Wednesday, 20 November 2013

Syahadatul Haq #1 : Sebuah Pengenalan

Sahaja aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan sahaja aku naik saksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Mengikut percaturan matematik saya, sekurang-kurangnya sembilan kali kita mengungkapkan kalimah ini dalam sehari bagi yang lengkap solat fardu lima waktunya. Bagi yang tak lengkap, silalah bertaubat sebelum ajal mendekat. Pesanan penaja hari ini.

Sembilan kali..

Sembilan kali ye. Banyak tu. Itu belum lagi termasuk yang istiqamah melaksanakan solat sunat rawatib, solat sunat taubat dan beraneka jenis solat-solat sunat yang ada di pasaran ibadah. Tidak ketinggalan juga solat sunat istikharah bila nak kawen. Banyak..Banyak kali kita lafazkan kalimah syahadah ini.

Dulu masa saya sekolah pun ada seorang ustaz yang ingatkan kami untuk selalu bersyahadah pada setiap kali free-time. Habis study, bersyahadah. Lepas main bola petang-petang, bersyahadah. Nak verify iman katanya. Betullah tu. Pointnya kat sini, baaanyak yang terlalu kita bersyahadah dalam sehari. Boleh jadi seratus, boleh jadi seribu bahkan berjuta. Ok. Hiperbola sedikit di situ.

Arakian…

Apakah pengertian sebenar syahadah yang kita ungkapkan itu? Adakah ianya hanya sekadar alat untuk verify iman? Ataupun hanya sekadar pra-syarat untuk mendapatkan cop “sah” solat?

Sekian lama persoalan-persoalan ini dibiarkan tanpa jawapan. Maka hari ini, saya memaksa diri saya untuk merungkai fakta demi fakta, dengan niat untuk menghentikan sebarang polemik lantas menatijahkan sebuah kefahaman berasaskan syahadah yang hakiki.

Demi redha Allah..

Hamboi ayat..

Begini ceritanya. Setelah muncul dengan siri penulisan Kembara Tarbiah, kini saya mengembangkan lagi sayap penulisan blog ini dengan meng’initiate’kan siri penulisan Syahadatul Haq. Siri penulisan Syahadatul Haq ini bolehlah dikatakan sebagai sambungan dan rentetan daripada siri penulisan Kembara Tarbiah sebelum ini.   

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk mengikuti Kembara Tarbiah dek kesibukan study ke, kerja ke, jahit baju ke, pihak penaja sangat menggalakkan anda untuk membaca dahulu siri-siri penulisan Kembara Tarbiah secara berturutan sebelum anda mengikuti siri penulisan Syahadatul Haq ini. Kesemua link untuk siri-siri penulisan Kembara Tarbiah sudahpun selamat ditampal dibahagian kanan blog ini.  

Sebenarnya saya pun pening juga memikirkan bagaimana nak memulakan siri penulisan Syahadatul Haq ini. Fikir-punya fikir, maka saya pun berijtihdad, adalah molek dan anggun sekali jika saya memulakan dengan pembedahan kalimah syahadah.

Maka mari kita membedah kalimah agung ini bahagian demi bahagian..

Saya membahagikan kalimah syahadah kepada dua bahagian..

Bahagian pertama ialah kesaksian bahawasanya Allah itu Tuhan yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, dan bahawasanya hanya Dia sahaja yang layak disembah.

Bahagian kedua pula kesaksian bahawasanya Muhammad itu adalah utusan Allah, diutuskan oleh-Nya untuk menyebarkan Islam sebagai rahmat kepada sekalian alam.

Baiklah.. 

Jadi apa korelasinya antara kedua-dua pembahagian syahadah dengan kehidupan kita?

Relax sebentar dengan teh kurang manis..

Ok sambung balik..

Begini. Kalimah syahadah terdiri daripada kedua-dua kesaksian ini. Tidak boleh beriman dengan salah satu sahaja bahkan wajib untuk kita mengimani kedua-duanya.

Percaya kepada Allah tetapi tidak Rasulullah menyebabkan kita akan tersesak nafas lantas tenggelam dalam lautan kehidupan. Percaya kepada Rasulullah tetapi tidak Allah itu berat nanang yang tersangat.

Dalam kesaksian yang pertama, kita mengimani keesaan Allah. Perhatikan. Di sini kaedah penafian dan kemudiannya penetapan digunakan.

La ilaaha (TIADA sembahan) : Penafian. Menafikan adanya sembahan.

Illallah (SELAIN Allah) : Penetapan. Menetapkan bahawasanya HANYA Allah yang layak                                                          disembah.

Justeru, saat melafazkan kesaksian yang pertama ini, kita sudahpun seharusnya membersihkan hati dan perlakuan kita daripada sebarang unsur-unsur syirik dan mempersekutukan Allah.

Dalam kesaksian yang kedua pula, ianya mengandungi elemen perakuan. Ala-ala akuan bersumpah gitu. Kita memperakui bahawasanya Muhammad S.A.W adalah utusan Allah.

Kesaksian yang kedua ini bersangkut paut dengan kesaksian yang pertama. Justeru, pada saat kita memperakui keesaan Allah, dan memperakui kerasulan Muhammad S.A.W, lantas sewajarnya bahkan sewajibnya kita mengikuti apa yang diajari Muhammad S.A.W tanpa menambah apatah lagi mengurangkan walau sedikitpun.

Justeru,  dapat disimpulkan…

Syahadah yang pertama lawan kepada SYIRIK (mempersekutukan Allah)

Syahadah yang kedua lawan kepada BIDAAH (tokok tambah dalam agama)

Inilah dia makna disebalik kalimah syahadah yang kita ungkapkan sekurang-kurangnya sembilan kali sehari semalam itu. Lantas selepas ini sewajarnya kita menghayati serta memahami tuntutan di sebalik syahadah ini.

Untuk siri penulisan yang pertama ini, dapat saya simpulkan tuntutan yang menjadi prioriti di sini adalah untuk kita memperkasakan akidah kita dalam mentauhidkan Allah. Kemudian untuk check semula amalan-amalan kita sama ada ianya disandarkan kepada Rasulullah atau hanya sekadar tokok tambah yang diwarisi secara turun-temurun.

Begitulah tuntutan syahadah.

Sebenarnya ada banyak lagi tuntutan di sebalik syahadah yang begitu mudah dihafaz dan dituturkan ini. Justeru, pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengikuti siri penulisan Syahadatul Haq ini. Jangan lupa ajak sekali jiran-jiran berdekatan.

Sehingga bertemu lagi. Moga Allah redha..

Monday, 18 November 2013

Yang Bernama Ghuraba'

Rasulullah S.A.W bersabda..

“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing (ghuraba’)”
(Sahih Muslim)

Hadis ini begitu famous sekali dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia hari ini. Di majlis-majlis ceramah, di kaca-kaca telebisen, di konti-konti radio, di pejabat-pejabat kerajaan, dan di mana-mana sahaja, kerap kali hadis ini diperdengarkan. Namun sejauh manakah ruh hadis ini mendapat tempat dalam carta paling popular di dalam hati kita yang mendengarnya? Itu persoalannya..

Di platform ini, saya tidak berniat untuk mengadakan sesi syarah hadis. Bahkan saya sendiri bukan orang yang layak. Sementelahan, di sini bukanlah tempat yang tsiqah lagi terpercaya untuk anda mengkaji hadis ini secara lebih mendalam. 

Tetapi di hari yang berbahagia ini, saya sekadar ingin membuat satu lontaran muhasabah, sejauh mana kita sudah menjadi ghuraba’ (yang terasing) dalam dunia serba canggih tetapi penuh dengan rencam fitnah yang menggila pada hari ini?

Ok. Sangatt skema..


Jika di flashback semula semasa fasa-fasa awal dakwah oleh Rasulullah dan sahabat, perkataan ghuraba’ ini tersangatlah sesuai untuk dikalungkan kepada Rasulullah dan orang-orang yang mengikuti baginda ketika itu. Mereka semua dipandang dengan pandangan yang pelik dan kerepek oleh orang-orang quraisy.

Dengan menyembah Tuhan yang tak dapat dilihat, membaca ayat-ayat yang tak pernah didengar sebelumnya, beribadah dengan ibadah yang tak pernah dibuat orang-orang disitu, sebutkan apa sahaja, semuanya menjurus kepada satu perkataan yang sama. PELIK.

