![]() |
| (....) |
Azyulail masih
lagi tercongok di Perpustakaan Galeri Ilmu, Universiti Malaysia Aman Damai petang
itu. Tension. Penat. Stress. Mahu saja dia give up. Nasib baik assignment itu menyumbang kepada "carry mark" untuk final exam. Jika tidak sudah lama tugasan itu di-bakul-sampahkan.
“Hish!! Semua
tak boleh pakai….” gumam Azyulail.
Bengang dia
menjadi-jadi bila melihat semua laman web dan blog yang menjadi rujukannya
serba tidak lengkap. Ada yang tidak dinyatakan sumber, ada yang bercanggah
antara satu sama lain. Arrghh!! Tension!! Tension!!
“Hoi!! Jom ah
makan!! Lapar dowh…” Muaz muncul dari belakang. Entah dari mana datangnya.
“Jom ah..aku pun
dah down dengan benda ni…” Azyulail mencampakkan pen hitamnya ke atas timbunan
kertas. Berselerak.
………….
Di kedai makan
Pak Nik…
“Relax la bro…lama
lagi kan deadline..” selamba Muaz melontarkan kata-kata.
“Chill chill
sudah..” Apit pula menyambung.
“Kau kan Albert
Eisntein Malaysia…” Hafidz tidak mahu ketinggalan mengusik.
Azyulail membuat
muka. Dia menghirup air nescafe dolce gusto yang dipesannya. Seteguk demi
seteguk. Pahit dihirup, manis ditelan. Fikirannya
masih kusut lagi. Terbayang di matanya buih-buih di permukaan air nescafe itu
bercantum membentuk wajah Prof. Ahmad Syakir. Erkkk.
“This assignment
is very very crucial for your final exam…”
“I don’t want
any of you guys fail this assignment…”
Kata-kata keramat
itu menusuk ulu jantungnya. Arghhh! Dia tak nak gagal! Tak nak!!!
“Panggg!!!”
Azyulail
menghentak meja. Tiba-tiba. Serentak dengan itu, gelas berisi nescafe terbalik.
Air menitik perlahan-lahan di bucu meja. Drama. Muaz, Apit dan Hafidz kekagetan.
……………
Malam itu
Azyulail menyambung lagi tugasannya. Kali ini dia mahu lebih tenang. Usai solat
maghrib lagi dia sudah terpacak di hadapan laptop Lenovo miliknya itu. Jam
sudah menunjukkan pukul 10 malam. Solat isyak masih belum ditunaikannya.
Arghh!! Persetankan! Dia tidak mahu melakukan apa-apa aktiviti lain sebelum
dapat menyelesaikan assignment itu. Sekurang-kurangnya 15%. Itu targetnya.
“Mehmed The Conqueror”
Begitulah tajuk
yang terpapar di mini thesis karya Dr. Al Amin yang diupload menerusi laman web
scribd.
“Wah..yang ni
nampak macam convincing..” getus hati kecilnya.
Wajah Azyulail
berseri-seri. Masih ada sinar untuk dia menyiapkan assigmentnya itu dengan
jayanya. Terbayang-bayang di fikirannya Prof. Ahmad Syakir memuji hasil
kerjanya nanti. Lalu dia tersenyum puas. Tidak sabar untuk memulakan proses
penyaringan maklumat.
“Al Fateh..siapa
engkau aku tak peduli...”
"Yang penting, aku nak score exam kali ni.."
Perlahan-lahan
Azyulail menundukkan skrin laptopnya. Bersiap-siap untuk menunaikan solat
isyak. Waktu ketika itu sudahpun melangkaui jam 12 tengah malam.
……………………....
Di suatu malam....
Tiba-tiba..
Boooooommmmm!!!!
Keadaan begitu
kelam kabut sekali. Asap tebal menyelaputi ruang udara. Kedengaran teriakan dan
tangisan anak-anak kecil berselang-seli. Sungguh mengerikan. Dalam keadaan yang sangat mencemaskan
itu, kelihatan seorang ibu tua berlari mendapatkan kanak-kanak perempuan yang
sedang menangis ketakutan. Dengan penuh kasih sayang dia mengendong anak kecil
itu lalu berlari mencari tempat perlindungan.
Boooooooooommmmm!!!!
Sebutir lagi bom
digugurkan. Kali ini lebih kuat...
........Bersambung........

No comments:
Post a Comment