Dulu semasa saya
menuntut di Kolej Maha Busy, seorang akh pernah mengingatkan saya..
“Dalam
penghujung sebuah kehidupan, dalam segala aspek yang kita sentuh, kita
laksanakan, setiap keputusan yang dibuat, biarlah target penghujungnya adalah
sorga..”
Ramai orang
kerja susah-susah, membanting tulang siang malam, semata-mata cepat kaya.
Raaaaamai orang
pulun study, stay up sampai subuh, hanya sebab nak score exam.
Sedikit demi
sedikit, matlamat sorga semakin dilupakan, kian hilang ditelan arus masa.
Seolah-olah cerita tentang keindahan
sorga langsung tidak pernah sampai ke corong telinga kita. Sedangkan pada fasa
awal penyebaran dakwah oleh Rasulullah, baaanyak sangat Rasulullah cerita
tentang sorga.
Maka hari ini,
dengan penuh kerendahan hati, saya ingin mengajak diri saya dan kalian semua
untuk membetulkan semula kompas hidup kita. Agar kita tidak hanyut lagi. Agar
kita dapat mendayung perahu kehidupan ini menuju destinasinya yang benar.
Dan agar kita
dapat membezakan antara ALAT dan MATLAMAT.
Sememangnya
menjadi kewajipan seorang yang mengaku dirinya ABID dan KHALIFAH untuk
mengenalpasti apakah matlamat yang ingin dicapainya, dan bagaimana untuk
menggunakan segala alat-alat yang ada di sekelilingnya untuk mencapai
matlamatnya itu.
Antara ALAT dan
MATLAMAT. Raaamai yang terkeliru. Akhirnya hanyut dibawa arus.
Justeru, apain
sih matlamat kita yang sebenar-benarnya?
“Wahai jiwa-jiwa
yang tenang!”
“Kembalilah
kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya”
(Al Fajr :
27-28)
Ini lah dia apa
yang kita buru sepanjang kehidupan kita. Redha Allah. Pada setiap hela nafas,
pada setiap titis peluh, bahkan pada setiap lelehan darah, kita sepatutnya mengharapkan
redha Allah sebenarnya. Bukan pangkat dan kekayaan, bukan gred dan
kecemerlangan, bukan segalanya, tapi redha Allah.
Maka setelah
dijelaskan matlamat ini, justeru kita sudah mampu untuk mengenalpasti alat-alat
yang boleh digunakan untuk mencapai redha Allah. Boleh jadi study, boleh jadi
perkahwinan, boleh jadi kerja, boleh jadi main bola, boleh jadi semuanya.
Asalkan matlamatnya satu, iaitu redha Allah.
Tapi…
Ada orang dia
pulun study sampai lewat malam, sampai terlajak subuh. Lepas tu selamba je cakap..
“Belajar tu kan
ibadah, nak cari redha Allah..”
Di sinilah
terjadinya satu fenomena yang kita gelar sebagai “Alat Tunggangi Matlamat”. Maksudnya di sini, kefahamannya
tentang ALAT dan MATLAMAT bersimpang-siur, bercelaru lagi mencelarukan. How
come redha Allah boleh di capai dengan cara seperti itu?
Contoh lain..
Main bola waktu
petang pun boleh dijadikan ALAT untuk mencapai MATLAMAT, iaitu redha Allah.
Tapi bila main sampai tak ingat dunia, dah azan maghrib, time tu la sibuk nak tendang
penalti, maka main bola di sini bukan lagi ALAT untuk mencapai redha Allah.
Nampak tak?
Justeru sidang
pembaca yang hensem dan solehah..
Jangan keliru
antara ALAT dan MATLAMAT. Sekali anda keliru, pasti hanyut. Pasti..
Eh eh. Tapi
macam mana pulak yang akh yang pesan kat saya masa awal-awal tadi, yang
ingatkan saya untuk jadikan syurga sebagai matlamat dalam apa sahaja yang saya
buat?
Aha. Sebenarnya
betul lah tu apa yang akh tu cakap. Cuba tengok sambungan ayat surah Al Fajr
tu.
“Maka masuklah
ke dalam golongan hamba-hamba-Ku.”
“Dan masuklah ke
dalam SYURGA-Ku.”
(Al Fajr :
29-30)
Sebab pada
akhirnya destinasi yang mahu kita tuju hanya satu, iaitu syurga. Maka tidak
salahlah bermatlamatkan syurga. Dan sebenarnya, bila kita bermatlamatkan
syurga, bermakna kita juga memburu redha Allah. Sebab syurga itu hanya dianugerahkan
kepada insan-insan yang diredhai-Nya.
Dan setakat ni,
saya tak pernah lagi jumpa orang yang tak kisah masuk neraka, asalkan dapat
redha Allah. Kalau ada, mohon siasat akidah dia. Kot kot ajaran sesat abad ke
21.
Maka setakat ini
dahulu. Hingga bertemu lagi dalam Kembara Tarbiah yang seterusnya.
Moga saya, anda dan mereka dikurniakan istiqamah untuk memburu redha Allah..
Moga saya, anda dan mereka dikurniakan istiqamah untuk memburu redha Allah..
No comments:
Post a Comment