Manusia
kadang-kadang mempunyai ketakutan yang tidak rasional terhadap sesetengah
perkara. Bak kata orang putih “irrational fear”. Macam sesetengah orang takut
dengan lipas. Bila lipas tu berlari, dia pun sibuk nak berlari. Padahal apa je
yang lipas tu boleh buat? Paling-paling teruk pun lipas tu terkedek-kedek masuk
dalam kain. Itu jela.
Contoh lain
hantu. Setakat hari ni belum pernah saya dengar ada orang mati kena makan
dengan hantu, jembalang, jin, setan dan seangkatan dengannya. So takut nak
pergi tandas sorang-sorang tengah-tengah malam sebab takut jumpa hantu adalah
ketakutan yang tidak rasional.
A fear is
irrational when there is absolutely no reason to freak out at all
Ehem.
Mutakhir ini ada
satu lagi ketakutan yang melanda sebahagian masyarakat muslim di Malaysia yang
pada pandangan saya adalah ketakutan yang tidak rasional. Saya pasti anda yang
cakna isu ini boleh mengagak apa yang bakal saya coretkan di bawah ini.
Isu nama Allah.
Isu kalimah Allah. Isu nama suci Allah.
![]() |
| Allah is The Lord of the world |
Berdasarkan
kepada pembacaan saya, antara yang menjadi kekhuatiran dan kerisauan jika
dibenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan The Herald, ia akan menyebabkan
kekeliruan kepada sebahagian umat Islam di Malaysia yang cetek ilmu agama lantas
akhirnya merosakkan akidah mereka.
Oh man! Heh. I
am sorry. But I have a little bit different point of view.
Ya saya akui,
sebahagian besar masyarakat muslim di Malaysia memiliki kefahaman agama yang
sangat cetek dan rapuh. But at least give them some credit. Saya masih lagi
percaya bahawa masyarakat muslim kita tidak seperti pokemon yang mudah “terkeliru”
dengan serangan-serangan yang bersifat “psikik”. Mereka tidak akan
sewenang-wenangnya menukar agama hanya dengan melihat kalimah Allah ada dalam
kitab agama lain. Mesti ada sebab lain sekiranya “tragedy” itu berlaku.
Kemudian saya
melihat larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dan
mengekslusifkannya hanya kepada kelompok muslim SEOLAH-OLAH menafikan Allah
sebagai Tuhan sekalian alam.
My brothers and
sisters,
Dalam Al Quran
Allah memperkenalkan diri-Nya sebagai Tuhan SEKALIAN ALAM ataupun dalam bahasa
arab disebut Rabbul Aalamin. Kita tiada HAK untuk mengekslusifkan Allah khas
untuk kita dan kelompok kita. He is the God for all creatures, men and women,
whether they are Christians, Hindu, Buddhist hatta pengikut Ayah Pin sekalipun.
Cuba fikir,
adakah waras di fikiran anda, tatkala kelompok non-muslim ini sudahpun
mengenali nama Tuhan, kita larang mereka walaupun untuk menyebutnya?
“Segala puji
bagi Allah, Tuhan SEKALIAN ALAM…” (Al Fatihah, 2)
“Bertanyalah
(wahai Muhammad), hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?
Katakanlah, segalanya milik Allah….” (Al An’am, 12)
Saya tidak pasti
bagaimana dengan anda. Tetapi saya melihat dengan membenarkan penggunaan
kalimah Allah oleh non-muslim, ia akan membuka lembaran penyebaran dakwah yang
lebih terbuka. Yes! Everything goes back to DAKWAH. Inter-religion debates atau
debat antara agama boleh dilaksanakan. Dengan kuasa untuk mengawal media arus
perdana oleh "kerajaan Islam Malaysia", debat ini boleh disiarkan di mana-mana
saluran televisyen pada bila-bila masa yang kita mahu. Inilah dakwah!
The question is,
why is inter-religion debates a taboo in this multicultural country?
Adakah saya kelihatan seperti seorang yang menganut fahaman "pluralisme" dengan berpandangan seperti ini? Sekiranya ya, mohon terangkan kepada saya.
