Friday, 18 October 2013

CINTA

A lesson about love. Cewah. Heh. -_-"

Cinta. Love. Hubb. Pyāra. Amor. Ai. Liebe..

Bahasa yang berbeza, tetapi tetap membawa kepada pengertian yang sama. Itulah dia cinta.

Persoalannya apa sebenarnya pengertian sebuah cinta? Bila kita berbicara tentang makna cinta, soalan pertama yang ingin saya ajukan, dari mana definisi itu di ambil? Siapa tok guru cinta anda? Priyanka Chopra? Kareena Kapoor? Lee Dong Gook? Barrack Obama? Err..

Bukan saya ingin bersifat diktator dan melarang kalian dari mengambil rujukan dari pelbagai latar belakang dan pemikiran, tetapi sebagai pemegang kad pengenalan yang tercatat perkataan “Islam” di atasnya, saya berasa adalah lebih molek dan setail jika kita mengutamakan Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama. Ianya lebih kool dan dijamin selamat.

Kerana apa yang saya lihat, disebabkan mengambil makna cinta dari sumber yang entah mana-mana inilah yang menyebabkan seorang lelaki terjun ke sungai lui setelah cintanya ditolak, seorang wanita gila meroyan tak sudah setelah kekasih hatinya menduakan cintanya, seorang perempuan yang baru akil baligh merelakan tubuhnya diratah sang boipren sebagai prasyarat cinta. Ah. Ini semua gila!

Cinta tidak gila! Manusia yang gila!

Maka, apa itu cinta?

Pinjamkan aku sejenak masamu untuk kita bertadabbur dengan cinta. Cewah.

Sebenarnya dalam Al Quran, ada beberapa ayat yang memperihalkan soal cinta sama ada secara atas talian mahupun di bawah talian.

Antaranya..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui”
(Al Baqarah, 216)

“Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu..” 
(Ali Imran, 31)

“Katakanlah, Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
(At Taubah,24)

 “Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepada-Ku….” 
(Al Baqarah, 186)

“Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Tuhan selain Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah.” 
(Al Baqarah, 165)

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik” 
(Ali Imran, 14)

Inilah dia antara ayat-ayat Al Quran yang sepatutnya menjadi pondasi ataupun batu asas kepada kita dalam perjalanan beberapa purnama untuk mencari makna bagi sebuah cinta. Peh bahasa! Mohon A Samad Said jeles. Kehkeh.

Namun ada satu lagi ayat Al Quran yang menarik perhatian saya. Sebelum tu, saya nak tegaskan yang ini cuma tadabbur saya dengan menjadikan cinta sebagai subjek utama. Mohon betulkan kalau sesat lagi menyesatkan.

Ayatnya ialah..

“Allah tidak sekali-kali menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongga dadanya…” 
(Al Ahzab, 4)

Dimana letaknya cinta kalau bukan di hati? Dalam ayat di atas, secara jelas dan terang Allah katakan bahawa Dia tidak menciptakan dua hati dalam rongga dada manusia. Mengikut fahaman saya, secara mudahnya, seseorang itu mustahil boleh mencintai dua entiti dalam satu masa yang sama. Pasti hanya satu sahaja yang dicintai walau dia berkeras mengatakan yang dia cinta akan kedua-duanya.

Para isteri yang bersuamikan orang yang sama sebenarnya tidak berkongsi cinta, tetapi mereka berkongsi tanggungjawab dan kepimpinan suami itu. Seorang ayah yang mempunyai ramai anak sebenarnya tidak mengagihkan cintanya kepada anak-anaknya itu, sebaliknya dia hanya mengagihkan perhatian dan kasih sayang kepada mereka.

Lantas apa pengajaran terbesar daripada falsafah yang boleh tahan memeningkan kepala ini?

Penuhi hati itu dengan cinta yang paling hakiki agar kelak kita tidak merana. Cinta yang tulus, mulus, di mana pengakhirannya adalah sebuah ketenangan. Soalnya cinta yang mana? Itulah dia cinta kepada Allah, The Almighty God, The Supreme Being, The Lord of The World.

Jadi tidak wujudlah cinta kepada ibu bapa, isteri suami, penghulu kampung, ketua kelas semua tu?

Eh rilex dulu. Pada saya, inilah yang dipanggil sebagai “tajarrud” di mana kecintaan kepada semua figura-figura itu dihubungkan melalui tali yang berpunca dari cinta kepada Allah yang telah memenuhi rongga hati itu. Ataupun dalam bahasa yang lebih setail..

“Saya mencintai anda KERANA ALLAH..”

Ewah!

Kerana cinta itu sifatnya membahagiakan, bukan mendukakan, apatah lagi merosakkan!

5 comments:

  1. " Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah" 2:165

    ReplyDelete
  2. teh o ais ada? hehe

    btw, nice entri akhi... kupasan yang lain dari yang biasa..(:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ais tak baik untuk kesihatan, heheh

      Alhamdulillah..moga ada manfaat :)

      Delete
  3. http://alquranmulia.wordpress.com/2013/08/20/tafsir-ibnu-katsir-surah-al-ahzab-1/

    ReplyDelete