Sedikit demi sedikit, Islam mula berkembang pesat. Dengan jerih perih dan keringat Rasulullah dan sahabat menyeru, Islam yang pada mulanya pelik dan asing ini mula menjadi ikutan kebanyakan masyarakat di jazirah arab lantas akhirnya menjadi sebuah empayar yang menjadi rujukan dunia semasa zaman Abbasiyah.

Ketika itu, diceritakan bahawa wanita-wanita di eropah cemburu melihat kemuliaan yang diterima oleh wanita-wanita Islam. Tradisi pemakaian jubah oleh masyarakat Islam turut menjadi ikutan masyarakat bukan Islam. Waduh, sampai begitu sekali dong. Islam bukan lagi sesuatu yang pelik pada waktu itu.

Namun, krisis demi krisis, kejatuhan empayar demi empayar hinggalah pada akhirnya Khilafah Turki Uthmaniyyah selamat digulingkan tanggal 1924 telah mengubah landskap dan sudut pandang kepada Islam pada hari ini. Virus-virus hedonisme disuntik kepada setiap bayi-bayi yang baru lahir, lantas terhasillah generasi demi generasi yang bermanhajkan hedonisme.

Itu belum dikira lagi dengan kemunculan aliran-aliran yang terpesong daripada Islam yang sebenar, aktiviti-aktiviti bidaah yang berleluasa, pemikiran-pemikiran sekularisme, liberalisme dan pelbagai lagi “isme” yang bermaharajalela dalam kalangan masyarakat muslim.

Lantas..

Mereka yang istiqamah menyusur di jalan Rasulullah dan para sahabat menjadi terasing..

Mereka yang tsabat menjunjung sunnah Rasulullah menjadi terasing..

Mereka yang khusyuk menyembah Allah dalam erti kata yang sebenar menjadi terasing..

Baru sahaja bertudung labuh, berbaju longgar, sudah dicop khemah bergerak..

Baru sahaja main bola pakai seluar panjang, sudah dipandang macam tak pandai main bola..

Itu baru dilihat dari segi etika pemakaian, sesuatu yang bolehlah dikatakan kecil dan penuh dengan khilaf. Itu tidak mengapalah.

Sekarang mari kita lihat pula insan-insan yang istiqamah menjunjung sunnah terbesar yang diwarisi daripada Rasulullah S.A.W. Itulah dia sunnah menyeru seluruh umat jagat untuk kembali mentaati Allah dan Rasul serta hidup berlandaskan wahyu Al-Quran yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.

Manusia-manusia seperti ini lagilah terserlah keghuraba’annya. Orang lain dapat gaji hujung bulan pergi enjoy dengan famili, dia pergi infak untuk dakwah. Orang lain bila cuti hujung tahun pergi melancong sakan dengan anak bini, dia sibuk mengisi program-program dakwah, membina manusia. Pelik. Terasing. Tak dibuat dek kebanyakan orang.

Tetapi menjadi ghuraba’ itu bukan pilihan. Bahkan ia adalah kemestian. Ia bukan sekadar sebuah tanggungjawab sosial, justeru sebuah amanah daripada Allah. Kerana ghuraba’ bukan sahaja tugas seorang ABID, bahkan ia merangkumi tugas seorang KHALIFAH.

Kerana itulah keuntungan yang ditawarkan kepada sang ghuraba’ bukan calang-calang keuntungan. Ketika Rasulullah menjanjikan keuntungan melalui sabdanya, ia bukan bererti kita dijanjikan kereta Subaru Impreza. Ia bukan bererti kita dijamin dengan pemilikan hartanah yang berekar-ekar, rumah yang bercantum-cantuman serta wanita cantik nan perawan. Bukan dan bukan..

Tetapi Rasulullah hanya menjanjikan syurga nan mewah kepada sang ghuraba’. Terasing mereka didunia, bergembira mereka di syurga. Takpelah tak dapat main lego dengan anak kat dunia, kat syurga nanti mainlah puas-puas. It’s ok tak sempat nak melancong dengan bini kat dunia, kat syurga nanti berjalanlah sepuas hati.

Kerana menjadi ghuraba’ itu tidak mudah. Hidup tidak seperti norma kebanyakan..