Berkenaan dengan kebimbangan dan kekhuatiran sesetengah pihak..
Adakah saya kelihatan seperti seorang yang menganut fahaman "pluralisme" dengan berpandangan seperti ini? Sekiranya ya, mohon terangkan kepada saya.
Berkenaan dengan kebimbangan dan kekhuatiran sesetengah pihak..
Lipatgandakan
usaha dakwah. Ini sahaja solusinya untuk menanggani kebimbangan dan kekhuatiran
seperti yang di atas. Jika sesama muslim, fokus untuk kuatkan akidah. Kembali
semula kepada tarbiah yang syumul mengikut seperti mana yang Rasulullah telah
contohkan.
Jika kepada
non-muslim, tak dapat dinafikan, inter-religion debates ini lah cara yang
terbaik.
Seperti kata Dr.
MAZA yang anda boleh baca di sini,
Jika seorang
non-muslim berkata,
“Allah yang
ciptakan dunia ni..”
Sudah tentu kita
perlu membenarkannya, kerana ia adalah statement yang benar. Takkan kita nak
cakap, Eh! Kamu patut cakap tokong/kuil/patung yang ciptakan dunia ini!
Kemudian jika
dia berkata,
“Allah itu ada
tiga…”
Reaksi kita
sepatutnya,
“Mahasuci Allah
dari apa yang kamu perkatakan. Allah itu esa, tunggal dan tiada sekutu bagi-Nya.”
Kemudian
berdebatlah. Di situlah dakwah bermula. Itulah langkah pertama dakwah. Berikan hujah kenapa kita mengatakan seperti yang demikian.
Saya tidak pasti
sama ada larangan penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim ini memberi manfaat
kepada muslim ataupun tidak. Kerana yang saya lihat berlaku hari ini, aktiviti
label-melabel sesama kita sedang rancak dijalankan. Si A itu liberalis. Si B
itu extremist. And the list goes on.
Dan seperkara
lagi yang membuat saya terfikir. Apa yang akan kita capai dengan melarang
penggunaan kalimah Allah? Adakah bilangan muslim yang murtad dapat dikurangkan?
We’ll see it later. Adakah hubungan antara agama di negara berbilang agama ini
semakin buruk? Saya takut jawapannya ya. Itu yang membimbangkan saya. Sebab tiada
yang lebih teruk daripada tertutupnya ruang-ruang dakwah.
Walaubagaimanapun, saya kira tiada faedahnya argumen ini diteruskan kerana keputusan akhirnya sudah dicapai. So sebarang argumen, perdebatan dan pergeseran pendapat pada saat ini tidak akan membuahkan sebarang amal pun. Adalah lebih baik kita fokus kembali kepada aktiviti dakwah dan tarbiah agar kelak "tiada lagi muslim yang murtad kerana terkeliru".
Wallahua’lam.
Cuma picisan pandangan daripada saya yang pastinya marhaen ini. Kepada yang
berbeza pandangan dengan saya, anda boleh meninggalkan komentar di ruangan
komen kerana pandangan seseorang itu tidak semestinya perlu kekal. Jika anda
boleh meyakinkan saya kenapa saya perlu mendelete post ini, in sha Allah dengan
senang hati saya akan mendeletenya.
And again..wallahua’lam..

Saya mempunyai pandangan yang sama dengan Encik Musab, terasa pelik actually, sebab I thought dekat Sabah dan Sarawak, memang the Christians guna nama Allah, and I do not see the Muslims kat sana jadi murtad.
ReplyDeleteGerakan dakwah kat sana is said to be very challenging though. Saya malah tersangat terkejut bila mengetahui dari akhwat kat Sabah yang Islam adalah agama rasmi Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.
Ada satu buku tulisan Jerald F. Dirks, bekas minister, sekarang Muslim. Nama buku dia 'The Cross and The Crescent', boleh check it out sini. Brother Jerald ada mengupas sedikit tentang penggunaan nama Allah untuk Tuhan untuk Judaism, Christianity dan Islam.
http://www.goodreads.com/book/show/9708.Cross_the_Crescent
Jazakillah kheir for the suggestion. In sha Allah, saya cuba baca bila ada kelapangan
Delete