Monday, 11 November 2013

Kembara Tarbiah #7 : Jangan Jadi Macam Dolano

(..)
Dolano merupakan ketua kelas 5 Bestari. Dia telah dilantik oleh guru kelasnya, Cikgu Popo dek kerana kredibiliti dan populariti yang ada pada diri Dolano. Kalau Dolano ni dah besar, saya syak dia boleh jadi Perdana Menteri Malaysia. Parti mana tu rahsia.

Dipendekkan cerita..

Pada suatu hari yang cemerlang, terjadi suatu perbualan antara Dolano dan Cikgu Popo..

“Dolano, cikgu ada tugas untuk kamu..”

Cikgu Popo memulakan bicara. Bebola mata Cikgu Popo kelihatan serius.

“Apa dia cikgu? Saya sedia menjalankan tugas!”

Semangat betul Dolano menjawab. Nak membodek la katakan.

“Cikgu nak kamu beli barang-barang ni..”

Cikgu Popo menghulurkan sekeping kertas kepada Dolano. Cikgu Popo masih lagi serius.

“Baik cikgu!”

Tanpa berlengah masa, Dolano pantas menyambar kertas dari tangan Cikgu Popo lalu berlalu pergi. Tapi belum pun beberapa langkah diatur…

“Eh Dolano! Tunggu kejap..”

“Awak jangan beli apa-apa kecuali yang saya tulis atas kertas tu!!”

Begitulah Cikgu Popo mengakhiri arahannya. Tegas dan berwibawa.

Dipendekkan cerita lagi..

Pada keesokan harinya, setelah tugasnya diselesaikan dengan jayanya, Dolano pun pergilah menghadap Cikgu Popo dengan harapan untuk mendapat pujian dan rekomendasi untuk jawatan Ketua Umum. Yela. Takkan Ketua Kelas je kot..

Namun harapan tinggal harapan.

Ternyata Cikgu Popo amat kechiwa dengan Dolano.

“Eh Dolano! Awak ni tak dengar ke apa yang saya pesan semalam?”

“Kan saya suruh beli apa yang saya tulis atas kertas tu je!”

“Yang awak memandai beli benda-benda lain ni apasal?!”

Waduh. Ribut dong. Cikgu Popo punya mengamuk dah macam orang kena histeria.

“Ohh cikgu, tenang aja..saya dah buat kira-kira, bajet kita tak lari punya..”

Konfiden je Dolano menjawab. Harapnya dengan kegeniusannya itu, dapatlah meredakan kemarahan Cikgu Popo. Tapi…sekali lagi sangkaan Dolano meleset.

“Eh Dolano! Awak jangan pandai-pandai. Saya ni cikgu awak tahu?!!”

*******

Dalam kisah di atas, kita semua boleh nampak apa punya perangai la budak Dolano ni. Arahan yang diberi oleh Cikgu Popo tu dah cukup crystal clear dah, kalau ada benda yang lagi clear dari crystal, clear macam benda tu lah. Pointnya, arahannya cukup jelas.

Akan tetapi, si Dolano ni pulak memandai-mandai je ikut kepala otak sendiri. Dalam kertas tu suruh beli kapur putih dua kotak, dia pergi borong sekali kapur pink, coklat, hijau taik lembu dan segala bagai.

Nampak macam proaktif di situ, tetapi yang sebenarnya, tak dengar arahan. Kot kot la cikgu Popo nak gunakan duit lebihan belanja tu untuk benda lain, namun disebabkan Dolano tak dengar cakap, dah spoil semua plan.

Sebenarnya, dalam kehidupan ni, ramai yang macam Dolano. Kadang-kadang saya pun..

“Aku TIDAK menciptakan jin dan manusia KECUALI agar mereka beribadah kepada-Ku”
(Az Zariyat : 56)

Ayat ni jelas, terang lagi bersuluh. Allah sebut Dia tak menciptakan kita semua ni termasuklah jin-jin yang ada kecuali untuk beribadah kepada Dia. Maksudnya di sini, hidup kita atas dunia ni memang untuk beribadah je. Beribadah itu seolah-olah bidang pengkhususan untuk kita.

Rasanya semua yang baca blog ni dah sedia maklum kewujudan ibadah umum so saya taknak ulas panjang-panjang kat sini. Secara mudahnya, ibadah umum ni apa-apa yang dibuat dan diniatkan kerana Allah. Macam study kerana Allah, beriadah kerana Allah dan sebagainya.

Begitulah..

Kita ni 24 hours hamba kepada Allah. So bila di suruh beribadah je, jangan buat benda lain, kita kena ikut la. Kalau Dolano yang tak ikut cakap Cikgu Popo pun dah di kira memandai-mandai, apatah lagi kalau kita tak follow arahan Tuhan.

Justeru?

No comments:

Post a Comment