Perutusan tulus
ikhlas buat semua ikhwah yang disayangi. Juga secara senyap-senyap ditujukan
buat hadek-hadek yang dicintai ikhlas kerana Allah. Dimanakah mereka? Biarlah
rahsia.
![]() |
Selayaknya, bagi
jiwa-jiwa yang menajamkan dirinya di jalan ini, menjadikan dakwah sebagai laku
utama, dialah visi, dialah misi, dialah obsesi, dialah yang menggelayuti di
setiap hela nafas, dialah yang akan mengantarkan jiwa-jiwa ini kepada ridho dan
maghfirah Tuhannya kelak
Detik demi detik
berlalu. Jarum jam terus bergerak tanpa henti. Pabila terhenti, diganti dengan
batteri baru dan terus bergerak kembali. Bulatan sfera bumi juga terus berputar
di atas orbit, seakan-akan mencintai titah Tuhannya. Matahari terus-menerus
membakar diri, mengeluarkan radiasi cahaya dan haba yang memanaskan permukaan
bumi, juga kerana titah perintah Tuhannya. Begitulah setiap dari diri kita.
Tetaplah thabat atas jalan para anbiya’ ini, walau duri dan kerikil melukakan
kaki, walau keringat dan darah tumpah, kerana ia adalah titah dan perintah dari
Tuhan sekalian alam.
Heh. Awal-awal
lagi dah mode sedih.
Sedar tak sedar,
hampir setahun lebih kita bersama. Entah bagaimana kita yang dahulunya punya
latar belakang yang cukup-cukup berbeza, daripada yang lahir dari generasi
pemimpin yang hebat sehingga kepada anak-anak orang miskin di kampung, boleh
disatukan dengan pemikiran yang sama, kepercayaan yang sama, kita tidur di atas
karpet nipis yang sama, berjalan jauh menunggu bas yang sama, menaiki komuter
yang sama. Segala-galanya sama.
Kita menyanyikan
lagu nasyid yang sama, kadang-kadang bernyanyi beramai-ramai dalam perjalanan,
bersama-sama berpimpinan tangan. Tiap kali hujung minggu, kita bersama-sama
lesap dari kolej, meninggalkan berhala-berhala yang selalu memalingkan kita
dari Tuhan, berpergian ke destinasi yang sama, mencari redha dan keampunan
Tuhan. Dan kita bahagia dengan apa yang kita percaya itu. Meskipun ramai yang
tidak menyenanginya, meski ada yang tak merestuinya.
Dan kita juga
pernah sama-sama berjaga malam, bergilir-gilir waktu tidur. Pernah juga meeting
hingga larut malam. Pada waktu orang lain sedang enak dibuai mimpi, malah ada
yang hanyut dengan keseronokan dunia, kita bersama-sama berbicara tentang
sesuatu yang tidak ada dalam buku-buku yang kita pelajari di kelas, sesuatu
yang mengundang kepelikan bagi yang tidak pernah memahaminya.
Dan kini..
Sudah tiba
masanya semua itu dilupakan. Selepas ini, kesemua dari kita akan bertebaran ke
seluruh pelosok bumi menabur benih-benih dakwah di lapangan masing-masing.
Entah mengapa sayu rasanya hati ini. Betapa sungguh, sahabat yang baik itu
adalah sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah. Dan sungguh, kalian semua
sahabat terbaik yang pernah muncul dalam catatan hidupku.
Truth. It is
hard to swallow. But the truth remains. Because it is a truth. Suatu hakikat
yang perlu kita terima. Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan.
Kerana kita tidak hidup untuk diri kita. Kita hidup berbakti untuk ummah. Kita
hidup berbakti kerana Allah.
Namun..
Aku mengharap,
biarlah selamanya kita bersahabat, persis hari-hari semalam. Bersahabat
selamanya hingga ke syurga sana. Hari ini, esok, lusa dan seterusnya. Mungkin setelah
ini kita tak berpeluang untuk menatap mata ke mata seperti hari-hari yang
lepas, tetapi biarlah hati-hati kita terhubung dengan doa. Doa yang indah
seindah doa rabitah.
Ya Allah,
sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati-hati
ini telah berpadu
Berhimpun dalam
naungan cinta-Mu
Bertemu dalam
ketaatan
Besatu dalam
perjuangan
Menegakkan
syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah
ikatannya
Kekalkanlah
cintanya
Tunjukilah
jalan-jalannya
Terangilah
dengan cahayamu
Yang tiada
pernah padam
Ya Rabbi,
bimbinglah kami
Lapangkanlah
dada kami dengan karunia iman
Dan indahnya
tawakkal pada-Mu
Hidupkan dengan
ma’rifat-Mu
Matikan dalam
syahid di jalan-Mu
Engkaulah
pelindung dan pembela
Dan aku berdoa
agar kita bersama-sama termasuk dalam janji Tuhan. Agar janji-Nya benar.
Justeru benar sekali.
“Dimanakah
orang-orang yang berkasih-sayang kerana kemuliaan-Ku pada hari ini, Aku
perlindungi mereka di bawah naungan-Ku pada hari yang tiada lagi naungan
kecuali naungan-Ku”
(HR : Muslim)

Ikutkan hati, mahu saja saya post link ini ke setiap inbox mukabuku ikhwah, tapi...tak pe lah..biar doa je yang mempersatukan rindu kita :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete