali kita mengungkapkan kalimah ini
dalam sehari bagi yang lengkap solat fardu lima waktunya. Bagi yang tak
lengkap, silalah bertaubat sebelum ajal mendekat. Pesanan penaja hari ini.
Sembilan kali..
Sembilan kali
ye. Banyak tu. Itu belum lagi termasuk yang istiqamah melaksanakan solat sunat
rawatib, solat sunat taubat dan beraneka jenis solat-solat sunat yang ada di
pasaran ibadah. Tidak ketinggalan juga solat sunat istikharah bila nak kawen.
Banyak..Banyak kali kita lafazkan kalimah syahadah ini.
Dulu masa saya
sekolah pun ada seorang ustaz yang ingatkan kami untuk selalu bersyahadah pada
setiap kali free-time. Habis study, bersyahadah. Lepas main bola petang-petang,
bersyahadah. Nak verify iman katanya. Betullah tu. Pointnya kat sini, baaanyak
yang terlalu kita bersyahadah dalam sehari. Boleh jadi seratus, boleh jadi
seribu bahkan berjuta. Ok. Hiperbola sedikit di situ.
Arakian…
Apakah
pengertian sebenar syahadah yang kita ungkapkan itu? Adakah ianya hanya sekadar
alat untuk verify iman? Ataupun hanya sekadar pra-syarat untuk mendapatkan cop “sah”
solat?
Sekian lama
persoalan-persoalan ini dibiarkan tanpa jawapan. Maka hari ini, saya memaksa
diri saya untuk merungkai fakta demi fakta, dengan niat untuk menghentikan
sebarang polemik lantas menatijahkan sebuah kefahaman berasaskan syahadah yang
hakiki.
Demi redha
Allah..
Hamboi ayat..
Begini
ceritanya. Setelah muncul dengan siri penulisan Kembara Tarbiah, kini saya
mengembangkan lagi sayap penulisan blog ini dengan meng’initiate’kan siri
penulisan Syahadatul Haq. Siri penulisan Syahadatul Haq ini bolehlah dikatakan
sebagai sambungan dan rentetan daripada siri penulisan Kembara Tarbiah sebelum
ini.
Bagi anda yang tidak
berkesempatan untuk mengikuti Kembara Tarbiah dek kesibukan study ke, kerja ke,
jahit baju ke, pihak penaja sangat menggalakkan anda untuk membaca dahulu
siri-siri penulisan Kembara Tarbiah secara berturutan sebelum anda mengikuti siri penulisan
Syahadatul Haq ini. Kesemua link untuk siri-siri penulisan Kembara Tarbiah
sudahpun selamat ditampal dibahagian kanan blog ini.
Sebenarnya saya
pun pening juga memikirkan bagaimana nak memulakan siri penulisan Syahadatul
Haq ini. Fikir-punya fikir, maka saya pun berijtihdad, adalah molek dan anggun
sekali jika saya memulakan dengan pembedahan kalimah syahadah.
Maka mari kita
membedah kalimah agung ini bahagian demi bahagian..
Saya
membahagikan kalimah syahadah kepada dua bahagian..
Bahagian pertama
ialah kesaksian bahawasanya Allah itu Tuhan yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya,
dan bahawasanya hanya Dia sahaja yang layak disembah.
Bahagian kedua
pula kesaksian bahawasanya Muhammad itu adalah utusan Allah, diutuskan oleh-Nya
untuk menyebarkan Islam sebagai rahmat kepada sekalian alam.
Baiklah..
Jadi apa korelasinya antara kedua-dua pembahagian syahadah dengan kehidupan kita?
Jadi apa korelasinya antara kedua-dua pembahagian syahadah dengan kehidupan kita?
Relax sebentar
dengan teh kurang manis..
Ok sambung
balik..
Begini. Kalimah
syahadah terdiri daripada kedua-dua kesaksian ini. Tidak boleh beriman dengan
salah satu sahaja bahkan wajib untuk kita mengimani kedua-duanya.
Percaya kepada
Allah tetapi tidak Rasulullah menyebabkan kita akan tersesak nafas lantas
tenggelam dalam lautan kehidupan. Percaya kepada Rasulullah tetapi tidak Allah
itu berat nanang yang tersangat.
Dalam kesaksian
yang pertama, kita mengimani keesaan Allah. Perhatikan. Di sini kaedah penafian
dan kemudiannya penetapan digunakan.
La ilaaha (TIADA
sembahan) : Penafian. Menafikan adanya sembahan.
Illallah (SELAIN
Allah) : Penetapan. Menetapkan bahawasanya HANYA Allah yang layak disembah.
Justeru, saat
melafazkan kesaksian yang pertama ini, kita sudahpun seharusnya membersihkan
hati dan perlakuan kita daripada sebarang unsur-unsur syirik dan
mempersekutukan Allah.
Dalam kesaksian
yang kedua pula, ianya mengandungi elemen perakuan. Ala-ala akuan bersumpah
gitu. Kita memperakui bahawasanya Muhammad S.A.W adalah utusan Allah.
Kesaksian yang
kedua ini bersangkut paut dengan kesaksian yang pertama. Justeru, pada saat
kita memperakui keesaan Allah, dan memperakui kerasulan Muhammad S.A.W, lantas
sewajarnya bahkan sewajibnya kita mengikuti apa yang diajari Muhammad S.A.W
tanpa menambah apatah lagi mengurangkan walau sedikitpun.
Justeru, dapat disimpulkan…
Syahadah yang
pertama lawan kepada SYIRIK (mempersekutukan Allah)
Syahadah yang
kedua lawan kepada BIDAAH (tokok tambah dalam agama)
Inilah dia makna
disebalik kalimah syahadah yang kita ungkapkan sekurang-kurangnya sembilan kali
sehari semalam itu. Lantas selepas ini sewajarnya kita menghayati serta memahami tuntutan
di sebalik syahadah ini.
Untuk siri penulisan
yang pertama ini, dapat saya simpulkan tuntutan yang menjadi prioriti di sini
adalah untuk kita memperkasakan akidah kita dalam mentauhidkan Allah. Kemudian
untuk check semula amalan-amalan kita sama ada ianya disandarkan kepada
Rasulullah atau hanya sekadar tokok tambah yang diwarisi secara turun-temurun.
Begitulah
tuntutan syahadah.
Sebenarnya ada
banyak lagi tuntutan di sebalik syahadah yang begitu mudah dihafaz dan
dituturkan ini. Justeru, pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti siri
penulisan Syahadatul Haq ini. Jangan lupa ajak sekali jiran-jiran berdekatan.
Sehingga bertemu lagi. Moga Allah redha..



