![]() |
| Pray for Gaza :) |
Keadaan
hingar-bingar seketika. Ruang atmosfera Gaza bergema dengan bunyi tembakan
senapang automatik dari helikopter tentera zionis laknatullah. Pagi itu Gaza
berdarah lagi. Mayat-mayat para syuhada, lelaki dan perempuan, serta
kanak-kanak bergelimpangan di sana sini. Darah-darah merah berkesimbah membanjiri
kawasan khemah pelarian di situ.
“Allahu Akbar!!”
Muadz Al-Masri
menjerit kesakitan. Bahu kanannya cedera ditembak. Dalam kesakitan, dia
mengenggam erat bahunya yang tercedera itu dengan jari-jemarinya. Terserlah
pada riak wajahnya keperitan dan kesakitan yang ditanggungnya.
Di tengah-tengah
keadaan yang kelam-kabut itu, tidak semena-mena muncul para mujahidin yang
lengkap bersenjata. Wajah mereka dibalut dengan mafla berwarna putih dan hitam.
Hanya dua biji mata sahaja yang kelihatan. Kepala mereka juga berbalut dengan
mafla berwarna hijau yang tertulis kalimah agung, “Lailahaillallah” . Entah
dari mana datangnya para mujahidin ini.
Tentera
mujahidin inilah para pemuda Gaza yang menghuni khemah-khemah pelarian di situ.
Subhanalllah! Sungguh pantas pergerakan tentera-tentera Allah itu. Ternyata
tarbiah yang mereka terima telah menjadikan diri mereka bersedia untuk menghadapi
sebarang kemungkinan. Dan Muadz Al-Masri adalah salah seorang dari mereka.
Namun ternyata
kemunculan para mujahidin yang saling berbalas tembakan dengan mereka telah
menjadikan tentera zionis laknatullah bertambah berang. Tidak cukup sekadar
menggunakan senapang automatic, tentera zionis laknatullah semakin bertindak
ganas. Beberapa butir bom digugurkan di tempat yang berasingan di sekeliling
kawasan khemah pelarian itu.
“Boooommmm!!”
“Boooooommmmm!!!”
Dentuman bom kedengaran.
Bingit. Membunuh.
“Salmannnnn!!”
Muadz Al-Masri
menjerit memanggil nama sahabat baiknya itu tatkala melihat Salman Ayyash
menjadi salah seorang mangsa letupan bom tentera zionis laknatullah. Berkecai
tubuh badan Salman Ayyash dek letupan itu. Kaki kanannya terputus dari badan.
Isi perutnya pula terburai keluar.
Muadz Al Masri
gagal menahan sebak melihat keadaan sahabat baiknya itu yang sungguh menyayat
hati. Dia menangis semahu-mahunya. Dengan menahan kesakitan dia mencampakkan
senapang yang dipegangnya ketepi lantas meluru kepada mayat Salman Ayyash.
Sudah tidak bernyawa lagi.
“Salmannnnnnnnnnnn!!!!!”
“Allahu
Akbar!!!!!!!”
Dia menjerit.
Menangis lagi.
Dalam situasi
yang sungguh dahsyat itu, tiba-tiba…..
Zuuupppp!!
Muadz Al Masri
merasakan ada sesuatu yang pantas menembusi bahagian belakang badannya. Dia memejamkan
matanya. Panas. Sakit. Dan ketika benda itu menghentak jantungnya, ketika
itulah pandangannya tidak semena-mena gelap. Gelap….
……………………
Empat bulan telah
berlalu. Kini Azyulail boleh tersenyum puas. Kerja kerasnya selama ini akhirnya
membuahkan hasil. Kumpulannya yang terdiri daripada Sibir, Meon, Asyrafuddin
dan dirinya sendiri telah dipilih oleh Prof. Ahmad Syakir untuk mendapat markah
tertinggi dalam assignment berkumpulan itu. Dan ini telah mencerahkan lagi
peluang Azyulail untuk menggondol anugerah pelajar terbaik untuk semester kali
ini dalam Final Exam yang berbaki hanya kira-kira tiga minggu sahaja lagi.
“Fuhhhh…lega
rasanya..puas!!” gumam Azyulail sendirian.
Dan sememangnya
dia berhak untuk merasai kepuasan itu. Mana tidaknya. Berminggu-minngu dia
berjaga lewat malam untuk memastikan momentum dan fokusnya tidak terganggu.
Kadang-kadang dia tertidur juga hingga terlajak subuh. Mujur kelasnya hanya
bermula pada pukul 10 pagi. Ah! Hampir gila dibuatnya!
Begitu juga
dengan aspek kewangan. Beratus-ratus juga wang ringgit yang dilaburkannya untuk
membeli buku-buku rujukan tentang Al Fateh. Ternyata Al Fateh telah menjadi
obsesinya yang paling utama dalam tempoh empat bulan itu. Dan kini pelaburannya
itu berbaloi. Sumpah berbaloi!
Dia tersenyum
lagi.
Yeah!!! Puas!!!!
Azyulail lantas
mengambil telefon bimbitnya. Berita gembira itu harus dikongsi besama
teman-teman yang lain. Dia merancang untuk meraikan kejayaan itu dengan
berkaraoke di tengah-tengah ibu negara Malaysia yang masih aman ini bersama-sama
sahabat-sahabat baiknya.
“Akan aku
hidupkan malam ini!!!!!”
………………………….
Sementara itu di
Gaza……
Walaupun sudah
jarang kedengaran serangan-serangan dan tindakan kurang ajar oleh tentera
zionis laknatullah, proses tarbiah tetap dijalankan. Anak-anak muda Gaza diajar
untuk memahami Al Quran dan mengenali erti sebuah perjuangan.
Agar kelak
generasi seperti Muadz Al-Masri dan Salman Ayyash dapat dilahirkan…
Agar kelak, Al
Aqsa dapat dibebaskan!!!!
-Tamat-
.........................................
Alhamdulillah. Berjaya juga untuk menyudahkan cerpen Al Fateh : Antara Dua Darjat ini. Semoga bermanfaat untuk anda yang membaca. Semoga kita dikurniakan keprihatinan terhadap saudara-saudara kita yang ditindas diseluruh dunia seperti di Mesir, Syria, Rohingya hatta di Malaysia sekalipun. Berdoalah untuk mereka.
Kemenangan Islam bukan sekadar sebuah janji. Ia adalah momen yang pasti!!!
Buat anda-anda yang mahu membaca karya ini dari awal, di sini linknya.
Al Fateh : Antara Dua Darjat – Episod 1
.........................................
Alhamdulillah. Berjaya juga untuk menyudahkan cerpen Al Fateh : Antara Dua Darjat ini. Semoga bermanfaat untuk anda yang membaca. Semoga kita dikurniakan keprihatinan terhadap saudara-saudara kita yang ditindas diseluruh dunia seperti di Mesir, Syria, Rohingya hatta di Malaysia sekalipun. Berdoalah untuk mereka.
Kemenangan Islam bukan sekadar sebuah janji. Ia adalah momen yang pasti!!!
Buat anda-anda yang mahu membaca karya ini dari awal, di sini linknya.
Al Fateh : Antara Dua Darjat – Episod 1

Salam. Dh faham. Walaupun kedua-dua watak belajar tentang Al-Fatih, yang sorang tu ambik ilmu utk dapat keputusan cemerlang je, while yg sorang lagi, ambik ilmu untuk dijadikan amal. Mmg tersangat beza antara keduanya.
ReplyDeleteWassalam. Jzkk sudi baca. Alhamdulillah, moga mesejnya sampai. Nak sebar-sebarkan pun sangat digalakkan. Aha.
Delete