Wednesday, 10 July 2013

SEBELAH SAYAP : DUA DIMENSI


Video arahan dan lakonan Matluthfi ini tak pernah fail untuk mencipta satu sesi muhasabah diri sebentar dalam diri saya. Lakonan mantap dan padu, ditambah dengan teknik cinematography yang sumpah setail, diserikan lagi dengan kehenseman semulajadi matluthfi..err..video ni memang layak untuk dinobatkan sebagai video terbaik Anugerah Filem Pendek Terbaik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekiranya ada.

Namun demikian, saya tidak berminat untuk menulis sebuah huraian ringkas yang menerangkumi setiap sisi daripada video ini kerana saya percaya, beribu-ribu pengusaha industri blog sama ada yang kecil-kecilan mahupun yang besar-besaran telahpun berbuat demikian. Salah seorang daripadanya adalah Inche Hilal Asyraf. Anda boleh baca huraian beliau di sini.

Cuma, saya tertarik dengan satu isu yang diketengahkan oleh Matluthfi iaitu ketagihan, addiction atau apa-apa sahaja yang sama waktu dengannya. Pada ketika anda sedang menikmati kesegaran semburan pewangi Uber Men, Indulge Power Advanced, Deodarant Body Spray, ada orang sedang ketagihan menikmati haruman dan keindahan molekul-molekul udara yang disusun cantik berselang-seli dengan molekul-molekul asap rokok. Di saat mata anda terpukau menyaksikan pukulan ombak yang menghempas bebatu di pinggiran pantai, ada mata yang ketagihan menyaksikan adegan-adegan yang boleh menaikkan level produksi hormone testosterone dan yang berkaitan dengannya.

Saya bersetuju dengan matluthfi pabila dia mengatakan bahawa masalah ketagihan ini tidak semata-mata berkaitan dengan spiritual, namun demikian saya cukup yakin dan percaya, spiritual yang kuat mampu membendung perkara ini, atau setidak-tidaknya menghalangnya dari merebak ke level yang lebih kritikal. Sebabnya perkara ini tidak lain dan tidak bukan berpunca dari nafsu yang tidak dapat terbendung. Nafsu makan, nafsu minum, nafsu seks dan berbagai-bagai lagi aneka nafsu yang wujud di pasaran gelap mahupun terang. Dan menarik untuk diperkatakan bahawa musuh ketat kepada nafsu adalah iman. Maka secara matematiknya dapat dirumuskan bahawa hubungan antara nafsu dan iman adalah inversely proportional. Maksudnya, jika iman menaik, akan melemahlah nafsu dan vice versa.

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash RA, katanya : “Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Tidak benar-benar beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya menuruti apa yang aku bawa. “ (Hadis ini hadis Hassan sahih yang kami riwayatkannya dari kitab Al Hujjah dengan sanad sahih)

Sebenarnya fenomena ketagihan ini sudahpun membarah dalam kalangan anak-anak muda kita pada hari ini. Bila sebut pasal anak-anak muda, dah tentulah saya dan anda yang sedang membaca tu yang dimaksudkan. Agak tersipu-sipu malu jugalah saya sekiranya ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang membaca blog marhaen ni. Mesti kena reject dan di blacklist dari senarai menantu pilihan. Haha.

Ok. Berbalik semula kepada perbincangan. Saya kira fenomena ketagihan ini merangkumi skop yang tersangat luas. Antara bentuk ketagihan yang menduduki ranking teratas adalah ketagihan merokok, ketagihan permainan video atau game, ketagihan menonton video lucah, ketagihan onani dan lebih teruk lagi ketagihan seks. Kesemua bentuk ketagihan ini sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia akan menular dan merebak menjadi lebih parah dan kritikal.

Sebenarnya saya juga pernah terjebak dalam penyakit ketagihan ini.

Teng teng teng teng.

Saspen tak?

Sebenarnya saya pernah ketagih Facebook. Haha. Rasa macam nak masukkan kepala dalam lubang tandas tak? Ya saya serius. Saya pernah tak keruan hidup kalau tak tengok facebook. Tapi saya kira agak menyeksa diri andai saya terus menyekat diri saya dari dunia facebook. Maka saya pun mencipta pelbagai alternatif lain untuk mengekang penyakit ini. Antaranya saya berteman tapi mesra dengan dunia blog dan saya juga membuka laman peminat saya di mukabuku, cewah, iaitu Encik Musab. Sekurang-kurangnya masa di mukabuku saya terisi dengan amal-amal dakwi dan agak berfaedah juga nak dibandingkan dengan meng”refresh” newsfeed macam takde tujuan hidup kan? Kof3

Jadi itulah antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk merawat penyakit ketagihan ini. Point utamanya adalah mencari sesuatu yang lain untuk menggantikan aktiviti ketagihan itu. Gantikan, gantikan dan gantikan dengan yang lain. Yang ketagih menghisap rokok mungkin boleh digantikan dengan menghisap lollipop. Yang ketagihan onani mungkin boleh digantikan dengan aktif bersukan. Yang ketagihan permainan video mungkin boleh digantikan dengan membaca buku. Yes. It is easier said than done. Tapi sekurang-kurangnya kita mencuba kan?

Dan saya kira cukup cantik tulisan ini ditulis ketika bulan ramadhan. Gunakanlah bulan tarbiah ini untuk mencuba sehabis baik membebaskan diri kita dari penjajahan dan penaklukan sebarang aktiviti yang telah menjerumuskan diri kita ke lembah ketagihan. Gunakan momentum iman dan amal yang telah dibina untuk mengalahkan hawa nafsu kerana nafsulah yang telah memimpin kita hingga terjatuh ke lubang ketagihan itu.


Ada satu ketagihan yang baik. Nak tahu apa?

Ketagih berdakwah. Walaweh!

5 comments:

  1. Salam Encik Musab, ada cara tak nak hilangkan ketagihan onani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan ringkas: Ada.

      Introduksi:
      Onani. Satu ketagihan yang payah nak dibendung tapi tidak mustahil. Kerana jika dibanding dengan ketagih rokok, onani tidak perlu kepada penggunaan duit yang banyak. Onani juga boleh dibuat secara sembunyi2. Kiranya, benda paling crucial adalah level iman kita. Kerana walau brsembunyi, Allah tetap nampak.

      Cara-cara bendung:
      2) Ruhi: Pastikan ibadah terjaga. Solat on time, tak rushing. Selalu baca al-Quran. Istigfar selalu. Doa supya sntiasa istiqamah melawan nafsu. Amalkan puasa sunat (sekarang Ramadhan, iAllah lagi senang nak puasa).

      2. Environment: Jangan duduk sorang-sorang terlalu lama, banyakkan duduk dengan masyarakat. Jangan tidur lewat (kerana anda akan keseorangan ketika ini). Tampal pada dinding atau tukar wallpaper pada laptop sebarang kata-kata semangat.

      3. Pemakanan: Kurangkan makan daging (especially time dinner). Kurangkan makan secara keseluruhan supaya nafsu lebih mudah dibendung kerana nafsu ni ibarat kuda liar.

      4. Lain-lain: Jujur dengan diri anda. Jangan mudah putus asa! Sebab pintu masih terbuka.

      In sha Allah. :)

      Delete
  2. terima kasih memberi keizinan mengeksploitasi dll.enthusiastic saya dibuatnya.hehe.nktanya,apa maksud jatuh tsiqah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Sila sila. Alhamdulillah.

      Tsiqah tu maksudnya percaya. Jatuh tsiqah lebih kurang macam hilang kepercayaan la. Huhu.

      Delete