Thursday, 3 October 2013

AKU BUKAN SELEBRITI

Anda tahu anda bukan artis pujaan rakyat Malaysia yang masih aman ini bila mana status mukabuku yang di update hanya menerima kurang dari sepuluh like.

Anda tahu anda bukan selebriti terkenal seantero nusantara ketika bilangan pengikut pada akaun twitter anda statik ataupun bertambah pada kadar pertumbuhan perlahan sejak tiga bulan yang lepas walaupun anda tweet hampir setiap hari.

Hang percaya tak kalau aku cakap matluhfi yang tulih belog nih..?
 Selebriti alam maya.

Ramai figura yang saya kenali kini sudahpun bergelar selebriti di dunia yang dipenuhi dengan kod, wayar dan electron ini. Ada yang mengenakan topeng, ada juga yang mendedahkan sahaja identiti mereka kepada umum. Sudah pasti mereka punyai sebab serta alasan yang tersendiri.

Jujur bagi diri saya, dunia maya ini punyai cerita dan cereka yang tersendiri. Perjuangan di dunia serba putih ini memerlukan mujahadah yang bukan calang-calang. Di sini kita bebas menulis dan mempersembahkan apa sahaja yang kita sukai. Apatah lagi jika kita memilih watak yang berselindung di sebalik topeng. Cabarannya terletak di fasa pelaksanaan dimana kita perlu  menterjemahkan segala huruf dan perkataan kepada bentuk amal.

Di fasa ini saya kerap gagal. Bahkan berkali-kali gagal. Tidak dapat dinafikan kadangkala saya berperang dengan hati sendiri. Saya acap kali gagal dalam percubaan untuk menulis post yang baru kesan daripada peperangan ini. Terasa berat untuk melaksanakan apa yang mahu diseru, sedangkan perkara itu perlu diseru. Namun saya memilih untuk tidak menekan butang berhenti. Saya percaya perkara sama turut dihadapi oleh mereka yang memilih wadah lain. Melalui lisan misalnya ataupun pembikinan video animasi. Semuanya memerlukan mujahadah tika mana untuk melaksanakan apa yang telah mereka seru. Jangan sesekali berhenti menyeru. Itu kata kuncinya.

Itu baru cabaran yang pertama.

Walaupun bilangan likers dan followers tidak boleh dijadikan indicator sebenar berjayanya seruan alam maya yang kita lakukan, tidak boleh dinafikan perkara itu mampu menjadi catalyst ataupun lastik pelancar untuk kita terus bersemangat menyeru dari sini. Justeru tiadanya catalyst dan lastik pelancar ini mampu memberi kesan kepada prestasi kita sebagai da’ie alam siber.

Saya akui perkara itu.

Namun saya tidak bersetuju andai perkara itu menyebabkan kita terus patah semangat lantas berhenti menyeru. Di timeline mukabuku sebenar saya, saya terjumpa sebuah status yang saya kira menyentuh hati saya.

“I don’t care how many likes a status can get, but the benefits that others can get from it that counts.”

Maka saya dapat menyimpulkan..

No like? No problem.
No share? No problem.
No follower? No problem.

If your blogpost, tweet or status do not benefit others, at least they benefit you. That matters the most.

Namun dari sudut pandangan yang lain, saya menyeru diri saya sendiri dan seluruh pejuang alam maya yang dikenali mahupun tidak, usah terlalu taksub dengan dakwah alam maya sehingga kita melupakan kerja kita yang sebenar.

Dakwah yang sebenar adalah bila mana kita berkonfrontasi dengan orang yang diseru secara berhadapan, bukan bertiraikan huruf dan perkataan. Itulah medan kita yang sebenar. Itulah sunnah dakwah Rasulullah. Dunia realiti. Kerana itu saya beranggapan pekerjaan di alam maya ini tidak lebih dari sekadar pekerjaan sambilan.

Akhir kata..

Ikhlaslah..

Istiqamahlah..

2 comments: