![]() |
| Pray for Gaza :) |
Serpihan-serpihan
kayu dilontar ke tepi. Runtuhan batu-bata dialihkannya perlahan-lahan
menggunakan kaki. Muadz Al-Masri melangkah berhati-hati di atas tapak runtuhan
bangunan rumah keluarganya yang musnah di bom tentera zionis laknatullah
beberapa hari lalu. Keadaan runtuhan rumah-rumah di situ sungguh menyayat hati.
Tiba-tiba hatinya dirundung sebak.
Dia meneruskan
pencariannya. Titisan-titisan peluh jernih yang keluar dari liang-liang romanya
dek terikan matahari langsung tidak diendahkannya. Mencari, menyelongkar,
melonggokkan timbunan bata-bata, namun….
Kecewa. Hampa..
Tiada barang-barang
peribadi yang boleh ditemuinya. Semuanya hancur, musnah. Hanya tinggal
sisa-sisa. Dia mengeluh panjang. Jelas terbayang di wajahnya riak-riak
kekecewaan.
Lantas Muadz Al-Masri
memilih untuk berehat sebentar di atas sebongkah runtuhan dinding yang masih
utuh. Dia memandang keadaan sekelilingnya. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak
sedang riang berkejaran antara satu sama lain.
“Oh..sungguh
indah suasana ini ya Allah…” hati kecilnya bersuara
Begitulah
kanak-kanak Gaza. Jiwa mereka kental. Tiada langsung perasaan takut dan gentar
menyelubungi hati mereka. Meskipun baru sahaja diserang dengan begitu hebat
sekali oleh tentera-tentera zionis laknatullah, mereka meneruskan kehidupan
seperti biasa. Seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Muadz Al-Masri
melihat jam di pergelangan tangannya. Jam bertali getah itu kelihatan sudah
lusuh dan buruk pada pandangan siapapun yang melihatnya. Namun jam itu
mempunyai erti yang besar dalam hidup Muadz Al-Masri kerana ia adalah pemberian
dari ibunya yang telah syahid ditembak tentera zionis laknatullah dua tahun
yang lalu. Ah!! Celaka zionis!!
“Empat jam lagi
sebelum masuk waktu berbuka puasa…”
Dia melangkah perlahan-lahan
meninggalkan kawasan bekas pengeboman dahsyat itu menuju ke khemah pelarian
yang didirikan bersama-sama penduduk setempat. Mencari sesuap makanan dan
setitis air untuk berbuka nanti.
Kanak-kanak yang
tadinya riang berkejaran kini mengekorinya dari kejauhan. Seolah-olah sosok
tubuh yang tinggi lampai itu menjadi contoh dan ikutan buat mereka. Begitulah…
………………
Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!
“Ijlis ya
akhi..!! (Duduklah wahai saudaraku..!)
Salman Ayyash
mempersilakan sahabat di dunia dan, in sha Allah di akhiratnya itu duduk. Muadz
Al-Masri tersenyum lantas duduk di sisi Salman Ayyash. Juadah berbuka mereka
malam itu hanya setangkai buah tamar dan dua gelas air masak. Namun ianya sudah lebih dari cukup buat mereka. Qanaah.
Berpada-pada. Itulah generasi Gaza..
“Saudaraku!
Jangan lupa halaqah (perkumpulan) kita pada malam ini ya..”
Salman Ayyash
mengingatkan Muadz Al-Masri tentang halaqah (perkumpulan) yang mereka jalankan
setiap malam bersama-sama pemuda-pemuda Gaza yang lain. Di bumi berdarah Gaza
ini, halaqah-halaqah seperti itu begitu diperlukan untuk terus menguatkan hati
mereka, tetap dan terus berjuang sehingga Al Aqsa dibebaskan dari cengkaman
tentera zionis laknatullah.
“Allahu Akbar..!!”
Hati Muadz
Al-Masri bertakbir. Semangatnya berkobar-kobar.
…………………..
“Contohilah
semangat Al Fateh saudara-saudaraku!!”
“Beliau
meletakkan targetnya untuk membuka Kota Konstantinopel dan beliau berusaha ke
arah itu!!”
“Kita juga perlu
menjadi seperti Al Fateh wahai Ansarullah (pembantu Allah)!!!”
“Target kita
adalah Al Quds!! Kita akan bersolat di Al Quds atau mati syahid di atas lantai
Al Quds!!!”
“Allahu Akbar!!!”
Begitu
bersemangat sekali taujihat (ucapan) yang disampaikan oleh Syeikh Al-Hamdani.
Terpancar pada wajah lelaki berusia 50-an itu sinar kesungguhan dan cahaya
keikhlasan. Sesiapa sahaja yang mendengarnya, pasti meremang bulu roma dan
berdetak ulu hati.
“Allahu Akbar!!”
“Allahu Akbar!!”
Laungan takbir
bergema di bumi Gaza malam itu.
……………….
Azyulail terjaga
daripada tidurnya. Jam di birai katilnya menunjukkan pukul 6.30 pagi.
“Assignment..”
Itulah perkara
pertama yang terlintas di fikirannya. Lantas dia bergegas menuju ke laptopnya.
…………..Bersambung……………..
Alhamdulillah, berjaya menyiapkan Episod kedua ini. Bagaimana penilaian anda terhadap cerpen Al Fateh : Antara Dua Darjat setakat ini? Oh ya, mohon doakan agar usaha kecil ini mendapat redha dari Allah kerana tiada yang lebih terpenting dari keredhaan Tuhan. In sha Allah.

ksh rekaan ke bnr?
ReplyDelete