“Jika engkau kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.”
(Al An’am : 116)

Keseorangan, dipandang pelik, bahkan boleh jadi suatu hari akan dibenci. Itulah makanan kehidupan bagi insan yang bergelar ghuraba’. Itulah yang pernah dilalui oleh sang Rasul dengan jerih, payah, peluh, keringat bahkan darah. Iman di hati dan sabar menjadi pemujuk diri. Takpe, Allah kan ada..

“Maka larilah kepada Allah(fafirru ilallah)..”
(Az Zariyat : 50)

Dan…aku..aku..aku di sini..masih lagi statik..andainya aku yang bernama ghuraba’..

Ya Allah..masukkanlah aku ke dalam golongan yang sedikit..

Friday, 15 November 2013

Kembara Tarbiah #10 : Siapa Saya?

Siapa Saya?

Post ini bukan bertujuan untuk mereveal identiti Encik Musab yang sebenarnya. Eheh. Lagipun takde apa yang nak direvealkan kerana Musab memang nama sebenar saya. Secara tersiratnya. Sekian.

Justeru..

Siapa saya? Siapa anda? Siapa kita? Siapa Dato’ Seri Najib Razak?

Intro.

Dahulunya saya seorang yang bermotivasi tinggi yang tersangat kesan daripada menghadiri pelbagai program motivasi baik pro kerajaan mahupun pro pembangkang. Haha. Ok. Sila muntah sekarang. Tapi serius, sebab ketika itu bila ditanya siapa saya, saya suka memperkenalkan diri saya sebagai seorang figura yang saya cita-citakan. Perangsang motivasi gitu.

Semasa masih lagi berada di zaman kena bangun pagi, pergi sekolah, hadiri perhimpunan pagi, saya bercita-cita menjadi seorang inginiur (engineer) yang berjaya. Cewah. Maka di sebabkan itu, bila ditanya siapa saya, saya akan menjawab…

“I am a future engineer..”

Begitulah. Ketika di zaman dunialah segala-galanya. Ketika masih belum mendapat kefahaman tentang Islam yang sebenar. Ketika di zaman kanak-kanak ribena. Heh.

Abang engineer yang hensemm
Namun bak kata pepatah, tarbiah merubah segalanya.

Saya turut tidak terkecuali daripada terkena penangan tarbiah ini. Yang sekaligus telah menanggalkan kaca mata lama yang sekian lama terlekat di mata saya, lantas menggantikannya dengan kaca mata yang baru, iaitu kaca mata Islam.

Dan sesungguhnya, kaca mata Islam inilah yang saya gunakan untuk mendefine diri saya yang sekarang.

Siapa saya? Cewah.

Secara keseluruhannya, terlalu banyak entiti ataupun imej yang boleh digunakan untuk memperkenalkan diri saya.

Antaranya..

Saya seorang pelajar..
Saya seorang yang berbangsa melayu..
Saya seorang lelaki..
Saya ahli persatuan lelaki kachak bergaya (kofff)

Ini belum masuk lagi kelab-kelab bawah tanah yang saya sertai, sukan-sukan yang saya ceburi, sekolah-sekolah yang pernah saya pergi dan sebagainya. Senang cerita ada banyak la identiti atau imej yang boleh digunakan untuk mendefine siapa saya.

Lantas identiti manakah yang patut saya gunakan? Yang patut saya utamakan? Atau yang paling penting, yang patut saya BANGGAkan?

Maka di sinilah kefahaman yang benar terhadap Islam memainkan peranan yang cukup besar.

Dengan memahami dan mengimani bahawasanya kita semua diciptakan oleh Allah di atas bumi ini adalah semata-mata untuk menjadi ABID dan KHALIFAH, kita seharusnya bahkan sewajibnya mengerti bahawa pengiktirafan tersebut hanya akan mampu kita laksanakan tatkala kita sudahpun bergelar seorang muslim.

Justeru, at the very first stage, kita adalah seorang muslim.

Itulah identiti yang patut kita war-warkan, yang patut kita prioritizekan tatkala ingin memperkenalkan diri kita kepada dunia.

