A lesson about
love. Cewah. Heh. -_-"
Cinta. Love.
Hubb. Pyāra. Amor. Ai. Liebe..
Bahasa yang
berbeza, tetapi tetap membawa kepada pengertian yang sama. Itulah dia cinta.
Persoalannya apa
sebenarnya pengertian sebuah cinta? Bila kita berbicara tentang makna cinta,
soalan pertama yang ingin saya ajukan, dari mana definisi itu di ambil? Siapa
tok guru cinta anda? Priyanka Chopra? Kareena Kapoor? Lee Dong Gook? Barrack
Obama? Err..
Bukan saya ingin
bersifat diktator dan melarang kalian dari mengambil rujukan dari pelbagai
latar belakang dan pemikiran, tetapi sebagai pemegang kad pengenalan yang
tercatat perkataan “Islam” di atasnya, saya berasa adalah lebih molek dan
setail jika kita mengutamakan Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama. Ianya
lebih kool dan dijamin selamat.
Kerana apa yang
saya lihat, disebabkan mengambil makna cinta dari sumber yang entah mana-mana
inilah yang menyebabkan seorang lelaki terjun ke sungai lui setelah cintanya
ditolak, seorang wanita gila meroyan tak sudah setelah kekasih hatinya
menduakan cintanya, seorang perempuan yang baru akil baligh merelakan tubuhnya
diratah sang boipren sebagai prasyarat cinta. Ah. Ini semua gila!
![]() |
| Cinta tidak gila! Manusia yang gila! |
Maka, apa itu
cinta?
Pinjamkan aku
sejenak masamu untuk kita bertadabbur dengan cinta. Cewah.
Sebenarnya dalam
Al Quran, ada beberapa ayat yang memperihalkan soal cinta sama ada secara atas
talian mahupun di bawah talian.
Antaranya..
“Boleh jadi kamu
membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui”
(Al
Baqarah, 216)
“Katakanlah
(wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya
Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu..”
(Ali Imran, 31)
“Katakanlah,
Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu,
harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai
daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah
sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang fasik
(At Taubah,24)
“Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang aku,
maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa
kepada-Ku….”
(Al Baqarah, 186)
“Dan di antara
manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang
mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat
besar cintanya kepada Allah.”
(Al Baqarah, 165)
“Dijadikan
terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa
perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas
dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang, itulah kesenangan
hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik”
(Ali Imran, 14)
Inilah dia
antara ayat-ayat Al Quran yang sepatutnya menjadi pondasi ataupun batu asas kepada
kita dalam perjalanan beberapa purnama untuk mencari makna bagi sebuah cinta.
Peh bahasa! Mohon A Samad Said jeles. Kehkeh.
Namun ada satu
lagi ayat Al Quran yang menarik perhatian saya. Sebelum tu, saya nak tegaskan
yang ini cuma tadabbur saya dengan menjadikan cinta sebagai subjek utama. Mohon
betulkan kalau sesat lagi menyesatkan.
Ayatnya ialah..
“Allah tidak
sekali-kali menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongga dadanya…”
(Al
Ahzab, 4)
Dimana letaknya
cinta kalau bukan di hati? Dalam ayat di atas, secara jelas dan terang Allah katakan
bahawa Dia tidak menciptakan dua hati dalam rongga dada manusia. Mengikut
fahaman saya, secara mudahnya, seseorang itu mustahil boleh mencintai dua entiti
dalam satu masa yang sama. Pasti hanya satu sahaja yang dicintai walau dia
berkeras mengatakan yang dia cinta akan kedua-duanya.
Para isteri yang
bersuamikan orang yang sama sebenarnya tidak berkongsi cinta, tetapi mereka
berkongsi tanggungjawab dan kepimpinan suami itu. Seorang ayah yang mempunyai
ramai anak sebenarnya tidak mengagihkan cintanya kepada anak-anaknya itu,
sebaliknya dia hanya mengagihkan perhatian dan kasih sayang kepada mereka.
Lantas apa
pengajaran terbesar daripada falsafah yang boleh tahan memeningkan kepala ini?
Penuhi hati itu
dengan cinta yang paling hakiki agar kelak kita tidak merana. Cinta yang tulus,
mulus, di mana pengakhirannya adalah sebuah ketenangan. Soalnya cinta yang
mana? Itulah dia cinta kepada Allah, The Almighty God, The Supreme Being, The
Lord of The World.
Jadi tidak
wujudlah cinta kepada ibu bapa, isteri suami, penghulu kampung, ketua kelas
semua tu?
Eh rilex dulu.
Pada saya, inilah yang dipanggil sebagai “tajarrud” di mana kecintaan kepada
semua figura-figura itu dihubungkan melalui tali yang berpunca dari cinta
kepada Allah yang telah memenuhi rongga hati itu. Ataupun dalam bahasa yang
lebih setail..
“Saya mencintai
anda KERANA ALLAH..”
Ewah!
Kerana cinta itu sifatnya membahagiakan, bukan
mendukakan, apatah lagi merosakkan!





