“Kak Farah..”
“Iyeee..?”
“Hani nak…”
“Hani nak apa..?”
“Hani nak
kawen..”
“Haaaa??”
“Eh. Tak tak..”
“Ish, adik akak
ni, nak apa sebenarnya?”
Kak Farah
genggam tapak tangan Hani. Erat dan ketat. Ruang solat wanita di Kolej Kasturi
ketika itu kosong. Barangkali warga muslimat kolej itu sedang melaksanakan misi
mencari sesuap nasi. Antara maghrib dan Isyak.
“Hani nak tanya
sumthing”
“Ofkos la Hani
boleh tanya akak..anything..everything..”
Kak Farah
senyum. Tinggi sungguh inkuiri hadek usrahnya sorang ni. Terkehadapan berbanding
hadek-hadek yang lain. Tapi kadang-kadang terlebih inkuiri pun tak bagus jugak.
“Hmm hmm..kan
masa liqa’ hari tu kak Farah ada cakap pasal khalifah..”
“Hmm..ok..ada
apa-apa yang Hani tak faham ke?”
“Hani tak faham
la tugas sebenar khalifah ni macam mana?”
Okeh. Sekarang
Kak Farah dah boleh agak persoalan yang membelenggu fikiran hadeknya sorang ni.
Bukan Hani sorang je yang selalu salah faham pasal ni, ramai lagi, sama ada
yang dah join usrah mahupun yang belum yang tersalah faham tentang definisi dan
tugas khalifah.
“Hm, Hani boleh tolong
ambilkan Al Quran kat atas para tu?”
Sebenarnya boleh
je Kak Farah nak explain pasal ni tanpa refer kepada Al Quran. Tapi itulah. Tarbiah
kita bersifat Rabbaniyah. Dalam usaha nak mentarbiah, biasakan diri untuk gunakan
Al Quran walaupun sesimple-simple
perkara. Supaya hadek-hadek usrah kita biasa dengan Al Quran. Supaya mereka
rapat dengan Al Quran.
“Akak..nah..”
Hani hulurkan
senaskah Al Quran terjemahan bewarna kuning kepada Kak Farah. Al Quran terjemahan
bewarna pink pula untuk dirinya.
“Bismillahirrahmanirrahim..”
Kak Farah buka Al
Quran itu ke muka surat enam. Surah Al Baqarah ayat ke tiga puluh. Haa. Ni lagi
satu nak sentuh. Biasakan diri mulakan sesuatu dengan basmalah. Tahu tak wajib.
Tapi tu kira macam mentajdid niat juga. Membetulkan kompas dan ghayah (tujuan)
kita. So why not?
“Dan (ingatlah)
ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, ‘Aku ingin menjadikan KHALIFAH
di muka bumi’...”
(Al Baqarah :
30)
Kak Farah baca
ayat itu sehingga habis. Kemudian Kak Farah pandang Hani. Mata Hani masih lagi
memanah pada helaian Al Quran itu. Tak berkedip-kedip.
*******
Sila berasa
kechiwa. Kisah ini sudah tamat di sini. Sebab Kak Farah dah serahkan kepada
Encik Musab untuk terangkan pasal tugas Khalifah ni. Maka haruslah saya
menggalas tugas ini dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Ewah!
Baiklah. Apa
yang anda faham tentang KHALIFAH?
Eh sebelum tu,
kena pastikan semua dah clear pasal tujuan hidup yang pertama, iaitu menjadi
ABID. Menjadi abid ni bererti menjadi hamba sepenuh masa kepada Allah.
Beribadah sepanjang masa. Ibadah khusus ataupun ibadah umum.
Bila dah faham
tugas abid ni, baru la senang nak terangkan pasal KHALIFAH. Sebab saya lebih
suka guna analogi nak terangkan pasal ni.
Begini, pabila
kita sudahpun bergelar seorang ABID, justeru kita sebenarnya sudahpun duduk
dalam sebuah kandang yang digelar KANDANG IBADAH. Di sini gambarnya..
| Sila click untuk pembesaran |
So berdasarkan
gambar di atas, bagi anda yang benar-benar menghayati tugas seorang ABID, anda
sudahpun duduk dalam Kandang Ibadah yang berbentuk bujur itu. Tapi tapi tapi..
Still masih ada
lagi insan-insan malang yang terus hanyut di luar Kandang Ibadah itu, yang
still tak sedar bahawasanya mereka adalah hamba sepenuh masa kepada Allah..
Maka di sinilah
datangnya tugas KHALIFAH. Anda yang sudahpun berada dalam Kandang Ibadah tu tak
boleh lah nak seronok seronok makan sorang kat situ. Kena ada usaha nak tarik
insan-insan yang hanyut itu, supaya mereka boleh bergembira bersama dalam
Kandang Ibadah.
Macam mana nak
tarik?
Aha. Gunalah
lasso.
Lasso ni apa?
Nanti, dalam Kembara Tarbiah akan datang kita akan ulas apakah itu lasso.
No comments:
Post a Comment