Saya adalah seorang muslim yang belajar.
Saya adalah seorang muslim yang berbangsa melayu.
Saya adalah seorang muslim yang menganggotai kelab lelaki kachak bergaya.
Saya adalah seorang muslim yang……..(the list goes on)

Pokok pangkalnya muslim itu mesti datang dahulu.

Itulah identiti kita. Itulah kebanggaan kita. Itulah “pekerjaan” kita.

Maka siapa saya?

Saya seorang muslim. Hoyeah!! Eh eh. Alhamdulillah. Eheh. 

Wednesday, 13 November 2013

Kembara Tarbiah #9 : Alat & Matlamat

Dulu semasa saya menuntut di Kolej Maha Busy, seorang akh pernah mengingatkan saya..

“Dalam penghujung sebuah kehidupan, dalam segala aspek yang kita sentuh, kita laksanakan, setiap keputusan yang dibuat, biarlah target penghujungnya adalah sorga..”

Ramai orang kerja susah-susah, membanting tulang siang malam, semata-mata cepat kaya.

Raaaaamai orang pulun study, stay up sampai subuh, hanya sebab nak score exam.

Sedikit demi sedikit, matlamat sorga semakin dilupakan, kian hilang ditelan arus masa. Seolah-olah  cerita tentang keindahan sorga langsung tidak pernah sampai ke corong telinga kita. Sedangkan pada fasa awal penyebaran dakwah oleh Rasulullah, baaanyak sangat Rasulullah cerita tentang sorga.  

Maka hari ini, dengan penuh kerendahan hati, saya ingin mengajak diri saya dan kalian semua untuk membetulkan semula kompas hidup kita. Agar kita tidak hanyut lagi. Agar kita dapat mendayung perahu kehidupan ini menuju destinasinya yang benar.

Dan agar kita dapat membezakan antara ALAT dan MATLAMAT.


Sememangnya menjadi kewajipan seorang yang mengaku dirinya ABID dan KHALIFAH untuk mengenalpasti apakah matlamat yang ingin dicapainya, dan bagaimana untuk menggunakan segala alat-alat yang ada di sekelilingnya untuk mencapai matlamatnya itu.

Antara ALAT dan MATLAMAT. Raaamai yang terkeliru. Akhirnya hanyut dibawa arus.

Justeru, apain sih matlamat kita yang sebenar-benarnya?

“Wahai jiwa-jiwa yang tenang!”

“Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya”

(Al Fajr : 27-28)

Ini lah dia apa yang kita buru sepanjang kehidupan kita. Redha Allah. Pada setiap hela nafas, pada setiap titis peluh, bahkan pada setiap lelehan darah, kita sepatutnya mengharapkan redha Allah sebenarnya. Bukan pangkat dan kekayaan, bukan gred dan kecemerlangan, bukan segalanya, tapi redha Allah.

Maka setelah dijelaskan matlamat ini, justeru kita sudah mampu untuk mengenalpasti alat-alat yang boleh digunakan untuk mencapai redha Allah. Boleh jadi study, boleh jadi perkahwinan, boleh jadi kerja, boleh jadi main bola, boleh jadi semuanya. Asalkan matlamatnya satu, iaitu redha Allah.

Tapi…

Ada orang dia pulun study sampai lewat malam, sampai terlajak subuh. Lepas tu selamba je cakap..

“Belajar tu kan ibadah, nak cari redha Allah..”

Di sinilah terjadinya satu fenomena yang kita gelar sebagai  “Alat Tunggangi Matlamat”. Maksudnya di sini, kefahamannya tentang ALAT dan MATLAMAT bersimpang-siur, bercelaru lagi mencelarukan. How come redha Allah boleh di capai dengan cara seperti itu?

Contoh lain..

Main bola waktu petang pun boleh dijadikan ALAT untuk mencapai MATLAMAT, iaitu redha Allah. Tapi bila main sampai tak ingat dunia, dah azan maghrib, time tu la sibuk nak tendang penalti, maka main bola di sini bukan lagi ALAT untuk mencapai redha Allah. Nampak tak?

Justeru sidang pembaca yang hensem dan solehah..

Jangan keliru antara ALAT dan MATLAMAT. Sekali anda keliru, pasti hanyut. Pasti..

