Friday, 15 November 2013

Kembara Tarbiah #10 : Siapa Saya?

Siapa Saya?

Post ini bukan bertujuan untuk mereveal identiti Encik Musab yang sebenarnya. Eheh. Lagipun takde apa yang nak direvealkan kerana Musab memang nama sebenar saya. Secara tersiratnya. Sekian.

Justeru..

Siapa saya? Siapa anda? Siapa kita? Siapa Dato’ Seri Najib Razak?

Intro.

Dahulunya saya seorang yang bermotivasi tinggi yang tersangat kesan daripada menghadiri pelbagai program motivasi baik pro kerajaan mahupun pro pembangkang. Haha. Ok. Sila muntah sekarang. Tapi serius, sebab ketika itu bila ditanya siapa saya, saya suka memperkenalkan diri saya sebagai seorang figura yang saya cita-citakan. Perangsang motivasi gitu.

Semasa masih lagi berada di zaman kena bangun pagi, pergi sekolah, hadiri perhimpunan pagi, saya bercita-cita menjadi seorang inginiur (engineer) yang berjaya. Cewah. Maka di sebabkan itu, bila ditanya siapa saya, saya akan menjawab…

“I am a future engineer..”

Begitulah. Ketika di zaman dunialah segala-galanya. Ketika masih belum mendapat kefahaman tentang Islam yang sebenar. Ketika di zaman kanak-kanak ribena. Heh.

Abang engineer yang hensemm
Namun bak kata pepatah, tarbiah merubah segalanya.

Saya turut tidak terkecuali daripada terkena penangan tarbiah ini. Yang sekaligus telah menanggalkan kaca mata lama yang sekian lama terlekat di mata saya, lantas menggantikannya dengan kaca mata yang baru, iaitu kaca mata Islam.

Dan sesungguhnya, kaca mata Islam inilah yang saya gunakan untuk mendefine diri saya yang sekarang.

Siapa saya? Cewah.

Secara keseluruhannya, terlalu banyak entiti ataupun imej yang boleh digunakan untuk memperkenalkan diri saya.

Antaranya..

Saya seorang pelajar..
Saya seorang yang berbangsa melayu..
Saya seorang lelaki..
Saya ahli persatuan lelaki kachak bergaya (kofff)

Ini belum masuk lagi kelab-kelab bawah tanah yang saya sertai, sukan-sukan yang saya ceburi, sekolah-sekolah yang pernah saya pergi dan sebagainya. Senang cerita ada banyak la identiti atau imej yang boleh digunakan untuk mendefine siapa saya.

Lantas identiti manakah yang patut saya gunakan? Yang patut saya utamakan? Atau yang paling penting, yang patut saya BANGGAkan?

Maka di sinilah kefahaman yang benar terhadap Islam memainkan peranan yang cukup besar.

Dengan memahami dan mengimani bahawasanya kita semua diciptakan oleh Allah di atas bumi ini adalah semata-mata untuk menjadi ABID dan KHALIFAH, kita seharusnya bahkan sewajibnya mengerti bahawa pengiktirafan tersebut hanya akan mampu kita laksanakan tatkala kita sudahpun bergelar seorang muslim.

Justeru, at the very first stage, kita adalah seorang muslim.

Itulah identiti yang patut kita war-warkan, yang patut kita prioritizekan tatkala ingin memperkenalkan diri kita kepada dunia.

Saya adalah seorang muslim yang belajar.
Saya adalah seorang muslim yang berbangsa melayu.
Saya adalah seorang muslim yang menganggotai kelab lelaki kachak bergaya.
Saya adalah seorang muslim yang……..(the list goes on)

Pokok pangkalnya muslim itu mesti datang dahulu.

Itulah identiti kita. Itulah kebanggaan kita. Itulah “pekerjaan” kita.

Maka siapa saya?

Saya seorang muslim. Hoyeah!! Eh eh. Alhamdulillah. Eheh. 

No comments:

Post a Comment