![]() |
“Sebenarnya..saya
dah start suka kat abang sejak kita kat kolej lagi”
“Owh
yeke..patutlah abang selalu perasan awak curi-curi tengok kat abang, kat
library la, depan kelas la”
*Pentas
digelapkan. Traffik lalu lintas blog ditutup serta merta. Perintah berkurung
dikenakan kepada setiap pengunjung blog ini. Maaf atas sebarang kesulitan. Blog
ini disyaki telah dihijack oleh agen-agen upahan diktator manakala penulis blog
ini telah diculik dan dipenjarakan di tempat yang tidak diketahui. Menurut
laporan perisik kerajaan, penulis blog ini dijangka akan dibunuh dengan kejam
oleh agen-agen tersebut.
…………………………
Drama dah
berakhir. Ya. Saya ulangi. Ayat-ayat di atas cuma drama semata-mata. Kelihatan
seperti sedang dilanda bahana kefuturan. Eerrrkk. Astagfirullah.
…………………………
“Akhi, ana susah
la nak lupakan dia, ana dah berusaha sedaya upaya ana, tak dapat juga”
“MashaAllah
akhi, enta jangan macam tu akhi, hubungan enta dengan dia HARAM. Berdosa!”
“Enta cakap
senang la akhi. Ana yang mengalaminya. Jiwa ana banyak terseksa la akhi”
“Allah,
akhi..banyakkan baca Al Quran, in sha Allah hati enta tenteram”
“Ana dah try
akhi. Tapi bayangan wajah dia menari-nari di atas huruf-huruf dalam Quran tu”
“Erk, awat teruk
bebeno hang ni?”
……………………………
“Kanda..kanda..dinda
ada hadiah untuk kanda”
“Eh..apa dia
dinda?”
“Kanda tutuplah
mata dulu. Baru surprise”
“Amboi dinda.
Dah pandai main surprise2 sekarang. Ok. Kanda tutup mata”
“Taaarraaa..tengok
ni kanda”
“Eh..kertas apa
ni dinda?”
“Kertas hutang
dinda. Kanda tolong bayarkan bulih? Teehee”
“Amboi dinda.
Nak gurau-gurau control ayu pun agak-agak ler. Kanda ni spender pun mak belikan
dinda”
……………………………
Cukup-cukuplah
drama untuk hari ini. Lain hari kita bersketsa pulak ye? Muehehe
Cinta. Ada apa
dengan cinta? Cewah. Saya memahami di usia-usia seperti kita ni memang topik cinta
bagai ubi keledek panas berempah. Ececece..akak yang pakai tudung cokelat tu,
tak payah nak geli-geleman sangat la ye. Oh ya. Untuk meneruskan pembacaan
terhadap apa yang bakal saya kerepekkan di bawah, anda dinasihati untuk
memasang music beralunan sentimental. Yang patriotik juga boleh dipertimbangkan.
Saya kira
perasaan ingin mencintai dan dicintai ini merupakan fitrah setiap insan, tak
kira sama ada budak usrah, budak gangster kaki lima, para penglipur lara
mahupun orang-orang kebanyakan sama ada di pantai timur, pantai barat, pantai
utara mahupun pantai selatan.
Namun begitulah.
Acap kali manusia tertipu dengan cinta. Cinta yang dipuja bersifat sementara.
Sedangkan cinta yang abadi hanya didepan mata.
Wahai akhi,
wahai ukhti, wahai kanda, wahai dinda, cuba renungi maksud ayat dibawah ini,
“Love, when not
established through Him, becomes an object of worship itself. And when you have
competing objects of worship in your heart, it can only lead to much harm. Love
outside of The Source”
-Omar Ead-
Justeru, apa
mahu diharap lagi dengan cinta penuh sementara itu? Cinta yang menyakitkan itu?
Sedangkan cinta sejati itu sifatnya menyembuhkan. Cewah. Macam dokter cinta
gitu.
Bukan nak cakap
harus seperti sami dan paderi. Harus menyiksa diri tidak berkahwin dan
beribadat tanpa henti. Namun diri harus tahu soal prioriti. Di mana ranking Dia
dan kekasih-Nya dalam hati? Di ranking pertamakah andai yang pertama diingati
setelah bangkit dari tidur adalah kekasih sebilik darjah? Di ranking
tertinggikah jika yang selalu terbayang dimata adalah akhawat yang dah dicop
sejak hari pertama join usrah?
Ada seorang
kekasih. Cintanya telah bersemi beribu tahun dahulu. Bahkan kekal hidup
sehingga ke hari ini. Di mana hingga ke akhir hayatnya masih lagi mengingati
umatnya. Di mana di hari pembalasan nanti dia akan berada di bawah arasy Allah
S.W.T untuk terus memohon keampunan buat umatnya, bahkan dia akan berdiri di
Telaga Kauthar, untuk memberi minum kepada umatnya yang kehausan. Dia juga yang
berada di hujung titian sirat untuk berdoa kepada Allah agar memudahkan
perjalanan umatnya. Dan dia juga yang berada ditepi pintu neraka untuk berdoa
kepada Allah agar diampunkan umatnya dan tidak dimasukkan ke dalam neraka.
Di mana mahu
dicari cinta seperti ini? Dan kalian masih mencari cinta yang lain?
Dan bukankah
mencintai Rasulullah itu bererti mencintai Allah?

No comments:
Post a Comment