Eh eh. Tapi macam mana pulak yang akh yang pesan kat saya masa awal-awal tadi, yang ingatkan saya untuk jadikan syurga sebagai matlamat dalam apa sahaja yang saya buat?

Aha. Sebenarnya betul lah tu apa yang akh tu cakap. Cuba tengok sambungan ayat surah Al Fajr tu.

“Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku.”

“Dan masuklah ke dalam SYURGA-Ku.”

(Al Fajr : 29-30)

Sebab pada akhirnya destinasi yang mahu kita tuju hanya satu, iaitu syurga. Maka tidak salahlah bermatlamatkan syurga. Dan sebenarnya, bila kita bermatlamatkan syurga, bermakna kita juga memburu redha Allah. Sebab syurga itu hanya dianugerahkan kepada insan-insan yang diredhai-Nya.

Dan setakat ni, saya tak pernah lagi jumpa orang yang tak kisah masuk neraka, asalkan dapat redha Allah. Kalau ada, mohon siasat akidah dia. Kot kot ajaran sesat abad ke 21.

Maka setakat ini dahulu. Hingga bertemu lagi dalam Kembara Tarbiah yang seterusnya.

Moga saya, anda dan mereka dikurniakan istiqamah untuk memburu redha Allah..

Tuesday, 12 November 2013

ALASAN


Alasan oh Alasan
Hadirmu tanpa dipinta
Datangmu tak perlu dipaksa
Sentiasa ada
Selalu sahaja ada

Alasan oh Alasan
Entah beribu kali
Dirimu menjadi zikir rasmi
Hingga terlupakan cantiknya bidadari
Hingga terlupakan manisnya syurgawi

Alasan oh Alasan
Apakah engkau layak?
Layak untuk ku persembahkan di hadapan Tuhan..
Apakah engkau pantas?
Pantas untuk membeli syurga nan mahal

Alasan oh Alasan
Mengapa aku?
Mengapa tidak Nuh, Ibrahim, Musa bahkan Muhammad?
Mengapa aku jadi teman dampingmu?
Apakah aku berbeda dengan mereka?
Ah. Beda. Justeru berbeda sekali

Alasan oh Alasan
Dirimu mencelakakan aku
Hadirmu membunuh imanku
Datangmu mencederakan mujahadahku
Justeru berambuslah..
Aku mohon..

Alasan oh Alasan
Pergilah dikau
Jangan hampiri aku lagi
Biarkan cahaya suria terus memancar
Biarkan cahaya bintang terus berkerlipan
Biarkan cahaya bulan terus mengambang

Agar kelak bidadari nan terbayang
Agar kelak syurga nan menjelang

*******

Entah kenapa terasa diri sendiri seperti kerap beralasan. Selalu ada suara-suara sumbang yang entah dari mana datangnya cuba menjustifikasikan alasan-alasan yang tercipta. Aduhai diri. Semurah itukah syurga?

Pertempuran iman dan lelah berlangsung saban waktu dan zaman. 

Hingga salah satunya menyerah. 

Justeru iman, jangan pernah kau menyerah! 

Kembara Tarbiah #8 : Saksikanlah Aku Seorang Khalifah

“Kak Farah..”

“Iyeee..?”

“Hani nak…”

“Hani nak apa..?”

“Hani nak kawen..”

“Haaaa??”

“Eh. Tak tak..”

“Ish, adik akak ni, nak apa sebenarnya?”

Kak Farah genggam tapak tangan Hani. Erat dan ketat. Ruang solat wanita di Kolej Kasturi ketika itu kosong. Barangkali warga muslimat kolej itu sedang melaksanakan misi mencari sesuap nasi. Antara maghrib dan Isyak.

“Hani nak tanya sumthing”

“Ofkos la Hani boleh tanya akak..anything..everything..”

Kak Farah senyum. Tinggi sungguh inkuiri hadek usrahnya sorang ni. Terkehadapan berbanding hadek-hadek yang lain. Tapi kadang-kadang terlebih inkuiri pun tak bagus jugak.

“Hmm hmm..kan masa liqa’ hari tu kak Farah ada cakap pasal khalifah..”

“Hmm..ok..ada apa-apa yang Hani tak faham ke?”

“Hani tak faham la tugas sebenar khalifah ni macam mana?”

Okeh. Sekarang Kak Farah dah boleh agak persoalan yang membelenggu fikiran hadeknya sorang ni. Bukan Hani sorang je yang selalu salah faham pasal ni, ramai lagi, sama ada yang dah join usrah mahupun yang belum yang tersalah faham tentang definisi dan tugas khalifah.

“Hm, Hani boleh tolong ambilkan Al Quran kat atas para tu?”

Sebenarnya boleh je Kak Farah nak explain pasal ni tanpa refer kepada Al Quran. Tapi itulah. Tarbiah kita bersifat Rabbaniyah. Dalam usaha nak mentarbiah, biasakan diri untuk gunakan Al Quran walaupun sesimple-simple perkara. Supaya hadek-hadek usrah kita biasa dengan Al Quran. Supaya mereka rapat dengan Al Quran.

“Akak..nah..”

Hani hulurkan senaskah Al Quran terjemahan bewarna kuning kepada Kak Farah. Al Quran terjemahan bewarna pink pula untuk dirinya.

“Bismillahirrahmanirrahim..”

Kak Farah buka Al Quran itu ke muka surat enam. Surah Al Baqarah ayat ke tiga puluh. Haa. Ni lagi satu nak sentuh. Biasakan diri mulakan sesuatu dengan basmalah. Tahu tak wajib. Tapi tu kira macam mentajdid niat juga. Membetulkan kompas dan ghayah (tujuan) kita. So why not?

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, ‘Aku ingin menjadikan KHALIFAH di muka bumi’...”
(Al Baqarah : 30)

Kak Farah baca ayat itu sehingga habis. Kemudian Kak Farah pandang Hani. Mata Hani masih lagi memanah pada helaian Al Quran itu. Tak berkedip-kedip.

*******

Sila berasa kechiwa. Kisah ini sudah tamat di sini. Sebab Kak Farah dah serahkan kepada Encik Musab untuk terangkan pasal tugas Khalifah ni. Maka haruslah saya menggalas tugas ini dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Ewah!

Baiklah. Apa yang anda faham tentang KHALIFAH?

Eh sebelum tu, kena pastikan semua dah clear pasal tujuan hidup yang pertama, iaitu menjadi ABID. Menjadi abid ni bererti menjadi hamba sepenuh masa kepada Allah. Beribadah sepanjang masa. Ibadah khusus ataupun ibadah umum.

Bila dah faham tugas abid ni, baru la senang nak terangkan pasal KHALIFAH. Sebab saya lebih suka guna analogi nak terangkan pasal ni.

Begini, pabila kita sudahpun bergelar seorang ABID, justeru kita sebenarnya sudahpun duduk dalam sebuah kandang yang digelar KANDANG IBADAH. Di sini gambarnya..

Sila click untuk pembesaran
So berdasarkan gambar di atas, bagi anda yang benar-benar menghayati tugas seorang ABID, anda sudahpun duduk dalam Kandang Ibadah yang berbentuk bujur itu. Tapi tapi tapi..

Still masih ada lagi insan-insan malang yang terus hanyut di luar Kandang Ibadah itu, yang still tak sedar bahawasanya mereka adalah hamba sepenuh masa kepada Allah..

Maka di sinilah datangnya tugas KHALIFAH. Anda yang sudahpun berada dalam Kandang Ibadah tu tak boleh lah nak seronok seronok makan sorang kat situ. Kena ada usaha nak tarik insan-insan yang hanyut itu, supaya mereka boleh bergembira bersama dalam Kandang Ibadah.

Macam mana nak tarik?

Aha. Gunalah lasso.

Lasso ni apa? Nanti, dalam Kembara Tarbiah akan datang kita akan ulas apakah itu lasso.

Stay tuned J

Monday, 11 November 2013

Kembara Tarbiah #7 : Jangan Jadi Macam Dolano

(..)
Dolano merupakan ketua kelas 5 Bestari. Dia telah dilantik oleh guru kelasnya, Cikgu Popo dek kerana kredibiliti dan populariti yang ada pada diri Dolano. Kalau Dolano ni dah besar, saya syak dia boleh jadi Perdana Menteri Malaysia. Parti mana tu rahsia.

Dipendekkan cerita..

Pada suatu hari yang cemerlang, terjadi suatu perbualan antara Dolano dan Cikgu Popo..

“Dolano, cikgu ada tugas untuk kamu..”

Cikgu Popo memulakan bicara. Bebola mata Cikgu Popo kelihatan serius.

“Apa dia cikgu? Saya sedia menjalankan tugas!”

Semangat betul Dolano menjawab. Nak membodek la katakan.

“Cikgu nak kamu beli barang-barang ni..”

Cikgu Popo menghulurkan sekeping kertas kepada Dolano. Cikgu Popo masih lagi serius.

“Baik cikgu!”

Tanpa berlengah masa, Dolano pantas menyambar kertas dari tangan Cikgu Popo lalu berlalu pergi. Tapi belum pun beberapa langkah diatur…

“Eh Dolano! Tunggu kejap..”

“Awak jangan beli apa-apa kecuali yang saya tulis atas kertas tu!!”

Begitulah Cikgu Popo mengakhiri arahannya. Tegas dan berwibawa.

Dipendekkan cerita lagi..

Pada keesokan harinya, setelah tugasnya diselesaikan dengan jayanya, Dolano pun pergilah menghadap Cikgu Popo dengan harapan untuk mendapat pujian dan rekomendasi untuk jawatan Ketua Umum. Yela. Takkan Ketua Kelas je kot..

Namun harapan tinggal harapan.

Ternyata Cikgu Popo amat kechiwa dengan Dolano.

“Eh Dolano! Awak ni tak dengar ke apa yang saya pesan semalam?”

“Kan saya suruh beli apa yang saya tulis atas kertas tu je!”

“Yang awak memandai beli benda-benda lain ni apasal?!”

Waduh. Ribut dong. Cikgu Popo punya mengamuk dah macam orang kena histeria.

“Ohh cikgu, tenang aja..saya dah buat kira-kira, bajet kita tak lari punya..”

Konfiden je Dolano menjawab. Harapnya dengan kegeniusannya itu, dapatlah meredakan kemarahan Cikgu Popo. Tapi…sekali lagi sangkaan Dolano meleset.

“Eh Dolano! Awak jangan pandai-pandai. Saya ni cikgu awak tahu?!!”

*******

Dalam kisah di atas, kita semua boleh nampak apa punya perangai la budak Dolano ni. Arahan yang diberi oleh Cikgu Popo tu dah cukup crystal clear dah, kalau ada benda yang lagi clear dari crystal, clear macam benda tu lah. Pointnya, arahannya cukup jelas.

Akan tetapi, si Dolano ni pulak memandai-mandai je ikut kepala otak sendiri. Dalam kertas tu suruh beli kapur putih dua kotak, dia pergi borong sekali kapur pink, coklat, hijau taik lembu dan segala bagai.

Nampak macam proaktif di situ, tetapi yang sebenarnya, tak dengar arahan. Kot kot la cikgu Popo nak gunakan duit lebihan belanja tu untuk benda lain, namun disebabkan Dolano tak dengar cakap, dah spoil semua plan.

Sebenarnya, dalam kehidupan ni, ramai yang macam Dolano. Kadang-kadang saya pun..

“Aku TIDAK menciptakan jin dan manusia KECUALI agar mereka beribadah kepada-Ku”
(Az Zariyat : 56)

Ayat ni jelas, terang lagi bersuluh. Allah sebut Dia tak menciptakan kita semua ni termasuklah jin-jin yang ada kecuali untuk beribadah kepada Dia. Maksudnya di sini, hidup kita atas dunia ni memang untuk beribadah je. Beribadah itu seolah-olah bidang pengkhususan untuk kita.

Rasanya semua yang baca blog ni dah sedia maklum kewujudan ibadah umum so saya taknak ulas panjang-panjang kat sini. Secara mudahnya, ibadah umum ni apa-apa yang dibuat dan diniatkan kerana Allah. Macam study kerana Allah, beriadah kerana Allah dan sebagainya.

Begitulah..

Kita ni 24 hours hamba kepada Allah. So bila di suruh beribadah je, jangan buat benda lain, kita kena ikut la. Kalau Dolano yang tak ikut cakap Cikgu Popo pun dah di kira memandai-mandai, apatah lagi kalau kita tak follow arahan Tuhan.

Justeru?